eight


*********************

" sebab kau pem.. "

" pem? "

HSHSHSHSHS

" pem.. peminat aku? HAHAHA kau suka aku an?! ngaku je lah weh kalau taK asal kau suruh aku jadi heroin an.. ha .. ha. " makin hambar.

jungkook lempar muka tenuk sendat tahap nak makan jajangmyeon pun takde selera lepas dengar apa aku cakap.

aduhai lagi sikit nak terlepas pembunuh weh. aku dah lah belum pasti identiti sebenar si jungkook ni.

" kau nak peminat kau ni tampar muka kau guna chopstick? "

" okay okay fine. aku gurau an hak alah. " dengan tenang aku menjawab. nasib baik dia tak fikir lebih lebih kalau tak habislah aku kantoi.

tak masalahnya an sekarang aku datang sini sebab kebulur nak makan, bukannya nak tengok si jebon ni makan.

" weh sikit ah, satu suap jeeee. kau dah lah kacau line. amik jajangmyeon aku pulaktu. eee. " aku menegur jungkook yang terlalu syok melahap.

" ok boleh. tapi kita main game. dalam group kpop kau minat siapa? " jungkook bertanya.

aku garu dagu yang kegatalan. " emmm, BiTiyeS. "

tu pon sebab aku nampak banner muka depa bersepah di sekitar seoul cewah.

" nyanyi part jengkuk dalam boy with lav. "

otak aku ligat berfikir. aduhai dia tak tahu ke si pencabut nyawa tu dah PADAM semua ingatan aku. sah sah lah sebutir perkataan pun aku tak ingat.

tapi, jengkuk tu yang mana? paling tua en?

" ala game lain ah. aku ada masalah otak sikit. "

jungkook mengeluh, lepastu dia keluarkan semacam gula gula dari dalam poket dia. aku pun tengok je lah apa yang dia cuba buat sebab aku kebulur weh malas nak ulang.

" okey, gula gula tadi dekat tangan mana? kalau salah aku jentik dahi. kalau betul dapat gula gula dengan satu suap. " jungkook mendepangkan kedua belah tangan yang tergumpal menjadi penumbuk.

aku pun turutkan.

teliti yang mana satu ada gula gula. tapi dua dua macam sama je. besar namati ni kalau buat tumbuk muka orang, abole ameninggal kali kedua.

aku sentuh tangan kanan dia. " yang ni. "

jungkook tersengih sengih lepastu perlahan lahan membuka gumpalan penumbuk dia.

entah kenapa aku dapat mini love SEBAB TANGAN DIA KOSONG OH CHET.

" hmm, sakit dow. pelan pelan. " tanpa banyak songeh aku tadah dahi seraya menguak sedilit rambut ke belakang, mata dipejam rapat.

tapi aku tak rasa sakit,

yang aku rasa.. elusan jari jemari yang lembut.

" alolo, disebabkan kau dapat kasih sayang daripada aku. kau boleh makan dan amik gula gula ni eung?, " jungkook tertawa halus kemudian meletakkan gula gula di hadapan aku.

mata aku terkebil kebil dungu. " s..seriously? asal kau tiba tiba baik? "

kejap.. jantung aku..

bukan, bukan jantung aku.. tapi kenapa semacam laju je ni..

ada apa dengan perkataan kasih sayang?

" makan cepat sebelum aku ubah fikiran. "

*************************

" e..eomma.." park haneul memanggil emak kandungnya dengan suara perlahan. seketika rasa hati ni sayu bila dapat bertemu kembali dengan si emak yang sudah tiada pergi.

" haneul-ah," puan park tersenyum manis lalu mendakap tubuh anaknya.

park han tidak mahu melepas, " eomma jebal.. jangan pergi lagi. han tak sanggup nak tinggal dengan appa dengan mak tiri baru tu.. han asyik pindah sekolah. han rimas..."

" sayang.. ni dugaan untuk kamu. kamu tak boleh macam ni nak.. eomma dah tak ada."

mereka berada di alam bawah sedar, atau pun mimpi yang menghubungkan kita dengan orang mati apabila terlalu banyak sangat berfikir tentang yang sudah tiada.

park han terlalu banyak tekanan hidup sebaik sahaja eommanya pergi. dia malah kurang kasih sayang daripada si ayah yang sibuk mencari harta.

" eomma.. dorang berdua selalu gaduh. han stress.. han tak nak balik sana lagi... han tak tahu apa yang jadi denga mimpi panjang ni tapi.."

" sayang.. jangan macam ni.. kamu kena sedar. kamu kena teruskan hidup.." si emak menyeka wajah anaknya.

" eomma.. han nak tinggal sini.. dengan eomma.."

*********************

hari yang indah.

yeke.

sekejap..

APA JADI SEMALAM

MACAM MANA AKU BOLEH BALIK

hfjajfjsjd aduhai malunyaaaaa, aku cakap tak yang sebenarnya aku hantu?! HABISLAH

ADUHAI CANE NI

tak tenang tak tenang.

lepas je bersiap dengan seragam sekolah aku terus menuruni anak tangga dengan kelajuan pantas. mencari bayang taehyung dengan jimin.

" korang! "

taehyung tengah basuh kereta, jimin tengah siram pokok. lahai lahai, comelnya.

" ya cik haneul?! ada apa apa ke boleh kami bantu? "

aku menggaru kepala, " t-tak, semalam.. saya balik macam mana? "

" ouhhh, semalamkan ada sorang budak lelaki ni katanya dia boyfriend cik haneul. dia suruh kitaorang amik cik haneul. " kata taehyung.

sapa? boyfriend aku? JUNGKOOK?

jimin memintal mintal hujung bajunya, " tapi kan, taste cik haneul memang boek lah. sebab, budak lelaki tu hensem betul higihihih. "

erk. jimin ni.. kaki kang.

" i-itu je kan yang terjadi? " aku bertanya.

" haah, lepasni jangan buat hal lagi! nanti kena marah dengan tuan park macam mana? " taehyung berbisik.

" arrasseo arrasseo. "

dengan malas aku melangkah semula masuk ke rumah.

aduhai, malunya nak jumpa jungkook. macam mana aku boleh terlelap lepas makan jajangmyeon? aku ni memang dari masa hidup kalau tidur tak ada masa depan. memang tahap tidur mati.

okay memang dah mati.

" cik haneul, jemput makan. " kata si pembantu rumah mengajak aku duduk untuk bersarapan.

hm sampai bila aku nak kena jadi orang kaya ni.

" n-nae. " aku menjawab perlahan seraya menarik kerusi serta melabuhkan punggung.

banyak gila juadah. naik pusing bola mata aku tengok.

" apa masalah awak ni?! saya dah cakap kan saya tak akan ambil projek tu! saya nak jaga bisnes saya dan awak cuma perlu jaga bisnes awak! " si perempuan menengking.

tERSEDAK OI.

kepala aku terus berpaling ke belakang. terlihat sepasang suami isteri sedang bertikam lidah. mungkin tu eomma dengan appa parkhan (park haneul).

" mereka gaduh lagi. " aku dengar pembantu pembantu rumah berbisik antara satu sama lain.

" kenapa awak ni keras kepala sangat?! turut je lah! " si suami mula berang.

wanita separa abad yang terlihat feminin untuk tampak kesal. " no, itu hal awak. saya tak nak ada kaitan. duit awak, awak punya. duit saya, saya punya. "

duit aku? ceh tiber.

hmm, macam ni lah hidup orang kaya.

HSHSHHSHS terus aku rembat roti kemudian sumbat dalam mulut bila makcik tu menghampiri meja makan.

adumak... GARDENIA KE SIEK

kenapalah banyak banyak makanan tangan aku rembat roti nokharey ni.

" haneul, macam mana sekolah? " makcik tu tanya.

" a-ah, okay eomma. " bwerk aku nak keluarkan roti ni weh. tak leh hadam.

tiba tiba bahu aku dirangkul. terkebil kebil aku jadinya.

" kamu panggil eomma? serius sayang? "

okay jangan cakap haneul langsung tak pernah panggil mak dia eomma. ke aku dah buat silap untuk pihak parkhan?

" e-err, nae... "

dia memeluk tubuh aku yang kaku.

" thanks sayang, akhirnya kamu nak cakap lagi dengan eomma. makan elok elok ya, eomma nak pergi kerja dah ni. "

nak pergi kerja dah? siapa nak makan semua makanan ni?

" e-eung. "

lepas je dorang berambus aku pun muntah. disebabkan roti gardenia.

**************************

okay chill.

jumpa jungkook rilek je.

takyah gelabah. fuhhhhhh.

sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilik seni.

" kau okay? tak sihat ke? " jungkook bertanya.

HSHSHSHSHSH JUNGKOOK

" kenapa tengok aku macam tu? "

aku menggeleng, " s-sorry semalam susahkan kau. "

dia menghampiri aku dengan aura menggoda, " apa yang kau nak ganti sebagai balasan? "

" k-kenapa kau cakap dekat dorang kau boyfriend aku? " tergagap gagap aku nak luah soalan tu.

" memang betul pun kan? "

" dalam lakonan je okay? " sambung aku lagi.

" yeke, tak tahu pun. " ucap jungkook kemudian menapak melewati aku.

terus aku membuntuti dia,

" aku tak ada cakap benda mengarut.. kan? " soalku.

" ada. "

" apa? "

jungkook pandang aku sambil tersengih, " kau tak ingat ke? "

aku geleng.

" kau kata kau suka aku. sangat sangat. " di hujung ayat dia tertawa halus.

OMG SERIUS AHH PALAOTAK AH

YEKE WEH. AKU NI MEMANG MADAH MENGIGAU TAK SUDAH!

" okay kita nak start scene seterusnya, korang boleh siap. " arah shi yeun.

aku dengan jungkook pun set set dah naik atas pentas. situasi kalini macam dekat kafe lah kunun.

hmm lupakan apa yang jungkook cakap dan fokus haneul! u can do it!

akhirnya scene break up weh. hikhik.

" and.. action! "

jungkook tersenyum manis, " sayang kenapa ni? masam je muka. "

aku berdehem. " sebenarnya an, eomma dengan appa saya tak suka ah kita bercinta. dorang suruh saya—"

" cut cut! NG! aduhai haneul-ku. awak tu teman wanita dia, and korang nak putus ni! cubalah hayati sikit dialog tu. janganlah kasar sangat. " shi yeun memberi penerangan.

jungkook cuma gelakkan aku. " entah, kasar betul. anggap je lah aku ni cinta hati kau yang satu. "

whehehwhehhehwekrkk

" okay, " aku balas dekat shi yeun bukan jungkook.

fuhhh, lek haneul. amik feel. kenapalah takde scene putus yang mengerikan like lempar air kat muka jungkook ke apa ke kan best.

" and... action! "

aku pandang muka jungkook, " baby..bang.. babysayang.. saya rasakan hiks hiks.. hubungan kita sampai disini je, hiks hiks" aku hembus hingus kuat. "eomma dengan appa saya tak izinkan kita bersatu HIKKKK. "

hamekkau terover feeling weh. chill chill

dup. dup. alahai..

jungkook meraih kedua belah tangan aku. erat digenggamnya.

" but why? kita dah bercinta lebih 2 tahun, but why now sayang? macam mana saya nak hidup tanpa awak? "

" e..entahlah.. "

" cut! " shi yeun mengurut dahi lagi.

HSHSHSH aku main bedal je weh skrip tadi sebab gugup sangat!

" em, yang part putus tu dah okay, lepasni hafal dialog lagi and kita akan repeat scene okay. "

sejurus mendengar arahan shi yeun aku rasa lega sebab latihan dah habis.

aku tak ingat nak buat cane.

" kau tahu kedai aiskrim ahjussi shakalaka? " tiba tiba jungkook menyoal.

shakalaka? amende seh.

" tak, "

jungkook cuma tersenyum palsu. " jom aku belanja aiskrim. "

lambat lambat aku mengangguk setuju.

kami berdua langsung bersiap siap keluar dari bilik seni dan mengundur diri.

sebaik sahaja keluar dari sekolah aku baru nampak betapa meriahnya kedai aiskrim ahjussi shakalaka tu.

" wahh, ramainya budak beratur. "

jungkook mengangguk, " kau nampak tak tembok tu? "

bola mata aku mengekori jari telunjuk dia pada sebuah tembok berhampiran sekolah kami. ceh sekolah jungkook lah, aku kan asalnya sekolah perempuan.

" haa, nampak. kenapa dengan tembok tu? "

" dulukan, ada sorang budak perempuan ni. dia selalu tunggu aku lepas habis sekolah. "

hm dia nak cerita dia ada peminat real ah ni?

" then? mana dia? "

jungkook cuma tersenyum tanpa balas pertanyaan aku.

" ahjussi nak aiskrim perisa coklat dua. "

jantung aku..

kenapa tak tenteram.

" a-aku rasa tak sedap badan lah. " aku menggaru belakang tengkuk.

" kenapa, kau risau aku cakap aku tahu siapa kau yang sebenarnya? "

_______________________________________
.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top