SYT 4
"Senyap aje sayang-sayang Ayyan ni?"
Sapaan Ayyanku balas dengan jelingan. Ainura turut tidak membalas, masih dengan muka cemberut dia lagi.
Aku jadi tak senang duduk, jangan sampai dia mengadu pada Ayyan sudah? Matilah aku?
"Hey, kenapa-kenapa ni? Gaduh ke?"
"Tak ada lah, Kak Reen cerita pasal kekasih lama Ayyan. Itu muka dia monyok tu."
Pantas sahaja aku bina alasan. Bijak juga alasan tu kerana muka Ainura semakin renyuk ku lihat. Kau memang tak kenal lagi Ayyan, Ainura!
Berderau darah Ayyan mendengar. Agak pucat muka Ayyan saat ini. Bibir Ayyan bergerak-gerak macam marahkan aku. Matanya juga terbuntang luas.
Aku nak tergelak tengok riak Ayyan itu. Tak payah takut sangat boleh?
"Er, itu kisah dah lama sangat Ainura. Janganlah marah."
Pujuk Ayyan dalam keadaan serba tak kena. Ice lemon tea disedut sedikit bagi mengurangkan gelisah yang melanda. Geram pulak hati ni dengan kakak angkatnya kerana bongkar rahsia yang tak sepatutnya diceritakan.
"Hmm, tak apa lah benda dah lepas. Tapi, kalau Ayyan curang siap! Ainura kerat 13 segi badan Ayyan!"
Dia jegilkan mata luas-luas. Tegas dia keluarkan amaran.
Bibir Ayyan mengeletar sedikit. Nyeri sangatlah tu lagaknya?
Tapi, memang ngeri weyh, bayangkan kerat 13 segi? Macam mana gayanya. Biasa orang sebut kerat 14 je. Ni siap dengan perkataan segi. Aku syak Ainura ni macam tak betul sedikit. Mereng agaknya lepas kena sedas dengan mulut pedas aku ni.
"Eh, janganlah begitu sayang. Ayyan janji takkan curang. Takkan menduakan Ainura!"
Siap pakej angkat tangan kanan. Mata tu dikerdip-kerdipkan. Senang sangat menjual muka, beberapa saat sahaja bibir Ainura merekah senyum.
Aku buat tak nampak sahaja tingkah mereka berdua. Macam budak sekolah tak cukup sifat sahaja! Sedap aku mengutuk dalam hati.
"Kakak ni janganlah cerita bukan-bukan, nasib Ainura ni baik. Kalau jenis macam kakak, abis Ayyan kena hempuk jugak kat sini."
Mata Ayyan beralih pada mata aku. Aku tidak selesa terus pandang ke arah lain. Cara dia mengata aku tu buat aku geram, tetapi memang betul pun. Aku ni memang rasanya kuat cemburu. Bukan setakat hempuk, mungkin aku dah ketuk dia guna lesung batu. Nasib Ayyan bukan kekasih aku.
"Okay, akak balik dululah kalau tak nak akak bercerita."
Aku bangun. Malas mahu duduk lagi, nanti Ayyan salahkan aku lagi. Sakit hati tahu tak!
Ayyan bangun juga lalu dia tarik tanganku. Matanya tegas mengarahkan aku duduk semula.
"Jangan nak mengada. Duduk lah kak, kejap lagi kita balik. Kita belum habis berbual, tak cukup lagi Ayyan nak lempiaskan rindu berbual dengan kakak tau."
Aku mengalah jua, ikutkan sahaja.
"Cepat sikit kalau nak berbual pun. Akak dah penat ni nak balik. Kat rumah tu, banyak lagi kerja nak dibuat."
Aku membebel nak dekat sama macam Mak aku kat rumah. Sedangkan itu alasan sahaja, sebenarnya aku penat menghadapi semua ni. Penat sangat!
"Iyelah kak. Okay... Hmm... Tadi tak silap Ainura tanya kenapa Ayyan declare nak jadi adik angkat akak kan?"
Lirikan mata Ayyan beralih pada Ainura.
Ainura angguk sahaja tanpa bersuara.
"Firstly, paling Ayyan tak boleh lupa bila Kak Reen selamatkan Ayyan masa Ayyan hampir lemas."
Luah Ayyan kemudian jeda, desah nafasnya seperti terhenti. Matanya berbalam. Wajahnya pula terbias pilu.
Aku turut merasai kesedihan Ayyan. Manakan tidak, Ayyan hampir lemas. Bagaimana agaknya kesakitan yang tertanggung olehnya. Pasti terlalu seksa. Ya Allah.
"Kalaulah Kak Reen tak ada, Ayyan tak dapat wujud di sebelah Ainura sekarang... Ya Allah, Ayyan sangat-sangat terhutang nyawa dengan akak... Sampai mati Ayyan tak akan lupa jasa akak."
Seiring akhir ayatnya, tubir matanya terjatuh setitik air mata. Aku sebak sangat, sampai air mataku jatuh jua. Sungguh pilu mendengar luahan Ayyan. Sudah acap kali Ayyan dendangkan ucapan keramat itu.
"Ayyan, janganlah cerita kalau awak tak mampu. Saya... saya... Minta maaf sangat bertanya macam ni..."
Tenggelam timbul Ainura menuturkan kata, dia juga turut sebak. Sekaligus tidak menyangka Kak Reen sangat berjasa pada Ayyan. Perasaan serba salah menyerbu seluruh urat nadinya. Ikutkan rasa, ingin sahaja dia minta maaf pada Kak Reen kerana sikap kurang ajarnya tadi.
"Takpe sayang. Ayyan okay. Just bila teringat peristiwa tu, Ayyan bersyukur sangat sebab Allah hadirkan insan sebaik Kak Reen. Ayyan terlalu sayangkan Kak Reen. Ayyan harap Ainura faham sebab apa Ayyan anggap Kak Reen macam kakak kandung Ayyan."
Terang Ayyan, dia masih lagi merenung aku dengan penuh kasih sayang. Aku hiba mendengarnya. Kini aku sedar aku hanya layak menjadi kakak angkatnya kerana kasih sayangnya yang suci itu.
"Silap Ayyan masa tu, sepak-sepak batu lepastu maki hamun sampai terjatuh dalam tasik. Ayyan pulak tak pandai berenang."
Cerita Ayyan lagi. Nada suaranya sayu sekali.
"Kebetulan, Kak Reen jalan-jalan area taman tu. Kak Reen termenung tengok tasik, tapi tiba-tiba Kak Reen rasa janggal. Sebab ternampak ada buih-biuh halus timbul atas air. Kak Reen apa lagi jerit macam nak gila panggil orang minta tolong. Hampir nak luruh jantung Kak Reen bila tengok tu Ayyan. Nasib baik dengan bantuan seorang budak lelaki ni, Ayyan selamat dengan izin Allah."
Aku jeda sebentar, dan pandang Ainura yang sedang menunduk.
"Nak tahu siapa budak lelaki tu?"
Ainura angkat wajah, dia pandang aku inginkan jawapan.
"Budak nerd yang Ayyan buli tu. Kebetulan sangat kan? Inilah namanya takdir."
"Yes, Ayyan bersyukur sangat dengan dia. Siapa nama dia ek? Tak silap Ali? Kemana agaknya dia sekarang kan? Dah lama tak dengar cerita dia."
Aku senyum. Ayyan turut senyum walaupun ku sedar senyuman terasa payah sekali terukir. Dia masih lagi bersedih agaknya.
"Aah, Ali memang baik sangat. Ayyan yang buli dia pun dia sanggup selamatkan. Tapi kan, akak pernah tanya dia kenapa selamatkan Ayyan. Nak tahu dia kata apa?"
Terjungkit kening Ayyan dan Ainura. Ayyan pun memang tak pernah tahu rahsia ini.
"Dia kata dia tengah kalut, tak tahu pun tu Ayyan. Kalau tahu dia blah aje."
Gelakku dihujung kata.
"Serius?"
Ayyan dan Ainura bertanya serentak. Intonasi mereka jelas kedengaran tidak percaya.
Aku pada mulanya sama juga tak percaya, tapi...
"Dia bergurau aje, tapi memang serius dia tak tahu tu Ayyan. Bila kalut dia datang, penglihatan dia agak kurang sebab tu dia pakai cermin mata. Tak gitu?"
Kedua-duanya gelak kecil. Aku lega muram diwajah Ayyan sudah menghilang dan diganti dengan wajah ceria.
"Sejak hari tu, Ayyan bersumpah untuk menjaga Kak Reen hingga hujung nyawa Ayyan."
Luah Ayyan bersama senyumannya yang paling manis. Wajahnya kutatap puas-puas.
'Syukur, aku dan Ayyan ditakdirkan bertemu walaupun bukan sebagai kekasih. Aku redha, Ya Allah.'
Bisikku dalam hati sementelah menitip perasaan redha dengan segalanya. Ketentuan takdir dari Allah, siapa mampu menghalang?
.....................................................
"Boleh akak duduk depan?"
Pintaku pada Ayyan. Nada suaraku lembut, mataku juga cuba meraih simpati. Ayyan gerakkan anak matanya pada aku dan Ainura silih berganti. Aku tahu dia serba salah.
"Boleh ye? Ayyan kan hantar akak dulu? Boleh?"
Aku mengulang lagi permintaan dan kedengaran agak mendesak agar dapat memnacing Ayyan supaya terima sahaja permintaan aku. Aku bukan mengada-ngada. Aku teringin benar duduk di sebelah Ayyan di depan. Bukan apa, aku cuma tidak mahu alami lagi perasaan terasing dan terpinggir duduk di bahagian belakang seperti awal-awal tadi. Kalau boleh pertemuan terakhir ini, aku ingin rasai diri layak duduk disampingnya. Apa yang aku merepek? Pertemuan terakhir?
"Boleh..."
Sepatah perkataan yang keluar mengamit aku semula ke alam realiti. Senyuman nipisnya turut aku balas ala kadar. Ainura, di sebelah raut wajahnya tidak dapat kutebak. Aku pun tidak pasti apa yang dia simpan dalam hati. Mungkin marah padaku kerana membuat permintaan merepek seperti itu?
Maaf Ainura, aku bukan suka-suka berperangai begini. Aku hanya mahu kau memberi ruang padaku untuk duduk di sampingnya. Aku tahu, kau pasti sakit hati denganku, tetapi sakit dihatiku lebih parah lagi Ainura. Izinkan aku berangan-angan sebentar, sebelum rasa ini kubunuh mati. Setelah itu, aku akan sentiasa menyokong kau berdua agar bahagia hingga akhir hayatmu.
......................................................
"Akak rasa keadaan kita dah lain sangat... Adik dah ada kekasih, dah tak boleh lah adik manja-manja lagi dengan kakak..."
Aku membuka mulut, menyatakan apa yang aku rasai. Aku pandang luar cermin, ada rintik halus jatuh satu persatu ke bumi. Hujan itu bagaikan menggambarkan apa yang terpendam dalam lubuk hatiku. Dan kini aku dapat rasakan perasaan hiba menyeksaku perlahan-lahan.
"No... Adik still nak juga manja-manja dengan kakak. Akak lupa ke? Akak dah miliki separuh hati adik. My heart always for you... If suatu hari nanti adik ada isteri pun, adik still nak juga manja dengan kakak. Adik akan sentiasa sayangkan akak, and you're always in my mind. Please, remember this, kak."
Aku sangat tersentuh, hatiku tidak cukup kuat. Air mata sangat memberat di tubir mata. Kenapa kata-katamu sentiasa buat aku terkesan, Ayyan? Apa kuasa kau sampai hatiku cukup porak-peranda sekarang? Kenapa kita tidak punya perasaan yang sama? Aku benci kau, Ayyan!
"Adik tak perlu cakap macam tu, it's not good. Ia boleh timbulkan salah faham tau. Kesian Ainura. Tak apa pun, kalau kita jarang contact. Akak faham. Akak pun nanti akan bina keluarga sendiri. Keluarga kita lebih utama kan?"
Habis sahaja bicara, sedaya upaya aku cuba kawal emosi yang tiba-tiba menggila. Kerana apa yang aku katakan sesungguhnya benar akan berlaku. Ya, aku dan dia bukan keluarga. Lambat laun hubungan kami akan terputus jua ditengah jalan tanpa kami sedari. Apabila sudah membina keluarga masing-masing, jarak aku dan dia akan semakin jauh. Tetapi, kenapa? Kenapa sekarang aku sudah dapat rasakan, jarak kami sudah semakin jauh dan terasing sekali. Umpama aku dan dia tidak lagi di dalam dunia yang sama. Perasaan sebak mula menghimpit aku tika ini. Ya Allah, kuatkan aku. Air mataku jatuh setitik demi setitik. Aku tak mampu tahan air mata ini!
"Akak, please... Akak cakap macam adik ni zalim... Akak jangan lupa, akak ialah insan yang paling penting dalam hidup adik... Please, never say like that again... Walau apa pun terjadi, adik dah jadi datuk pun, adik masih sayangkan akak, dan sentiasa nak lindungi kakak... You're my heroin, kak..."
Lirih sekali suara lembut Ayyan menyentuh deria pendengaranku. Air mata mula luruh seiring hujan di luar. Lebat. Aku seka berkali-kali. Mutiara itu masih tidak bisa berhenti. Aku tidak mahu Ayyan lihat air mataku, tolong airmata berhenti daripada menimbulkan perasaan. Aku tekup mulut, bimbang dia dengar esakan halus dari mulutku. Mujur juga hujan lebat diluar dapat menyembunyikan walau sedikit cuma tangisan aku ini.
..............................................................
Selang beberapa minit, suasana kembali sunyi sepi. Kami hanya ditemani suara desahan kuat dari hujan lebat. Tangisanku tadi semakin reda walaupun hatiku menjerit ingin menghamburkan tangisan kesedihan. Aku cuba tabahkan hati.
Mataku yang sedikit pedih, ku gosok perlahan. Nampak jelas biasan dari cermin kereta Ayyan, rumah pangsaku. Tak sangka, secepat ini perpisahan kami. Aku tidak mahu berpisah dengannya. Aku mahu disampingnya. Aku tak mahu biarkan dia bersama Ainura. Tak mahu!
"Kak..."
Suara Ayyan memanggilku, aku tetap diam tidak berganjak. Aku tarik nafas dan hembuskannya. Mungkin ini yang terbaik, aku harus pergi. Mengalah. Tiada guna aku duduk lagi, keraskan hati. Dia tidak akan faham.
"Terima kasih untuk semuanya, Ayyan."
Aku sebut perlahan kata-kata itu. Tidak ku peduli, dia dengar atau tidak. Tanpa aku menoleh lagi, aku keluar dari kereta. Habis lencun tubuhku disimbah air hujan yang lebat. Aku tidak hiraukan, biarlah. Sedang aku buka mangga rumah, aku perasan tiada lagi air hujan membasahi tubuhku. Dengan lemah, aku kerling juga di sebelah. Ayyan! Dia sedang melindungi aku dengan jaketnya. Aku terkedu, kubalikkan tubuh. Menghadap dia. Wajahnya yang sedang kebasahan, ku pandang sayu.
"Kenapa pergi macam tu je kak?"
Dia menjerit kuat, melawan suara hujan.
Aku diam, enggan menjawab walau sepatah pun. Aku biarkan mataku menatap dia puas-puas. Mata dia, hidung dia, bibir dia. Aku ingin simpan wajah itu dalam lubuk hatiku paling dalam. Biar tersimpan kemas, biar tersimpan tanpa sesiapa tahu.
Aku tolak dia ketepi, supaya menjauh dari aku. Lalu tanpa pamitan aku buka pagar dan menutupnya rapat. Tidak ku keluarkan sebarang suara untuk dia. Aku bergegas masuk dan berhenti di hadapan pintu rumah sebentar. Pandangan sayu aku lontarkan untuk dia. Sempat lagi, aku renung dia dari kejauhan, sangat jelas Ayyan dalam keadaan kebasahan sambil bibir itu melaung memanggil namaku. Maafkan akak, Ayyan. Hanya sebaris ayat itu terluah.
...........................................................................
"Ya Allah, kenapa basah lencun ni adik?"
Aku diam, tidak menjawab pertanyaan daripada Mak. Tanganku ligat memerah baju dan tudung yang basah.
"Adik! Mak tanya ni, jawablah!"
Bentak Mak berang. Mesti mak geram kerana aku buat dek aje.
Aku pandang mak.
"Payung tak ada, tu yang adik basah kena hujan."
Balasku sambil membuka kasut. Habis kasut kesayanganku basah. Dah lah, mahal.
"Apa yang bising-bising ni mak?"
Jerit Kak Mina kuat. Mukanya tersembul di depan pintu. Matanya kutangkap sedang terbeliak besar memandang aku. Kenapa dia terkejut sangat ni?
"Tunggulah dulu dalam kereta, kalau hujan lebat. Tak pun singgah mana-mana dulu. Yang pergi redah hujan ni kenapa dik?"
Bebelan mak aku tadah sahaja.
"Hmm, adik masuk dulu."
Kaki terasa berat untuk melangkah kerana Kak Mina tahan aku. Aku dengus kasar, geram. Tengah tak ada mood, sibuk nak mengacau aku kenapa? Aku tolak tangannya dengan kasar.
"Kau lupa eh dik, jubah ni aku paling sayang. Suka-suka kau aje biarkan baju aku basah macam ni. Aku tak kira kau basuh jugak jubah ni sekarang!"
Jeritan dia buat aku hampir pekak. Cakap jangan nak kuat sangat boleh! Over sangatlah dia ni. Baju basah pun nak over sangat apesal? Kalau dah kedekut, sampai bila-bila pun kedekut! Benci betul ada kakak perangai macam ni.
"Sorry okay! Aku lupa! Nanti-nanti boleh tak? Aku penat tau tak!"
Aku beri alasan sambil jeling Kak Mina tajam. Dia apa lagi, semakin geram dengan aku.
"Tak kira sekarang jugak! Berani buat berani tanggung!"
Perasaanku mula mendidih. Aku tolak tubuhnya kuat sampai terdorong kebelakang sedikit.
"Kau ni dah lebih!"
Kak Mina tarik tudungku sehingga tertanggal. Makin panas hati. Rasa nak menggelegak sahaja marah. Tidak dapat dibendung. Siap kau!
"Engkau orang bergaduh ni kenapa! Ya Allah, dah besar perangai masih lagi budak-budak!"
Mak menjerit memarahi kami. Aku pantas bangun dan matikan niat nak tarik rambut dia. Aku tinggalkan mereka begitu sahaja. Lepas satu, satu lagi masalah! Sakit hati!
......................................................
Writer's comment : hish, kak Mina ni pun, orang penat disuruh basuh baju dia? Ada tak kat sini jenis kakak kedekut macam ni? Share sikit. Hehe
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top