twenty four
************************
sekarang, aku sedang duduk mencangkung di pinggir jalan raya bertemankan kesibukan lalu lintas. dagu dijatuhkan ke kedua belah kepala lutut, jari jemari mencoret jalan tar.
hiks.
annyeong, jungkook-ah.
tadi, aku nampak diaorang berdua dekat taman. tengah makan aiskrim. parkhan kena suap, muka dia happy gila bai. hm.
mungkin, ini antara jalan untuk buat parkhan lebih semangat hidup. jungkook ada di sisi dia.
bahu aku disentuh dua kali.
" jangan kacau. aku broken hari ni. "
KEJAP. SAPE JE BOLEH SENTUH AKU.
AKU HANTU SYEL.
cepat cepat aku menoleh ke kiri, terlihat kepala timun sedang melambai dengan gigi meriahnya yang berwarna rainbow.
" ARGHHHH! "
belakang leher aku digenggam sebaik sahaja aku ingin melarikan diri. sia sia aku meronta ronta macam kena sawan tapi kepala timun tetap tak lepaskan aku. dia bawak aku pergi lorong gelap yang pertama kali kami berjumpa.
menakutkan.
hidup aku memang malang.
" lepaskan aku! aku geget kang! "
namun saiton i mean hantu ijau berperut buncit itu tidak endah. dia gelak terbahak bahak sampai nak terludah kahak dah aku dengar. bahagia bebenor.
" kau ini, DAH LAMA aku cari tau. aku dah kata aku akan cari kau sampai jumpa? kau lupa huh? berani kau bermain main dalam tubuh manusia ya! " kata kepala timun lalu mencampakkan aku ke lantai.
auch!
tanpa lengah aku terus melutut sopan.
" ampunin gue dong! gue nggak akan bermain lagi! gue nggak mahu masuk ke pintu suci lo itu! " kata aku pasrah.
" sorry i dont understand indo, speak malay please. " kata si gigi rainbow tu.
" hmm, apa yang aku boleh buat? aku tak nak masuk lorong gelap tu. " rintihku fake.
kepala timun sekali lagi tergelak, " persis arahan yang kau langgar dulu, kau kena bawa hantu lain untuk ganti tempat kau sekarang. dan, kau selamat. "
uish.
ini yang macam hantu rambut silver buat dekat aku dulu.
" kenapa kau buat rantai macam ni? kenapa kau kena buat macam ni? aku tak faham. explain sikit. " kata aku bingung.
" hanya untuk mengesan hantu hantu yang ada di dunia ni. kau tak payah sibuklah urusan aku. sekarang kau ada masa 24 jam. arraseo? kalau kau rasuk tubuh manusia, kau akan dihukum tanpa peluang. "
perlahan lahan aku bangkit, " arraseo. kau tunggu jap au. nanti aku datang balik, promise. "
***************
aku menuju ke rumah jungkook. berdiri tepat di hadapan rumahnya sambil mendongak tinggi. melihat bilik dia yang berada di tingkat atas. mana aku tahu tu bilik dia? sebab, entahlah aku hentam je. tah tah bilik parents dia.
okay aku nak feeling balik.
" jungkook-ah.. gumawo. aku happy sangat dapat jumpa kau lagi. walaupun, sebagai hantu dan manusia yang pinjam badan orang. aku tetap happy. hahahha.. semoga kita boleh berjumpa lagi. "
sebak pulak cakap sensorang tengah tengah malam depan rumah orang ni. tsk tsk,
" boleh ke masuk? aku nak tengok muka jungkook untuk kali terakhir.. " lambat lambat aku berfikir lalu akhirnya aku buat keputusan melulu untuk masuk rumah orang tanpa izin.
gelap gelita ruang tamu rumah dia, cuma lampu dapur yang mereka buka. diam diam aku menaiki anak tangga.
pintu bilik yang ada sticker iron man tu aku kuak perlahan. tak ada orang.
" mana jungkook seh? "
bunyi slide door dibuka kasar,
" YA AMPUN MATA SUCI KURRRR " cepat cepat aku tutup mata bila jungkook barusan keluar dengan hanya tuala terlilit di pinggang.
APA AKU BUAT NI.
DAH MAMPOS PUN BUAT DOSA.
tak lengah pintu bilik lelaki tu aku tutup. aku decide nak masuk bila dah lepas 30 minit. lama aku duduk bersila depan pintu tu. hiks, sengal punya hantu.
" macam dah boleh je. "
perlahan lahan aku mengeluarkan kepala dahulu melihat ke kiri dan ke kanan. gelap gelita. cuma lelaki tu pasang lampu tidur yang ada di atas meja bersebelah katilnya.
satu per satu langkah aku atur mendekati jungkook yang sudah terbaring dengan mata lenanya.
tidur pun handsome qo bunowh je la aque.
" jungkook-ah, gomawo eung? hidup dengan sihat, makan jangan lupa, aku harap kau akan terima parkhan bila dia beritahu dekat kau apa yang berlaku sebenarnya satu hari nanti. "
aku melabuhkan punggung di bahu katil. sipi sipi je. kemudian tangan aku naik mengelus lembut rambut depannya.
" ingat ni, kim haneul.. cintakan jeon jungkook. jangan lupakan aku bila aku dah tak ada nanti.. hiks.. "
tak nak feeling lebih lebih, aku langsung bangkit lalu ingin terus beredar dari tempat itu. namun langkah aku mati sebaik sahaja aku mendengar sesuatu.
" kimhan.. "
cepat cepat aku pusing balik pandang jungkook. dia masih sama, matanya terpejam rapat lena. tapi aku betul betul dengar dia sebut nama aku tadi.
" kimhan-ah.. "
" kajima.. " halangnya.
aku cuma berdiri dan melihatnya. tak mampu berbuat apa apa. dia, mimpi aku ke?
tersentak sejenak aku apabila jungkook tiba tiba terbangun dari lenanya. dia terus bangkit lalu mencari nafas. dahi dibasahi peluh, dadanya berombak kencang.
" kim.. haneul.. "
" aku dapat rasa.. kau dekat sini.. "
HDIANTOWLGKW cepat cepat aku menyorok belakang almari. tapi masih menjengah kepala sedikit untuk melihat apa reaksi dia.
lama lelaki tu cuma terdiam membisu seraya memperhatikan jari jemarinya. lalu dia kembali merebahkan badan.
" bogosipeo.. "
" nado. " balasku dalam diam.
" jalga.. jungkook-ah. "
kali ini, aku betul betul pergi. tinggalkan dia, tinggalkan lelaki bernama jeon jungkook. jangan lupakan aku. jangan lupakan hantu ni.
mianhae, jeon jungkook.
*****************************
mengah. dah hampir berapa jam dah aku cuba selongkar fail alamat pelajar dekat sekolah ni dengan segala kuasa yang ada. dah lah sekarang pukul 3 pagi. even aku hantu aku pon takut okeh!
aku nak cari alamat yugyeom. aku nak saiton itu menghadap aku jugak sekarang!
" kau buat apa tu. "
" aGH KAMCHAGIYA! " aku terkejut beruk, sesaat ada seseorang menyapa.
" err, kau siapa? " aku bertanya.
hantu ni, handsome gila vavi. lain macam punya level hantu zaman now. hahahhaha jap asal aku gelak.
" kau kenal aku. "
" tak, setakat ni hantu aku cuma kenal cuma perempuan yang first time tegur aku masa aku jadi hantu bbnu, kepala timun, rambut karat, dengan yugyeom. "
lelaki itu tergelak seraya menghenyak punggung pada bahu sofa, " aku yang terakhir tu. "
" ohh yang terakhir. "
aku berfikir sejenak. " BWO? YUGYEOM?! "
lelaki itu tertawa sedikit, " cih, kau ni. bila kau jadi hantu nama kau memang pemilik tubuh orang yang kau rasuk ke? takkan. park haneul tetap park haneul. kim haneul tetap nama kau. macam tu juga aku. "
aku terkedu, " masalahnya mana aku tahu nama kau. "
" nama aku, kim rowoon. " katanya penuh gaya.
bukan yashe yashe nama pun handsome, tapi.. gay. dia ni macam tahu tahu je aku tengah cari dia. hekhek. peluang ni peluang terakhir.
" pekaba, tengah cari angin ke? " aku bertanya.
lelaki tu mengangguk, " saja datang sekolah. nak ingat kenangan manis dengan jungkook. aku seronok setiap kali teringat. "
euwww gewli la tekak aque hmp.
" aku tahu, kau dah keluar dari badan parkhan. so sekarang apa yang kau cuba buat hm? " sambungnya lagi.
" aaa, aku dah nak naik langit. since aku dah tahu kau bunuh aku an. so, dah settle urusan aku kat sini. saja datang sekolah ni, macam kau gak. aku nak ingat kenangan manis dengan jungkook. "
lelaki tu tertawa halus. " baguslah. pergi dari sini jauh jauh. jangan ganggu jungkook lagi. "
hmmmmm. aku pun anggukkan ajela. sebaik sahaja aku melewati dia, aku berpura pura berhenti kemudian berpaling semula.
" sementara sebelum aku berambus ni. kau boleh tolong aku tak? "
" tolong apa? "
" ikut aku jap. "
lambat lambat lelaki tu menurut. sepanjang perjalanan aku risau je si rowoon tu dah pernah pergi lorong gelap or dia kenal siapa tu kepala timun.
" kau nak bawak aku ke mana ni? " lelaki tu bertanya dari belakang.
" err ikut jelah. "
sebaik sahaja tiba. aku dapat lihat kepala timun menyambut meriah.
gigi rainbow dia terlihat bersinar sinar kemudian dia mengarahkan dua hantu pengawal untuk mengunci lengan rowoon.
" YAH APA KAU BUAT NI. " rowoon menjerit apabila dia sedar dia dah terperangkap.
" mianhae, aku terpaksa korbankan hantu yang jahat macam kau. aku.. tak ada niat pun. harap kau berubah ya. aku tak nak kau bunuh parkhan kalau parkhan jatuh cinta dengan jungkook. cukuplah aku sorang yang mati. mian, rowoon-ah. "
kepala timun mengusap kepalaku, " aku tahu lelaki ni banyak membunuh sesuka hati apabila dia merasuk badan manusia. good job, kimhan. "
aku menunduk separa tubuh, " aku pergi dulu, head cucumber. semoga jumpa lagi. "
" yAH KIMHAN! KIMHANNN! " suara rowoon semakin hilang ke dalam lorong gelap. dengan tempat tu sekali terhapus.
aku menghela keluhan berat.
pandangan aku semakin lama semakin kabur sehingga aku tak dapat nak lihat apa apa. pejam celik pejam celik. akhirnya pandangan aku kembali jelas.
tempat ni, lagi.
" selamat datang, kimhan. "
aku tersenyum kecil.
" annyeong.. dong wook ahjussi. "
*****************************
[ no one pov ]
hampir empat bulan kemudian. hubungan jungkook dan park haneul semakin rapat. mereka terlihat sangat serasi dari mata kasar, cuma kadang kadang jungkook merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perasaannya.
manakala bagi parkhan sendiri, dia akui dia mula jatuh cinta dengan lelaki itu. jungkook sentiasa ada dengannya bila susah dan senang. sedia menghulur tangan dan memberi semangat.
jungkook melayan parkhan, persis dia melayan kimhan dahulu. walaupun mereka berbeza, tapi tetap dalam tubuh yang sama.
hari ini, park han buat keputusan untuk terus terang. dia dah tak sanggup nak berpura pura jadi kimhan lagi.
dia nak jujur dengan perasaan dia dan berharap jungkook akan terima seadanya apa yang sebenarnya berlaku.
mereka berdua duduk di rooftop. kaki dihayun lapang. melihat pemandangan yang luas, tampak tenang.
parkhan curi curi melihat lelaki itu.
" jungkook-ah.. "
" eoh? " lelaki itu berpaling menatap parkhan seraya tersenyum.
" hari ni, saya nak jadi diri saya, saya nak bagitahu awak sesuatu. " kata park haneul dengan menggunakan bahasa saya-awak kembali.
" hm? apa dia? " lembut sahaja suara lelaki itu bertanya.
parkhan ragu ragu. apa yang ingin diucap seperti tidak terluah. perit liur ditelan, jari jemarinya berlaga antara satu sama lain.
" saya.. bukan kimhan yang awak sangka selama ni. kimhan dah lama keluar, dia minta saya berpura pura jadi dia untuk bahagiakan awak. dia jugak mintak saya untuk jujur dengan awak satu hari nanti. "
senyuman jungkook mati, keningnya berkerut mentafsir apa yang cuba gadis itu sampaikan.
" mana kimhan? "
walaupun parkhan agak kecewa itu soalan yang jungkook keluarkan namun dia tetap membalasnya.
" saya tak tahu. kimhan.. kata dia tak nak masuk badan saya lagi. dia, nak pergi.. dari sini. saya dah lama tak berkomunikasi dengan dia. kimhan, dah pergi. "
jungkook melarikan pandangan dari terus menatap gadis itu. dia tak sanggup nak tengok. mata lelaki itu berkaca, bibirnya terdiam membisu. perasaan hiba menerpa diri.
" mianhae, jeongmal.. mianhae. salah saya sebab tak jujur dari awal. "
" kau bukan.. " sebak jungkook tak dapat menyambung ayatnya.
lelaki itu memang sudah merasakan ada yang berbeza dengan gadis itu sebelum ini. tapi dia percaya dengan kimhan. perasaan jungkook tak pernah berubah. sulit untuk dia terima kejujuran itu.
dia menyeka air matanya yang jatuh sendiri. mereka berdua mendiamkan diri untuk seketika, tenang.
" jungkook-ah.. saya buat keputusan untuk jujur harini sebab.. saya jatuh cinta dengan awak. "
_________________________________________
.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top