Chapter 49 : Breakthrough


Ikhwan berlari dengan laju dan tanpa mengeluarkan bunyi,satu persatu pengawal yang berada di atas bumbung ditumpaskan. Markas itu agak tinggi dan besar,namun itu bukan masalah baginya.

Setiap pengawal yang berkawal ditumpaskan,tanpa dibunuh dan dikumpulkan pada satu tempat. Tidak lama lepas itu dia ternampak kelibat Remy berjalan bersama beberapa orang bawahannya. Lantas dia menekan satu alat dan dilemparkan,alat jenis seperti suriken dan melekat pada belakang salah satu orang bawahannya.

"Heh... Now for the ear drove..." Ikhwan menekan pada alat gadget khas,seperti monitor kawalan.

Ikhwan menekan alat earphone bluetooth yang dipakai pada telinga,sebaik selesai menggodam dan akhirnya perbualan yang jelas dapat didengarinya.

"So... Tuan Yami nak lancarkan senjata satelit tu? Biar betul boss?..." Kedengaran suara dengan jelas dalam telinga Ikhwan.

"Kenapa? Kau goyang ke bro?...." Soal seorang lagi,dan ternyata bukan Remy.

"Bukan soal takut,tapi kau tak risau ke...satelit target pada Malaysia,dan betul-betul pada Kuala Lumpur..."

"Jangan risau sangat...itu aku dah uruskan..." Ikhwan tersenyum sebaik mendengar suara yang dia tunggu-tunggu.

"Boss?..."

"Kita akan pindah dari sini sebelum satelit itu dilancarkan..."

Ikhwan mengangkat kepala tanda tersengih dan mencebik,mengangguk-angguk sebaik mendengar kenyataan Remy pada orang bawahannya.

"Bagaimana S&K Group?...."

"Jika satelit itu dilancarkan,mereka bakal menjadi sejarah bersama Kuala Lumpur..."

Selepas itu tiada lagi perbualan di antara Remy dan orang bawahannya,Ikhwan meregangkan lehernya kemudian pada bahu pula. Lantas palang dipegang dan dia lompat,bunyi kaca bumbung pecah membuatkan Remy dan orang bawahannya terkejut. Namun tiada kelibat dapat dilihat,ini kerana Ikhwan masih dalam mode invisible.

Remy terasa tidak sedap hati dan terdengar bunyi sesuatu jatuh di hadapannya,tapi dia tidak dapat lihat dengan jelas.

"Wow....nak letupkan Kuala Lumpur huh?.." Ikhwan berkata dan mode halimunan dipadamkan,Remy tersentak kerana itu adalah individu yang dia beradapan tempoh hari.

"Kau nak lancarkan perang ke pe?" Soal Ikhwan selamba menyilangkan tangannya.

"Penceroboh! Tembak!" Remy memberi amaran.

Maka berlaku tembakan bertalu-talu tanpa henti ke arah Ikhwan,namun apa tindakan Ikhwan lakukan? Tiada apa-apa kerana pelindung terhasil,dan peluru dari senjata orang bawahan Remy langsung tidak menunjukkan sebarang kesan.

"Apa yang berlaku?"

"Teknologi apa yang dia pakai?"

"Tembakan kita langsung tidak ada kesan!"

Remy yang mendengar kata-kata orang bawahannya,hanya menelan air liur dan Ikhwan sekadar tersenyum selamba. Masih berdiri tanpa sebarang ancaman,antara kebolehan Ikhwan iaitu pelindung sempurna.

"Aku datang ni nak buat tawaran mengenai sesuatu dengan kau..." Ikhwan mula bersuara.

"Tawaran apa?" Soal Remy merenung Ikhwan.

"Tawaran kalau kau serah diri,dan berpihak pada kami..nyawa kau akan selamat..." Ikhwan menjawab sambil tersenyum.

"Apa kau cakap?"

"Berani kau hina boss kami!?"

"Ni tawaran yang hebat...kau patut fikirkan,aku rasa korang sumer takkan mampu tewaskan aku..." Ujar Ikhwan tersenyum tenang.

"Kurang ajar! Tembak!!" Orang bawahannya terus melakukan tembakan sekali lagi.

Tembakan deras dari orang-orang bawahan si Remy tidak memberi kesan,Ikhwan sekadar tersenyum dan sehinggalah salah seorang datang membawa senjata jenis RPG. Ikhwan terkejut dengan keadaan itu,Remy sekadar tersengih licik.

"Mampus kau!"

Peluru berpandu dilancarkan dan akhirnya letupan yang kuat berlaku,sehingga menggegarkan markas bangunan tersebut. Malah menarik perhatian Furqon dan Fadhil,mereka berpandangan dan mengangguk serta berlari ke arah bunyi letupan tersebut.

Asap kepulan dan habuk berterbangan,orang bawahan Remy semua bertepuk tampar kerana berjaya menghapuskan penceroboh.

Namun...

"My... My.. Aku tak sangka ini jawapan korang...."

Remy dan orang bawahannya semua terkesima,apabila kepulan asap mula lenyap sedikit demi sedikit. Wajah Ikhwan di sebalik kepulan asap mula kelihatan,Remy menelan air liur dan orang bawahannya cuba ingin melancarkan serangan RPG sekali lagi.

Namun tembakan Ikhwan lebih pantas dan mengenai kepalanya,Remy terkejut dengan keadaan itu kemudian menoleh ke arah Ikhwan yang berdiri tenang. Ikhwan menarik pisau kecil dari celah baju sutnya,lalu berjalan ke arah mereka namun pada masa yang sama Furqon muncul.

Sekali lagi adegan tembak-menembak berlaku,Ikhwan menghasil pelindung dan menjadi halimunan. Akhirnya Ikhwan beredar dari situ,Furqon dan Remy berbalas renungan. Fadhil terus menarik picu dan mengenai salah satu orang bawahan Remy,Furqon menarik sepucuk pistol lagi dan terus melancarkan tembakan tanpa henti.

Remy mengambil kesempatan itu dengan melarikan diri,Furqon mendecih dia tidak dapat nak mengejar kerana gangguan dari orang bawahan Remy yang ramai. Mereka terpaksa bersembunyi dari sebalik dinding,sememangnya bukan calang-calang orang bawahan Remy kesemuanya.

"My... My... Keadaan berlaku luar kawalan..nak berunding macam ni pula jadinya..." Ikhwan berkata sebaik muncul di belakang Fadhil.

"Kau cuba berunding apa dengan keparat tu??!" Soal Furqon menyedari kehadiran Ikhwan.

"Aku cuma nak maklumat yang berguna,tapi dia main tembak je..." Jawab Ikhwan selamba.

"Kau..." Furqon mula bengang,Ikhwan menghampirinya dan memegang bahu Furqon.

"Jangan risau,kau nak Remy kan? Better kau gerak sekarang..." Furqon kehairanan dengan kata-kata Ikhwan.

"Macam mana aku nak kejar kalau depan ramai orang bawahan dia tengah cover tu?" soal Furqon mengintai untuk meninjau keadaan.

"Itu masalah kecil je...kau standby kalau aku kata lari,lari okay?" arah Ikhwan dan Furqon tercengang.

"Apa?" Furqon tergamam mendengar kata-kata Ikhwan.

"Just follow my lead..." ujar Ikhwan tersenyum.

Fadhil terus menerus membalas tembakan dari orang-orang Remy,tiada tanda menunjukkan mereka akan berhenti dari terus menembak. Dia sedar Ikhwan seperti ada rancangan,Ikhwan menoleh ke arahnya sambil tersengih licik.

"Ready Furqon?" soal Ikhwan.

"Huh? What? Wait! Wait!!..." Furqon terkejut.

"Go!.." Ikhwan segera keluar dari tempat persembunyian,dan mengacukan pistol berkembarnya.

Furqon mahu tidak mahu segera keluar dari tempat persembunyiannya,orang-orang Remy cuba menembak namun tembakan Ikhwan lebih pantas daripada mereka. Sekali petikan tembakan lima tumbang dan Furqon berlari ke arah mereka,Ikhwan dan Fadhil melindungi Furqon dari jauh.

Furqon berlari tanpa menoleh ke belakang dan meluru ke arah pihak musuh yang ramai,dengan bantuan Ikhwan dan Fadhil akhirnya Furqon berjaya melepasi pihak musuh. Fadhil dan Ikhwan berbalas pandangan seiring menukar magazine serentak.

"Bagaimana bro?" soal Fadhil.

"TEMBAK..." Ikhwan mengacukan sekali lagi pistol.

"I knew you will say like that...." Fadhil turut menyusul mengacukan pistolnya.

Ikhwan dan Fadhil berjalan ke hadapan tanpa perasaan takut,orang bawahan Remy semua berbalas pandangan antara satu sama lain. Ikhwan memutarkan senjatanya dan terus menembak salah seorang dari pihak musuh,tepat mengenai tempurung lutut dan Fadhil mengerutkan dahi seperti terasa sakitnya.

"That's must be hurt...." Fadhil berkata sambil mengangkat kening sebelah kiri.

"You think so?" soal Ikhwan menoleh ke arahnya.

"Damn you! Kill them!" jerit salah seorang daripada mereka.

Ikhwan dan Fadhil tersengih dengan mengerikan,akibat senyuman itu semua pihak musuh termasuk yang memberi arahan seperti beku. Seakan sukar untuk bergerak dan Ikhwan serta Fadhil memulakan tembakan,satu persatu pihak musuh yang mara tumbang.

"Remy!!....."

Langkah Remy terhenti di hadapannya ada sebuah helikopter,Remy berpaling ke belakang dan Furqon berjalan dengan muka bengis sambil mengacukan pistolnya ke arahnya.

"You will never get away from here...."

"Son of Kazeem....."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top