57 | Pecah
Turun sahaja Syaf dari private boat, cermin mata hitamnya dijatuhkan sehingga terkena pangkal hidung. Deruan nafasnya terasa begitu sesak. Sama juga dengan pemandu boat tersebut yang kaku sambil mata galak memerhati keseluruhan resort.
Jantung sudah berdebar kencang. Butiran debu telah naik ke udara sekaligus memasuki rongga hidungnya, memaksa menghidu setiap bau yang terhasil. Syaf cuba mencari papan tanda. Apabila jumpa sahaja, hatinya kembali tidak tenang.
Syed Endah Resort.
"Cik, saya rasa kita perlu patah semula dan memaklumkan hal ni kepada polis." Pemandu private boat tersebut cuba menghalang Syaf dari terus melangkah masuk. Dia sendiri tidak tahan kerana asap-asap memasuki matanya. Pedih!
"Takpe. Encik pergilah." Balas gadis itu dengan getaran hebat pada suaranya. Nafas terasa semakin sesak saat dia melangkah masuk, ramai pengunjung yang terkorban hasil dari kebakaran di resort ini.
Resort yang besar itu, sudah roboh kesemua bangunan. Ini bukan kebakaran, tetapi ini adalah hasil dari letupan bom jangka dan seangkatan dengannya. Namun, siapakah yang melakukan semua ni? Adakah CEO di sini mempunyai musuh? Sehingga semua pelancong terkorban hanya disebabkan dendam dan hasat dengki seseorang.
Lutut semakin lemah. Hendak masuk ke dalam, dia tak mampu. Masih ada api-api kecil yang belum terpadam. Lagi pula, Syaf takut jika ada baki bom jangka yang belum meletup. Situasi sangat bahaya! Dia memerlukan seseorang untuk mencari punca kenapa resort ini boleh musnah dijilat api marak.
"Joe..."
Dia baru teringat tentang sepupunya itu. Wajahnya kian makin cuak dan resah. Matanya melilau ke dalam. Mana tahu ada wajah yang dia kenali ke.
"Joe..." Perlahan sahaja suara Syaf cuba memanggil sepupunya. Berharap lelaki itu akan menyahut sekaligus dapat melegakan hatinya. Perlahan-lahan tangisan Syaf berlagu juga. Hakikat sebenar bahawa dia belum bersedia kehilangan sepupu yang paling dia sayangi. Johan!
"Kau tak boleh tinggalkan aku, Joe! Never!" Syaf jatuh terduduk. Tangannya mencengkam pasir. Air mata berjujuran jatuh membasahi bumi, sekaligus menenggelamkan dirinya yang kelu dengan dugaan.
Sungguh berat ujian mu, Ya Allah.
"Hiks... Joe..."
Biarpun lutut terasa lemah dan tak mampu menampung berat, gadis itu tetap gagah dan tidak berputus asa. Dia cuba berjalan memasuki kawasan resort. Akalnya bertindak luar kawalan. Syaf cuma mahu mencari Joe. Lelaki itu dalam bahaya!
Setapak demi setapak dia mara, mayat yang sudah dijilat api dilangkah sahaja. Bau hanyir menusuk ke hidung sekaligus mengundang rasa mual. Jarinya memicit hidung sendiri dengan harapan segala jenis bau yang tidak enak takkan memasuki deria baunya.
Mata Syaf sudah kabur dek air mata. Pantas dia lap menggunakan lengan bajunya. Kepala terasa mencucuk-cucuk, pening datang menyinggah. Tepi kepala dipicit perlahan. Ah pening betullah!
Langkahnya terhenti.
Zreng!
Nafas seakan sesak. Satu perasaan tidak enak muncul di sanubari. Kepala diangkat memandang atas. Degupan jantung makin laju mengepam saat lebihan simen yang pecah hampir jatuh ke bawah. Atau lebih tepat, ingin jatuh menghempap tubuhnya.
Syaf ketap bibir. Ini bukan drama dalam televisyen, asal bencana datang je terus kaku menikus. Realiti Syaf mahu lari dari tempias simen besar itu. Pantas dia berlari untuk mengelak sebelum kakinya tersungkur sesuatu. Badannya terjatuh atas badan mayat yang sudah tidak bernyawa.
Gadis itu terkebil-kebil.
Ada sesuatu yang menarik perhatiannya sekarang iaitu benda yang terletak di bawah kepala mayat itu. Cepat-cepat dia menarik keluar objek pelik itu.
Cakera padat?
Huh! Nak buat apa pula cakera padat ni. Baru sahaja Syaf ingin membuang benda itu, pemandu private itu menghalang. Haih pakcik ni, memang tugas dia ni menghalang semua tindakannya ke?
"Jangan buang cik. Mana tahu cakera padat tu berguna. Atau terselit jawapan yang cik mahukan." Kata-kata daripada pemandu tersebut mengundang jungkitan kening yang tinggi daripada Syaf. Matanya kembali terarah kepada cakera padat tersebut.
Betul. Betul cakap pakcik itu.
Cakera padat itu digenggam kemas.
•••
"Kau ni memekak jelah!"
Menggigil tubuh Joe saat ditengking begitu oleh Eafy. Mata-mata lain memandang Joe yang sudah diikat kemas bagi membataskan pergerakkan lelaki itu. Tapi tetap mulut itu bising ingin memberontak.
Daripada berpeluk tubuh di sudut hujung dinding, Xander datang mendekat ke arah Joe yang sudah lemah. Tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar dikeluarkan perlahan. Muka bengangnya terhasil apabila mata mereka bertemu. Dengan pantas Xander mencengkam rahang Joe kasar.
"Sekali lagi kau bising, aku akan pastikan kau dengan..." Jeda seketika. Xander senyum senget.
"... Syaf mati dalam tangan aku, Joe..."
"Ergh!" Sakit. Itu yang dirasai oleh Joe saat Xander secara sarkastik terus menyepak perutnya kuat. Tertunduk-tunduk badannya akibat tindakan itu. Mahu diusap, tangan sudah terikat kemas pula.
"Jangan libatkan Syaf!"
Xander tersengih sinis. Pantas tangannya naik mengusap lembut rambut Joe sebelum belaian itu menjadi kasar. Lantas rambut Joe dicengkam, terdongak terus kepala itu memandang Xander.
"Kau siapa nak halang aku?"
"Stoplah Xander! Even aku tak tahu apa motif kau bunuh aku, just kill me right now! Jangan seksa aku macam ni!" Tubir mata Joe berair. Mengenangkan bahawa dia tidak dapat mempertahankan diri sendiri malah dia hanya dapat berserah sahaja. Matanya tertunak pula ke arah Carla yang memegang pistol.
"Ha kau! Bagi pistol tu dekat Xander, lepastu bunuh aku! Tu yang korang nak kan?!" tempelak Joe.
Xander terdiam sebelum bibirnya mengorek sebuah senyuman penuh sinis. Rambut Joe dilepaskan kasar sehingga kepala itu terhantuk ke dinding. Perlahan-lahan Xander bangkit berdiri. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket.
"Satu fakta yang kau tak tahu pasal Catch, Joe." Xander memberi isyarat mata kepada Eafy supaya meneruskan ayatnya yang tergantung.
"Catch akan bunuh sesiapa sahaja dengan cara kejam." kata Eafy dengan riak wajah bengis.
"Dan Catch akan bunuh dengan perlahan-lahan." Sambung Zarif. Serentak itu, semuanya melakar segaris senyuman penuh makna. Seperti biasa, mereka akan berebut untuk bunuh mangsa. Tanpa sedikit pun rasa bersalah, darah disimpan dalam balang untuk dijadikan hiasan dalam bilik seksaan.
Joe terkaku.
"Let's start it now."
Joe menggeleng laju.
"Arghhh!"
•••
"I have something to tell you, ayah."
Dengan suara serak basah akibat menangis, Syaf tuturkan ayat itu dari cerung telefon. Pihak sebelah sana membalas dengan sebuah kerutan di dahi.
"Apa benda Syaf ni? Ayah dekat balai sekarang, tengah sibuk bincang pasal kes dengan pihak atasan." Balas Inspektor Zamrul. Masa-masa macam ni lah anaknya itu hendak beritahu sesuatu. Esok-esok tak boleh ke? Mengganggu sahaja!
Syaf menyungging sebuah senyuman senget. Badannya masih gagah berdiri di bawah terik matahari. Kini, dia sedang berdiri di hadapan balai polis yakni tempat kerja ayahnya. Syaf telah membuat keputusan yang sewajarnya selepas menonton isi video di dalam cakera padat.
Sungguh tidak boleh dimaafkan. Setelah sekian lama dia menyembunyikan maklumat penting ini dari pengetahuan Inspektor Zamrul, kini dia datang untuk menyerahkan segala maklumat penting itu yang dia sudah simpan selama bertahun-tahun. Tidak guna lagi jika dia hanya menyimpan rahsia terbesar itu. Sepupunya sudah menjadi galang gantinya!
"Syaf nak ap—"
Panggilan ditutup oleh si pembuat panggilan. Langkah diatur memasuki balai polis, atau lebih tepat, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya. Kaki Syaf terhenti apabila kelibat kawan ayahnya muncul di pandangan. Lantas dia mengorak langkah laju.
"Eh Syaf buat—"
"Syaf nak jumpa ayah. Right now." Potong Syaf. Tangannya elok menggenggam cakera padat untuk diberi kepada ayahnya supaya dipertontonkan oleh semua pihak polis atasan yang berkuasa mutlak.
"Tapi Inspektor Zamrul tengah meeting."
Gadis itu cuba memproses kembali ingatannya. Dia memang selalu menjenguk Inspektor Zamrul di balai. Jadi, selok belok tempat ini juga dia tahu. Cuma itu dahulu, semasa dia rapat dengan ayahnya yakni sebelum dia mengenali siapa Xander.
Dan kini, saat peluang kedua diberi, lelaki itu malah mempersiakan sekali lagi. Sudah terang lagi bersuluh, Xander tidak perlukannya lagi.
Tanpa memberi amaran, Syaf terus berpusing ke belakang sebelum dia menuju ke lif. Punat tiga ditekan supaya sampai ke destinasi iaitu di bilik mesyuarat khas untuk kakitangan yang berjawatan tertinggi. Salah satunya ialah Inspektor Zamrul.
Dari jauh dia sudah nampak pintu bilik mesyuarat yang gah terbina. Tanpa rasa bersalah, dia menolak daun pintu itu luas sebelum ditutup kembali. Mata-mata yang berada dalam bilik itu mula memandang Syaf termasuk ayahnya sendiri. Membulat mata itu.
Pandangannya tertoleh ke arah lcd projector dan terpampang di skrin ialah tajuk yang mereka semua bincangkan. Syaf senyum. Tepat pada masanya bahawa dia akan menyerahkan cakera padat kepada polis-polis yang mengambil kes ini.
Kes tentang letupan bom di Syed Endah Resort.
Inspektor Zamrul bangkit ingin menghalang anaknya itu. Orang luar tidak boleh tahu tentang hal ini termasuk Syaf! Gadis itu bukan anggota polis.
Tapak tangan dihala pantas ke arah Inspektor Zamrul yang sudah bangkit dari duduknya. Bersama cakera padat di tangan, kakinya melangkah ke arah depan bilik mesyuarat seolah-olah ingin membuat
persembahan kepada semua rakan kelasnya.
Tetapi bezanya, di sini dia ingin menjelaskan semua perkara di hadapan anggota-anggota polis yang gah dengan pakaian uniform kemas di tubuh. Berdirinya Syaf di hadapan untuk mempertahankan maruah sepupunya yang paling dia sayangi.
"Boleh saya mulakan?"
"Tak boleh! Cik hanyalah orang luar yang tidak tahu apa-apa tentang topik ini!" Tegah seorang pemuda di sebelah Inspektor Zamrul. Syaf menundukkan badannya sedikit sebelum senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu. Nafas ditarik dalam. Tenang!
"Saya perkenalkan diri saya, saya ialah Syafiqah Arissa Binti Adi Zamrul. Dan itu..." Jarinya terhala ke arah Inspektor Zamrul yang berdiam diri. "Itu ialah ayah saya, Inspektor Zamrul." Sambung Syaf.
"Kira-kira tiga tahun yang lepas, pasukan di bawah Inspektor Zamrul telah mengambil kes yang agak berat iaitu cuba menjejakki kumpulan pembunuh upahan yang sedang tular di berita ketika itu."
Semua anggota polis tekun mendengar. Apa yang dikatakan oleh anak muda itu benar belaka. Lelaki yang dikenali sebagai Inspektor Zamrul telah menggalas tugas untuk menjejak kumpulan gelap itu. Namun, kes itu sudah lama ditutup kerana bukti dan segala maklumat yang dicari, tidak dijumpai.
"Tapi, segala bahan bukti dan maklumat untuk jejak kumpulan itu tidak dimiliki. Cuma satu sahaja yang ayah saya dah jumpa, iaitu kawan sekelas saya yang lebih dikenali sebagai Xander. Salah seorang ahli Catch yakni kumpulan pembunuh upahan."
Syaf menarik nafas dalam. Memang sukar hendak membocorkan rahsia Catch. Walaupun luarannya begitu marah terhadap Xander, namun dia tidak boleh nafikan satu perasaan. Syaf masih sayangkan lelaki itu. Lelaki pertama yang dia cintai.
"Saya mula berkawan dengan Xander dan dia menerima saya sebagai seorang kawan rapat. Semua rahsia Catch saya tahu melalui Xander." ujar Syaf sebelum percakapannya kembali jeda.
"Berat hati saya nak maklumkan semua itu kepada Inspektor Zamrul. Hati saya dah mula terpaut pada dia. Dia letak sepenuh kepercayaan kepada saya dan mana mungkin saya ingin mengkhianatinya."
Ingatan Syaf terlayar kembali saat janji dinoktahkan. Saat dia berjanji untuk tidak mengkhianati kepercayaan seorang Xander.
"Tapi saya terpaksa." sambungnya perlahan.
"Hanis, sepupu saya telah diculik oleh ketua kumpulan Catch. Itulah motif saya pancing kepercayaan Xander. Kehilangan Hanis memang tiada siapa yang peduli sebab Hanis tak mempunyai kawan. Hidup dia cuma ditemani saya, Inspektor Zamrul dan ibu saya. Cuma kami bertiga.
Dan satu hari, dia hilang. Hari demi hari berlalu, sehingga satu pencarian pun tidak dapat dikesan. Sekali lagi, kes ditutup begitu sahaja.
Sehinggalah Xander memberi kepercayaan pada saya dan saya layak memasuki kumpulan Catch. Nyawa saya macam nyawa di hujung tanduk bila masuk ke markas diorang. Penuh sisi gelap, penuh kekejaman dan penuh senjata terlarang."
Jeda. Nafas kembali ditarik dalam. Mencari saki-baki ingatan semasa Eafy dihukum teruk oleh ibu sendiri. Memang kejam yang dapat digambarkan.
"Dan masa tulah, saya jumpa Hanis. Dengan bantuan salah seorang ahli Catch, saya berjaya bawa Hanis lari dari markas Catch."
Salah seorang anggota polis berjantina perempuan mengangkat tangannya, ingin mengambil izin untuk memotong percakapan gadis muda itu.
"Macam mana salah seorang ahli Catch bantu cik? Sedangkan dia berpihak pada kumpulan sendiri?" Pertanyaan polis wanita itu mengundang tawa kecil oleh Syaf. Dia menganggukkan kepalanya.
"Dia ialah Lyna, sahabat Hanis dari sekolah rendah dan adik kepada ketua kumpulan Catch. Penculikan Hanis dibuat oleh abangnya sendiri. Lyna langsung tak tahu apa-apa tentang itu. Jadi, demi selamatkan Hanis, dia rela kalau abangnya ingin hukum dia."
Syaf berhenti sekejap. Mengingati tentang wanita itu, sumpah dia ingin tabik hormat pada Lyna. Sanggup dia mempertahankan sahabatnya.
Nafas ditarik untuk kesekian kali. Debaran yang dirasai semakin hebat. Maklumat yang bakal disampaikan mampu memberi kesan kepada Catch. Sudah tiba masanya rahsia ini dibongkarkan.
"Hendak dipendekkan cerita..." Cakera padat ditunjukkan di hadapan semua pegawai polis. Perbicaraan ini akan menjadi semakin serius kerana Syaf ingin masuk kepada tajuk yang mereka bincangkan iaitu tentang kes letupan bom di Pahang, Syed Endah Resort kepunyaan Joe.
"Di tangan saya ialah cakera padat yang saya jumpa di sana sewaktu letupan baru berlaku iaitu sebelum polis dapat tahu tentang kes ini. Saya ialah orang terawal yang tahu pasal letupan di sana."
Cakera padat itu diserahkan kepada Inspektor Zamrul. Lantas Inspektor Zamrul beredar ke arah televisyen besar di belakang bilik mesyuarat. Kemudian, cakera padat itu dimasukkan ke dalam DVD Player. Terpampanglah seorang lelaki tua di cermin televisyen yang gelap sebentar tadi.
"Aku ialah Datuk Farhad Azlan dan korang ialah Catch kan? Aku tahu banyak benda pasal kumpulan korang. Kumpulan pembunuh upahan yang banyak meragut nyawa orang di Malaysia. Hahaha!"
Dari awal Syaf tonton, memang dia menyampah dengan lelaki tua itu. Datuk Farhad Azlan memang mempunyai ramai musuh termasuk bapa Joe.
"Aku ada tugasan penting untuk korang." Lelaki tua di skrin televisyen itu tersenyum penuh makna.
"Aku nak korang bunuh Tan Sri Syed Fazli, CEO Syed Endah Resort. Tapi kalau anak dia yang ambil jawatan tu sekarang, aku nak korang bunuh anak dia. Dan aku nak korang bunuh semua yang ada dekat resort. Termasuk hancurkan resort tu."
Semua tekun mendengar.
"Tak perlu risaukan ganjaran. Kalau korang berjaya, 1.5 juta berada dalam genggaman korang." Semua anggota polis menelan liur apabila mendengar sejumlah duit besar itu. Gilalah! Patutlah Catch terima tugasan ini. Kaya rupanya diorang!
Skrin mulai terpadam. Masing-masing terdiam. Syaf pula merenung ayahnya yang sedang menahan geram. Manakan tidak, Datuk Farhad Azlan merancang untuk membunuh Tan Sri Syed Fazli iaitu abang iparnya. Siapa tak geram?
"Kalau tak keberatan, saya sedia membantu. Semua maklumat tentang markas Catch ada dalam tangan saya. So may I join you guys?"
Senyuman penuh sinis mula terlakar saat mendapat anggukan daripada Inspektor Zamrul.
Bersiap sedialah Catch.
•••
T B C
2 more chapter !
Kalau nak refresh balik ingatan korang pasal nama-nama asing dekat atas, boleh jenguk dekat bab 38 dan bab 51. Sekian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top