Teaser 4

LAMA wajah di majalah itu ditatap. Tidak dinafikan pertama kali melihat wajah itu, Eryna hampir jatuh hati. Dengan memiliki wajah kacak serta latar belakang kerjaya yang bagus, hanya orang gila sahaja yang menolak tuah untuk berada di sisi lelaki itu.

“Papa nak Ryna pikat Abang Aidil?”

Encik Nasran tersenyum sambil mengangguk perlahan. Eryna tergelak lucu. Sudah lebih 10 tahun dia tidak berjumpa dengan Aidil. Kali terakhir mereka berjumpa ketika Aidil mahu menyambung pelajaran di universiti.

“Ermmm… menarik. Apa yang Ryna akan dapat lepas berjaya pikat dia?”

“Papa bukan nak Ryna pikat dia tapi jadikan dia sebagai suami Ryna…”

Hampir ternganga Eryna. Berkahwin di usia muda memang tidak masuk di dalam senarai hidupnya. Terus majalah itu diletak kembali di atas meja.

“Kahwin? Memang taklah… Ryna baru 24 tahun papa…” Terus hilang rasa minatnya terhadap lelaki itu. Sudah hilang akal agaknya jika papa mahu memaksa dia berkahwin.

Encik Nasran masih tidak berputus asa. Dia perlu memujuk Eryna supaya menerima cadangannya. Lebih-lebih lagi dia sangat memerlukan bantuan daripada keluarga Aidil.

“Ada sebab papa nak Ryna berkahwin dengan dia. Papa harap sangat Ryna boleh bantu papa untuk selamatkan perniagaan keluarga kita…”

Berkerut dahi Eryna. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Encik Nasran. Mustahil papa semudah itu mahu mendesak dia supaya berkahwin dengan Aidil. Setahu Eryna, hubungan Encik Nasran dan  Encik Adnan tidak berapa baik.

“Apa sebabnya?” soal Eryna.

Encik Nasran menarik nafas dengan berat. Mahu atau tidak, dia perlu ceritakan kepada Eryna. Hanya dengan cara ini sahaja dia dapat memastikan isteri dan anaknya tidak hidup merempat.

“Perniagaan hotel kita hampir kerugian. Papa perlukan sumber kewangan untuk selamatkan perniagaan keluarga kita. Papa dengar… Aidil dan berjaya mencipta nama dalam perniagaan resort. Papa nak Ryna masuk dalam keluarga dia dan pastikan Aidil setuju untuk berkahwin dengan Ryna. Bila tiba masa yang sesuai, Ryna pujuk Aidil untuk buat pelaburan dalam perniagaan hotel kita…”

Tergamam Eryna. Lama dia berfikir tentang rancangan itu. Pada masa yang sama, dia risaukan perniagaan milik keluarganya yang hampir musnah. Tak sanggup dia hidup dalam keadaan susah. Tapi untuk menjadi isteri Aidil, hatinya berbelah bagi.

“Kalau Ryna jadi isteri Aidil, papa yakin hidup Ryna akan bertambah senang. Keluarga kita pun akan tumpang senang…” Tambah Encik Nasran setelah melihat raut wajah Eryna yang sedikit gusar itu.

Jari halus Eryna mengetuk perlahan di permukaan meja. Ada benarnya kata-kata papa. Dia pasti akan hidup lebih senang jika bergelar isteri kepada CEO muda itu nanti. Sudah terbayang di dalam fikirannya yang dia akan hidup serba mewah di sisi lelaki itu. Senyuman penuh sinis terukir di bibirnya.

“Baiklah, Ryna setuju. Kita nak mulakan rancangan kita dari mana?”

Encik Nasran tersenyum penuh makna.

💕

Pratempahan sehingga 25/10. InsyaAllah, 8 bab terawal, akak akan up di group dan wattpad. Bermula esok😚berminat blh wasap 0129284568

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top