✘CHAPTER 47✘
BEIJING CHINA
Jaket dibaling di atas sofa yang terdapat di dalam ruang pejabatnya yang kian kosong hari demi hari. Nama 'XI LUHAN' yang terukir elok di papan di depan meja kerjanya ditenung lama. Bangunan setinggi empat tingkat ini bakal tinggal sejarah kerana dia dan nama yang selalu diagungkannya akan terkubur dek sikap tamaknya dahulu. Seperti sudah jatuh di timpa tangga begitulah nasib luhan. Dia pergi meninggalkan exo dengan harapan dia mampu berdiri dengan namanya sendiri ya dia akui setahun dua tahun nama kian naik mencanak-canak disebabkan kontroversi ketika mula-mula dia meninggalkan exo dia dapat rasa beribu duit kertas berada di sakunya.. Tetapi bila kontroversinya surut dia juga seakan tenggelam bersama kontroversi itu.
Dia menyesal sebab membelakangkan kawan-kawan hanya kerana mahu berjaya seorang diri dia masih tidak nampak bagaimana kawan-kawannya berusaha untuk dia tetap di exo tapi dia degil dia tetap dengan pendiriannya. Lihatlah dia yang sekarang mahu bertentang mata dengan exo pun dia tiada keberanian dia tak nak exo fikir dia mencari exo hanya untuk menumpang kesenangan. Dia hanya mahu meminta maaf di atas kesilapannya dia dah sedar tapi dia masih tiada kekuatan itu dia takut.
Bunyi ketukan pintu membuatkan luhan mengalihkan pandangan ke pintu yang di buka seorang gadis berketurunan china.
"Maaf tuan.. Saya nak berhenti kerja.. Saya.... "
"Pergi.... "Jawab luhan perlahan cukup untuk perlahan.
"Maaf saya tak dengar tuan cakap apa? "Soal gadi itu lagi.
"Pergi.. Berambus... Aku tak nak tengok muka kau lagi.. Just go... "Jeritan luhan buat pembantu peribadinya itu lagi keluar daripada syarikat hiburan yang hampir gulung tikar itu.
Luhan terduduk malang bertimpa-timpa melandanya tanpa henti dia kehilangan beratus-ratus kakitangan, artis yang bernaung dibawah syarikatnya sudah habis berpindah ke syarikat lain. Dan yang terakhir dia terpaksa melelong syarikat yang dibinanya sendiri. Dia lihat kebangkitan dan kejatuhannya sendiri dalam masa tak kurang dari setahun. Gambar exo yang lengkap berdua belas yang sudah renyuk seribu di ambil dari dompetnya...
Bila terjadi saat sukar baru dia rasa rindu dengan kawan-kawan teringat gelak ketawa ketika mereka masih bersama.. Tapi sayangnya semuanya sudah menjadi kenangan. Mereka tak kan pernah bersama, mereka hanya sebahagian daripada kenangan masa silamnya dan mereka tiada dalam kehidupannya lagi.. Kini dia sendiri.
☆☆☆☆☆
JAKARTA
Luka yang Agak besar itu ditutup selepas disapu dengan ubat. Lay merenung ji hyo lama dia tahu ji hyo bercakap bohong yang dia terjatuh ketika berada di bilik air. Dia bangun dan duduk disebelah ji hyo ketika ini mereka sedang bersiap untuk pulang ke korea.
"Ji hyo tak nak cakap apa-apa pasal tadi ke? "Soal lay sambil itu dia melipat sedikit pergelangan tangan baju kemeja yang dipakai ji hyo.
"Oppa... Kita kena cari luhan oppa.. "Jawab ji hyo dia masih terbayang macam mana kusutnya wajah luhan ketika itu dia pasti luhan ada sesuatu yang ingin dia katakan.
"Kenapa tiba-tiba tak boleh ke kita spend time together sebelum ji hyo cari luhan"dia tahu dia memang kedengaran seperti seorang kanak-kanak yang mahukan perhatian daripada ibunya dia tak kisah dia hanya mahukan ji hyo beri perhatian pada hubungan mereka.
Ji hyo mengeluh dia menoleh ke sisi ditenung mata lay lama sebelum kedua pipi namja itu dipegang lama.
"Oppa tahukan masa ji hyo dekat sini dah tak lama..? "Nak tak nak dia terpaksa juga mengulang realiti sebenar hubungan mereka dia tak mahu lay lupa.
"Ya! Oppa.. Tahu sebab itu oppa nak kita ni jadi macam pasangan bercinta yang lain tak kiralah berapa lama lagi masa yang ji hyo ada dekat sini.. Yang penting oppa nak ada kenangan dengan ji hyo... "Jawab lay tubuh ji hyo dipeluk lama dia memejamkan matanya dia ingin merasai kasih sayang ji hyo sepenuhnya.
Ji hyo meleraikan pelukan mereka kedua belah pipi lay dipegang.
"Nae.. Wang ja nim(putera) sampai je korea kita akan bertukar menjadi pasangan paling sweet lebih sweet daripada gula-gula... Dan ji hyo akan buat oppa rasa yang oppa miliki kekasih gred A+"janji ji hyo hidung lay dicuit dan dia tersenyum manja sambil kepalanya dijatuhkan di bahu lay.
Lay teruja dia tersenyum-senyum sambil mengulas rambut ji hyo...
Sampailah pintu bilik hotel ji hyo diketuk seseorang.
Mereka saling berpandangan.. Ji hyo bangun bila ketukan di pintu semakin keras tubuh lay ditolak supaya lay bersembunyi dibawah katil dan dia bergegas ke pintu.
Perlahan-lahan pintu dibuka terlihatkan wajah baekhyun dia menelan air liurnya inilah kali pertama mereka berjumpa berdua selepas mereka mengumumkan perpisahan mereka. Mujurlah dia dah menyuruh lay bersembunyi jika tidak pasti baekhyun terasa hati.
Baekhyun memegang bergelangan tangan ji hyo dan diheret yeoja itu keluar dari bilik hotel.
☆☆☆☆☆
Mereka berdua senyap langsung tidak memulakan perbualan biar pun hampir 15 minit mereka berada di bilik karaoke yang terdapat di hotel hanya lagu daripada snsd yang menjadi perantara bagi mereka.
Baekhyun mencapai remote control dan suara daripada lagu party yang dinyanyikan snsd diperlahankan kini masa untuk mereka berbual.
Ji hyo meneliti wajah baekhyun namja itu nampak lain muka namja itu nampak segar langsung hilang raut sedih yang menyelubungi baekhyun sebelum ini benarkah namja itu sudah betul-betul melepaskan semuanya.
"Sampai je korea kita berdua kena buat sidang media tentang hubungan kita... Oppa tak nak exo-l tertanya-tanya kan apa penghujung cerita cinta kita.. Mungkin selepas itu kita akan di hentam oppa okay dan oppa harap ji hyo pun okay"...
"Oppa.... "
"Oppa okaylah ji hyo janganlah risau... Oppa dah move on relax okay.. Dan tahniah sebab ji hyo dah jumpa kebahagiaan ji hyo.. Dan mungkin... Mungkinlah satu hari nanti oppa pun akan cari kebahagian oppa sendiri.. So stop blaming yourself.. It's not your fault... Arreso chingu... "Dia tahu ji hyo risaukannya tapi sekarang ni dia dalam proses untuk melepaskan semuanya jadi dia tmpang bahagia untuk ji hyo sebagai seorang sahabat tak salahkan.
Baekhyun mengenggam tangan ji hyo genggamannya tak segatal dulu selepas mereka memutuskan tali pertunangan semuanya nampak normal.
"Jom nyanyi... "Lagu kembali berputar dan baekhyun menyua mic pada ji hyo.. Dan baekhyun hanya menjadi pendengar...
Apa yang lebih menyedihkan ialah bila air mata tidak mampu mengalir dan kau rasa kosong. Terasa seolah-olah dunia yang dulunya indah kini sudah berakhir. Kau tidak menangis ketika kau mahu menangis, kau tidak mahu mendengar apa yang sepatutnya kau perlu dengar ,kau tak mahu melihat sedangkan kau perlu melihat semua itu.. Kerana semua itu tiada gunanya bila dunia indah kau sedang perlahan-lahan berakhir.
song ji hyo masih lagi menyanyi dan baekhyun juga masih melihat muka ji hyo dia tersenyum.. dia tak bahagia saya selepas mereka berpisah tapi bila melihat senyuman ji hyo dia sedar yang bila ji hyo bahagia dia juga turut bahagia.
☆☆☆☆☆
KOREA
seawal ketibaan exo di lapangan terbang disambut dengan jumlah peminat yang terlalu banyak tak seperti kebiasaannya mungkin kesemua peminat berpakat mahu menjemput idol mereka setelah sm mengeluarkan kenyataan yang baekhyun dan ji hyo akan menghadiri sidang media bersama peminat dan wartawan. Baekhyun memimpin tangan ji hyo keluar daripada kepungan para peminat selepas mereka selamat masuk ke perut mpv tangan mereka masih tidak dileraikan sampailah mpv mereka hilang daripada pandangan peminat baru baekhyun melepaskan tangan ji hyo.
"Baekhyun dengan ji hyo dah bersedia nak hadiri sidang media? "Soal ji soo dia risaukan pasangan ini dia takut mereka akan dibenci setelah segalanya dibongkarkan hari ini.
Baekhyun dan ji hyo serentak mengangguk laju, ya! Mereka sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.. Mereka perlu lakukan semua ini sebelum peminat mula sedar tentang hubungan mereka.
Setibanya mereka di perkarangan bangunan sm yang dipenuhi dengan beberapa wartawan dan juga peminat yang terpilih untuk menghadiri sidang media tergempar pasangan baekhyun dan ji hyo. Ji hyo mula cuak dia takut jika nanti exo akan terkena tempias dengan kenyataan rasmi mereka.. Bagaimana kalau exo di boikot? Macam-macam yang bermain di fikirannya semua negatif sampailah tangannya ditepuk perlahan oleh suho yang duduk di sebelahnya.
"Walau apa pun yang jadi lepas ni kami semua dah bersedia kami akan selalu berada di belakang korang berdua.. Kalau kita jatuh kita akan jatuh sama-sama... Kami tak kisah bermula semula... Hanya ini yang mampu kami lakukan sebagai sahabat... "Suho tersenyum dengan anggukan daripada chanyeol, lay, chen dan d.o yang berkongsi mpv menenangkan hati baekhyun dan ji hyo.
"Kaja... "Suho menghulurkan tangan kanannya pada baekhyun dan tangan kirinya pada ji hyo.. Mereka turun daripada mpv sambil berpegangan tangan.
☆☆☆☆☆
Sidang media yang bertempat di hadapan perkarangan sm menjadi topik hangat di korea selatan saat ini. Ji soo selaku pengurus duduk ditengah-tengah di antara ji hyo dan baekhyun manakala ahli exo berdiri di belakang mereka.
"Saya park ji soo selaku pengurus exo yang akan menjadi wakil bagi pasangan ji hyo dan baekhyun.. Sila angkat tangan untuk sebarang pertanyaan"ji soo memulakan sidang media dengan kata-kata aluan sebelum seorang wartawan namja mengangkat tangan.
"Saya robin daripada majalah hot korea.. Saya nak tanya adakah sidang media tergempar ini ada kaitan dengan pembubaran exo disebabkan kontroversi exo kehilangan ahli? "Soal wartawan namja yang memakai cermin mata.
Ji soo senyum sebagai balasan untuk soalan wartawan daripada majalah hot korea yang selalu bertanyakan tentang pembubaran exo padahal mereka tak pernah pun mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi. Mikrofon diserahkan pada baekhyun.
"Pertama sekali saya nak tegaskan disini sidang media ini diadakan bukanlah tentang exo atau pun pembubaran exo... Sidang media ini diadakan adalah untuk menjelaskan tentang status hubungan saya dengan tunang saya song ji hyo"baekhyun menarik nafas panjang sebelum dia mendekatkan mulutnya pada microfon tangannya basah akibat peluh yang semakin melebat.
"Pada 9 April yang lalu kami telah pun memutuskan tali pertunangan secara rasmi dan keputusan ini kami ambil dia atas sebab-sebab yang terlalu privasi untuk kami bincangkan di sini.. Anggaplah tiada jodoh antara kami.. Kami masih berkawan baik malah sebelum kami bertunang kami memang berkawan baik... Jadi tak ada masalah bagi kami untuk terus berkawan... "Selepas baekhyun berucap perkarangan sm mula riuh dengan jeritan peminat yang tidak berpuas hati malah ada sesetengah peminat mula bertindak agresif untuk naik ke atas pentas mujurlah tindakan mereka dihalang oleh pengawal yang bertugas.
"Maaf.. Saya go seo jin daripada majalah glam betul ke pertunangan in terputus disebabkan song ji hyo memilih untuk bersama lay? Saya ada beberapa bukti bergambar yang lay dan ji hyo kerap berduaan sebelum sidang media ini diadakan lagi? Boleh ji hyo jelaskan pada kami? "Soal wartawan yang berdiri begitu hampir dengan pentas.
"Song ji hyo curang.. Aku bunuh kau"jerit seorang peminat yeoja entah macam mana dia berjaya lepas daripada kepungan pengawal.. Dia meluru berlari mendekati ji hyo...
Tubuh ji hyo ditolak mukanya ditumbuk beberapa kali sebelum peminat yeoja itu diheret keluar oleh pengawal. Ji hyo yang terbaring lemah hanya mampu diam sambil mengalirkan air mata dia langsung tak sedar tubuhnya dikendung baekhyun sampailah mereka berada di dalam kereta..
Bibirnya pecah akibat tumbukan yang kuat dimulutnya, rambutnya sedikit kusut dan putus akibat di tarik, sikunya berdarah dan matanya yang lebam tidak sedikit pun membuatnya sakit. Dia salah semuanya berpunca daripada dia bersyukur sebab tiada satu pun peminat yang menyalahkan baekhyun.. Kalau mereka membenci baekhyun dia yang akan rasa bersalah.
Pintu mpv dibuka suho dan chanyeol sedaya-upaya melarang song ji hyo dari keluar kerana peminat mula merusuh tetapi ji tetap berdegil..
Ji hyo keluar dan berdiri tegak menghadap exo-l yang mula menyerbunya...
Tanpa kata ji hyo menunduk hormat tanda dia bersalah tetapi exo-l tidak terima permohonan maaf ji hyo mereka membaling botol dan objek-objek yang berjaya mereka capai sampailah batu sebesar penumbuk hinggap di perutnya.. Barulah ji hyo terjelupuk jatuh tapi dia sedikit pun tidak mengalah dia okay dengan semua ini apa sangatlah amarah exo-l kerana amarah exo-l datang daripada dia sendiri.. Dia dah berjanji untuk melindungi exo.. Jadi sekaranglah masanya untuk dia buktikan semuanya.
"Jangan sakiti ji hyo.. Sakiti oppa juga sebab semua ni salah oppa bukan salah ji hyo"baekhyun berdiri dihadapan ji hyo diikuti chen,do, kai, tao, lay, suho, chanyeol, xiumin, dan sehun mereka berdiri sebaris.
"Jangan sakiti maknae kami.... Kalau anda semua berkelakuan begini saya janji anda tidak akan dapat jumpa kami lagi"jerit suho dia membantu mengendong ji hyo dan mereka masuk ke dalam bangunan sm dengan tenang bila peminat mula memberi laluan pada mereka.
Lay melihat muka ji hyo yang sedang menangis..
"Jadi inilah wajah yang selalu aku lihat dalam mimpi... inilah sebab kenapa ji hyo berada di sini untuk melindungi exo...kau bodoh ji hyo ini bukan tugas kau tapi tugas kami untuk lindungi exo-l"monolog lay dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top