- part 1 -

🌻

"Lama dah tahan hati dekat dia. Mulut dia tak habis mengata aku," ucapku separuh kecewa. 

"Husband kau juga." Nali ketawa kecil.

"Kadang-kadang aku rasa dia tak da perasaan," keluhku.

"Perasaan apa?"

"Perasaan kat aku la. Kau bayangkan, dari awal lagi aku yang confess kat dia. Dah tu aku ajak dia kahwin. Apa yang dia buat hanya angguk, tapi pandang muka aku pun tak."

"Lah, kau juga yang beria nak kahwin dengan dia dulu. Apa kau kata? Jejaja idaman Malaya. Handsome, pandai, kaya..." Nali menyindir. Aku menarik muka. Kalaulah dia tahu Chen tu macam mana....

"Kau ni tak membantu langsung." Aku mengurut hujung dahi. Kononnya pening gila.

"Haa tu dia dah sampai." Nali menunjuk kereta yang baru masuk ke perkarangan klinik.

Aku cepat-cepat berdiri. "Aku pi dulu, Nali."

Nali setakat mengangguk kepala. Masuk aje ke dalam kereta, wajah Chen seperti biasa agak ketat tanpa senyuman.

"Jammed ke tadi? Lambat awak sampai."

"Kalau otak awak dah reti berfikir baguslah."

Terkejut sekejap aku dibuatnya. Oh, lupa pula. Perangai Benjamin Chen memang begini. Dia punya mulut, bisa gila!

"Chen, kalau saya minta cerai okey tak?"

Empat tahun hidup dengan dia, banyak kali jiwa ni kena toreh toreh. Anak pun tak ada dan aku tahu sangat Chen makin salty because of that.  Dia nak anak. Tapi aku tak beranak. 

Chen terdiam sebentar.

"Okey tak?" Aku gesa dia. Sekadar menguji.

"Awak dapat ke survive?" Dia tanya balik.

Aku menghela nafas dalam. "Kalau saya tak mampu survive, saya cari awak balik."

Dia memandangku kemudian kembali ke fokus ke arah jalan raya.

"Awak dah gila."

Gila?

Seperti faham soalan dalam kepalaku, dia mengangguk kepala.

"Memang saya gila. Gila kat awak. Kenapa la dulu saya tak fikir panjang melamar awak jadi suami." Aku menepuk dahi berkali-kali. Serius stress. Stress tengok kawan lain bahagia, suami orang sweet gila, dalam drama lepas kahwin happy ever after, tapi jantan kat sebelah aku ni, pedih dikenang.

Bayangkan dia outstation seminggu, tak bagitahu kat aku. Empat jam aku tunggu kat klinik, call call tak jawab, call kawan aku kat hospital tempat Chen kerja, kawan kata Dr Ben dah ke Filipine untuk seminar.... Biul kejap apabila kawan aku tanya, kau tak tahu laki sendiri ka?

Seminggu tu juga dia tak telefon dan mesej sampailah malam tadi tiba-tiba terjegul kat dalam bilik....

#Rinsyachasiani
#Aireenaryana
#shortstory

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top