6: Gelap
85 votes + 20 comments
Perlahan-lahan Jungkook meraba-raba mencari laci kabinet untuk mencari lampu suluh.
Bunyi Juyeon batuk semakin reda membuatkan dia mampu untuk membuka telefon bimbitnya. Lantas dia membuka torch light pada telefonnya.
Juyeon menyuluhkannya kearah Jungkook yang sedang berdiri mencari lampu suluh didalam laci itu.
"Awak, tak perlulah cari lampu suluh, guna phone saya je" kata Juyeon kepada Jungkook.
Jungkook berhenti menyelongkar laci itu lalu memandang kearah Juyeon.
"Jangan bagi benda tu sentuh aku" kata Jungkook dengan nada mendatar.
Kim Juyeon memandang pelik kearah lelaki itu, kenapa dia tak nak dekat dengan phone? Sebab Phone dia murah ke? sampaikan Jungkook tidak mahu menyentuhnya.
Juyeon berjalan kearah keluar dapur lantas Jungkook berlari mengejar gadis itu.
Oh ya, sebenarnya..
Jeon Jungkook takut pada gelap, dia tidak boleh berseorangan di tempat yang gelap. Jika tiada Juyeon tadi, mungkin Jungkook akan menangis disitu seperti seorang kanak-kanak yang tersesat.
"T-tunggulah" ujar Jungkook kepada Juyeon.
"Iya, saya jalan perlahan lah ni" balas gadis itu sambil mara kehadapan.
Jungkook mendekatkan lagi dirinya dengan Juyeon.
Juyeon menyedari bahawa jarak antara dirinya dan Jungkook semakin rapat. Dia berasa agak kurang selesa.
"Boleh tak awak jarak sedikit daripada saya?" pinta Kim Juyeon.
"o-oh b-boleh" kata Jungkook lalu melangkah setapak kebelakang.
Juyeon kembali berjalan kehadapan.
"Kita naik atas dulu untuk periksa Jaemin dan Minjung" kata Jungkook.
"Tapi, kita kena pergi check kotak suis elektrik utama dulu" balas Juyeon.
"Tunggu Jimin balik, nanti dia uruskan" kata Jungkook.
"kenapa bukan awak je yang betulkan?" soal Juyeon.
"kalau aku yang betulkan, boleh meletup satu rumah ni" balas Jungkook.
"k-kenapa?" Juyeon menyoal.
Jungkook menekup mulutnya apabila dia baru menyedari bahawa dia telah mendedahkan kelemahannya.
"Tak ada apalah, dah jalan cepat" kata Jungkook lalu menolak perlahan bahu Juyeon supaya kekal berjalan.
☆☆☆☆
Jimin yang baru sahaja tiba dirumah itu berasa hairan apabila satu rumah tiada elektrik. Gelap semacam je rumah tu. Lagipun, bukannya dia tidak tahu yang Jungkook tu takutkan gelap, memang pasti Jungkook tidak akan tutup lampu sehingga segelap ini.
Rasanya dah bayar penuh bil elektrik bulan lepas.
Tiba-tiba Jimin menepuk dahinya, ni mesti Jungkook terguna apa-apa barangan elektrik ni.
Sebelum Jimin masuk kerumah, dia pergi ke kotak suis utama terlebih dahulu untuk reset .
Setelah dia berbuat demikian, akhirnya elektrik hidup dan lampu semua mula hidup.
Park Jimin membuka pintu dan masuk kedalam rumah.
Senyap sunyi sahaja keadaan rumah itu. Lantas jejaka itu melihat kearah jam dinding.
Baru pukul 11 malam, tak akanlah Jungkook dah tidur?
"Jeon Jungkook!" Jimin melaung namanya.
Tiada sahutan langsung.
"Kim Juyeon!" Jimin melaung nama gadis itu pula.
Masih lagi tiada sahutan.
"dah mati sebab takut gelap ke dua manusia tu?" Jimin menyoal sendiri.
Lalu Jimin menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Jimin mengatur langkah ke bilik anak buah Jungkook itu.
Pintu bilik itu dibuka. Kelihatan 2 buah katil bertingkat didalam bilik itu. Jungkook membeli sebuah lagi katil bertingkat untuk mengelakkan Jaemin dan Minjung bergaduh, sebab mereka berdua nak tidur di atas.
Apabila Jimin memasuki ruang itu, ada orang baring diatas katil bawah dan atas.
Jimin menutup semula pintu bilik itu lalu berjalan kearah biliknya.
Tiba-tiba langkahnya terhenti.
"a-ada orang tidur dibawah?!" Jimin terjerit kecil lalu berlari semula kearah bilik itu.
Pintu bilik itu dibuka kasar oleh Jimin lalu dia perhatikan dengan teliti siapa yang tidur pada katil sebelah bawah itu.
"Jungkook-shi?! Juyeon-ah?!"
TBC
Part ni, macam confusing sikit.
Adakah anda memahaminya???
Kalau tak, sila tanya!
oh ya, pasni aku tak update tau!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top