49 | Permainan
DENGAN wajah cemberut Hanis hanya mengikuti langkah Lyna. Naik kejung juga kakinya berjalan tanpa henti di sekitar mall ini. Belakangnya pula terdapat Raysha dan Carla yang turut ada memeriahkan suasana antara mereka berempat. Huh! Meriahlah sangat kalau setiap saat Carla asyik ingin mencari gaduh saja.
Tidak habis-habis dengan hasad dengkinya. Daripada mereka berada di bangku sekolah sehinggalah umur sudah jejak ke awal 20-an masih sama seperti dulu. Ada sahaja perkara yang tidak puas hati. Ada sahaja gadis itu mencari kesalahannya biarpun sebesar semut.
Hanis masih keliru mengapa mereka membawanya berjalan-jalan di luar. Sudahlah Eafy tidak benarkan Hannah mengikut bersama. Katanya Hannah akan duduk di rumah bersama lelaki itu. Langsung tak boleh lepas dengan anak sendiri. Nanti rindu.
"Kau orang tak penat ke Lyna? Raysha? Carla?" Dahinya sudah berkerut setelah masuk ke dalam butik pakaian mahal. Harga pun boleh buat dia terliur. Kualiti baju pun menyamai dengan harga baju. Memang rambang mata dia masuk ke dalam butik itu.
"Aku rasa ni sesuai untuk Hanis." Ujar Raysha lantas berjalan merapati Hanis sambil memegang dress labuh berwarna biru lembut. Tenang sahaja dipandang. Kainnya juga tidaklah terlalu kembang. Sekadar kembang sedikit untuk menampakkan seri kecantikan seseorang apabila memakai dress menarik itu.
Harga di baju itu turut dipandang sebelum matanya terbeliak. Berkerut dahinya memandang Lyna dan Raysha yang berwajah selamba. Tidak terkesan langsung dengan harga dress ini. Sudahlah dia tidak membawa duit langsung. Carla pula sudah hilang mencari baju yang cantik. Dia pun nak juga.
"Weh, mahal ni!" Ujarnya separuh berbisik.
"Ambil je. Kita orang belanja."
Berkerut dahi Hanis melihat mereka berdua. Hm something fishy lah. Macam ada yang tak kena. Mereka ada merancang sesuatu ke?
"Baik kau orang bagitahu." Matanya mengecil. Lyna dan Raysha berpandangan sebelum angkat bahu.
"Tak ada apa yang perlu bagitahu. Dah jom bayar."
*****
"EAFY? Hannah?" Dua susuk tubuh itu dicari. Keluar sahaja daripada lif, ruang tamu itu kosong tanpa penghuni. Selalunya ada sahaja kembar itu menceriakan rumah. Tapi hari ini berbeza pula. Langsung tidak nampak kelibat sesiapa di dalam rumah. Lyna, Raysha dan Carla sudah menghilang melencong tempat lain selepas menghantarnya pulang. Dia orang memang tak pernah faham erti penat.
Bahu diangkat lantas dia menuju ke dalam bilik. Hanis terbaring sekejap di atas katil. Matanya terpejam. Penat melayan kerenah Lyna dan Raysha tadi. Carla sahaja yang banyak mendiamkan diri.
Mata dicelik. Tiba-tiba matanya terpandang sehelai kertas atas meja solek. Pantas dia bangkit lalu kertas itu dicapai. Jangan cakap Eafy dan Hannah lari rumah pula. Meroyan tak tentu pasal Hanis nanti.
Wear your dress, honey.
Hanis angkat kening sambil senyum senget. Mesti ada sesuatu kejutan untuknya. Senang sahaja dia dapat menangkap tujuan tiga gadis itu membawanya keluar. Patutlah bila ditanya asyik mengelak sahaja.
Pintu bilik ditutup lantas tuala dicapai. Masa untuk manjakan badan dengan air sejuk agar segar. Melekit badannya mengikut Lyna tadi. Keluar masuk kedai semata-mata ingin membeli barangnya.
Dress biru lembut itu disarung pada badan. Tersenyum suka Hanis saat melihat dirinya di pantulan cermin. Boleh tak kalau dia nak puji yang dia cantik? Tak salahkan angkat bakul sendiri bila berseorangan? Hanis tersengih tak bersalah sebelum menyanggul rambutnya.
Lipstick berwarna pink dicapai dan dipakai di bibir munggilnya. Bedak safi dipakai pantas blushers juga ditepek ke pipi. Kemudian, Hanis termenung sekejap sebelum rambut lurusnya dilepaskan. Keluhan terlepas. Dia mana reti nak dandan rambut semua ni.
Tiba-tiba pintu biliknya terbuka. Terangkat kedua belah kening Hanis saat melihat Lyna yang sudah selamat masuk ke dalam biliknya. Gadis itu cuma tersengih sebelum mendandan rambut Hanis.
"Tadi kau pergi mana?"
"Adalah. Kau tak boleh tahu."
Hanis mencebik. Sekejap dia rasa Lyna sengaja menarik rambutnya. Dia apa lagi, terus jeling lah.
"Dah siap. Nah!"

Hanis melihat dirinya di pantulan cermin. Senyumannya tadi makin melebar. Aduh. Kenapa dia cantik sangat eh malam ni? Rasa geram pula dengan diri sendiri kerana terlalu cantik. Haih.
Lyna menyerahkan botol kecil yang mengandungi beberapa helaian kertas kecil yang telah digulung. Hanis menyambut dengan baik.
"Nak turun bawah nanti guna tangga." Sempat dititipkan pesanan untuk Hanis sebelum dia beredar. Hampir jatuh rahang Hanis dibuatnya. Selamba gila masuk lepastu keluar macam bilik sendiri.
Botol kecil itu dipandang. Satu helai kertas kecil yang sudah digulung diambil. Pantas dia membuka. Sejurus itu, senyuman terukir di bibir merahnya.
Apa yang dia perhatikan, kertas di dalam botol ini mengandungi lima helai yang siap dilipat. Setiap kertas sudah tertulis nombor giliran untuk membuka. Tidak boleh buka sesuka hati.
Jadi setiap destinasi yang hendak dia pergi perlu mengambil satu gulung kertas dan membaca. Apa yang ditulis dalamnya ialah kata kunci untuk melangkah ke destinasi yang seterusnya.
Your trauma room. Harap kau faham.
Berkerut dahi Hanis membaca. Bilik trauma? Maksudnya, bilik yang telah meninggalkan kenangan pahit dalam hidupnya. Bilik apa tu?
Lama Hanis berfikir sebelum dia mendapat jawapan.
Bilik seksaan. Ya dia pasti.
Pantas dia bangun dan berjalan menuju ke tangga. Dia masih ingat pesan Lyna untuk menggunakan tangga. Sesaat kemudian, dia menekup mulut. Tangga yang tadinya kosong kini ditaburkan dengan bunga rose. Kenapa suami dia ni sweet sangat ni!
Hanis berjalan sambil tersenyum. Bilik seksaan di bawah tanah dituju menggunakan tangga kecil. Tangga untuk ke ruang bawah tanah agak tersorok dan sunyi. Nasiblah bunga rose dan lilin menemaninya. Tak adalah dia rasa ketakutan untuk terus melangkah.
Sampai sahaja di bilik seksaan, untuk kali kedua Hanis tergamam. Tubir matanya berair tanda dia terharu. Dia memandang lantai yang masih berterabur dengan bunga rose dan membentuk ayat.
'Happy Birthday Honey.'
Sumpah dia langsung tak ingat hari ini ialah hari ulang tahunnya. Sibuk sangat menguruskan hal Eafy dan Hannah sehingga tarikh hari ini pun dia tak tahu. Hanis melangkah masuk ke dalam dan mengambil sehelai kertas di antara perkataan 'Honey' yang berada di lantai. Satu senyuman kecil terukir.
Kertas yang berisi dakwat hitam itu dibaca.
You may fall from the sky, you may fall from a tree, but the best way to fall... is in love with me. I love you honey. You know what? The most meaningful gift in my life is to have you as my wife. I'm so happy!
Happy Birthday Honey. Semoga menjadi isteri yang patuh pada suami, menjadi ibu yang baik kepada anak-anak kita. Jangan berhenti cintakan aku. Ingat sayang, kepercayaan dan kesetiaan paling penting dalam sesebuah rumah tangga. I love you.
Hanis mengelap cecair jernih yang membasahi pipi. Rasa terharu pula dengan ucapan Eafy. Mahu sahaja dia memeluk lelaki itu sekarang juga tapi dia masih tidak nampak batang hidung lelaki itu.
Botol kecil dibuka penutup. Lantas kertas kedua dicapai sebelum dibaca kata kunci seterusnya.
Perjumpaan setiap ahli catch.
Senang aje. Sudah tentulah meeting room!
Langkah kaki dibawa ke bilik mesyuarat. Daun pintu ditolak perlahan sebelum dahinya berkerut. Tak lama kemudian, matanya ternampak tiga tangkai rose berwarna merah yang berada di tengah-tengah meja. Hanis tersenyum kecil.
Dia mula mendekat lalu mengambil satu kad kecil yang terselit di sebalik tiga tangkai bunga mawar itu.
Kau tahu maksudnya? Tahu kenapa aku bagi kau bunga rose merah? Tahu kenapa hanya tiga tangkai?
Hanis angkat kening apabila itu sahaja yang dinyatakan ke atas kertas. Dia membelek bunga rose tersebut sebelum terjumpa satu lagi kad kecil. Matanya ralit membaca setiap isi yang terkandung.
Sebab rose merah melambangkan keikhlasan dan keberanian untuk tempuhi segala halangan. Aku nak kita sama-sama hadap masalah rumah tangga. Dan tiga kuntum bunga itu bermaksud I love you. Hanya Hanis binti Hisyam yang tersemat dalam hati.
Mulut Hanis sudah tercebik-cebik menahan perasaan terharu. Dia memandang sekeliling dengan mata yang sudah berkaca. Nak Eafy! Nak peluk Eafy!
"Eafy! Keluarlah... Nak peluk..." Ujarnya perlahan sebelum mengambil tiga kuntum bunga rose tersebut. Dengan terpaksa, dia mengambil gulungan kertas ketiga daripada botol kecil itu.
Horror story.
Huh? Cerita hantu? Dahi digaru seketika. Pening betullah dengan kata kunci Eafy ni. Apa kata terus bagi lokasi sebenar sahaja. Dia dah tak sabar nak jumpa lelaki itu. Nak peluk, nak cium, nak muah banyak-banyak sampai lelaki tu rimas. Siapa suruh buat dia terharu hingga menitiskan air mata?
Hmm.
Mungkin ruang tamu? Tempat menonton televisyen?
Hanis tersenyum nipis dan mengorak langkah. Harap-haraplah Eafy berada di sana.
Bahunya jatuh. Hampa harapan ingin melihat Eafy berdiri di tengah ruang tamu. Yang ada hanyalah patung beruang sebesar manusia. Dahlah besar, gemuk pulak tu! Ish geram betul!
Tetapi senyuman kembali terlakar di bibir. Pantas sahaja beruang besar itu didapati. Tak tahan, terus dicabul segenap pelusuk tubuh tuddy bear itu. Ah! Geram betul kalau lebat-lebat ni!
Mata Hanis dilarikan ke sekeliling. Cuba mencari helaian kertas sambil sebelah tangan memeluk beruang besar berwarna coklat gelap itu.
"Takde pun..." Bibir dimuncungkan. Mana?
Teddy bear di dalam pelukan dipandang. Matanya mengecil apabila bertentangan dengan mata biru patung tersebut. Hanis berdesis. Ingat mata dia cantik ke ha? Mata aku lagi lawalah. Fliphair satu kali.
"Kau curi eh?" Patung beruang besar itu diletakkan ke bawah dengan keadaan terduduk. Tiba-tiba matanya terpandang poket kecil milik patung itu. Hanis tersengih suka. I got it baby!
"Aku dah agak kau curi." Tangan diseluk masuk.
I hope you like it, sayang. I love you.
Walaupun pendek, tetap buatkan Hanis tersenyum seorang diri. Pipinya sudah berona merah. Hari ini sahaja, sudah berapa kali entah Eafy menulis ayat tersebut. Ni kalau keluar dari mulut dia sendiri, memang set potong kaki lah nanti.
"I love you too, sweetheart."
Omg, manisnya Hanis malam ni!
Gulungan kertas ke empat ditarik keluar. Isi di dalam helaian kertas kecil itu dibaca. Hmmm.
Final destination?
Eafy ni karut apa memalam macam ni. Ingat movie ke nak tulis final destination bagai?
Nasib sayang.
Tak tunggu lama, Hanis naik ke tingkat dua kembali. Bilik Eafy dituju dengan perasaan teruja. Ah! Dari tadi lagi dia mahu peluk tubuh suaminya itu. Siapa suruh buat dia jadi minah jiwang malam-malam macam ni? Menitis air mata sebab terharu tahap cipanzi.
Nasib tak nyanyi lagu dimatamu Sufian Suhaimi. Nanti jadi benda lain, kimak kamu terus. Tak ke naya?
Tombol pintu bilik dipulas. Perlahan-lahan Hanis melangkah masuk ke dalam bilik serba sempurna itu. Amboilah suami aku ni. Sempat pulak dia nak berkemas bilik tidur mereka ni? Entah-entah ahli Catch yang tolong kemaskan.
Maklumlah, ragu-ragu juga nak percaya Eafy yang buat semua ni seorang diri. Otak mereng macam tu boleh ke buat kerja? Dia tahu membunuh je. Dasar goblok.
Nasib sayang!
Eafy! Nak peluk! Come to me baby!
"Eafy?" Lembut suara Hanis memanggil nama itu. Bau wangian Lavender bercampur rose menghujani setiap ruangan bilik mereka. Senyuman diukir lebar.
Macam baru lepas kahwin pulak!
"Eafy? Where are you?"
Menggeleng kepala Hanis apabila dia tersedar ruang bilik itu malap tanpa sebarang cahaya. Cuma lampu tidur sahaja yang dibuka. Dan dia baru perasan, pintu balkoni terbuka luas. Membiarkan angin malam memasuki ruang bilik mereka.
Suasana romantik apa yang Eafy cuba lakukan?
Wahai suami, munculkanlah diri anda.
"Eafy? Abang? Sayang? Baby?" Panggil Hanis lagi. Masih tidak berputus asa. Terus dia duduk di atas katil dengan selamba. Walaupun dia tahu, katil tersebut sudah dihias cantik-cantik.
Bukan Hanislah kalau tak cacatkan suasana.
"Honey..."
T B C
Apa aku buat ni?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top