✘CHAPTER 22✘
Cawan berwarna putih sederhana besar diletakkan diatas meja.. Lantas susu diambil dibancuh menggunakan air panas.. Serbuk kayu manis diambil dari kabinet dapur diambil secubit lalu ditabur diatas susu panas..
Susu dikacau perlahan lay tersenyum susu itu diambil dan dibawa masuk ke dalam bilik ji hyo. Dia terlupa yang baekhyun selalu mengingatkan dia yang ji hyo mesti kena minum susu sebelum tidur jika tidak yeoja itu tak kan tidur .tapi bila dia sampai dibilik ji hyo yeoja itu telah lena.
Lay meletakkan susu di meja bersebelahan katil ji hyo. Comforter yang terselak dibetulkan.. Tangan ji hyo yang terjuntai juga dibetulkan.
Lay berdiri memandang muka ji hyo lama.. Kata-kata dari budak
Perempuan tadi kembali terngiang-ngiang di telinganya. Tanpa sedar tangan lay perlahan-lahan ingin menyentuh muka ji hyo tetapi niatnya terbatal bila yeoja itu menukar posisi tidurnya.
Lay mengundur setapak demi setapak sampai kakinya menyentuh sofa yang berada dihadapan katil ji hyo.
Lay duduk dari jauh sekali lagi dia memandang ji hyo yang mengiring ketepi.
"Siapa kau? Kenapa aku tertarik nak tahu siapa kau? Kenapa bila kau wujud perkara pelik sering berlaku.. Kau ni apa sebenarnya.. Jika niat kau baik masuk ke dalam kehidupan kami.. Aku relakan tapi jika kedatangan kau disini dengan niat yang tak betul aku janji aku tak kan duduk diam... Satu hari nanti aku pasti akan tahu siapa kau"monolog lay dalam hati kepalanya perlahan-lahan diletakkan dikepala sofa sambil matanya tidak lepas memandang ji hyo.. Tanpa sedar matanya tertutup perlahan-lahan.
☆☆☆☆☆
Song ji hyo berdiri di tengah-tengah pentas dan dihadapannya penonton yang terdiri daripada arnab berwarna putih yang sangat comel.. Ji hyo terpegun bila melihat taehyung berjalan kearahnya dengan kostum arnab.. Sangat comel.
Taehyung berdiri di hadapannya...
Jari dipetik dan mereka berada di atas tengah-tengah kesesakan manusia..
"Lama kan saya tak datang dalam mimpi awak.. awak dah tak ingat saya ke? "Soal taehyung .
"Kau ada sekarang ni sebab aku ingatkan kaulah.. Kenapa kau bawa aku ke tempat ni.. Tempat tadi kan Best"ji hyo menguatkan suaranya bila kesesakan manusia yang bertali arus dan juga bunyi hon kereta yang datang dari pelbagai arah membuatkan telingannya bingit..
"Ini tempat yang awak mimpikan.. Bukan saya.. Jadi apa pula kali ni? Apa yang awak nak tahu dari saya? "Soal taehyung kerana dia berada disini bila ji hyo memerlukan pertolongannya..
"Kenapa aku rasa bersalah dengan baekhyun.. Kenapa aku tak boleh nak berlakon yang aku ni tunang dia.. Dia baik, dia hensem dia ada segalanya tapi aku tak selesa dengan dia..wae? "Soal ji hyo lagi dipandangn anak mata taehyung..
"Sebab dia bukan takdir awak"jawab taehyung ringkas sambil menghadiahkan senyuman pada ji hyo.
"Bila awak buka mata awak nanti orang pertama yang awak nampak adalah takdir awak.. "Sambungnya lagi.. Taehyung mengundur dan hilang ditelan kesesakan manusia yang lalu lalang, taehyung hilang bersama dengan cahaya putih yang menyilaukan matanya..
Perlahan-lahan mata di buka dan dia rasa mahu lompat turun dari katil bila orang pertama yang dia nampak adalah zhang yixing.. Ji hyo bangun rambutnya ditarik-tarik dia menjerit tanpa suara.. Kepala dihantuk diatas bantal sambil melihat lay.. Dia cuba pejamkan balik matanya dengan harapan bila dia buka kembali lay hilang..
Tapi sayangnya lay masih ada berpeluk tubuh sambil tidur..
Ji hyo mengeluh berkali-kali.. Sampaikan dah tak terkira keluhannya..
Bila melihatkan lay memeluk tubuhnya ketat dia tahu yang lay kesejukan. Dilihat jam di dinding baru pukul lima pagi tapi matanya rajin terbuka pagi-pagi buta..
Topang ketiak digapai perlahan-lahan ji hyo bangun sambil mengheret comforter..
Tiba di hadapan lay.. Perlahan-lahan ji hyo menolak tubuh lay supaya berbaring.. Ternyata kerjanya amat rumit bila tubuh lay sangat berat untuk ditolak tambahan lagi dia tidak mahu mengejutkan lay. Berpeluh juga dia sebelum berjaya membaringkan lay nasib baik namja itu tidur mati.
Comforter bercorak bunga kepunyaannya diselimutkan ditubuh lay.
Ji hyo mengambil kesempatan melihat wajah lay secara live di depan mata selama ini dia hanya melihat lay di poster, di TV.. Sekarang dia berpeluang melihat muka lay tanpa secalit mekap..
Wajahnya putih sedikit kusam mungkin disebabkan terlalu kerap menggunakan mekap... Bibirnya merah tanda tidak merokok dan semuanya nampak sempurna... Muka lay nampak sangat maskulin bila namja itu tidur.. Tanpa sedar hampir setengah jam dia men scan wajah lay..
Ji hyo menutup mata dan mulutnya bila melihat lay menukar posisinya tidur takut-takut lay terjaga disaat dia sedang merenung muka namja itu..
Ji hyo melihat meja yang terdapat disebelah katilnya perlahan dia bergerak ke meja bersebelahan katilnya.susu di dalam cawan di ambil dan dicium sudah basi.. Dan itu bermakna lay bermalam dibiliknya.. Kalau baekhyun nampak mungkin namja itu akan bersangka buruk dengan lay dan seterusnya perang mulut akan berlaku.. Bila ternampak sekuntum bunga ros yang berada di dalam pasu.. Ji hyo ambil dan diletak didalam genggaman tangan lay.
Dengan langkah hati-hati ji hyo melangkah keluar dari bilik sambil memegang cawan...
☆☆☆☆☆
Basuh baju selesai, mengemas majalah dan bekas makanan yang berterabur di ruang tamu selesai dikemas.. Sapu sampah, mop dan buang sampah selesai.. Sekarang tinggal memasak untuk sarapan pagi..
Apron bercorak hello kitty yang tersangkut bersebelahan kabinet dapur di ambil dan diikat dibadan..
Beberapa keping roti, telur dan sos diletak diatas meja.. Sebiji demi sebijik telir di goreng.. Selesai mengoreng telur diletakkan di atas roti dan dikapit dengan satu lagi roti. Langkah itu diulangi sampailah semuanya selesai.
Roti disusun diatas pinggan.. Apron dilepaskan dari badan dan kerusi di tarik menanti penghuni dorm bangun dari tidur.
Bunyi tapak kaki masuk ke dapur membuatkan ji hyo bangun dari kerusinya..
"Oh!!! Ji hyo awalnya ji hgibangun siap buat sarapan lagi.. Pukul berapa ji hyo bangun ?"soal chen sambil duduk berhadapan dengan ji hyo.
"Pukul 5..terbangun awal tadi tu yang ji hyo siapkan sarapan"jawab ji hyo sambil meletakkan dua keping roti dihadapan chen milo panas dituang didalam cawan.
"La! Kelentang kelentung tu ji hyo lah ye... Meriah bunyi dekat dapur tu yang oppa bangun"sampuk suho yang baru saja bangun dari tidur.
"Oppa.... "
"Aegi... "Jeritan dari namja yang buat bulu romanya naik sudah pun muncul di hadapannya..
Ji hyo berundur setapak bila baekhyun mahu mendekatinya..
Cepat-cepat dia membuat isyarat cross dimulutnya.. Bila melihat muka baekhyun masam dia berpura-pura melayan d.o.
"Yah!! "Jeritan ala-ala manja,buat telinga suho gatal dia lantas menarik telinga baekhyun.
"Kau pergi mandi.. Busuknya sampai sini.. Pergi"punggung baekhyun disepak perlahan.
Bila kelibat baekhyun sudah hilang barulah ji hyo rasa selamat dan lega.. Dia kembali duduk dan hanya memerhati member exo makan.. Satu kepuasan bila dia melihat makanan yang dimasaknya habis dimakan dengan lahap.
"Aku ni sangat jarang puji orang tapi roti telur ni luar biasa sedap"puji d.o sambil menyambar sekeping lagi roti.
"Bukan jarang memang tak pernah pun puji orang"sakat chanyeol sambil menghirup milo yang tinggal separuh. Pandangan maut dari d.o langsung tidak digeruni.
Ji hyo diam sambil tersenyum melihat gelagat member exo di meja makan.. Jika orang cakap yang hubungan persahabatan exo hanyalah disebabkan perniagaan.. Mereka salah kerana apa yang dia lihat di depan mata. mereka nampak sempurna sebagai satu keluarga dan lagi sempurna jika kris dan luhan ada bersama. Normal lah sekali sekali bertegang urat sebab mereka kan keluarga
"Ji hyo tak makan"soal xiumin bila dia lihat song ji hyo hanya memegang mug dan melihat mereka makan.
Ji hyo mengeleng laju.
"Ji hyo dah makan tadi sambil buat roti tu sambil makan.. "Jawab ji hyo ringkas sambil meletakkan sekeping roti dihadapan baekhyun yang baru lepas mandi.
"Ji hyo.. Jom dating "ajakan baekhyun buat kesemua pasang mata melihatnya serentak.
"Jom pergi tengok wayang, karaoke, boling ke.. Jom"sampuk chen.
"Hyung.. Dating bermaksud dua orang saja.. Tiada tambahan"jawab baekhyun.
"Tak delah kau dah cakap kuat, tiada makna dating ye.. Kita orang dah dengar means kita orang kena ikut juga... "Sampuk chanyeol juga.. Riuh meja makan bila masing-masing menunjukkan protes hanya xiumin dan d.o saja bersikap tenang.
"Apa.. Kecoh-kecoh ni"lay yang baru masuk ke dapur juga menyampuk.. Ditarik kerusinya sambil melihat satu persatu member exo dan yang terakhir song ji hyo..dia beku bila mata mereka bertentangan. Dia gugup berpura-pura memandang roti bila ji hyo masih tidak lepas memandangnya..
"Oklah.. Sekarang ni kita minta pendapat ji hyo nak dating dengan kau ke dengan kita orang... Ji hyo macam mana? "Soalan dari chanyeol mematikan lamunannya..
"Em.. Kita keluar sama-samalah"jawapan ringkas ji hyo kembali membuat baekhyun menarik mukanya marah.
"Yes!! Kita menang.. So sekarang kita get ready"jerit d.o walaupun nampak gembira tetapi muka d.o tetap nampak serius.
Melihat yang lain masuk ke bilik dia pun berusaha untuk masuk tetapi disebabkan kakinya masih sakit maka pergerakannya sangat lambat..
Pautan dibahunya membuatkan ji hyo berpaling..
Lay beriak serius sambil memimpinnya naik ke atas.. baekhyun yang melihat dari jauh sangat terasa hati dengan perilaku lay kerana dia rasa lay sudah melampaui batas dalam menjaga ji hyo..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top