5 | Melawan
Aku memimpin tangannya hingga ke ruang tamu. Kelihatan mereka semua sudah berkumpul menanti ketibaan aku. Tetapi, hanya seorang sahaja yang tiada iaitu Nur Arielyna.
"Bodoh keding." Amir bersuara sambil memandang Emir. Wajah menyampah ditayangkan sesama sendiri. "Kau pahal? Nak cari gaduh?" Lawan Emir bengang. Kepala kembarnya ditunjal kuat seolah-olah Amir tiada perasaan.
"Kurang ajar main kepala," Amir ingin melawan tetapi terhenti apabila mendapat deheman daripada aku. Tangan Hanis aku genggam erat apabila semua mata-mata sedang memerhatikannya.
"Hai Hanis!" Furqan melambai tangan ke arah Hanis tetapi Hanis hanya kaku dan menundukkan kepala. Tajam, mata aku memandang Furqan yang tersengih lebar. Mata kami bertembung, Furqan sekadar gelak dan sengih menampakkan giginya.
"Pantang nampak perempuan." Carla mencebik dan berpeluk tubuh.
"Aku dah try kau, kau tak nak. Bila aku try orang lain, tahu pun cemburu."
"Oh no. Tak ada masa nak cemburu."
"Mengaku ajelah, Carla. Kau suka aku kan? Kan?"
"Tak malu ke kau ni cakap macam tu? Sedar diri sikit ah Qan." Carla menjulingkan matanya ke atas. Furqan sudah menarik senyuman senget. Lantas tangan diangkat dan dia meraup rambutnya ke belakang.
"Sebab aku sedar dirilah aku nak try kau." Katanya dengan selamba. Kening Furqan diangkat berkali-kali. Carla sudah loya tekak. Dia mengacah seperti hendak muntah. Aku menggeleng kepala perlahan.
"Ehem," aku berdehem sedikit kuat. Mereka mula tersengih kerang busuk. Aku mara mendekat ke arah mereka lalu aku duduk di atas sofa yang memuatkan hanya seorang sahaja yang duduk. Hanis terkebil-kebil memandang aku. Aku memicingkan mata.
"Kau, berdiri." Kataku tegas. Hanis akur. Dia berdiri tegak di sebelah sofa yang aku duduki. Dari ekor mataku, aku dapat melihat Xander yang sedang menggelengkan kepala. Mukanya tampak kesal apabila aku melakukan sedemikian pada Hanis.
"Okay. Aku nak cakap sikit." Aku mulakan bicara. Mereka tekun mendengar tanpa mengeluarkan sebarang suara.
"Kita ada maid dalam rumah ni."
"Hah?!" Raysha dan Carla berpandangan lalu menumpukan perhatian pada aku semula.
"Kalau maid dua orang ke atas, aku setuju. Tapi kalau maid yang kau maksudkan tu Hanis, sumpah aku bangkang." Raysha membidas. Carla menyokong kata-kata Raysha, dia mengangguk laju.
"Markas ni besar kot!" Carla menyambung.
Aku pandang mereka berdua silir-berganti. Tajam mata aku memanah anak mata mereka bagaikan ingin tembus. Gigi aku ketap rapat.
"Aku ada mintak persetujuan korang ke?" Keras bersama getaran halus. Carla sudah tertunduk-tunduk menahan takut. Hanya Raysha sahaja yang masih degil. Raysha, sememangnya gadis paling keras kepala antara ahli Catch. Pandangan Raysha aku balas.
"Aku tak kisah. Aku tetap tak setuju." Raysha mengerling Hanis sebelum keluhannya terlepas.
"Pergi mati. Aku tetap buat." Aku senyum sinis. Gadis itu kelihatan sedang mengetap gigi menahan marah. Dia bangkit dari duduk lalu berdiri berhadapan dengan aku. Aku juga turut melakukan perkara sama.
"Kau memang tak ada rasa simpati ke Eafy? Dia muda lagilah nak suruh buat kerja macam tu! Markas ni besar lah bangang! Sedar tolonglah sedar!"
Dada aku ditumbuk Raysha kuat. Aku menahan rasa sakit. Padu duh.
"Aku tak kisah kalau kau nak jadikan dia maid. The real problem is, bila dia tak buat kerja dia dengan perfect, kau akan naik angin! Sifat baran kau akan keluar! Aku dah masaklah dengan baran kau, Fy." Raysha mengurut pelipis. Dahinya berkerut-kerut. Aku hanya memandang dengan kosong.
Aku tersengih sinis.
"Dah tu aku nak jadikan dia apa? Perempuan simpanan aku? Tempat aku lepaskan nafsu, boleh?"
Pang!
Usai aku habiskan bicara, terasa satu tangan menampar pipi aku kuat. Kepala aku terus terteleng. Pipi yang terasa berpijar aku sentuh. Raysha sudah melampau!
Baru sahaja tangan aku ingin naik dan membalas tamparan itu, aku terkedu apabila sangkaan aku jauh sekali meleset. Aku fikirkan Raysha yang naik tangan, rupanya...
Hanis.
Nafas aku turun naik.
Lengan Hanis aku cengkam kasar.
"Kau! Ikut aku."
"Tak, tak! Tak nak!" Hanis meronta-ronta. Dengan segala kekuatan dan tenaga yang terkumpul, aku menarik lengan Hanis kuat menuju ke arah lif. Pintu lif terbuka.
"Kak Sha! Tolong Nis, isk isk." Rayunya kepada Raysha yang sudah memejamkan mata. Tangisan Hanis kedengaran masuk pada gegendang telinga aku. Cepat-cepat aku menariknya masuk ke dalam lif.
"You better shut your mouth. Atau lebih teruk aku kerjakan kau." Ujarku dengan intonasi suara yang menyeramkan. Lebih kepada keras dan terselit getaran halus.
Hanis menekup mulutnya dengan sebelah tangan yang masih bebas. Sepasang bahunya terhinjut-hinjut akibat hendak menghentikan tangisan. Aku sekadar membisu tanpa niat ingin memujuknya. Dahulu, akulah yang selalu menjadi tempat dia meluahkan perasaan suka dan duka. Bahu akulah yang menjadi tempat dia melepaskan kesedihan. Tetapi kini, semuanya berubah sekelip mata. Hanya kerana sebuah dendam.
Tingkat yang aku ingin tuju, sudah sampai. Tingkat bawah tanah. Perlahan-lahan aku berjalan ke arah bilik penyeksaan.
Aku membawa Hanis masuk. Pintu besi tersebut mula tertutup dan automatik terkunci dari luar. Aku tidak akan risau, kerana aku sudah membawa satu kunci sebagai bersediaan. Tiba-tiba aku menangkap suara tangisan.
"Bilik apa ni? Aku- nak balik! Kau jahat Eafy, kau jahat! Kau tak sayang aku.. Aku nak balik. Aku nak jumpa Syaf, aku nak bagitahu pakcik yang kau pembunuh! Kau-- Emphhh!" Percakapannya terbatas apabila aku menekup mulutnya dengan tangan aku. Sepasang mata coklat yang berkaca itu aku renung dengan pandangan helang. Sebagai amaran.
Aku melepaskan tangan aku.
"Berani? Go on, aku tak halang. Tapi kau kena ingat, masa tu ajal kau dah sampai. Remember, my honey."
Hanis terus diam tidak berputik. Aku tahu dia masih sayangkan nyawanya.
Aku menarik Hanis ke arah katil besi dengan kepanasan yang minimum. Tubuh Hanis aku pandang dari atas hingga pada kakinya. Aku berfikir sejenak. Matanya aku tatap tajam.
"Buka baju."
Mata Hanis terbeliak luas. Dia menggeleng laju sambil tangannya disilangkan ke dada.
"Kau nak buka atau aku yang tolong bukakan? Choose one." Aku pamerkan riak selamba badak. Mulut Hanis sudah mencebik. Dia memandang aku penuh kerayuan dan terus mendapat gelengan kepala daripada aku.
Perlahan-lahan Hanis membuka bajunya. Kini hanya tinggal pakaian dalam yang tersarung di tubuhnya.
"Seluar,"
"Tak nak!"
"Buka atau..."
"Atau apa?!"
"Mati?" Aku menunjukkan pistol di tangan aku. Mengacah seperti ingin menarik picu dan dihalakan ke arahnya. Hanis diam.
"Aku lebih rela mati daripada maruah aku dipijak oleh kau, Eafy." Hanis berkata dengan nada mendatar. Matanya berkaca-kaca dan empangan air itu bakal menitis kerana perasaan kecewa yang menyelubungi dirinya. Ya, kecewa. Aku meraup wajah kasar.
"Game belum mula lagi lah! Kau buka seluar kau sekarang." Aku mengarahnya. Hanis kelihatan teragak-agak ingin buka. Aku cuma memerhati tanpa sebarang riak. Menunggunya untuk membuka seluar dan meninggalkan pakaian dalam. Bukan aku suruh dia buka semua pun!
Dia mengeluh berat. Perlahan tangannya dibawa ke pinggang. Seluar yang dipakainya melurut jatuh sehingga menjejak lantai. Seluar itu kemudian dia ambil dan campak ke tepi. Kelopak mata Hanis terpejam rapat.
"Puas?"
Aku senyum senget.
"Good girl."
Aku berjalan ke arah katil yang diperbuat daripada besi. Tangan aku menyentuh besi tersebut. Aku geleng kepala. Tak cukup panas, aku tambahkan kepanasan sedikit. Setelah berpuas hati, aku angkat wajah memandang Hanis yang separuh naked.
"Baring."
Dia menyentuh besi katil. Kemudian, terpamer riak keresahan. "Pa-- panas. Aku tak nak." Katanya perlahan. Hanis tertunduk bawah, tak berani ingin menatap muka bengis aku mungkin?
"Aku kata baring." Tegas dengan suara di celah gigi.
Hanis geleng kepala laju. Dia mengundur setapak.
"Baring jelah! Kau jangan nak mengelat boleh tak?!" Jerit aku kuat. Kini aku terasa seperti tidak cukup oksigen. Nafas aku turun naik.
"Aku kata aku tak naklah!"
"Heh," aku tergelak sinis. "Kau melawan, Hanis." Perlahan-lahan senyuman aku bertukar menjadi senyuman yang paling menggerunkan.
"Neraka kau, bakal bermula."
Kepanasan pada katil besi itu aku tingkatkan sehingga ke tahap maximum. Senyuman senget tak lekang daripada bibir aku.
"Come here, honey."
- T B C -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top