✘CHAPTER 49✘

Tempat yang terlalu asing baginya.. Berada di dalam kepungan asap berwarna putih di satu ruang gelap di mana hanya ada dia saja.. Lay terpinga-pinga di mana dia sekarang? Adakah dia sudah mati...?

Lay melilau mencari punca cahaya tapi sayang hanya kegelapan yang dia nampak..

"Oppa... "Panggil seseorang suara yang sangat lali di telinganya.
"Oppa..... "Panggil suara itu lagi kedengaran sayu seperti suara itu mahu menangis.

"Song ji hyo... Mana ji hyo oppa tak nampak apa-apa "panggil lay kali ini tangannya di gawangkan ke kanan ke kiri ingin mencari ji hyo.

"Ji hyo ada di sini"seperti kepingan bongkah kecil dan bongkah itu tersusun sampailah menjadi sesusuk tubuh milik song ji hyo dia berdiri di depan lay.. Mata yeoja itu dihiasi dengan air mata.. Bibir yeoja itu terukir senyuman.

"Selamat datang ke dalam mimpi ji hyo"sapa ji hyo..
"Mimpi? Oppa tak faham"soal lay tangan ji hyo dipegang.
"Satu dunia di mana imaginasi kita tercipta di sini.. Dan oppa inginkan ji hyo sebab tu oppa ada di sini"jawab ji hyo dia pasti ini sesuatu yang baru dan tak boleh diterima akal bagi lay tapi baginya dia dah terbiasa selepas dia masuk di dunia exo.

Lay terkejut sampaikan dia memegang bahu ji hyo terlampau kuat risau ji hyo di apa-apa kan.
"Oppa... Sayangkan ji hyo? "Soal ji hyo ditenung wajah lay.
Lay mengangguk laju pipi ji hyo dipegang tanda dia yakin dengan jawapannya.
"Kalau oppa sayangkan ji hyo.. Tolong bantu ji hyo keluar dari dunia ni.. Ji hyo dah penat.. Ji hyo dah lelah... Ji hyo tak sanggup tunggu saat kita akan berpisah... Ji hyo sayangkan oppa... Tapi kita berdua di dunia yang berbeza walaupun kita berada di bumi yang sama.. Oppa dan ji hyo tak kan bersatu... Ji hyo tak kan terima hakikat itu.. Tapi oppa kena terima hakikat itu.. Masa ji hyo dah semakin suntuk.. Ji hyo kena pergi... "Ji hyo memusingkan badannya dan tubuhnya lenyap...
Hanya suaranya yang terngiang-ngiang.
"Ji hyo kena pergi.... "Ayat itu berputar-putar mengelilingi telinganya...
"Tidak.... "Jerit lay sekuat hati dan dia terbangun dari lenanya.. Badannya basah dengan peluh di kerling jam lonceng diatas meja bersebelahan katilnya. Pukul 2 pagi.. Lay bangun dan berlari keluar tangga di daki dan berlari ke bilik ji hyo. Pintu bilik ji hyo diketuk kuat dia harap ji hyo masih belum tidur lagi.

Bunyi pintu di buka lay terus meluru masuk dan memeluk tubuh ji hyo kuat dan ketat membuatkan ji hyo yang masih mamai rasa terganggu.
"Ah! Oppa wae... "Rintih ji hyo yang mula terganggu dengan pelukan lay
Biar pun dia meronta lay tetap juga memeluk tubuhnya.

Akhirnya ji hyo membiarkan lay memeluk tubuhnya. Dia menepuk-nepuk belakang badan lay yang melekit dengan peluh. Ji hyo pelik baru balik dari joging ke? Ke kena kejar hantu?..
Bila lay mula melonggarkan pelukannya ji hyo mengambil kesempatan untuk meleraikan pelukan mereka. Tubuh lay ditolak dan di suruh duduk dibirai katilnya.. Nasib baik dia jenis yag senang terjaga bila dikejut kalau tak dia pasti lay akan memeluk tubuhnya sendiri berdiri diluar bilik.

"Oppa.. Kenapa ni? Oppa mimpi buruk ke? "Soal ji hyo dahi lay yamg berpeluh di lap menggunakan tisu muka lay di tenung lama risuanya mengunung bila lay hanya diam.
"Kita kahwin... "Jawapan lay secara tiba-tiba buat ji hyo ketawa perlahan mungkin dia fikir lay sedang bergurau.
"Oppa.. Serius... Oppa nak kahwin dengan ji hyo.. Oppa nak jaga ji hyo"sambung lay lagi dia yakin dengan keputusannya. Dia bukan jenis lelaki yang menabur kata-kata manis sesuka hati.. Baginya kalau ia melibatkan hati dia serius.. Dia ikhlas memperisterikan ji hyo... Dia nak sesuatu yang menjadi ikatan bagi mereka berdua.

"Tak nak.. Ji hyo tak nak kahwin dengan oppa... "Jawap ji hyo yakin.. Ya! Sangat yakin dengan keputusannya dia bukan tak cintakan lay... Malah dia lakukan ini semua sebab dia cintakan lay..
Lay terpana... Dengan jawapan ji hyo... Dia tak sangka itu jawapan yang keluar dari mulut ji hyo.. Yeoja itu terlalu berterus terang..
"Oppa... Kita dah bincangkan pasal ni... Kita boleh bercinta tetapi tidak berkahwin... Oppa sendiri setuju... Kenapa sekarang oppa kata sebaliknya pula.... "Sambung ji hyo lagi dia tahu ayatnya itu menyakitkan hati lay tapi dia nak cakap apa lagi? Nak menipu? Sampai bila?macam mana kalau dia tinggalkan lay.. Bagaimana dengan nasibnya dan lay?macam mana dengan hatinya? Macam mana dengan status perkahwinan mereka? Orang percaya ke kalau dia cakap dia berkahwin dengan lay exo? Percaya ke? Jawapannya mesti tidak silap-silap mama lisa akan hantar dia ke hospital sakit jiwa... Pentingkan diri? Ya! Dia pentingkan diri sebab ini semua untuk mereka.. Untuk hidup dan masa depan mereka..

Lay terdiam dia terus lupa tentang perjanjian mereka.. Hanya kerana mimpi tadi dia hampir-hampir merosakkan kehidupan ji hyo..

Ji hyo mengeluh belakang kepala lay diusap perlahan pipi lay dicucuk perlahan.
"Senyum please"pinta ji hyo bila dia lihat lay membuat muka kosong.. Dicucuk lagi sampailah lay tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Mulut lay ditutup menggunakan tangannya lantas ji hyo mencium tangannya yang dilekapkan dimulut lay.
Ji hyo ketawa bila lay nampak tak puas hati.. Tubuh lay ditolak keluar dari biliknya.. Dia ketawa lepas bila pintu tertutup puas dapat lihat muka lay yang nampak blur bila dia memilih mencium tangannya sendiri daripada bibir lay.

☆☆☆☆☆

Kontrak drama bersiri sebanyak 80 episod itu dibaling diatas meja dia bangun dan merenung ji soo yang sedang menikus..
"Oppa.. Ji hyo tak nak ambil tawaran ni.. Berlakon bukan bidang ji hyo.. Oppa sendiri tahu kan? "Soal ji hyo cukuplah menyanyi sahaja yang buat dia gila.. Jangan di tambah beban yang semakin lama semakin berat.. Semakin lama semakin dia yakin kenapa dia tak patut berada di dunia yang serba serbi glamour ni.

"Siapa cakap? Sebelum ji hyo kemalangan ji hyo aktif berlakon malah ji hyo ahli pertama yang melebarkan sayap ke bidang lakonan.. Janganlah macam ni ji hyo.. Puan eun hye cakap syarikat ni dah lama nak kan ji hyo berlakon dalam drama ni.. Lagi satu ni peluang terbaik untuk ji hyo pulihkan nama ji hyo dan exo balik. "Pujuk ji soo bukan apa dia nampak dengan kontrak ni boleh memulihkan nama ji hyo yang dah membusuk akibat kontroversinya.

Ji hyo diam... Dia bukan tak nak masalahnya di dunia realiti dia tak ubah seperti ranting pokok yang dah reput.. Nampak okay diluar tapi di dalam rapuh.. Macam mana dia nak berlakon sedangkan dia langsung tiada ilmu tentang lakonan.. Kali ni berapa banyak bakul makian agaknya dia terima dari pengarah dan penerbit. Fuh! Kerja gila ni.. Tapi bila tengok muka ji soo dan peluang untuk dia bersihkan nama exo akhirnya dia mencabut penutup pen... Sebelum menurunkan tandatangan song ji hyo mengambil kesempatan untuk. Membaca beberapa rangka skrip...

Tiba di muka surat keempat naskah daripada penerbit yang pernah mencipta fenomena di dalam dunia pengarahan.. Ji hyo membaling kontrak diatas meja..

"Ji hyo tak setuju kalau ada kiss scene.. Ji hyo tak suka...ji hyo tak kan ambil mana-mana tawaran yang ada babak kiss.. Biarlah orang kata ji hyo kolot ke apa.. Ini pendirian ji hyo.. Dan tak ada siapa yang mampu ubah  pendirian ji hyo"marah ji hyo ya! Memang kedengaran Agak kolot tapi itu pendiriannya dia tak mahu melakonkan babak mesra sedangkan mereka tak bercinta.. Baginya biarlah dia lakukan itu semua dengan seseorang yang betul-betul sudah menjadi miliknya.

Ji soo diam kalau itu pendirian ji hyo dia perlu cakap apa lagi setiap orang ada pilihan dan dia tiada hak untuk menentukan pilihan seseorang. Sebelum dia jadi pengurus exo lagi dia sedia tahu yang ji hyo memang tidak ambil karya yang melibatkan hubungan mesra antara lelaki dan perempuan. sebelum ini pun ji hyo banyak terlibat dalam drama berbentuk aksi..jadi dia tahu apa apa keputusan ji hyo.. Sebenarnya ini arahan puan eun hye dia sebagai orang suruhan hanya menurut saja.

"Baiklah kalau itu keputusan ji hyo.. Oppa faham... "Jawab ji soo..
Dia bangun dan pergerakannya terhenti bila pergelangan tangannya di pegang ji hyo.
"Oppa marahkan ji hyo? "Soal ji hyo bila dia lihat ji soo seakan kecewa dengan keputusannya.
Ji soo mengeleng laju senyuman manis terukir dibibirnya.
"Tak lah.. Oppa tak marah itu keputusan ji hyo.. Ji hyo tahu apa yang terbaik untuk ji hyo.. Oppa okay je.. "Jawab ji soo.
"Owh lupa nak cakap malam nanti exo ada photoshoot so.. Balik nanti bagitau yang lain okay"pesan ji soo sebelum dia keluar dari bilik mesyuarat.

☆☆☆☆☆


Kereta sehun yang dipinjamnya diparking elok di depan rumah seakan istana yang dia baru tahu miliknya. Dikerling lay yang duduk disebelahnya yang diam tidak perkutik kerana matanya ditutup menggunakan kain berwarna hitam. Dia tersenyum ikatan mata lay dibuka.

"Kita dekat mana ni? "Soal lay bila dia lihat pemandangan yang sangat janggal baginya.
"Istana song ji hyo"jawap ji hyo dia turun dan membukanya pintu  penumpang untuk lay turun. Tangan lay dipegang seakan dia sedang melayan seorang puteri turun dari kereta kuda begitulah layaknya layanan ji hyo untuk lay. Nampak pelikan? Tak lah dah lupa ke dia kan ji hyo yeoja luar biasa dan tak klishe baginya bukan satu jenayah untuk dia mulakan sweet moment antara mereka.

Pintu pagar terbuka dan deretan pembantu rumah sedang menunggu mereka berdua kesemuanya nampak misteri dengan pemakaian topeng berwarna putih. Lay mengerling ji hyo yang berdiri disisinya.
"Jangan risau mereka sudah dibayar untuk tutup mulut mereka daripada bersuara tentang kita... "Jawap ji hyo bagi soalan yang belum sempat lay lontarkan.

Lay tersenyum dan dia menguatkan tautan tangan mereka sambil melangkah masuk ke rumah yang layaknya dipanggil istana.
Pintu utama yang besar dibukakan oleh pembantu namja yang memakai topeng berwarna putih.

"Silakan masuk wang ja nim(putera), gong ju nim(puteri) "

Mereka melangkah masuk lay terpegun dengan dekorasi rumah yang bertemakan hutan... Dikelilingi tumbuhan-tumbuhan hijau dan pancuran air ditengah ruang tamu membuatkan lay menarik nafas sedalam-dalamnya untuk menghirup udara segar di istana milik ji hyo. Berada di dalam istana ini seperti dia berada di dunia lain sangat nyaman.

Song ji hyo melepaskan pegangan tangan mereka dan beredar meninggalkan lay bersama-sama dengan pembantu lelaki.
Sedangkan lay ditolak supaya bergerak menuju ke sebuah bilik.
Dibilik itu lay ditatarias yang peliknya tiada satu pun yang berbual dengannya mereka melakukan kerja mereka seperti mereka tidak punya nafas. Semuanya teratur.

☆☆☆☆☆

Ji hyo melihat mukanya yang siap di tatarias dia merenung seluruh wajahnya pada cermin tiada senyuman. Kerana dia melihat dirinya yang dulu di hadapan cermin. Setitis air matanya yang jatuh dikesat menggunakan tisu matanya sembap ditutup dengan bedak dan dia mengukir senyuman manis memberi semangat untuk dirinya meneruskan niatnya.

Tirai di buka song ji hyo cantik mengayakan dress pengantin berwarna putih ditaburi diamond dibahagian pinggang dan bahagian dadanya yamg sedikit terdedah betul-betul buat ji hyo nampak cantik dan mempersona. Dua orang pembantu yeoja membantunya turun dan berjalan mendekati tangga..

Anak tangga direnung.. Tangan batu itu cantik terukir dengan ukiran seni yang sangat indah perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya dan lay orang pertama yang menghiasi matanya. Lay segak dengan sut hitam sedang berdiri menantinya.
Ji hyo memberi isyarat supaya pembantu yeoja itu melepaskan gaunnya yang panjang dan meleret.
Sejambak bunga mawar putih dipegang menggunakan kedua belah tangannya. Dengan yakin ji hyo melangkah menuruni anak tangga bersama dengan linangan air mata.

Imajinasiku mencipta dunia fantasiku.. Dan sekarang aku melihatmu sangat tampan sedang berdiri menantiku... Saat ini yang selalu aku bayangkan bila melihat postermu tertampal di biliku... Dan bila aku bertemumu.. Aku masih lagi mahu membayangkan semuanya...
Sekarang aku berjalan menghampiri kau... Kita punya mimpi yang sama iaitu hidup bahagia dan punya keluarga kecil.. Tetapi mengapa takdir menyatakan sebaliknya mengapa kita tak boleh bersama?

Tiba di tengah-tengah anak tangga ji hyo berhenti  penglihatannya kabur kerana air mata yang tidak putus-putus mengalir. Ruang legar itu bergema dengan suara esak tangis ji hyo.

Lay mengatur langkah mendekati anak tangga pertama dan menghulurkan tangannya untuk di sambut ji hyo.

Orang yang aku cintai adalah kamu.. Aku yang menginginkanmu..  di saat hati kita telah pun bersatu tapi takdir masih belum ada kepastian... Aku cuba untuk bahagia dan mengabaikan rasa sedihku..tapi bila aku lakukan itu seakan leherku dijerut... Kita kesuntukan masa... Biar macam mana kerasnya kita berusaha untuk bersama kita tetap tidak dapat memiliki satu sama lain.

Hanya satu yang aku pasti kau bukan sekadar khayalan.
Tangan lay dicapai pinggangku dipaut dan mereka berdiri ditengah-tengah menari tanpa musik hanya lirikan mata dan derapan kaki sudah cukup buat mereka terbuai...

Mata masing-masing bergenang dengan air mata...
"Saranghae"ucap lay...
Ji hyo tersenyum kepalanya dijatuhkan dibahu lay dan dia menangis lagi di bahu lay... Kata-kata cinta itu punya dua rasa yang berbeza iaitu sedih dan gembira. Tapi hari ini dia gembira jadi dia ketepikan rasa sedihnya.

Wajahnya diangkat dia tersenyum lagi perlahan-lahan mukanya didekatkan ke muka lay.... Bibir mereka bertaut lay terkejut dengan tindakan ji hyo...

Selepas ciuman kilat mereka ji hyo melarikan wajahnya kerana tindakannya itu betul-betul melanggar norma manusia..

"You'll always be my peterpan, even when you already find your Wendy. I'm always be your tinkerbell"....

Lay tersenyum mengenangkan perangai yeojanya yang terlebih gula.. Sweet tak? Berani cakap tak sweet.... Dia bahagia.. kalau mereka berpisah sekurang-kurangnya mereka ada sesuatu untuk dikenang.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top