✘CHAPTER 3✘
Ji hyo menutup kasar laptop nya bila idea yang tadinya membuak kini hancur lebur bila dia terpandangkan skrin laptop... Semua idea yang dirangka tadi hanyalah tinggal kenangan ji hyo mengeluh lantas cermin mata rabunnya dicabut dan diletakkan ke tepi.. Dia menghantuk kepalanya perlahan di atas permukaan meja.. Manuskrip yang perlu diubah semula betul-betul buat hidupnya huru hara bayangkan manuskrip yang diberi nama hurt itu disiapkan hampir 3 bulan harus dibuang dan di olah semula.. itu pun sebahagiannya di copy and paste dari novel kegemarannya cuma diubah sedikit.
Ji hyo menghentak lagi dan lagi kepalanya diatas meja nampaknya title the Best novelis akan jatuh pada choi si won Mamat skema yang sentiasa bersaing dengannya merebut gelaran Agung itu...
"Macam mana ni?? Tak kan aku nak kalah dengan Mamat tu..Aish.. Idea idea jebal.. "Rungut ji hyo seorang diri di dalam bilik dengan ditemani lagu miracle in December dari exo.
Seketika kemudian bebelan kecilnya terhenti bila pintu biliknya yang tidak berkunci dibuka seseorang..
Jimin masuk sambil membawa segelas susu segar dan first aid.. Tanpa dipelawa jimin masuk dan menarik lengan adik tirinya duduk dibirai katil.. Tanpa suara jimin menyapu ubat di lengan ji hyo yang terdapat kesan calar akibat dipukul mamanya.. Sejahat-jahatnya dia tak pernah membuat adiknya itu menangis paling kuat pun merajuk seminggu..
"Kau tu degil sangat.. Hari-hari kena pukul kau tak serik ke? Bukan kau tak tahu mama kan tak suka bising apatah lagi bising tu datang dari kau"bebel jimin sambil menampal luka dilengan ji hyo.
"Oppa.. Ji hyo nak tanya boleh? "Soal ji hyo tangan oppa tirinya itu ditarik dan digenggam kemas.
"Kenapa oppa baik dengan ji hyo sedangkan jackson dengan mama lisa tak pernah suka ji hyo? "Soal ji hyo lagi..
Jimin diam dipandang wajah anak kepada appa tirinya.. Satu-satunya soalan yang dia sendiri tiada jawapan.
"Kau buat manuskrip apa kali ni? "Jimin cuba mengalih persoalan ji hyo.
Ji hyo mengeluh tahu sangat oppanya itu mahu lari dari soalannya..
"Ji hyo kena buat balik manuskrip yang kyosu nim jong kook bagi"jawab ji hyo.
"Jong kook yang badan ketul-ketul tukan? Apa masalahnya lagi? "Soal jimin menutup kotak first aid.
"Dia suruh ji hyo buat manuskrip tu semula dengan plot yang berbeza dan dia nak sebelum cuti semester gila ke? "Luah ji hyo dia kembali duduk dikerusi menghadap laptop nya.
"Apa yang dia tak puas hati? "Soal jimin walaupun dia Agak kasar dengan adik tirinya itu dia tetap ambil berat tentang pelajaran adik tirinya itu kerana adik tirinya itulah satu-satunya yang boleh di harap untuk membanggakan keluarga.
"Dia kata plot sama dia bosan so.. Dia nak yang lain daripada yang lain"jawab ji hyo sambil menekan-nekan papan kekunci tulis padam, tulis padam itu helah yang mampu dia fikir.
Jimin diam sambil matanya meliar mencari sumber untuk membantu adik tirinya itu..
Tiba-tiba matanya tertancap pada poster Mamat china yang selalu disebut adiknya itu.
"Siapa nama Mamat ni? "Soal jimin sambil mengetuk poster yang tertampal dihadapan meja belajar ji hyo.
"Zhang yixing tapi dekat sini orang panggil dia lay wae? Oppa minat dia ke? "Soal ji hyo matanya bercahaya bila buat pertama kalinya oppanya itu berminat dengan poster yang tertampal di dinding biliknya.
"Anni....aku minat yeoja ok bukan namja"jelas jimin tak mahu ji hyo salah sangka.
"Bukan itulah maksud ji hyo.."ji hyo juga cuba menjelaskan maksud 'minat' yang dia cuba sampaikan.
Jimin mengurut dagunya yang licin sambil berfikir tentang ideanya.
Hampir 5 minit dia berdiam diri akhirnya dia mendapat akal.
"Apa kata kau buat novel berkisar tentang kehidupan fangirl kau.. Ha.. Amacam ok tak? "Soal jimin.
Kali ini ji hyo pula terdiam..
"Boleh diterima pakai tapi.. Kyosu nim jong kook nak ending yang berbeza"
"Ok.. Macam ni.. Cuba ji hyo plotkan jalan cerita yang lain dari yang lain maybe fantasy or horror? Tak semestinya orang sentiasa tertarik dengan love story saja kan? "Nah.. Jangan pandang orang yang tak berpelajaran tinggi sebelah mata sekali dia keluarkan idea belum tentu orang yang penuh ilmu di dada boleh dapat idea yang Bagus.
Ji hyo merenung poster lay lama kemudian jarinya mula menari di atas papan kekunci menaip sepatah demi sepatah ayat kemudiannya dia putus asa.
"I gave up. "Jerit ji hyo messy bun yang tadinya nampak cantik kena betul-betul nampak macam bun basi..
Jimin melihat kelakuan adiknya dia dah tak ada idea kerana ideanya terhad setakat itu saja dan itu adalah kekurangan orang yang tidak berpelajaran tinggi.
"Em.. Ji hyo kau ada duit sikit tak? "Soal jimin.
Bingo.. Tepat tekaannya mesti ada sesuatu yang jimin inginkan bila dia sudi mencemar kaki masuk ke bilik adik tirinya itu.
Ji hyo mengeluh lantas dompet hitam miliknya di ambil dan dikeluar 4 helai duit kertas dan diletakkan ditelapak tangan jimin.
"Ni jeke? Lain tak ada.. Aku nak beli album bts mana cukup "rungut jimin.
"Tak ada kalau ada pun nak bayar yuran yang tertunggak bulan lepas sebab bagi duit dekat oppa jackson.. "Jawab ji hyo kemudiannya dia terus menolak tubuh jimin keluar dari biliknya.
Usai menutup pintu dia terduduk mengenangkan duit yang dikumpulnya untuk membeli album exo habis digunakan dan lebih dahsyat duit belanjanya ke universiti juga tiada.
Setitis demi setitis air matanya jatuh terpaksalah curi-curi makan di dapur..
Tanpa sedar dipenjuru bilik dia diperhatikan oleh seorang pari-pari lelaki yang bernama taehyung... Yang sentiasa berada di sisi ji hyo sejak yeoja itu kehilangan ommanya.
"Kesian aku tengok kau.. Berat macam mana pun dugaan yang datang pada kau.. Kau tetap sabar... Buatlah satu je permintaan aku nak sangat melihat senyuman manis kau lagi.. Kali terakhir aku tengok kau ketawa lepas adalah sebelum pemergian omma kau... Jebal buat satu permintaan"usai berkata-kata taehyung menghembus ke cuping telinga ji hyo yang sedang menangis..
***********
Petang Ahad song ji hyo dihabiskan dengan menari selepas menari di taman dia selalunya akan singgah ke satu tempat.. Ke satu tempat yang boleh mengeyangkan matanya tapi melaparkan perutnya.
Iaitu cafe creamy yang menyajikan puluhan manisan dan kek yang harganya mampu menampung makanan sehariannya.
Dan seperti biasa song ji hyo hanya mampu melihat kek red velvet cheese yang sering dilihatnya setiap hari Ahad bukan tak mampu cuma dia perlu berjimat jadi mampu tengok pun kira bersyukur.
Ji hyo menghampiri cermin kedai kek creamy yang boleh menampakkan isi di dalamnya..mujurlah tidak ramai pelanggan kalau tak kompem dia diusir dari sini seperti kebiasaannya.
Ji hyo menelan air liur sambil mengosok perutnya yang lapar lantas diseluk kocek seluarnya...
Dia mengeluh kuat kerana koceknya kosong begitu juga dengan beg dompetnya.
Disaat kakinya mahu melangkah hidungnya terbau bauan yang sangat menyelerakan dipandang sisi kirinya...
Seoarang namja tinggi berkulit putih dan mempunyai senyuman menawan sedang merenungnya sambil menghayunkan bungkusan kek pujaannya itu..
Ji hyo segera menunduk hormat pada empunya badan melihatkan gaya namja itu sepertinya namja itu mempunyai kerja yang Bagus.
"Nah.. Ni untuk awak... "Namja manis itu menghulurkan bungkusan yang diambil dari kedainya kepada gadis yang nampak sangat menginginkan kek itu.
"Eh... Tak... Tak apa saya tak boleh terima pemberian awak.. Kamsamhamnida.. "Tolak ji hyo penuh sopan baginya tiada keperluan untuk dia menyambut huluran itu kerana ia datangmya dari orang yang dia tak pernah kenal.
Namja itu tersenyum lantas tangan ji hyo ditarik masuk ke dalam cafe creamy. Di tarik satu kerusi yang berdekatan dengan kaunter dan itu menarik semua pandangan pengunjung di situ dan juga staff yang pernah mengusirnya dulu...
Namja yang masih belum diketahui identitinya itu mengambil tempat di depan ji hyo.
"Nama saya park bo gum.. Awak boleh panggil saya bo gum.. Awak? "Soal bo gum
"Song.... Song ji h... Yo hyo.. "Tergagap ji hyo membalas pertanyaan bogum bukan apa dia rasa tak selesa bila dia diperhatikan oleh staff creamy cafe.
Park bogum yang faham ketidak selesaan ji hyo mengarahkan kesemua staffnya membuat kerja masing-masing.
"By the way saya owner cafe ni dan.. Saya.. Diberitahu yang.... "
"Saya minta maaf encik kalau kerana saya selalu intai kek tu menjejaskan imej cafe encik.. Saya minta maaf.. Saya minta maaf saya janji saya tak kan buat macam tu lagi.. Tolong.. Jangan saman saya,saya tak ada duit nak makan pun duit tak ada, ni pun cukup-cukup untuk bayar... "
"Tak.. Tak ji hyo dengar dulu apa yang saya nak cakap... Jangan potong cakap saya... "Bo gum cuba membangunkan ji hyo yang sedang memegang kakinya sambil merayu-rayu gaya seorang pesalah minta dilepaskan. Tapi gadis itu tetap degil memeluk kakinya sambil menangis.. Bo gum jadi kasihan.
"Ok.. Saya maafkan... "
Ji hyo merenung wajah bogum ingin melihat keikhlasan bo gum menuturkan ayat itu setelah pasti baru dia bangun dan berdiri di depan bo gum.
"Saya maafkan awak kalau itu awak nak, sebenarnya... "
"Kalau macam tu saya balik dulu.. "Ji hyo mencapai beg tangannya dan terus berlari ke pintu keluar cafe creamy tapi bila teringatkan sesuatu dia segera perpatah balik.
Bungkusan kek red velvet yang diberi secara percuma oleh bo gum di ambil dan dengn sepantas kilat dia berlari keluar tanpa menoleh..
Bo gum melihat kelibat ji hyo dengan pandangan mata yang sukar ditafsir segaris senyuman terlakar di bibirnya.
Lantas seorang staff dipanggil.
"Lepas ni please pastikan jangan layan orang yang tidak berkemampuan macam anjing kurap. Selalu ingat mereka itu manusia... Dan sila pastikan bila yeoja itu datang lagi bagi apa saja yang dia nak tanpa bayaran.. Arreso"tegas bo gum kemudiannya dia terus bangun dan keluar dari cafe creamy.
Taehyung yang sedang bergayut di atas kaunter melihat bayangan bo gum dia tersenyum.
"Ada Bau cintalah... "Taehyung tersenyum kemudian dia terus hilang ke destinasi seterusnya.
[Kemunculan taehyumg Agak pelik sikit sebab dia pari-pari.. Dan dia hanya hadir ketika ji hyo perlukan pertolongan]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top