7 | Ego
"Dia alah terhadap ikan masin."
Kata-kata Hael merangkap doktor peribadinya telah menyentakkan Eafy. Lelaki itu mengusutkan rambutnya kasar. Dia melabuhkan punggung di birai katil. Rambut Hanis dibelai lembut sebelum pandangannya beralih pada Hael.
"But she's fine, right?" Soal Eafy dengan muka berharap. Hael tersenyum sebelum dia mengangguk perlahan. "Kau jangan risau. Dia okey. Cuma dia perlukan rehat yang mencukupi." Nasihat diberikan pada Eafy, jejaka itu terangguk-angguk mendengar sambil mata asyik mengerling Hanis.
Seketika, dia mengeluh.
"Aku terpaksa do." Eafy menghembus nafas berat. Dia bangkit dari duduk lalu berdiri di sebelah Hael. Tangannya bergerak sebelum dia memeluk tubuh.
"Aku ego."
Hael senyum nipis, mengangkat tangan lalu mendarat pada bahu kiri Eafy. Ditepuk-tepuk beberapa kali bersama anggukan kecil.
"Perangai kau, tak ada beza dengan uncle Eddy. Dua-dua ego." Hael gelak kecil. Ayahnya ialah kawan rapat kepada ayah Eafy, iaitu Eddy. Jadi, semua perangai uncle Eddy dia sudah tahu. Ayahnya sering menceritakan tentang uncle Eddy.
Kelihatan Eafy seperti terpinga-pinga. Mukanya jelas berkerut.
"Ayah aku ego?"
Hael angguk perlahan. Eafy terus mendiamkan diri. Lelaki itu tidak lepas merenung gadis yang terbaring di atas katil dengan pandangan bersalah. Perasaannya tika ini memang sukar untuk ditafsirkan.
"Aku tahu kau nak balas dendam, Fy. Tapi aku nak kau fikir masak-masak dulu. Kau sayang dia, tapi sebaliknya kau sakitkan dia. Aku takut kau akan menyesal nanti bila dia dah tawar hati. Fikir baik-baik Fy. Semua keputusan terletak di tangan kau."
Eafy sekadar menayang wajah dingin. Dia sendiri keliru dengan keputusannya.
"Aku gerak dululah. Apa-apa nanti call je aku. Aku ada hal kejap lagi." Hael mengundur diri. Dia dan Eafy berjabat tangan sebelum bro hug dibuat. Kemudian, Hael berlalu dari bilik itu meninggalkan Eafy dan Hanis berduaan di dalam bilik kurungan tersebut.
Sekali lagi, keluhan terlepas.
"Honey," punggung dilabuhkan pada birai katil. Kaki diangkat dan bersila di sisi Hanis yang masih terbaring lemah. Matanya memandang Hanis dengan perasaan bercelaru. Disebabkan gadis ini, fikirannya acap kali berserabut!
Tangan Hanis digenggam.
"Kau dah janji kan nak maafkan aku bila aku buat salah?" Soalnya pada Hanis. Berharap agar gadis itu memberikan respon. Tetapi hampa, gadis itu hanya kaku di pembaringan tanpa sebarang pergerakan.
"Kau tak boleh mungkir janji, Nis." Katanya lagi sekadar memberi peringatan. Tiba-tiba tubir mata Eafy berair dan menyebabkan lelaki itu mengetap gigi. Kau tak boleh mengalah sekarang, Eafy. Inilah saat yang kau tunggu-tunggu. Bunuh dia, seksa dia, benci dia! Darah keturunan perempuan inilah yang sudah membunuh ayah kau!
Hati kecil Eafy bersuara. Ibarat hatinya sedang bersubahat dengan syaitan.
"Walaupun perasaan cinta mula berputik, aku tak akan beri kau kebebasan, honey. Semua terjadi disebabkan bapak kau. Jadi, salahkan dia jika aku buat perkara yang melebihi had." Ujarnya senafas. Ubun-ubun Hanis disentuh sebelum dia mendaratkan bibirnya pada dahi Hanis. Lama.
"I'm sorry for today, tomorrow and the days will be come."
Sejurus melontarkan kata-kata itu, Eafy bangkit dari duduk. Wajah pucat Hanis dipandang sekilas sebelum dia menapak ke arah pintu bilik. Kakinya laju meninggalkan bilik kurungan Hanis dan ruang tamu dituju.
Hanis yang sedar pintu sudah ditutup semula segera membuka matanya. Dia terkebil-kebil merenung siling kosong. Tangan yang berada di sisi bergerak lalu diletak pada atas perutnya. Rambut yang berjuntai di dahi pantas dialihkan dan diselit ke belakang telinga.
Fikirannya kosong.
Kini, dia seperti seorang gadis yang tiada perasaan. Tetapi, air matanya tiba-tiba mengalir tatkala mendengar ungkapan daripada Eafy sebentar tadi.
Abah, apa salah abah sehingga Eafy berdendam pada abah? Adakah abah menyertai aktiviti kongsi gelap ini? Apa salah abah?
Pelbagai persoalan mula berlegar di dalam kepala Hanis. Dia bangkit dari pembaringan lalu menyandarkan badan pada kepala katil. Rantai besi yang terlilit di kakinya dipandang sayu. Jelas kelihatan di situ kesan merah yang telah menghiasi pergelangan kakinya.
Dia merengus kasar. Kakinya dibelek.
"Sakit siot kaki aku!"
Hanis melekapkan tangannya pada dada yang masih berdetak pula. Bibir dikemam.
"Tapi... sakit lagi hati aku ni."
Hanis mengeluh berat.
---
Gadis itu berdehem supaya dapat menarik perhatian lelaki itu. Dia menjulingkan bola mata apabila kewujudannya hanya diabaikan. Berbakul sumpahan sudah dilontarkan kepada lelaki itu. Tetapi, sekadar di dalam hati sahaja.
"Kau nak apa, Syaf?" Tanya Xander dingin. Wajah yang tidak berperasaan mula membalas pandangan dengan gadis di hadapannya. Sebelah kening diangkat, menunggu balasan daripada gadis itu. Dia tidak suka jika orang membazirkan waktunya.
"Er.."
Syaf mati kata. Dia menunduk memandang air mineral ditangannya yang sudah separuh. Angkat wajah kembali, muka tampan Xander yang sudah bermandi peluh dipandang redup. Lantas air mineral dihulurkan pada jejaka itu.
"Kau bagi aku?"
"Yelah. Takkan aku bagi dekat orang belakang pulak." Jawab Syaf malas-malas. Air mineral tersebut mula bertukar tangan. Perlahan-lahan Xander tersenyum sinis.
"Thanks dear!" Jeritnya lantang sebelum meninggalkan Syaf berseorangan. Syaf tidak sedap hati apabila melihat Xander yang langsung tidak minum air itu. Malah, lelaki itu hanya membawa air mineral tersebut kehulur-hilir.
Sehinggalah Xander berhenti pada seorang gadis cantik. Gadis yang menjadi kegilaan ramai. Xander melemparkan senyuman manis buat gadis itu. Air mineral dihulurkan dengan sengihan yang dibuat-buat.
"Nak tak?"
Hadina tersenyum lebar. Air mineral bertukar tangan.
"Awak bagi saya?"
Xander angguk. "Kau ambil jelah air tu. Buat perhiasan pun tak apa." Seloroh Xander lalu berlari ke arah gelanggang bola keranjang. Dia meregangkan badannya. Sempat dikerling Syaf yang sudah memerah muka menahan geram.
Dalam hatinya sudah ketawa jahat.
"Dasar tak kenang budi!" Syaf mencebik geram. Dia memulakan langkah itu pun disebabkan ingin rapat dengan lelaki itu. Ini semua atas kehendak ayahnya, bukan dirinya!
"Lelaki tak guna."
---
T B C
Sorry if pendek. Next chap aku buat panjang-panjang, eh? Tapi tak janji ah huhuhu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top