BAB 8
"Kak Sarah," tegur gadis yang berselendang biru itu pada Kai.
Kai hanya mengangguk sekali. Bibirnya ingin mengukir senyum namun ototnya seakan kaku sendiri.
"Kenapa Aini datang?" Tanya Mail, tanpa memandang gadis yang dipanggil Aini itu sebaliknya mata Mail tunak merenung Kai.
"Aini..." Gadis itu teragak-agak mahu bersuara, sementelah bekas tunangnya itu tidak langsung memandangnya.
"Dia nak cakap dengan awak tu, Mail. Saya balik dulu," ujar Kai lalu pamit pergi.
"Kai...!" Panggil Mail, spontan.
Kai berpaling. Terkejut apabila Mail menuruti permintaannya agar memanggilnya dengan nama Kai.
"Hati-hati balik. Kirim salam Acik Ajah," pesan Mail, penuh prihatin walaupun riak mukanya kosong.
Kai mengangguk dan terus saja berlalu walaupun separuh hati ingin tahu, ada apa dengan Mail dan Aini itu?
.
.
.
.
Sementara itu,
"Abang ada masa sekejap? Aini nak cakap something dekat abang."
Mail yang memerhati langkah Kai yang sudah menjauh mengalihkan pandangannya, "Nak cakap apa?"
"Pasal kita."
"Hal kita dah lama habis, Aini. Awak yang putuskan pertunangan kita. Awak yang tak mahu teruskan hubungan kita. Bukan saya."
"Betul tapi Aini nak betulkan keadaan. Aini menyesal..."
"Tak ada apa dah yang awak perlu sesalkan. Saya tak berminat nak betulkan apa-apa. Awak putuskan pertunangan tanpa sebab yang munasabah. Awak tinggalkan saya sebab awak tak nak hidup susah dengan saya. Awak tinggalkan saya sebab tak nak terbeban dengan adik-adik saya. Betul kan?"
Aini tertunduk malu. Semua yang Mail katakan itu betul belaka. Dia tinggalkan lelaki itu kerana dia rasa tidak mampu untuk hidup susah dengan Mail. Adik-adik Mail itu semuanya masih belajar ketika itu. Dia hanya mahu jadi permaisuri dalam rumahtangganya dan bukan orang gaji.
"Tak perlu lagi awak cuba sambung hubungan kita yang dah lama putus. Sekarang awak mungkin tengok saya lebih senang dari dulu tapi tak mustahil kalau satu hari nanti Allah uji saya dengan tarik semula semua kesenangan ini, awak akan tinggalkan saya sekali lagi," ucap Mail, tegas. Aini dulu tak sanggup hidup susah bersamanya. Mustahil Aini akan sanggup untuk hidup susah dengannya sekarang.
"Abang..."
"Baliklah, Aini. Saya dengar anak tok ketua kampung sebelah ada masuk meminang awak baru-baru ni. Orangnya kerja tetap. Kaya bergaya lagi. Rugi kalau awak lepaskan lelaki macam tu untuk lelaki yang tak ada apa-apa macam saya," Mail tersenyum nipis lalu dia bawa tangan ke dada dan dia menunduk sikit.
"Saya pergi dulu. Pelanggan dah ramai tunggu. Kalau nak makan, boleh duduk dulu. Kalau nak bungkus, boleh bagitahu dengan Irma. Nanti dia ambil order awak. Assalamualaikum..."
.
.
.
.
.
"Ni tv yang tengok Sarah ke Sarah yang tengok tv?" Tepukan Cik Ajah di pahanya buat Kai terkejut sikit lalu dia ketawa kecil.
"Ketawa pula. Anak mama fikir apa ni?"
Kai hela nafas lalu dia jatuhkan kepala ke atas bahu mama, "Rasa macam malas nak balik Kuala Lumpur. Nak duduk bawah ketiak mama je..."
"Kerja tu amanah, Kaisarah."
Kai ketawa kecil bila Cik Ajah kesayangannya ini sudah mula nak keluarkan bunga-bunga bebelan, "Okey, mama jangan bebel lagi. Sarah tahu. Sarah cuma berat hati nak tinggal mama. Nak tinggal kampung. Dah rasa... rindu."
"Lepas ni baliklah kampung selalu, Sarah. Takkan nak tunggu raya baru nak balik. Hal yang dah lepas tu, biarlah berlalu pergi," pujuk Cik Ajah perlahan sambil membelai rambut anak daranya itu.
"Mama..."
"Ya, Sarah?"
"Mama cerita yang Mail pernah bertunang, kan?"
"Iya? Kenapa Sarah? Nak mama masuk meminang dia ke?"
"Eh, taklah! Apa mama ni," Kai laju menggeleng. Tiba-tiba saja nak masuk meminang anak teruna orang.
"Habis tu? Tiba-tiba masuk topik tunang Mail," Cik Ajah bertanya pelik.
"Tadi beli char kuetiau mama tu. Bekas tunang Mail datang. Nak sambung balik kisah lama agaknya."
"Oh, jadi Sarah dah tahulah ya yang tunang Mail tu..."
"Aini, adik Aiza?" Kai tersenyum nipis lalu dia angguk kepala.
"Nampak macam dia sayang lagi dengan Mail tu."
"Biarlah dia orang tu. Awak tu... sampai bila nak kenangkan kisah lama?"
Kai kerutkan hidung lalu dia menggeleng, "Mana ada Sarah kenangkan kisah lama. Sarah dah move on tapi itulah, susah mama... nak mula kenal orang semula lepas bertahun-tahun, susah. Nak go through fasa berkenalan, kenal hati budi... penat dan makan masa. Kalau ada jodoh, adalah mama. Sarah pun malas fikir."
Cik Ajah terdiam lama sebelum kembali bersuara, "Mama sebenarnya ada calon untuk Sarah. Dia ada tanyakan mama pasal Sarah. Dia nak kenal dengan Sarah tapi dia malu nak cakap sendiri dengan Sarah sebabnya dia rasa dia dengan Sarah tak sekufu."
"Siapa pula ni? Bila dia tanya mama? Sarah kenal ke?"
"Lama tak lama juga. Tapi dah Sarah cakap Sarah malas fikir. Biar ajelah," sengaja Cik Ajah mahu main tarik tali dengan Sarah.
"Mama ni..." Kai dah memuncungkan mulut, tak puas hati.
"Kalau mama cakap siapa, Sarah nak ke kenal hati budi dia?"
Kai terdiam. Tak tahu kenapa wajah Mail bergentayangan di mindanya namun cepat-cepat bayangan itu dihilangkan, "Kalau mama rasa dia okey, Sarah boleh cuba tapi Sarah tak boleh janji hubungan kami akan jadi macam mana nanti."
"Sarah setuju? Sarah tak kisah dia kerja apa pun?"
"Asalkan dia buat kerja halal, mama."
"Nak tahu ke siapa orangnya?"
Kai laju-laju duduk tegak dan merenung mamanya, "Siapa, ma?"
"Muhammad Ismail."
Dan Sarah terus terlopong. Hah?!
.
.
.
.
.
.
Bersambung....
p/s; komen dan vote la ekkk. Kasi semangat sikit. Mana tahu lepas ni rajin nak update Kai dan Mail 😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top