✘CHAPTER 48✘

Dari balik cermin kaca yang memisahkan mereka daripada bilik latihan mereka mendengar esak tangis dari ji hyo.. Dan jerih perih daripada lay yang dileteri disebabkan mereka tidak berada di jakarta tepat pada masanya.

"Kau ni kan ji hyo daripada sebelum kemalangan sampailah selepas kemalangan tak habis-habis menyusahkan syarikat.. Meletihkan aku...kenapa kau tak mati je dalam kemalangan tu senang sikit kerja aku.."marah puan eun hye sambil perutnya yang membuyut di usap perlahan dia melihat ji hyo dan lay yang menundukkan kepala mereka.melampau? Dia peduli apa mulut dia dan dia ada kuasa di sini jadi perlu ke dia menapis setiap kata yang keluar dari mulutnya..

Eun hye tersenyum sinis bila mendengar tangisan ji hyo yang perlahan tapi perlarutan mungkin disebabkan luka yang masih segar Atau pun kata-katanya yang pedih. Tapi bila mendengarkan tangisan ji hyo tidak putus-putus sikit demi sikit egonya runtuh nalurinya yang bakal menjadi ibu tiba-tiba datang bila melihat ji hyo menangis seperti bayi.. Selalunya keperibadian ji hyo tidak selemah ini.. Nak nampak dia menangis sangat susah... Yang dia kenal adalah song ji hyo yang keras kepala dan suka menentang sesuatu yang dia rasa tidak betul, mungkin di sebabkan dia anak seorang bekas calon presiden korea sebab itu anak ini tumbuh menjadi seorang anak yang tahu apa yang perlu dia tegakkan.

Perlahan-lahan dia mendekati ji hyo tangan kanannya mengusap kepala ji hyo tangan kirinya menarik tubuh ji hyo masuk dalam pangkuannya. Sangat aneh bagi eun hye yang terkenal dengan kebengisan dan bermulut lancang memeluk dan menenangkan seseorang.... Bukan lay saja terkejut tetapi exo yang berada di luar juga binggung dengan situasi yang dipertontonkan pada mereka saat ini...

Berada di dakapan puan eun hye buat dia rindukan dakapan ommanya... Lagi bertambah lebatlah air matanya...
"Dah... Jangan menangis.. Aku tahu aku jahat tapi bila nampak kau menangis macam ni ego aku runtuh.. "Tangannya menepuk-nepuk belakang badan ji hyo perlahan. Bila tangisan yeoja itu semakin berkurangan dia melepaskan pelukan.

"Pergilah balik.. Pasal kes rusuhan tadi serahkan pada aku... Lay... Aku nak jumpa kau sekejap.. Ji hyo boleh balik"arah puan eun hye dia keluar daripada bilik latihan.

Bila kelibat puan eun hye keluar kesemua ahli exo serentak masuk di saat mereka yang lain sibuk bertanyakan keadaan ji hyo.. Xiumin nampak dingin dia hanya bersandar dan merenung ji hyo dari jauh.. Hembusan nafas berat terlahir dari bibirnya.

☆☆☆☆☆

"Ji hyo bercadang nak buat koleksi luka ke song ji hyo? "Soal xiumin sebaik saja mereka masuk ke dorm. Ji hyo diam dia menunduk bila melihat muka xiumin nampak betul-betul sedang marah.

"Kenapa tak jawab? Simple kan soalan oppa? "Soal xiumin lagi dia bercekak pinggang berdiri di depan ji hyo. Dia tak marah dia cuma kesal kenapa mesti sejauh ini ji hyo sanggup pergi hanya semata-mata mahu meletakkan semuanya di atas bahu dia seorang.. Habis mereka bersepuluh apa fungsi?.

"Mianhae.. Oppa.. Ji hyo.. "

"Mianhae? Mianhae? Ji hyo, oppa nak ji hyo yang dulu... Ji hyo yang tidak mudah mengalah dan tidak mudah mengaku kalah.. Kenapa oppa rasa song ji hyo yang oppa kenal dulu.. Tak sama dengan ji hyo yang sekarang? Song ji hyo yang dulu tak pedulikan pasal kami yamg dia tahu hanya dirinya sendiri.. Semua kesalahan yang ji hyo lakukan semuanya kami tanggung... Waktu tu kami rasa kami ni oppa ji hyo... Oppa yang melindungi adiknya... Tapi kenapa sekarang ji hyo nak berlagak macam penjaga kami?semuanya nak buat sendiri... Kenapa perlu macam tu.. Kami ni apa? Ha song ji hyo? "Amarah xiumin mampu membuatkan kesemuanya lumpuh tiada satu pun yang berani bersuara.

"Sebab itu ji hyo ada di sini? "Jawab ji hyo perlahan dia menentang mata xiumin.

"Wae? Semenjak ji hyo bangun dari koma... Ji hyo selalu ulang.. Sebab itu ji hyo ada di sini... Stop talking nonsense song ji hyo... Bagi kami peluang untuk jaga ji hyo.. Itu tugas kami bukan ji hyo... "Bila xiumin mula menengking suho menutup kedua belah telinga ji hyo menggunakan tapak tangannya.

"Hyung.. Geumanhae(hentikan) "sampuk chanyeol bila dia melihat situasi semakin tegang.

"Dakchyeo! (Diam) dengar sini hyung nak cakap jangan ada sesiapa pun ubat luka ji hyo.. Jangan benarkan ji hyo tidur dibilik.. Ini satu arahan... Kalau korang semua membantah.. Hyung suruh ji hyo tidur di luar dorm...biar dia rasa apa itu berdiri di kaki sendiri tu yang dia nak kan selama ini.. Faham? "Usai memberi arahan xiumin terus masuk ke dalam biliknya.

Ahli exo tidak mampu bersuara mereka kasihankan ji hyo tapi bila mendengar arahan xiumin dia takut ji hyo akan di denda lebih teruk dari ini jika mereka melanggar arahan xiumin.
Nak tak nak mereka perlu mendengar arahan xiumin.

☆☆☆☆☆

Lay berdiri lama diluar pintu pejabat puan eun hye.nafas di tarik dan dihembus perlahan pintu ditolak perlahan demi perlahan.
Kelihatan puan eun hye sedang sibuk membaca kertas-kertas yang bertimbun di atas meja.. Mukanya nampak serius.

"Duduk"arah puan eun hye.. Dilihat namja kelahiran changsa itu dengan pandangan kosong.
"Betul ke aku dengar kau ada kena mengena dengan keretakan hubungan baek dengan ji hyo sampai mereka putus tunang?kau tahukan isu ni dah jadi topik trending di internet?"Soal puan eun hye lagi sebab inilah dia mahu berjumpa dengan lay dia mahu semuanya jelas dia tak mahu mendengar dari mulut-mulut peminat exo yang tidak matang.
"Tak! lay hyung tak ada kena mengena dengan hubungan kami puan eun hye.. Kami buat keputusan ini tanpa desakan daripada mana-mana pihak.. Lagi satu bukankah berita ini berita gembira untuk syarikat bukan ke ini yang puan eun hye nak? "Baekhyun yang mendengar perbualan ketua pengurus mereka terus menerjah masuk dia mahu jelaskan segalanya dia tak mahu lay rasa bersalah.

Puan eun hye diam memang betul kata baek dia dan syarikat tidak pernah merestui hubungan ji hyo dan baek tapi bila isu dah jadi sebesar ini mereka takut exo akan hancur dan dia takut kerjayanya sebagai pengurus akan terkubur.

"Apa hubungan lay dan ji hyo yang buat exo-l mengamuk dan bertindak agresif? "Soal puan eun hye.

"Mereka akan berkahwin... Selama ini saya yang halang hubungan mereka.. Jadi saya yang bersalah dalam hal ini. Pasal isu ni serahkan pada kami.. Kami janji akan pulihkan semuanya janji puan eun hye percayakan kami itu saja yang kami minta... "Rayuan dan kenyataan daripada baekhyun buat lay terkejut.

Puan eun hye mengangguk..
"Baik... Kali ni aku percayakan korang semua tapi korang kena buktikan yang korang bukan bercakap kosong... Dah kamu berdua boleh balik"arah puan eun hye.

Baekhyun dan lay keluar daripada pejabat puan eun hye.. Mereka berpandangan dan baekhyun menghadiahkan senyuman ikhlas untuk lay.. Tangan kanan lay digenggam.

"Apabila dia cakap dia cintakan hyung, dia setia, dia komited, dia jujur, dia setia, dia boleh dipercayai, dan dia peduli semuanya tentang hyung. But you wanna know what comes with that? She's jealous, she's clingy, she's annoying, she's over protective, she's emotional, and she's crazy. You could push her away and she will come right back. You could piss her off, but she'll never stay mad at you. You could lie to her and she'll still trust you. You could keep making mistakes and she'll forgive you over and over. you could make her hate you but she'll start loving you all over again, but don't take that for granted cause when she's done, she's done.take care uri ji hyo.. Sayang dia macam mana baek sayangkan dia.. Jaga dia macam mana hyung jaga kami semua... Jangan pernah rasa bersalah atas keretakan hubungan kami... Cerita cinta kami dah berakhir... Tulislah cerita cinta hyung dengan ji hyo.. Jadikannya indah baek  tumpang bahagia.."selesai bercakap baekhyun memeluk tubuh lay sekejap dan terus melangkah keluar dari bangunan sm entertainment.

☆☆☆☆☆

Jam di dinding bilik yang dikongsi bersama dengan chen di tenung.. Jam menunjukkan pukul 5 pagi... Xiumin membuang selimut yang membaluti tubuhnya dia lantas melangkah keluar bergegas ke dapur.

Setibanya di dapur xiumin sibuk menadah air di singki dan mengeluarkan first aid...
Semangkuk air dan kotak first aid di ambil dan di dibawa ke ruang tamu..

Dia duduk melutut disebelah song ji hyo yang sedang nyenyak tidur di sofa. Direnung wajah adik kesayangan nya itu... Ya! Dia memang kejam cara dia menasihati ji hyo betul-betul sudah melampaui batas.. Tapi itu saja cara yang dia ada untuk menyedarkan ji hyo yang dia tak sendiri di dunia ini.. Masih ada abang-abang yang peduli padanya.

Xiumin mengeluh kapas diambil dan dilap darah yang sudah pun kering menggunakan kain... Selepas luka siap dibersihkan.. Xiumin mengambil kapas yang sudah direndam dengan  antiseptik dan dituam di atas luka ji hyo.. Selesai menyapu ubat, luka ditampal menggunakan pembalut luka. Setelah semuanya selesai xiumin membalut tubuh ji hyo menggunakan selimut.

"Mianhae... "

Suho yang berdiri di depan pintu biliknya yang berhadapan dengan ruang tamu memerhati sketsa xiumin dan ji hyo.. Dia tersenyum dan kembali tidur.

☆☆☆☆☆

Sebotol susu segar berada ditangan kanannya manakala tangan kirinya sibuk memilih buah apple untuk di masukkan di dalan beg sebelum ditimbang..
Kenapa dia tidak membawa bakul untuk mengisi barang yang mahu di beli? Jawapannya sudah pasti untuk berjimat cermat sekurang-kurangnya dia dapat menghadkan pembelanjaanya ketika melancong ke luar negara...

Ketika dia mahu meletakkan sebiji apple di dalam plastik entah mana silapnya dia terlepas dan buah apple jatuh tergolek dan berhenti di depan seseorang yang memakai kasut tumit tinggi berwarna hitam...

"Luhan oppa... Bogoshipo"buah apple yang jatuh di hadapan kakinya diambil dan dihulurkan pada luhan yang nampak sangat terkejut dengan kehadirannya.

Luhan diam dia cepat-cepat mengambil buah di genggaman ji hyo dan cepat-cepat pergi ke kaunter. Mujurlah di kaunter hanya ada dia dan song ji hyo saja yang beratur. Selesai membayar luhan tergesa-gesa dan berlari mendapatkan keretanya yang di parking tak jauh dari pusat membeli-belah itu.

"Sampai bila oppa nak lari.. Sampai bila oppa nak seksa diri oppa... Kembalilah pada kami oppa.. Kami sayangkan oppa...oppa dah lupa ke kita ni berkawan baik... "

Luhan menutup pintu keretanya kuat dia menoleh dan merenung muka ji hyo matanya merah..

"Siapa kawan kau.. Kita bukan kawan.. Kita hanya orang asing yang punya banyak kenangan bersama.. Aku bencikan kenangan tu.. Korang semua yang buat aku jadi macam ni.. Suka ke nampak aku jatuh.. Kenapa kau muncul depan aku kau nak apa?balik lah ji hyo... Aku tahu kau cari aku sebab exo tengah ada masalah kan? "Tengking luhan kuat.

Ji hyo terdiam... Dia mendekati luhan tangan kanan luhan diletakkan di atas kepalanya.

"Tenung mata ji hyo dan cakap oppa bencikan exo.. Buat semua itu dengan yakin.. Dan barulah ji hyo tak kan paksa oppa atau pun ekori oppa lagi ji hyo janji"permainanan psikologi menjadi senjata bagi ji hyo dia tahu luhan laha dengan ayatnya bila namja itu langsung tidak membuka mulut.

"Maaf oppa tak bersedia lagi.. "Tubuh ji hyo ditolak berlahan sebelum dia memboloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Song ji hyo hanya berdiri dan memerhati kereta luhan hilang dari pandangannya.

"Ji hyo kau dah sejauh ini.. Dah tak ada guna kalau kau nak mengalah sekarang"monolog ji hyo dalan hati kertas yang tertulis alamat apartmen luhan di korea di genggam kemas.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top