DLM 2 : 44
TIADA satu patah kata yang keluar dari mulut Aidan. Lelaki itu cuma berdiam sejak kejadian tempoh hari. Ini semua gara-gara dia sibuk menyampaikan cerita.
“Daneen tahu abang salahkan Daneen.” Bicara Daneen dibiarkan pergi dibawa angin lalu. Dia memimpin Daneen sebelum kakinya diatur masuk ke dalam kereta semula.
Telefonnya terjatuh sebelum sempat masuk ke dalam kereta bagi mengalihkan kenderaannya ke garaj.
“Kalau nak diam je bila Daneen cakap, baik Daneen cakap dengan dinding je!” Daneen terus meluahkan rasa yang menebal di hati. Dia tahu ini semua salahnya. Tetapi, dia pun tak sanggup bila lelaki itu mengabaikan setiap perkataannya.
Air matanya dikesat kasar. Dia melangkah ke arah pintu pagar, baik dia lari je. Aidan tidak dipandang lagi. Aidan hendak meninggalkannya seorang diri di rumah. Dia pun boleh.
“Daneen,” panggil Aidan. Akhirnya terpancul juga suara si pemilik hati.
Mendengarkan itu, dia langsung berdiri. Tapaknya bergegas mendapatkan Daneen.
“Dah abaikan Daneen sangat, kan? Kenapa kejar.” Mudah sahaja dia mengalirkan air mata. Sedih, suaminya mengabaikannya selama dua hari. Hanya kesihatannya sahaja dipeduli.
Tangan Daneen diraih. Tipulah dia tidak terkesan saat terpaksa mengunyah perkataan yang ingin keluar. Dia tidak menyalahkan Daneen. Tetapi, hubungannya dengan Hayden yang kian keruh membuatkan dia tidak tenang.
Perlahan kepala isterinya dirapatkan ke bahu.
“Jangan comel sangat, sayang.” Perasaan Daneen penting. Dia terlalu memikirkan Hayden menyebabkan dia merasakan dia perlukan masa.
“Apa yang comelnya? Abang abaikan apa yang Daneen cakap dari dua hari lepas, Daneen akui salah Daneen, tapi Daneen tak boleh kalau sehari tak dengar suara abang,” luah Daneen penuh sebal.
“Tak boleh kalau sehari tak dengar, lepastu yang nak lari ni?” Mereka berlawan bisik.
Masing-masing mulai ditujah rasa indah di hati.
“Maafkan Daneen,” ucap Daneen sebelum meleraikan pelukan, memandang wajah Aidan. Mengenangkan cuaca yang agak panas, dia menarik tangan Daneen ke bawah kanopi mewah di rumah itu.
“Abang yang patut minta maaf, abang tak patut abaikan Daneen. Abang rasa bersalah terhadap Hayden, abang nampak selama ni apa yang jadi, tapi abang pejamkan mata. Abang rasa abang yang tak dapat sepenuhnya kasih sayang mama selepas hadirnya adik-adik abang,” luah Aidan sejujurnya. Dia menunduk dan perlahan-lahan air matanya jatuh, dia ketawa kecil.
“Abang tahu abang dah patutnya matang, fikir yang anak sulung seharusnya beralah.”
Daneen merenung hiba si suami yang sedang meluah.
“Abang sebenarnya bukan tak dapat, tapi tak bersyukur, padahal Hayden dari kecil susah nak merasa kasih sayang mama.”
“Daneen, dari kecil lagi tak dapat rasa kasih sayang seorang ibu. Belaian, sentuhan, tatapan, semua tu cuma mimpi je kalau Daneen berangan atau terfikir boleh dapat. Daneen tak pernah faham pun perasaan macam mana jadi anak sulung, tapi dari sudut pandangan Daneen, mama cuma sentiasa berbelah bagi.
Mama pun seorang yang masih bekerjaya, bila anak-anak dia dah besar, dia mesti rasa semuanya dah tak perlu sangat kasih dia. Ini apa yang Daneen beranggapan je. Macam mana pun hakikatnya, mama sayang semua anak dia sama rata.
Daneen gembira tau dapat jadi salah seorang dalam keluarga abang, Daneen rasa cukup. Ada abang, dapat merasa ada adik-adik walaupun Daneen lebih muda tetapi Daneen tetap rasa macam tu, ada ibu, ada Tok Mek.
Apa yang abang ada, lebih dari apa yang Daneen miliki. Kalaulah cuma abang je dapat kasih sayang mama, abang seorang je la kiranya yang ada, tak ada adik-adik. Rasanya abang akan ada rasa tak risau macam dekat hospital tempoh hari masa Daneen cakap Angah pengsan. Mesti abang sunyi tanpa diaorang meskipun sebesar manapun pertengkaran yang pernah jadi antara abang dengan diaorang.
Semua inilah membuktikan erti keluarga, tak ada yang indah je. Mesti ada pasang surut.” Panjang lebar Daneen menyusun kata demi menasihat. Aidan jujur mulai munasabah diri, kata-kata itu menyusup ke dalam jiwa, merapikan setiap kekacauan yang menyinggah.
“Terima kasih sayang, si isteri teristimewa abang.” Hidung Daneen dicuit.
“Mesti teristimewa sebab Daneen over beria dengan abang, kan?” Daneen merapatkan jarak mereka.
“Bukan.” Aidan berdiri dari kerusi. Tangan Daneen digenggam erat.
“Habistu?”
“Salah satunya, matang dari segi kehidupan.” Wajah Daneen dipandang dengan senyuman.
“Abang pun sama la tapi... abang matang dari segi menggoda,” ujar Daneen, dapat menangkap suaminya sedang cuba membuatnya tergoda.
Tanpa diduga, mereka yang sedang berjalan bersebelahan, berpaut semula dengan pelukan yang dimulakan oleh Aidan. Bergoncang laju jantung Daneen disapa tindakan drastik itu.
“Senyum pun boleh tergoda, apalah Daneen Inara ni,” bisik Aidan dengan sengaja. Perlahan-lahan dia melepaskan pelukan itu dan melarikan diri. Dia dah mula mengusik, mesti Daneen akan membalas.
Daneen tersentak dari bisikan itu. Giginya diketap rapat. Cepat dia mengejar langkah suaminya yang tanpa rasa bersalah meninggalkannya setelah membuat hatinya jadi kacau bilau. Siapa cakap bercinta je buat hati rasa berbunga, lepas kahwin lagi indah rasanya. Dah halal pula tu!
“ABANG, perut Nana sakit sangat.”
Malangnya kandungannya hanya bertahan selama tujuh bulan, dia terlalu banyak bekerja dan bergerak lebih dari kemampuan memandangkan dia perlu bertugas sebagai sukarelawan di negara luar itu. Tiada paksaan, dia sendiri terlalu memberi komitmen.
Puas Hayden menasihati dirinya, namun bagai mencurah air ke daun keladi, tidak satu pun dia peduli. Dia asyik memujuk Hayden memberi keizinan bekerja sampai anak mereka akhirnya meninggal dunia di dalam kandungan.
Hayden terus membuat keputusan meninggalkannya setelah itu. Tetapi itu cuma dijadikan alasan demi ingin mengakhirkan hubungan mereka.
Hari ini genap empat bulan, dia melepasi pantang tanpa Hayden di sisi. Hanya Rauf menemaninya. Dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Sejak dua hari lepas, dia berulang alik dari rumahnya ke rumah Hayden demi memujuk.
Namun hampa, lelaki itu cuma menghalaunya.
“Aku cakap sudah, sudahlah! Apa gunanya majlis tu? Kau rasa dia nak tenangkan hati aku je ke? Majlis tu cuma muslihat dia untuk nama dia yang suci tu selamat dari jadi buah mulut orang. Sama je macam Aidan, kau ingat dia terima perempuan tu? Dia buat majlis sekurang-kurangnya dapat selamatkan nama suci dia saja!”
“Abang, tak baik abang cakap macam ni. Memang patut kita uar-uarkan perkahwinan supaya tidak menjadi buah mulut orang.” Dia pantas mengejar langkah Hayden sebelum lelaki itu menutup pintu.
“Kau pertahankan dia sebab kau dapat puaskan hati kau, kau jugak dapat manfaat lepas kau diiktiraf oleh mama aku. Tapi kau fikir tak? Daneen perempuan lorong tu pun dia tak terima, kau rasa perempuan macam kau dia boleh terima ke?”
“Apa maksud abang?” Kepalanya terasa menyengat tiba-tiba.
“Kau ingat dia rasa aku rela kahwin dengan kau? Dia pun tahu aku terpaksa. Dia takkan semudah tu terima kau, aku sendiri akan lepaskan kau. Jadi tak perlu berharap untuk majlis tu. Kau cuma perlu menanti waktu untuk diceraikan.”
Kepalanya benar-benar terasa berat. Dia tidak berdaya meneguhkan diri. Dia rebah betul-betul di depan Hayden yang hampir menutup pintu.
“Najwa!” Kepalanya berpinar-pinar meski dia terasa tubuhnya dipangku. Dia tidak mampu menyahut.
Terasa bahang dari tangan Nana. Hayden melepaskan keluhan berat. Ini bukan kali pertama Nana demam. Nana demam setiap kali dia terlalu memberi komitmen dalam bekerja.
Dalam rasa terpaksa, tubuh itu diangkat rapat ke dalam pelukan. Bahunya menolak pintu agar terbuka luas. Dia membolos masuk lalu dia menutup dengan tubuhnya.
Kakinya diatur ke bilik. Rumahnya hanya satu tingkat berkembar. Beli rumah besar tiada beza, hanya dia sendiri. Sama seperti di rumah neraka tiada makna itu.
Tubuh Nana didaratkan perlahan di atas katil. Selimut tebal di dalam almari didapatkan. Dulu, Nana selalu mengalami demam panas. Ketika mengandung lagilah dia perlu membantu Nana bangun, berulang kali ke tandas. Tetapi, sia-sia sahaja. Anak mereka meninggal.
Dari dulu Nana tiada bezanya, mementingkan kerja berbanding kesihatan. Nyawanya juga tidak penting, wujud satu nyawa lagi di dalam diri, lagi tidak penting diperlakukan sehingga anak mereka mati.
Tuala basah yang direndam, dia biarkan terletak di sebelah Nana. Dia enggan peduli terlalu lebih.
“Aku fikir kau sebaliknya, Najwa. Tetapi, kau tidak jauh beza seperti mereka.”
Tiada seorang pun di dalam hidupnya menghargai setiap kebahagiaan yang dia rasa, semuanya cuma menghancurkan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top