✘CHAPTER 7✘
Tombol pintu dipulas lantas pintu dibuka sedikit,meninjau keadaan lay.. Tepat sekali sangkaannya lay sedang melukis...
Dari jauh xiumin melihat lay yang sedang melukis gambar seorang yeoja tiba-tiba dia terimbau kembali kata-kata lay semalam..
"Hyung walaupun ini kedengaran Agak pelik tapi lay nak hyung tahu yang lay betul-betul percaya yeoja ini wujud"
Xiumin berdehem cuba mencuri tumpuan lay.. Tapi ternyata namja kelahiran China itu sedang mewarna langkah terakhir sebelum lukisannya siap..
Xiumin duduk dibirai katil memerhatikan lay yang masih lagi fokus melukis..
"Lay... "Panggil xiumin perlahan..
"Nae"jawab lay ringkas tangannya masih ligat melukis.
"Cantik lukisan lay... Ni ke yeoja yang kerap kali lay mimpi? "Soal xiumin dia bangun sambil meneliti lukisan seorang yeoja yang sedang menoleh kebelakang menuju ke belakang langsir berwarna putih... Hanya terlihat sisi wajah yeoja itu membuatkan xiumin sedikit pelik.
"Kenapa tak lukis gambar penuh? "Soal xiumin lagi.
Lay meletakkan berus lukisan di dalam bekas lantas diambil marker pen berwarna hitam pertanyaan xiumin langsung dia tidak endah yang penting dia harus menyiapkan lukisan ini secepat mungkin.
Girl I don't know where you are
but if you can hear
my prayer give me one last hope
Maker pen ditutup dia tersenyum menampakkan lagi lesung pipitnya lantas lukisannya diusap kata-kata yang ditulis dihujung lukisan bersaiz 4r itu diulang sehingga mulutnya lenguh dia betul-betul berharap kali ini doanya betul-betul termakbul...
"Lay tak pernah nampak mukanya.. Dalam mimpi lay hanya melihat dia menoleh kesisi sambil tersenyum lepas tu dia hilang dibalik langsir.. Lay tak tahu apa petanda yang dia cuba tunjukkan tapi lay percaya yeoja ini akan jadi sebahagian dari hidup lay.. Terpulanglah pada hyung kalau hyung anggap lay ni gila ke apa.. Lay akan cari yeoja ni sampai dapat.. Lay nak tahu kenapa dia datang dalam mimpi lay.. Hanya itu yang lay nak tahu"luah lay menjawab segala pertanyaan xiumin..
"Walaupun dia berlainan dunia? Lay tetap akan cari dia? "Soal xiumin..
"Ye... "Jawapan ringkas dan padat dari lay buat xiumin terdiam dia lantas menepuk bahu lay..
"Hyung tak pernah menidakkan kepercayaan lay tapi jangan terlalu berharap yang yeoja ini akan muncul di depan lay.. Sebab hyung risau semua ini akan menganggu kehidupan lay.. Jangan terlalu berharap pada keajaiban.. "
Lay menepis tangan hyungnya dia lantas bangun dan menatap mata xiumin.
"Hyung pun sama macam yang lain tak pernah nak percaya kata-kata lay... "
Sebelum keluar lay sempat melontarkan kata-kata yang buat xiumin terpana..
"Lay masih ada di dalam exo adalah satu keajaiban.. Itu je yang lay nak hyung ingat sampai mati... "
Lay terus keluar sambil membawa lukisannya..dia perlu mencari ketenangan...
**************
Ji hyo gagahkan diri untuk bangun biar pun kepalanya terasa berat dan berdenyut tangannya yang masih berbalut dipandang inilah akibatnya bila suka menyakitkan badan sendiri.. Habis bengkak-bengkak tangannya bila dia cuba menghentikan kereta malam semalam.. Teringatkan semalam mata ji hyo terus segar..
Betul ke? Semalam aku jumpa pari-pari... Monolog ji hyo dalam hati...
"Betullah.. "Sahut taehyung yang datang secara tiba-tiba bila perkataan pari-pari terlahir dari mulut ji hyo..

"Omma... "Jerit ji hyo dia tergolek jatuh dari katil bila melihat makhluk berwajah putih itu sedang sedap landing diatas katilnya. Ji hyo menutup matanya serapat mungkin..
Taehyung tersenyum bila melihat ji hyo takut melihatnya.. Seakan dia melihat hantu.. Lantas taehyung turun dan duduk bersila di depan ji hyo.
"Janganlah takut saya bukan hantulah.. Cuba awak buka mata awak perlahan-lahan tatap muka comel saya ni.. "Gesa taehyung sambil jari kaki ji hyo dikuis perlahan..
Ji hyo diam.. Perlahan-lahan matanya dibuka... Mata kiri dibuka sedikit manakala mata kanan masih tertutup.. Dia memandang taehyung yang sedang membuat muka comel...

Setelah yakin dengan apa yang dilihat... Dia memberanikan dirinya untuk melihat makhluk di depannya itu.
"Ha.. Berani pun buka mata.. Apalah awak ni"
"Oppa... "Jerit ji hyo sekuat hati...
Jimin yang sedang menonton televisyen tersentak bila mendengar jerit pekik adik tirinya dia lantas bangun dan berlari masuk membuka pintu bilik adiknya...
Ji hyo terus berlari menyorok dibelakang badan jimin.
"Kau apahal gila jerit-jerit pagi-pagi buta ni.. "Soal jimin..
Ji hyo memeluk belakang badan oppa sambil menudingkan jari kearah taehyung..
"Ada hantu.. Tu... "Adu ji hyo sambil tangannya menuding kearah taehyung yang berdiri di depan jimin..
Jimin yang tidak melihat apa-apa sedikit bingung bila adik tirinya itu sungguh mengatakan yang ada hantu dibiliknya..
"Mana ada.. Kau ni mabuk ke apa? "Soal jimin..
"Oppa tak nampak ke.. Ada... Hantu dekat depan oppa.. "Jawab ji hyo...
Jimin merengus kasar lantas tubuh ji hyo ditolak masuk ke dalam bilik dan pintu bilik ditutup.. Mungkin adiknya itu mengigau sebab tu sewel dia lain macam...
Ji hyo bersandar dibalik pintu dia menghembuskan nafas lega bila makhluk aneh itu sudah hilang dari pandangan matanya...
Ji hyo mengurut dadanya... Bila retak jantungnya kembali normal..
Tapi ternyata dia silap... Kakinya terketar-ketar bila secara tiba-tiba taehyung muncul di depan matanya..
Pandangannya gelap ji hyo jatih terjelupuk di atas lantai..
"Ops...!! Mianhae.. "Taehyung ketawa geli hati bila melihat ji hyo pengsan kerananya...
**************
Sent... Gambar lukisannya berserta caption i believe you exist...bukan hanya di dalam mimpi saya ♥
dihantar melalui ig.. Tak sampai seminit ig nya dihujani komen dari para pengemarnya..
Lay tersenyum bila separuh dari komen tertulis...
Xingmi_Siapa yeoja tu.. Jelesnya dia boleh masuk dalam mimpi oppa
Exostan_Untungnya yeoja tu... Nak juga ada dalam mimpi oppa... Jebal
Lucy_Yah!! Oppa curang dengan saya ke?
Lay ketawa lucu bila membaca komen berbau cemburu.. Namun dia sedikit tertarik dengan kata-kata yang ditulis menggunakan nama dreamcatcher
Dreamcatcher_If it looks real and feels real, do you think it matters if it's real?if you believe just go and catch your dream...
Lay menutup ig nya lantas telefon bimbit di masukkan di dalam kocek seluar jeans nya.... Kertas lukisan diambil dan ditatap lama..
Lukisan seorang yeoja yang mempunyai senyuman manis berwajah sendu itu membuatkan dia terjaga dari tidur sambil mengalirkan air mata.. Jadi perlu apa bukti lagi untuk memastikan yang mimpinya itu akan jadi kenyataan dan dia akan dapat berjumpa dengan yeoja misterinya itu..
Lay mengeluh lantas kepalanya diketuk berkali-kali bila dia sedar yang dia semakin lama semakin taksub dengan mimpinya sendiri.. Mujur di taman yang terletak tidak jauh dari dorm tidak ramai pengunjung kalau tak kompem-kompem dia dicop gila...
Sekali lagi lay memandang lukisannya sendiri..
"Masa kecil aku kerap kali bermimpi untuk hidup mewah.. Punya rumah dan kereta sendiri.. Bahagiakan keluarga aku.. Dan aku ingin sekali nama aku dikenali di seluruh dunia.. Dan ternyata mimpi aku dah pun jadi kenyataan.. Jadi apa salahnya sekali lagi aku bermimpi dan pada akhirnya mimpi aku akan jadi kenyataan.. Iaitu ingin berjumpa dengan kau sekali saja.. Aku nak tahu sepahit apa kisah silam kau sampai kau hadir di dalam mimpi aku.. Siapa kau? Apa takdir yang telah ditakdirkan untuk ku? Adakah kehadiran kau dalam mimpi aku memberi maksud baik atau sebaliknya dan semua persoalan ku akan terjawab dengan kehadiran kau di depan aku.. Dan aku yakin kau bukan hanya sekadar mimpi...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top