Chapter 23 : Warning
Sebuah jeti lama di mana seseorang berdiri menunggu temannya,King berdiri megah melihat ke arah laut. Dia menoleh ke satu arah,sebaik mendengar deruman enjin motorsikal kuasa tinggi. Penunggang itu berhenti di sebelah King,topi keledar hitam dibiarkan pada kepalanya dan menoleh ke arah lelaki berusia 40an.
"Maaf ganggu kau bertugas..." ujar King dan penunggang itu menaikkan visor helmet,dan kelihatan dua anak mata berwarna biru jernih.
"Its okay..apa yang tuan mahukan kali ini?" Soal penunggang itu.
"Aku tak minta apa-apa...cuma bagaimana budak baru aku?" Soal King lagi dan penunggang itu sekadar ketawa kecil.
"Mereka berbakat...lebih-lebih lagi anak 'dia'..." ujar penunggang menoleh ke arah King.
"Budak..tu,Furqon...dia.." King tidak mampu meneruskan kata-katanya.
"Dia tahu perkara sebenar?" Soal penunggang itu terkejut,King sekadar mengangguk perlahan.
"Jadi apa tindakan kau King?" Soal penunggang itu lagi.
"Aku baru berikan dia tugasan baru.." jawab King.
"Jadi siapa target dia seterusnya?"
"Remy Hamilton..."
"Orang kanan ketua Medusa,kau sure dia boleh handle Remy?"
"Aku tak boleh nak agak,sebab Furqon penuh dengan kejutan.."
Penunggang itu sekadar mengangguk sahaja,dia tidak sedikit pun gusar keputusan daripada King. Seolah-olah dia sudah lama mengenali King.
"Jadi apa tindakan kau? Silent Dragon?" Soal King tersengih menoleh ke arah penunggang itu.
"Gelaran tu dah basi la..tak payah la panggil.." ujar penunggang itu.
"Basi huh? Tapi pihak mafia tetap buru kau.." bidas King.
"Jika mereka tahu siapa aku.." kata penunggang itu sambil menghidupkan enjin motorsikalnya.
"Heh..masih berbisa huh? Jadi aku tanya sekali lagi,apa tindakan kau selepas ini?"
"Aku nak perhatikan budak-budak tu je..." kata penunggang dan menekan gear serta berlalu pergi meninggalkan King sendirian.
King hanya tersenyum pahit melihat penunggang itu pergi,apa hubungan King dan penunggang tersebut? King tidak tahu apakah rancangan dia,cuma berharap tidak terjadi di luar batasannya. Kemudian telefon pintar miliknya berbunyi,dia mengeluarkan dari poket seluarnya.
Nombor private...
"Hello?" King menjawab panggilan tersebut.
"Hello Bakar...its been a while.." satu suara yang agak garau menyapa.
"Hafizul?"
Furqon membuka beg bimbit yang agak panjang serta besar,sambil diperhatikan oleh Stella dan Ayasha. Darweez dan Zafril hanya mendiamkan diri,kemudian Furqon mengangkat keluar sepucuk senapang penembak hendap. Furqon memeriksa keadaan dalam peluru,puas hati dengan apa yang diperolehi Furqon mengangguk sendirian.
"Kau nak tembak senyap-senyap ke? Ingat senang ke?" Soal Darweez dan Zafril sekadar menjadi pendengar ketika itu.
"Aku tak cakap kan nak tembak guna ni kan..." jawab Furqon selamba kemudian menyimpan semula senapang tersebut.
"Yang kau order ni buat apa?" Soal Darweez tidak puas hati dengan jawapan Furqon.
"Adakala kita tak perlu bazir tenaga,untuk membunuh penjenayah yang professional..senapang ni aku perlukan.." jawab Furqon sambil menutup beg bimbitnya yang besar itu.
"Itu aku setuju...tidak semua penjenayah boleh dihapuskan secara berdepan.." ujar Zafril menyokong kata-kata Furqon.
"Kau nak join Zaf?" Soal Furqon tersengih.
"Whoops! Hold it right there.." ujar Zafril menghalakan tangannya pada Furqon.
"I think I'll pass.." Zafril berkata dengan tersengih.
"Heh..." Furqon sekadar tersenyum sahaja dan menggelengkan kepalanya.
"Aku gerak dulu...ada apa-apa maklumat aku inform kat kamu semua.. Asalamualaikum.." ujar Zafril bangkit dari kerusi dan beredar pulang.
"Waalaikumussalam..." jawab Furqon memerhatikan Zafril pergi.
"Kau sure dia boleh dipercayai?" Soal Darweez dan Furqon hanya tersenyum mengangkat bahu.
"Kalau dia bocorkan rahsia...aku sendiri yang tamatkan riwayatnya..." ujar Furqon pula dan Stella hanya mendiamkan diri sahaja.
"Saya tak rasa lelaki itu berniat jahat..kalau ada mesti kita dah lama kena bunuh.." ujar Ayasha pula.
"Saya harap apa yang awak katakan itu benar cik Ayasha..." kata Darweez lagi.
"Buang perasaan curiga kau tu Darweez...kita perlukan bantuan orang itu juga..." Steve mencelah dari sudut yang tidak diketahui dari mana dia muncul.
"Ayah..tapi kita ni pembunuh upahan,dia tu perisik dan faham kan korang kerja dia macam mana?" Kata Darweez mempertahankan pendiriannya.
"Mari kita lakukan pertaruhan.." ujar Furqon dengan tiba-tiba,Stella dan Ayasha menoleh ke arahnya.
"Furqon?" Darweez kehairanan.
"Berikan dia masa...dan jika dalam masa ditetapkan dia berpaling tadah,kita akan hapuskan dia...bagaimana?" Furqon berkata selamba.
"Err...." Darweez teragak-agak.
"Kita berikan dia masa sebulan...dan jika tiada apa-apa yang berlaku..dia selamat.." ujar Steve menghampiri mereka dan Furqon hanya menghela nafas pendek.
"Fine...aku ikut.." kata Darweez mengalah.
"Baiklah...masa untuk buat kerja.." kata Furqon bingkas bangun,mengangkat beg bimbit yang berisi sniper.
"Kau nak buat tugasan tu ke?" Soal Darweez mengangkat sebelah kening.
"Yeah...kenapa? Something wrong with that?" Soal Furqon pula.
"Aku rasa kau terlalu terburu-buru untuk ini,Remy bukan sembarangan orang dan kau tak boleh main serbu je.." jelas Darweez dan Furqon sekadar tersengih kemudian bergerak keluar dari biliknya.
"Haih...degil...aku tak nak bertanggungjawab kalau jadi apa-apa.." ujar Darweez.
===================
FURQON memerhatikan headquarters tempat Remy Hamilton berada dengan binokular,pengawal agak ramai dan kali ini dia tidak membawa Stella bersama. Desert Eagle kedua-duanya kemas disisip pada bawah lengan,Colt Python pula di sangkut pada sarung belakang pinggangnya.
"Hmm...ramai gak..." ujarnya sambil menurunkan binokular.
"Baiklah...." Furqon mengeluarkan sniper dari beg bimbitnya,kemudian dipasang penyenyap lalu disasarkan pada pengikut yang berkawal di atas menara.
TUSP!
"One down...." ujar Furqon dan memerhatikan dalam lima orang sedang berkawal di kawasan berdekatan.
Furqon menyelinap dengan senyap,sarung dipakai kemas kemudian dia sudah hampir pada pengawal yang pertama. Sepantas kilat ditarik orang tersebut,tanpa sempat disedari rakannya yang lain. Furqon terus memukul orang itu dengan kuat,kemudian ditarik lalu diletakkan tempat tersembunyi. Pada masa yang sama,pemuda berhud sedang memerhatikannya dari jauh.
"Terlalu terburu-buru..." kata pemuda berhud itu sendirian.
Furqon sekali menyusup dan menghentak seorang lagi pengawal lalu,dengan menggunakan belakang pemegang pistol dan terus rebah. Perkara itu disedari rakan pengawal,namun dengan pantas satu tembakan pada lehernya lalu pengawal itu rebah. Furqon mempunyai etika tidak akan membunuh orang lain selain sasarannya,sebab itu dia menggunakan peluru yang diletakkan ubat tidur.
"Three down...." ujar Furqon perlahan,dan memandang ke arah bangunan markas Remy.
"Who's there urgh!" Satu das tembakan diberikan apabila seorang lagi pengawal menyedari kehadirannya.
"Baiklah..." Furqon segera menghampiri gudang tersebut,dan memasuki melalui pintu belakang.
"Gelap..." bisik hati Furqon namun dia sudah pernah dilatih dalam keadaan seperti ini,jadi itu hanya perkara mudah baginya.
Klak!
"Huh?" Furqon menoleh apabila mendengar bunyi senjata ditarik larasnya,dan dia betul kerana beberapa laser untuk sasaran di halakan pada dadanya,dahinya dan bahagian badannya.
"Ouh shit...." ujar Furqon.
"Buang senjata kamu!" Arah orang itu lengkap berpakaian seperti skuad counter strike.
"Ergh...." Furqon menahan geram tapi dia tidak boleh bertindak sembarangan,kerana dia umpama telur di hujung tanduk.
"Waa....tengok siapa yang jatuh dalam perangkap...." satu suara menegur dan sedikit demi sedikit susuk tubuh muncul dari belakang beberapa orang yang mengacukan senjata pada Furqon.
"Remy Hamilton..." ujar Furqon.
"Haha...kau tahu nama aku juga ya? Furqon Kazeem...wajah kau memang ikut ayah kau.." kata pemuda bernama Remy Hamilton itu.
"Sial kau..kenapa kau bunuh ibu bapa aku ha?" Soal Furqon menahan amarah.
"Orang yang dah nak mati tak payah tahu...sedia guys..." ujar Remy tersengih dan skuad itu siap sedia untuk melakukan tembakan.
"Dan...tem-"
BAM!
"Apa?" Remy terkejut apabila salah seorang dari pengikutnya rebah,terkena tembakan misteri kemudian satu kunai terbang dan terpacak di kepala seorang lagi pengikutnya.
"Ergh! Tak guna...!!" Rungut Remy dan terus cuba melarikan diri,Furqon segera menarik pistol dengan pantas.
BAM!!
Peluru menembusi kepala seorang lagi pengikut serentak tembakan Furqon mengenai Remy,beberapa orang lagi cuba menembak Furqon namun pemuda berhud itu muncul mendarat di hadapan mereka. Mereka termasuk Furqon terkejut,dan pemuda berhud itu menarik kerambit lalu bagaikan kilat pengikut Remy habis dikelar olehnya.
"Siapa kau?" Soal Furqon pada pemuda berhud itu,kemudian pemuda itu berpaling menoleh ke arahnya dan terus meluru dengan laju.
"Hah?"
TANG!!
"Ergh!" Furqon sempat menarik pisau dan senjata mereka berlaga.
"Hmph!!" Pemuda itu menyepak Furqon ke belakang,lalu Furqon melakukan pusingan untuk menyeimbangkan badannya.
Sebaik sahaja berjaya menyeimbangkan badannya,dia terus meluru ke arah pemuda tersebut dan sekali lagi pisau berlaga dengan kerambit. Wajah pemuda itu di sebalik hud menyukarkan Furqon melihatnya,tetakan yang kuat dihayunkan lalu pemuda itu segera menahan dan berundur ke belakang. Furqon bersiap sedia jika pemuda itu ingin menyerang,senyuman jelas kelihatan.
"Kau boleh tahan tangkas..." ujar Furqon.
"Hati-hati Furqon..cabaran kau baru sahaja bermula..." kata pemuda itu.
"Ha...bagaimana kau tahu nama aku?" Soal Furqon.
"Tak penting,tapi aku nak kau hati-hati.." sebaik sahaja pemuda itu memberi peringatan,dia segera menghilangkan diri di sebalik kegelapan bayang.
"Who the hell...is he?"
Akhirnya berjaya aku update Driver,sorry guys aku hilang mood jadi sebab tu lama tak update citer ni.
Please guys leave a komen dan vote di bawah..↓↓↓↓
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top