Chapter 1
UHUKKKK UHUKKKK...
Kenapa, kenapa hari ini?! Hari pertama aku masuk universiti? aku tunggu saat ini untuk 3 tahun. Tapi semuanya musnah sebab batuk tak guna ni. Aku mencapai tuala. Tunggu, sebelum aku jelaskan lebih mendalam. Bagi aku pakai tuala dulu. Badan aku dibasahi air, baru lepas mandilah dikatakan, sebabtu aku capai tuala. Kiri atau kanan, sudah! kalau aku memilih lagi, memang berbogelah aku masuk kelas nanti. Gaun seksi yang berwarna green emerald aku capai. Handbag? sekejap, bagi aku fikir dulu. Ini atau ini? Muka aku dah jelas memang berkerut. Sekali lagi aku ulang, kalau aku memilih memang beg plastik yang aku bawa nanti. Cukup! aku bawa my baby bag jelah untuk hari pertama kelas aku.
Seorang pembantu membuka pintu sebelum aku melangkah keluar dari rumah. Setiap seorang dari mereka yang dibayar oleh ayah aku mengukir senyuman buat aku walaupun aku tidak pernah melihat wajah mereka. Seorang lagi pembantu lelaki membukakan pintu kereta buat aku.
Kaki kiri atau kanan? Boleh nampakan yang aku ni ada masalah dalam memilih. Ibu aku cakap, mulakan kaki kanan untuk ke tempat yang baik. Jadi aku mengangkat kaki kiri sebab tempat aku nak ke universiti bukan untuk belajar tapi untuk mencari bakal simpanan liar aku. Simpanan liar? maaf, maksud aku lelaki simpanan aku.
CHAPTER 1
"1K like, 2K like, 3K like. Kurang 10K like aku bunuh diri" monolog seorang wanita sementara menunggu kopi yang dipesanya tiba.
"Mana Tan ni, lamanya" kalini bukan monolog tapi dia bersuara! sampai aku yang baru membuka pintu kafe ni boleh dengar suara si tak guna tu!
"WIIEEEE TAN KENAPA LAMA SANGAT?!" jerit wanita gila itu. Walaupun jarak kami tidak jauh, namun idea dia untuk menjerit begitu adalah idea paling musibat.
"Kau tak reti sabar ke Tan, kan aku dah cakap yang aku on the way"
Orang-orang disekitar kami yang mendengar perbicaraan kami mesti pening. Yang seorang itu nama dia Tan, yang seorang lagi pun Tan juga. Baik aku jelaskan dengan penuh mendalam. Nama perempuan ni Emily. Tapi nama panggilan dia S.E.T.A.N!
T.A.N adalah singkatan sebab aku malas nak sebut penuh. Lagi pun dahlah namanya begitu bayangkan aku sebut nama penuhnya di khayalak ramai. Mahu perempuan ni tak keluar rumah sebulan. Jadi cukuplah dengan Tan. Paling-paling orang akan ingat nama dia TAN.
Kembali kepada cerita asal! "Haa, jadi apa rancangan kita untuk mencari simpanan liar kita? dah ada atau belum?" aku perlahankan suara takut jika-jika orang salah faham dengan apa yang kami maksudkan.
"Mestilah ada, aku punya rancangan aku dah rangka sejak malam tadi. Jadi kau tak perlu risau"
Mata kami melihat kearah sekitar Kafe. Badan kami tegakan dan kaki kami silang panggung.
"Baik, rancangan aku mudah. Target pertama aku ialah Jack. Aku dengar Jack tu anak orang kaya. Bahkan aku dengar orang cakap kekayaan ayah dia sampai mampu beli satu bangunan universiti ni!"
Aku yang berpura-pura terharu pun menunjukan muka terkejut fake.
"Okay... Jadi itu untuk simpanan liar kau. Jadi macam mana dengan aku?" Aku dengan mata berkaca-kaca pun menanti jawapan dari si T.A.N ni.
"Aku bagi tahu lepas kau tolong aku"
Ini adalah jawapan yang sangat aku tunggu-tunggu dari si S.E.T.A.N ni. "Cukup! aku datang dari jauh cuma untuk bantu kau? "
"Sabarlah Tan, nanti malam aku cuba rangka untuk kau yang boekk punya" Emily yang berasa serba salah sedaya-upaya nak bagi aku berasa tenang.
"Dah-dah, aku tak nak dengar! aku nak pergi du..."
UHUUKKK UHUKKK...
Ahh tak guna. Aku ingatkan dah hilang. Tertunduk aku dek menahan sakitnya tekak ini.
"Kau okay Hana?" Wajah Emily kelihatan sedikit panik mendengar batukan aku.
Aku ada nama rupanya. Baru aku tahu. Kena tunggu aku mati dulu baru dapat nama. Dah cukup, aku pergi dulu. Aku dengan segera meninggalkan Kafe.
***
"Berapa semua ni?" soal seorang lelaki berumur kepada lelaki yang berada di bahagian juruwang. Duit kertas dia hulurkan. Lelaki yang berada di bahagian juruwang itu jelas kelihatan kurang berkeyakinan untuk mengambil wang tersebut. Kalau cakap mengenai keyakinan memang tak cukup, lelaki itu turut tersalah memulangkan wang baki kepada lelaki tua tersebut. Dah lah menyirap tengok lelaki itu, tambah pula tersalah pulang wang baki. Memang membaralah api kemarahan orang tua tu.
"Lain kali, kalau tak boleh kerja, TAK PAYAH KERJA!" tengking lelaki berumur itu kepada juruwang. Lelaki itu hanya mampu tertunduk malu kepada pelanggan yang berbaris.
"Sudah Stephen, awak pergi rehat. Biar saya yang uruskan" satu suara hadir dari belakang stephen. Benar, wanita itu ialah Katheriona. Individu yang bertangungjawab dalam melatih Stephen.
Stephen yang terduduk kelelahan ditemani sebotol air mineral. Wajahnya jelas memancarkan air muka kepenatan dalam mencari rezeki. Walaupun ini adalah hari ketiga dia bekerja. Namun, dia tetap melakukan kesalahanan yang sama.
Seorang wanita dengan wajah marah hadir mendekati Stephen yang sedang meneguk air mineralnya.
"Susah betul hidup kau..." Bukan orang lain yang bersuara. Tetapi aku.
Baiklah dah alang-alang aku ada di sini baik aku cerita lebih mendalam kenapa dengan Stephen ni.
Demi menjaga harga diri, si Stephen ni sanggup hidup dalam keadaan hina macam ni!
Mengikut dari apa yang kawan-kawan Stephen ni beritahu dekat aku. Stephen ni kena halau dari rumah. Kenapa dia kena halau dari rumah? sebab dia taknak ambil alih busines bapak dia!
Pelik bukan dia ni? orang sanggup bermatian, membunuh demi nak ambil alih busines bapak dia yang berjuta-juta tu. Tapi dia ni? boleh tolak mentah-mentah. Siap hina lagi!
Masih kurang jelas? okay, bagi aku jelaskan dulu. Mengikut apa yang kawan-kawan Stephen ni beritahu. Bapak Stephen ni buat Busines cara haram jadah, bukan haram je, siap jadah sekali. Tiada satu sen pun yang halal dalam busines bapak dia ni. Meremang pula aku nak cerita. Jadi itulah punca dia tak nak ambil alih. Tapi itu apa yang aku dengar dari kawan-kawan Stephen. See aku ni kaki sibuk bukan? Aku bukan apa, curious je. Tapi apa yang keluar dari mulut Stephen, dia kata nak berdikari. Jadi aku buat-buat "percaya".
"Duit makan kau ni cukup tak?" soal aku dengan agak sedikit kasar.
Stephen tersenyum melihat karenah aku.
"Kau risaukan sangat aku ni kenapa? nak belanja aku makan ke?" Stephen menunjukkan wajah comelnya. Ingat kalau dia tunjuk muka comel boleh buat aku cair?
"Dahlah, aku on point je lah" Aku memperlahankan suara aku. Sesekali aku melihat sekitar. Takut jika ada yang mencuri dengar.
"Sebenarnya...Aku..." sekali lagi aku menoleh kiri dan kanan. Wajah Stephen sudah mula berkerut menunggu jawapan aku.
"Sebenarnya...Aku dah diterima masuk LINTON UNIVERSITY! universiti yang sama dengan kau!"
"Omg Hana finally! jadi bila kau mula belajar?"
Aku terdiam sejenak. Dengan kalut aku melihat smart watch aku.
"KELAS AKU SEKARANG!"
***
Bodohnya kau Hana! macam mana kau boleh lupa hari ni ialah hari pertama kelas kau. Aku cuba melangkah sepantas yang boleh menuju ke kereta. Dari sini aku dah boleh nampak driver aku yang berada di seberang jalan. Go Hana, dah dekat ni! bisik hati aku.
"Adik..."
Satu suara membisik di kuping telingaku. Bukan cukup terperanjat. Aku turut terjatuh kerana hilang imbang.
Dengan muka pucat aku meratap mak cik yang entah dari mana hadirnya.
Wajah mak cik itu berkedut yang amat. Salah! bukan mak cik tetapi moyang! satu butir gigi pun tak kelihat apabila dia cuba menyapa aku buat kali kedua. Bau mulutnya cukup menyegat. Anak matanya yang bewarna putih menambahkan lagi rasa takut aku.
"Adik..."
"KAU NAK APA?!" tengking aku seraya cuba untuk berdiri.
Driver aku yang berada di seberang jalan segera mendapatkan aku.
Sumpah! aku jijik gila dengan orang tua ni!
"Nenek cuma nak pesan...jangan terlalu berharap..."
Aku dengan wajah berkerut cuba untuk menghadam apa yang moyang ni cuba sampaikan dekat aku.
"Kau kenal aku ke?"
Nenek itu kelihatan terdiam. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman.
Melihat wajah moyang ni membuat aku rasa bertambah nak muntah!
"Cukup! berambus dari sini. Aku nak cepat"
Nenek itu masih menatap aku dengan senyuman lebar.
UHUKKKKK UHUKKK UHUKKK...
Aku tertunduk dihadapan moyang itu. Sumpah tekak aku seakan nak koyak. Kenapa...Kenapa batuk aku datang di saat ini!
UHUKKKK UHUKKKK UHUKKKKKKKK...
Apabila aku merasakan batuk ku mereda. Aku mendongak kembali. Alangkah terkejutnya apabilla susuk tubuh moyang tadi sudah tidak kerlihatan.
Tunggu...
Kemana moyang tadi tu?
Aku seakan menjadi bodoh seketika. Fikiran aku bercelaru. Moyang tadi... kemana?...
"Cik Ha-Hana ok-okay?" sapa driver aku yang tercunggap-cunggap setelah berlari mendapatkan aku dari seberang jalan.
"Moyang tadi..." aku masih lagi separa sedar.
"Moyang? moyang yang mana Cik Hana maksudkan?"
Aku yang separa sedar ni apabila ditanya soalan sebegitu bertambah hilang sedarlah aku ni.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top