Data 6- Kawan Baru
Boboiboy, Fang dan Gopal baru sahaja keluar dari bilik guru besar setelah dimarahi kerana memecahkan tingkap bilik guru besar, Papazola yang juga mengikuti mereka seperti menua tiga tahun kedepan kerana dimarahi oleh guru besar.
"Kamu jangan buat lagi, faham?" kata Papazola.
"Faham," kata Fang dan Gopal serentak manakala Boboiboy hanya menganggukkan kepalanya.
"Sekarang masuk kelas kamu!" arah Papazola.
Boboiboy, Fang dan Gopal berjalan secara serentak ke arah kelas.
"Kau hebat!" kata Gopal dengan teruja, Boboiboy terkebil-kebil.
"Hebat?" soal Boboiboy.
"Sepakkan kau kuat sangat macam kau mempunyai kuasa!" kata Gopal.
"Sistem saya.." Tiba-tiba Boboiboy terdiam, dia teringat kata-kata Amato.
"Kamu jangan sesekali cakap yang kamu ada kekuatan luarbiasa atau tentang sistem robot kamu, faham?"
"Ianya mengambil masa lama untuk sepak macam tu." Boboiboy mengubah kata-katanya.
"Tapi kira hebat tu," kata Gopal yang masih teruja manakala Fang memandang Boboiboy atas bawah, Fang menyedari cara percakapan Boboiboy seperti dia cuba menyembunyikan sesuatu.
"Apa yang kau cuba rahsiakan, Boboiboy?" fikir Fang.
Mereka bertiga memasuki ke dalam kelas dan terlihat beberapa pelajar lelaki sedang menukar baju sukan mereka ke baju seragam.
"Dah lah budak baru, awal-awal dah buat hal."
"Kan, kesian Cikgu Papazola."
"Dasar tak malu."
Pelbagai kata-kata yang tidak menyenangkan daripada mulut-mulut pelajar kelas mereka.
"Kau jangan dengar sangat apa yang mereka cakap," celah Fang.
"Baiklah," kata Boboiboy.
"Jom tukar baju," kata Gopal lalu mereka menukar baju ke seragam sekolah.
"Aku nak tahu pasal kau lagi, Boboiboy," kata Gopal.
"Boleh," balas Boboiboy lalu dia melabuhkan punggungnya, dia cuba untuk memperbetulkan tali lehernya tapi dia agak terkial-kial.
"Mari aku tolong kau," kata Fang lalu membantu Boboiboy memperbetulkan tali lehernya.
"Kau dari mana sebelum pindah sini?" soal Gopal.
"Kota Hilir," balas Boboiboy.
"Ayah kau kerja apa?" soal Gopal lagi.
"Jurutera," balas Boboiboy lagi.
"Jurutera apa?" Gopal mengerutkan dahinya.
"Jurutera bahagian Inovasi Kejuruteraan Sains dan Robotik," balas Boboiboy.
"Dari syarikat baru buat tu ke?!" Gopal terkejut.
"Ya." Boboiboy menganggukkan kepalanya.
"Kira ayah kau ni orang hebatlah?" kata Gopal.
"Mungkin," balas Boboiboy.
"Menarik," kata Fang.
"Hai, korang!" Yaya menegur mereka bertiga.
"Hai, Yaya!" Gopal membalas.
"Apa yang kamu semua bincangkan?" soal Ying sambil meletakkan beg bajunya di sebelah mejanya.
"Cuma sesi soal tanya dengan Boboiboy," balas Fang.
"Nak join juga!" kata Ying dengan nada riang.
"Boleh, boleh!" kata Gopal pula.
Mereka berlima berbual sehingga mata pelajaran seterusnya.
☆☆☆☆
Waktu rehat sudah tiba, waktu di mana kesemua pelajar tertunggu-tunggu. Kesemua pelajar menyerbu kantin sekolah termasuk Boboiboy dan kawan-kawan barunya.
"Baris elok-elok!" Yaya mengarahkan pelajar-pelajar untuk berbaris elok dengan nada garang.
"Yaya memang macam tu, dia ketua pengawas sekolah ni." Gopal menerangkan kepada Boboiboy.
"Faham," kata Boboiboy.
"Tepi! Aku nak nasi goreng lobak merah aku!" Fang sedang berebut di dalam barisan untuk sepinggang nasi goreng lobak merah.
"Dey, Fang! Belikan sekali untuk aku jugalah!" kata Gopal dengan suara lantang.
"Belilah sendiri!" balas Fang yang masih berebut.
Boboiboy menganalisis situasi di kantin, ianya bising dan 'hidup'. Pelbagai suara dan perbualan di antara semua pelajar, semuanya nampak gembira sahaja.
"Boboiboy, mari duduk sini!" Ying melambaikan tangannya untuk menarik perhatian Boboiboy itu.
Boboiboy terperasan yang Ying memanggilnya, terus berjalan ke arah gadis berkaca mata itu.
"Mari! Mari!" Ying menunding ke arah kerusi panjang yang kosong di hadapannya.
Memahami maksud Ying, Boboiboy terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang itu.
"Kamu tak ada makan ke?" soal Ying, Boboiboy menggelengkan kepalanya.
"Kenapa?" soal Ying lagi, menginginkan kepastian.
"Masih kenyang," kata Boboiboy.
"Akhirnya! Aku dapat," kata Fang termengah-mengah sambil memegang sepinggan nasi goreng lobak merah, habis kusut masai rambutnya.
"Haiya, apa yang sedap sangat nasi goreng lobak merah tu?" soal Ying, sekali sekala dia terfikir kenapa Fang ini suka sangat nasi goreng lobak merah itu.
"Sebab ada lobak merah," balas Fang ringkas lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Boboiboy.
"Kau tak makan ke?" soal Fang.
"Tak, masih kenyang." Boboiboy membalas.
"Atau kau tak ada duit ni?" celah Gopal yang baru sahaja selesai membeli makanan ringan dan minuman.
"Ini seorang lagi, asyik-asyik makanan ringan sahaja." Ying membebel.
"Suka hati akulah, duit aku! Bukan duit kau," balas Gopal.
"Saya ada duit tapi betul, saya tak ada rasa lapar." Boboiboy masih dalam proses untuk bercakap seperti manusia, jadi ianya kedengaran sangat datar.
Fang menganalisis Boboiboy secara diam. Dia jelas mengetahui sesuatu tidak kena dengan Boboiboy, terutama sekali cara percakapannya Boboiboy.
"Suara kau ni datar sangatlah," kata Fang, menarik perhatian Ying dan Gopal.
"Maksud kau?" soal Gopal.
"Suara Boboiboy agak datar, macam dia tak selalu cakap Bahasa Melayu. Kau belajar kat luar negara ke dulu?" soal Fang.
"Tak," kata Boboiboy.
"Mungkin Boboiboy belajar kat Sekolah International dulu kot, kita tak tahu." Ying membalas tetapi Fang masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
"Atok kau buka kedai ke hari ni?" soal Gopal.
"Buka," kata Boboiboy.
"Oh, Tok Aba sudah sembuh?" soal Ying.
"Tak juga tapi.."
"Abah nak buka kedai juga!" Tok Aba membantah untuk berehat dan membuka kedainya.
"Kaki abah tak sembuh lagi, janganlah paksa diri!" kata Amato yang cuba menghalang Tok Aba untuk bangun.
"Aku tak kira! Tepi!"
"Jangan, abah!"
"Ohhhhhh." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Fang, Gopal dan Ying.
"Aku dengar yang orang-orang tua memang tak reti duduk diam," kata Gopal.
"Dan degil," sambung Fang pula.
Tiba-tiba Boboiboy mendapat amaran melalui iris matanya bahawa baterinya berkurang, Boboiboy terus segera berdiri.
"Kenapa ni, Boboiboy?" soal Gopal.
"Nak pergi tandas," balas Boboiboy dan terus berjalan, ianya menambah curiga bagi Fang.
Boboiboy segera ke kelasnya dengan pantas, memandang sekeliling untuk memastikan tiada seorang pun berada di kawasan kelasnya. Boboiboy segera ke tempat duduknya dan mengeluarkan kabel pengecas dari begnya, menyambung pada soket berdekatan dan menyambungkan kabel tersebut di belakangnya. Boboiboy mengeluh lega kerana perlahan-lahan elektrik dari soket tersebut mengecasnya.
"Kau buat apa kat sini, Boboiboy." Tiba-tiba seseorang menegurnya membuatkan Boboiboy terkejut.
"Fang." Hanya ayat itu sahaja yang mampu keluar daripada mulut Boboiboy.
"Kau kata kau nak pergi tandas," kata Fang, Boboiboy terdiam seketika.
"Saya baru sahaja pergi, jadi saya duduk kat kelas." Boboiboy cuba untuk berdalih sebaik mungkinnya.
"Kau sorokkan apa tu?" soal Fang lagi apabila Boboiboy menyembunyikan kabel casnya di belakang.
"Tiada apa-apa," balas Boboiboy.
Fang terdiam seketika dan menarik Boboiboy merapatinya membuatkan remaja android itu terkejut dengan kelakuan Fang itu, tiba-tiba mata Boboiboy bertukar merah.
"Pencabutan kabel secara paksa adalah tidak dibenarkan!" tengking Boboiboy lalu mengacukan pistol ke arah Fang.
"Apakah?! Kau robot?!" soal Fang, terkejut.
"Manusia yang memberi bahaya patut dimusnahkan," kata Boboiboy.
"Nanti, nanti! Maafkan aku! Aku tak sengaja tarik kau sekuat itu!" pujuk Fang.
"Bawa bertenang, aku betul-betul minta maaf." Fang cuba untuk memujuk Boboiboy lagi, Boboiboy terdiam seketika.
"Maaf diterima," kata Boboiboy, perlahan,lahan matanya bertukar coklat kembali dan tangannya kembali normal.
"Jadi betullah kau robot," kata Fang.
"Ya tapi saya kena rahsiakan," balas Boboiboy.
"Kenapa?" Fang mengerutkan pipinya.
"Ayah kata itu sahaja, rahsiakan yang saya adalah robot. Ayah kata saya kena jadi seperti manusia biasa," terang Boboiboy.
"Ayah kau pasti ada sebab yang lain tapi aku faham," kata Fang.
"Tapi Fang kena rahsiakan juga," balas Boboiboy.
"Baiklah, aku janji." Fang menunjukkan jari kelingkingnya, Boboiboy menelengkan kepalanya.
"Ini cara aku tunaikan janji aku." Fang menarik tangan Boboiboy dan merangkul jari kelingkingnya dengan jari kelingkingnya Boboiboy.
"Faham," kata Boboiboy.
"Aku akan ajarkan kau macam mana jadi seperti manusia," kata Fang pula.
Setelah habis waktu sekolah, Boboiboy menunggu ayahnya untuk mengambilnya. Dia memandang kiri dan kanan tetapi kereta ayahnya tidak kelihatan, tiba-tiba satu notifikasi muncul di paparan iris Boboiboy. Boboiboy menekan belakang telingannya.
"Boboiboy, ini ayah. Ayah tak dapat ambil kamu hari ini sebab ada kerja yang banyak, Boboiboy boleh balik sendiri kan? Kamu boleh juga singgah ke kedai Tok Aba, tengok-tengokkan atok tu. Abah risau, takut kaki dia makin teruk." Mesej suara Amato di hantar ke isyarat komunikasi Boboiboy bagi memudahkan Boboiboy untuk berkomunikasi dengan Amato tanpa telefon bimbit seperti manusia biasa di sekolah.
Seperti mesej suara yang diterimanya, Amato tidak dapat mengambilnya dan Boboiboy terus mengorakkan langkahnya untuk pulang.
"Boboiboy!" Gopal berlari ke arah Boboiboy, Boboiboy menoleh ke belakang untuk memandang ke arah Gopal.
"Kenapa, Gopal?" soal Boboiboy.
"Kau balik sorang je ke?" soal Gopal pula sambil termengah-mengah kerana berlari tadi.
"Ya," balas Boboiboy ringkas.
"Kalau macam tu aku balik dengan kau jelah," kata Gopal.
"Gopal pun jalan juga?" soal Boboiboy.
"Mestilah, jom!" Gopal mengorakkan langkahnya dan diikuti oleh Boboiboy.
Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya Boboiboy dan Gopal tiba di Kedai Kokotiam milik Tom Aba. Terlihat beberapa pelanggan singgah di kedai itu dan Tok Aba sedang sibuk melayan pelanggan.
"Atok," sapa Boboiboy.
"Oh! Kau sudah pulang? Oh, Gopal! Kau pun kat sini?" kata Tok Aba.
"Ikut Boboiboy balik, jadi saya singgah kat kedai atok ni." balas Gopal.
"Kau kawan dengan Gopal ya?" soal Tok Aba, Boboiboy menganggukkan kepalanya.
"Duduklah, rehat dulu. Kau nak apa, Gopal?" soal Tok Aba lalu mengambil cawan bersih.
"Macam biasa!" kata Gopal.
"Seronok sekolah, Boboiboy?" soal Tok Aba.
"Seronok?" kata Boboiboy.
"Baguslah," kata Tok Aba sambil tangannya sibuk membancuh air untuk Gopal.
"Dapat ramai kawan?" soal Tok Aba lagi.
"Ramai? Empat orang," balas Boboiboy.
"Dan saya salah seorang itu," kata Gopal dengan bangganya, Tok Aba hanya tersenyum.
"Nah, minum." Tok Aba meletakkan cawan itu di hadapan Gopal.
"Sedapnya," kata Gopal lalu menghirup minuman coklat panas itu.
Boboiboy dan Gopal menikmati waktu petang di kedai milik Tok Aba, sekali sekala Boboiboy membantu Tok Aba melayan pelanggan atau membawa dulang makanan dan minuman yang sangat banyak.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top