Chapter 32 : The Devil
Meja dihentak dengan kuat dan mengejutkan beberapa orang berpakaian sut hitam,berkaca mata gelap mula terasa ketakutan dengan riak air muka yang ditunjukkan oleh orang yang menghentak meja itu.
Nafas deras kedengaran dan menggigil tangannya,matanya merenung tajam ke arah meja menunduk. Salah seorang berpakaian formal hanya menghela nafas pendek,melihat reaksi orang itu.
"Tak guna! Macam mana korang buat kerja?! Semua tak boleh harap!..." kata lelaki itu.
"Maafkan kami tuan! Ada orang mengganggu kerja kami tuan!.." jelas salah seorang daripada mereka.
"Siapa mereka?" soal orang itu merenung salah seorang yang bersuara.
"Kami tak tahu tapi mereka mampu menahan kenderaan yang selaju 140kmj!..." jelas salah seorang pengikutnya.
"Jangan nak mengarut...mana mungkin huh? Yami?" orang itu cuba bersuara namun ditahan oleh seseorang yang mendiamkan diri daripada tadi.
"Bertenang Anderson...aku tak rasa mereka menipu..." jelas orang digelar Yami itu.
"Jadi apa perancangan kau Yami? Apa kau nak buat? Cari dan bunuh mereka?" soalan Anderson membuatkan Yami ketawa.
"Kenapa kau ketawa? Apa yang lucu?" soal Anderson lagi tidak faham.
"Kau nak bunuh orang yang mendapat kuasa dari tuhan? Mampu ke?" soalan Yami membuatkan Anderson semakin tidak faham.
"Kau kenal mereka ke?" soal Anderson.
"Ya...aku beruntung kerana dia lepaskan aku..." jelas Yami.
"Siapa mereka?" soal Anderson tidak berpuas hati.
"Ada baiknya kau tak perlu tahu...mereka sukar ditewaskan..." jawab Yami memandangnya.
Kata-kata Yami membuatkan Anderson terdiam,kerana ini pertama kali Yami tidak teruja atau marah jika ada orang masuk campur urusannya. Yami pula teringat ketika di saat dia hampir dibunuh oleh seseorang berhud,saat itu cuaca hujan lebat dan dia terselamat kerana orang berhud itu beredar tanpa memberikan kata-kata.
"Jadi apa kau nak buat? Selain orang misteri tu,anak Kazeem juga mengganggu urusan kita..." jelas Anderson dan Yami menoleh ke arahnya.
"Anak Kazeem?..." Yami terkejut dan Anderson memberikan beberapa keping gambar.
Helaian foto di mana gambar Furqon terpapar,Yami menelan air liur dan tangannya seperti menggigil. Anderson hanya mendiamkan diri,kemudian pintu terbuka dan dua orang lelaki berpakaian sut formal muncul.
"Remy...Darren..." ujar Anderson.
"Yami,Anderson...what the heck is going on?" soal Remy dan Darren sekadar mendiamkan diri.
"Kazeem ada anak lelaki?" nada soalan Yami membuatkan mereka terdiam.
"Err....." Remy dan Anderson berpandangan.
"Kenapa kamu semua tak beritahu aku?" soal Yami lagi masih memegang gambar itu,genggaman tangannya membuatkan gambar itu renyuk.
"AKU TANYA KENAPA?!!..." Soalan Yami membuatkan mereka berdua tersentak,namun tidak bagi Darren yang sekadar menghela nafas mengeluh.
"Sekarang dia yang jaga anak Haziq?" soal Yami lagi.
"Ya..." jawab Remy.
"Selama ni dia yang bunuh orang kita?" soal Yami.
"Ya...." jawab Anderson pula.
"KORANG BUAT APA? GOYANG TELUR BUAT ANAK JE KE?!.." Jerkah Yami dengan renungan yang amat tajam.
"Maaf Yami....kami..." ujar Anderson namun Yami terus memotong.
"AKU TAK NAK ADA ALASAN! KAU CARI BUDAK NI..BUNUH DIA!..." Jerkah Yami menuding pada foto Furqon.
"B-baik...!" serentak Anderson dan Remy bersuara.
Darren hanya memerhatikan sahaja gelagat tiga orang itu,kemudian mengutip gambar yang berada di lantai dan merenung foto yang tertera imej Furqon itu.
"Son of Kazeem...just you wait..."
Empat Protagonis dan juga orang atasan MEDUSSA yang paling tinggi

LEADER : YAMI
(Nama sebenar tidak dikenal pasti)

RIGHT HAND : REMY COLLIN

RIGHT HAND II : ANDERSON LAWRENCE

ASSASSIN LEADER : DARREN MIGUEL
Empat orang ni yang bertanggungjawab membunuh ibu bapa Furqon,dan juga terlibat atas kehilangan bapa Stella.
Yami telah melakukan tindakan memberi arahan supaya membunuh Furqon.
Apakah yang akan berlaku selepas ini?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top