Chapter 40 : Enemy Counterattack
Imej Ikhwan Zaher ada pada media
♚♚♚♚♚♚
Furqon tersentak mendengar penjelasan dari bapa saudaranya,Stella juga tidak terkecuali dia menekup mulutnya. Ikhwan dan Alisa hanya bersahaja,kerana mereka sudah tahu perancangan Yami dan kuncu-kuncunya.
"Itu gila! Mereka nak musnahkan negara ini ke?" Soal Furqon.
"Mungkin..." Jawab Hafizul mengangkat bahunya.
"Kuat ke senjata tu?" Soal Furqon lagi.
"Lebih kuat dari senjata nuklear yang biasa...." Hafizul memeluk tubuh sambil tangan kirinya menongkat dagu.
"Jadi yang terlibat dalam binaan senjata berat ni...." Furqon menduga dan menoleh ke arah Stella.
"Dato Haziq dengan Dato Zahir cuma terlibat dalam kewangan...sebab itu mereka larikan diri..." Hafizul memberi penerangan.
"Bagaimana pak cik boleh tahu?" Soal Furqon.
"Kau fikir aku menghilangkan diri cuma duduk goyang kaki je ke?" Soal Hafizul menghela nafas pendek.
"Mana la tahu kan..." Ikhwan mencelah.
Hafizul tersentak apabila Ikhwan menyampuk,lelaki itu tersengih selamba dan Furqon hanya mendiamkan diri. Dia juga ingin tahu siapa sebenarnya Ikhwan,lantas dia memandang ke arah Ikhwan.
"Furqon?" Hafizul kehairanan.
"Ikhwan...siapa sebenarnya?" Soal Furqon merenung Ikhwan.
"Aku? Your allied...?" Ikhwan berkata selamba.
Furqon mengetap gigi dan terus mencekak kolar Ikhwan,Alisa terkejut begitu juga Stella dan Hafizul.
"The hell with your allied!? Who the hell are you?" Furqon membentak.
"Move..." Ikhwan bersuara dengan tiba-tiba.
"Huh?"
"Move your hand from me mongrel..."
Renungan mata Ikhwan membuatkan Furqon menelan air liur,pegangan tangan Furqon terlepas akibat renungan mata Ikhwan. Hafizul menekup mukanya,kemudian dia segera menarik Furqon mendekatinya.
"Bodoh! Kau nak mati ke?...." Hafizul memarahi anak saudaranya.
"Ah... Maaf itu habit lama saya..." Ikhwan berkata sambil tersenyum kembali.
Furqon dan Hafizul memandang ke arahnya serentak,Stella menelan air liur dan Alisa pula menghela nafas pendek.
"Aku akan berubah menjadi seperti orang lain,apabila ada seseorang mencekak aku...macam haiwan liar?" Jelas Ikhwan mengusap belakang kepala.
"Err... Okay..." Jawab Furqon dan Hafizul serentak.
"Tetapi bukan 4 orang ni sahaja yang patut kamu risaukan...." Ikhwan memberi penjelasan.
"Apa maksud kau?" Soal Furqon.
"Aku syak ada orang yang sama seperti aku dalam organisasi mereka...." Jelas Ikhwan.
"Jadi dia antara orang yang kau buru?" Soal Hafizul.
"Ya...Furqon..." Ikhwan memandang ke arah Furqon.
"Jika berhadapan dengan orang seperti aku,jika dia musuh tolong larikan diri jangan sesekali terfikir untuk berhadapan dengan dia...." Ikhwan memberi amaran.
"Apa maksud kau?" Soal Furqon.
"Masa tu skill kau tiada gunanya..." Jelas Ikhwan.
Furqon tersentak dengan penjelasan Ikhwan,namun dia tidak nafikannya kerana setelah menyaksikan yang ditunjukkan oleh Ikhwan.
ⓓⓡⓘⓥⓔⓡ
"SIAL!" Yami menghentak tangannya pada meja.
"Relax kawan..." Remy menenangkannya.
"Siapa orang tu? Tak ada dalam maklumat pun!" Anderson pula mencelah.
"Malah dia macam ada superpower..." Darren pula menyampuk.
"Adakah dia sama dengan lelaki tu?" Soal Remy menduga.
Serentak semua mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa,memikirkan siapakah individu yang menyelamatkan King dan yang lain.
"Nampaknya korang berada dalam masalah...." Seseorang menegur mereka.
"Ini semua salah kau! Plan yang rancangkan tidak berjaya!!" Yami menjerkah lelaki itu.
Lelaki itu berhenti dari terus melangkah,kemudian menghalakan tapak tangannya pada Yami. Seperti ada sesuatu yang halimunan mencekiknya,lalu tubuhnya terapung dan nafasnya mula tersekat-sekat.
"Jaga sikit percakapan kau orang muda..tidak sayang nyawa ke?" Soal lelaki itu berpakaian lengkap sut hitam.
"Kau nak mati awal?" Soal lelaki itu dengan renungan tajam.
Yami menggelengkan kepalanya dan air matanya mula keluar,nafas mula kurang dan mukanya pucat. Tetapi lelaki itu menurunkan tangannya,lantas Yami jatuh terjelepok ke lantai semula. Dia mencari nafas dan terbatuk-batuk.
"Tekaan aku betul,HB-00 dan 01 ada bersama King..." Lelaki itu berkata dengan tersenyum.
"HB? Happy Birthday ke?" Soal Darren mengangkat keningnya.
"Its Human Biology my friend...." Jawab lelaki itu tersenyum.
"Jadi kau kenal mereka berdua ni?" Soal Yami terkial-kial bangun dibantu Remy.
"Lebih dari kenal...aku dan mereka adalah sama,manusia biology...tapi.." Kata-kata lelaki itu terhenti.
"Tapi?" Soal Anderson.
"Mereka merupakan manusia biologi yang berjaya,kepantasan,kecekapan dan kekuatan semua begitu sempurna..." Jelas lelaki itu.
"Benarkah?" Soal Anderson.
"Kau sendiri rasa kekuatan mereka bukan?" Lelaki itu menyoal dan sekali lagi mereka terdiam.
"Sebab itu kita mulakan dengan orang ini...." Kata lelaki itu menunjukkan gambar Darweez.
ⓓⓡⓘⓥⓔⓡ
Audi RS7 meluncur laju menyusuri jalanraya,Darweez bersiul dengan selamba. Dia bersendirian dan Ayasha ditinggalkan di syarikat,entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.
Tetapi dia harus teruskan tugasannya tanpa teragak-agak,lagu di radio berkumandang dan dia mengikut bernyanyi menghilangkan perasaan kurang senang.
Satu persatu kenderaan dipintas,jantungnya berdegup laju merisaukan sesuatu yang tidak baik bakal berlaku.
Dia sedar beberapa kereta mengekori dari belakang,naluri hati dia memang betul dan gear ditukar lalu menekan pendikit minyak. Audi meluncur laju dan kenderaan pacuan empat roda mengejarnya dari belakang.
"Darn it..." Keluh Darweez memintas satu persatu kenderaan,namun kenderaan pacuan empat roda itu main rempuh sahaja kenderaan awam yang lain.
"Fuck! How could they?" Darweez mula berang,steering dipulas dan kenderaan memasuki simpang.
Pistol ditarik dan cermin diturunkan,lalu picu ditarik namun gagal. Kerana kenderaan pacuan empat roda itu jenis kalis peluru,Darweez kembali memandu dan meninggalkan jalanraya tersebut. Tidak mahu melibatkan kenderaan awam yang lain,dia tertanya siapakah mereka? Medusa?
Darweez terasa kenderaannya bergegar,dia sedar belakang kenderaannya dia dilanggar kuat oleh pihak musuh. Gear ditukar dan kenderaan terus meluncur laju ke hadapan. Tangan menekan satu punat rahsia,tempat plat kenderaan terbuka dan pemandu kenderaan pacuan roda terkejut kehairanan.
"Take this you son of bitch!" Punat ditarik dan satu peluru berpandu keluar melanggar hadapan kenderaan pacuan empat roda itu.
"APA?"
BRAAMMM!!!
LETUPAN kuat berhasil dan kenderaan itu melambung tinggi,dan menyebabkan kenderaan pacuan lain mengelak lalu melanggar pembahagi jalan. Ada yang dihempap oleh kenderaan pacuan empat roda yang meletup itu sebentar tadi, Darweez tidak membuang masa dan meluncur laju.
Namun saat dia sampai di simpang,sebelah kiri ada satu treler besar melanggar kenderaan lalu Audi RS7 itu berguling jauh. Kenderaan itu terus jatuh ke dalam gaung,pemandu treler itu adalah seorang perempuan dan reaksinya hanya bersahaja. Smartphone dikeluarkan lalu mendail nombor seseorang,sebaik sahaja panggilannya diangkat.
"Hello Ace? My work is done,Darweez Steve already dead...."
Namun sedang perempuan itu membuat panggilan,kenderaan pacuan empat roda dibaling ke arahnya. Perempuan itu terkejut dan treler itu bergolek apabila kenderaan itu mengenainya,perempuan itu segera keluar dari dalam treler tersebut. Dia terkejut apabila Ikhwan berjalan ke arahnya,malah dua buah kenderaan pacuan empat roda terapung di kiri serta kanannya.
"Die you mongrel...!" Dua kenderaan itu dibaling ke arah perempuan itu.
BRAAAMM!!!
KLONGG!!!
BOOOMMM!!!
LETUPAN kuat sekali lagi terhasil namun perempuan sempat mengelak,Ikhwan mengamatinya kemudian faham akan sesuatu lalu tersenyum.
"Macam tu.....teleport huh?" Alisa muncul di belakang wanita itu.
"Apa HB-01? ARGHH!!" Tangan Alisa tembus dari tulang belakang sehingga jantung.
"Kau cakap Darweez dah mati kan? Begitu juga kau...." Kata Alisa sebaik perempuan itu tidak bernyawa.
"Ah.... Come on Alisa,why did you kill her..." Ikhwan merengus kecewa.
"Itu bukan perkara penting sekarang...kita kena selamatkan Darweez...." Balas Alisa sambil mengesat darah yang ada pada tangannya.
"Ah you right...."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top