45 | Kahwin

Sesungguhnya, bab ni adalah bab yang terakhir aku update sebelum aku update serentak dengan ending. Faham kan? Kalau tak faham kau baca lah banyak kali sampai kau faham sendiri.

Memandangkan Joe takde partner, aku nak dating dengan dia k babai.

*****

SENYUMAN manis terlekat elok di bibir dua sejoli itu. Selepas sahaja mereka akad nikah, esoknya sudah membuat majlis persandingan di sebuah hotel private yang tidak ramai orang tahu. Orang ramai yang hadir pun datang dari kenalan mereka dan juga kenalan Raysara. Eafy dan ahli Catch langsung tidak hiraukan gelaran pembunuh upahan. Kerana tiada seorang pun tahu siapa muka-muka disebalik mask yang dipakai oleh Catch. Jadi, tiada yang tahu wajah mereka.

Hanis merangkul kemas lengan Eafy. Senyuman bahagia tercalit di wajahnya. Siapa sangka, lelaki di sebelahnya ini sudah menjadi suaminya. Daripada kawan, bertukar kepada musuh dan akhirnya menjadi suami seorang Hanis dan menjadi bapa kepada Hannah. Sungguh dia bersyukur.

"Aku tahu aku kacak, nanti boleh sambung tengok. Sekarang ni pandang depan, jalan. Karang tersadung aku tak nak tolong." Ujar Eafy sarkastik. Terus Hanis menjeling tajam. Eleh siapa entah nak tengok dia.

Kata-kata Eafy tidak dibalas. Pantas Hanis menghadiahkan senyuman manis kepada tetamu yang hadir. Tidak lupa silauan dari kamera buatkan matanya mengecil. Haih hodohlah aku nanti.

Tetap digagahkan mata mengerling sekeliling. Hari ni dia jadi ratu sehari. Setiap moment indah yang berlaku hari ini akan disimpan kemas dalam kotak memori. Cukuplah dia terkena amnesia dahulu. Itu pun sudah menyeksakannya untuk mengingati orang tersayang. Perit sungguh rasanya.

"Hati-hati Honey..."

Eh? Tak perasan sungguh Hanis saat kakinya sudah mula memijak tangga untuk naik ke atas pentas. Berangan punya berangan sampai tak sedar diri tu sudah sampai ke atas pelamin. Dia melabuhkan duduk bersebelahan dengan Eafy.

Takkanlah nak duduk atas peha kan? Gatal!

Raysara naik ke atas pelamin diikuti Ariel di belakang. Wajah tersenyum anak lelakinya ditatap tajam. Eafy terus meneguk liur kelat. Garangnya mama.

Saat Raysara memeluk Eafy, sempat dia berpesan.

"Jaga Hanis. Kalau mama tahu Fy buat perangai dulu... mama cubit-cubit Fy sampai lebam." Lantas lengan anaknya dicubit geram. Muka Eafy berkerut.

Cubitan mama memang padu bakhang!

"Hanis? Welcome to our family. Jangan segan-segan, Hanis dah boleh panggil aunty dengan panggilan mama." Raysara tersenyum lantas didakap tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Dia faham apa yang pernah dirasai oleh Hanis semasa Eafy masih jahil. Itu semua pernah terjadi pada hidupnya dahulu.

"Baik, mama." Hanis balas senyuman itu.

"Congrats bro!" Nak tergelak Hanis melihat keakhraban bapa mertuanya dengan suaminya. Haih. Hanis geleng perlahan. Eafy suami dia? Rasa macam semua ni mimpi pula. Selepas apa yang telah terjadi, dia dan Eafy tetap bersatu.

Ariel menepuk belakang badan Eafy. Mereka berdua memang rapat. Mata anak itu direnung. "Jadi suami yang baik. Jaga hati isteri. No cheating okay." Sempat Ariel berpesan sebelum tergelak bersama Eafy.

"Bini Fy dah cantik lah pa, nak curang apa lagi." Sempat wajah sisi Hanis yang sedang menunduk dipandang sekilas. Eleh macam dia tak tahu pula gadis itu mencuri dengar perbualan mereka.

"Iyalah. Papa percaya kamu." Terus Ariel turun daripada pelamin dan menuju ke arah Raysara. Mereka kembali mengisi perut dengan santapan enak pada hari majlis perkahwinan anak mereka. Haih. Tak sangka masing-masing sudah membesar.

Eafy dan Hanis berpandangan. Entah kenapa Hanis rasa lain macam bila pandang lelaki itu. Mungkin kerana Eafy sudah sah menjadi suaminya? Dan Eafy, menatap redup wajah lembut Hanis. Tak dapat dinafikan Hanis sangat cantik hari ini. Mukanya berseri-seri. Tangan kecil itu dicapai lalu digenggam.

"Amboi. Nak sweet pun nanti lah. Kita orang ni still single tahu tak. Kan Shakir?" Lyna memandang Shakir dan dibuat muka sedih. Minta simpati sikit.

"Lah... bukan kau, aku punya ke?"

Hampir tersedak air liur Lyna mendengar. Mata dijegil ke arah Shakir yang sudah tersengih kambing. Memang tak boleh berlakon betul lah mamat ni! Lyna menjeling tajam. Nak merajuk lima jam dengan Shakir.

Shakir menggosok tengkuknya. Jelingan maut Lyna tepat diberikan padanya. Dada disentuh perlahan.

  "Auch. Tajam."

  "Hmm. Nampaknya tak lama lagi bertambah lah menantu mama." Kata Eafy dan saling berpandangan dengan adiknya, Lyna. Eafy tersenyum penuh makna pada Shakir yang berdiri di sisinya. Wajah Lyna sudah membahang menahan malu.

  Rasa menyesal pula kacau daun tadi. Alih-alih dia pula yang jadi perhatian mereka bertiga. Tak guna.

  "Apa salahnya kan?"

  Pfftt! Tak malu punya Shakir. Gumam Lyna perlahan.

  Eafy dan Hanis pula berpandangan, lama mereka berkeadaan begitu sebelum seseorang berdehem sekaligus mengalihkan pandangan dua sejoli itu.

  Wajah yang berada di hadapan dilirik sekejap.

Dan mata Hanis terus membulat.

*****

   "MAAFKAN aku, Hanis. Aku khilaf, aku jahil, aku bodoh dulu sebab bertindak tanpa fikir kesan. Aku hilang kawalan masa tu, bukan aku yang sengaja. Tolong Hanis, maafkan kesalahan aku. Aku menyesal sangat-sangat. Maafkan aku..." Syaf masih mencuba. Walaupun wajah Hanis masih beku tanpa secalit senyuman.

  Tangan Hanis yang berada dalam genggaman Syaf ditarik perlahan. Tak kasar dan tak lembut, sekadar mahu Syaf faham situasinya sekarang. Bukan mudah untuk dia maafkan dan lupakan semuanya.

  "Hanis..." Air mata Syaf sejak tadi mengalir deras. Dia tak sanggup kehilangan satu-satunya sepupu perempuan yang dia ada. Hanis adalah Hanis. Kebahagiaan Hanis adalah kebahagiaannya juga. Namun, mengapa di hari bahagia Hanis, dia masih meratapi segalanya? Syaf menunduk. Kau yang buat semua ni jadi macam ni, jadi kau tanggunglah.

  "Aku boleh maafkan kau. Tapi untuk lupakan semua tu, aku tak mampu. Memori tu hanya hilang sekejap je. Selepas aku sembuh, semuanya kembali sedia kala." Hanis tersenyum nipis melihat wajah sugul Syaf.

  "Makanan kau Xander dah sediakan. Pergilah makan. Aku tahu perut kau kosong sebab tak jamah nasi." Hanis hanya meneka kerana muka Syaf kelihatan pucat. Perlahan sahaja gadis itu mengangguk dan berpusing ke belakang. Kemudian, Syaf mendekati Xander.

  Hanis hembus nafas perlahan. Dia berpaling ingin berlalu tetapi hidungnya terlanggar dada seseorang. Lantas Hanis mencelikkan matanya. Ini kalau Eafy tahu, mesti cemburu buta lelaki itu dibuatnya.

  Tetapi saat matanya bersambung dengan iris hitam itu, terus wajah takut berubah menjadi senyuman paling manis. Tambahan, makin gatal tangannya naik memegang baju sisi lelaki itu. Hanis tersengih.

"Kenapa Syaf nangis?"

  Hanis mencebik. "Biarlah dia." Terus Hanis menarik tangan Eafy supaya bergerak ke arah pelamin kembali. Orang kata duduk dekat situ diam-diam, sibuk pula merayau cari dia. Cubit nanti kang.

  Eafy tanpa bantahan hanya mengikuti sahaja. Dia melabuhkan duduk di atas pelamin semula. Tiba-tiba kesemua ahli Catch berdiri di samping mereka. Di bawah pula kelihatan seorang cameraman yang sudah bersedia untuk menangkap detik indah ini.

  Hanis cuma melakar senyuman. Sempat tangannya mencapai lengan Eafy sebelum dipeluk erat. Gaya kedua pula memejamkan mata sambil sisi kepala disandarkan pada bahu Eafy. Bibirnya tak lekang daripada menggariskan senyuman bahagia.

  "Eleh! Nak sweet-sweet pula. Aku pun ada." Raysha mengecilkan mata dan mendekati Alden. Lengan lelaki itu dipeluk mesra. Alden cuma biarkan sahaja.

  Lyna dan Shakir berpandangan sambil tahan tawa. Ahli Catch yang lain sudah mencebik menyampah. Amir dan Emir memandang antara satu sama lain. Senyuman penuh makna terukir di bibir kembar itu.

  "Aku ada Amir!"

  "Aku ada Emir!"

  Mereka berpelukan. Carla buat memek muka geli. Lantas dia mendekati Shakir yang berada di sebelah Eafy.

  "Aku ada Shakir. Kan Shakir kan?"

  Ah sudah.

  "Shakir aku punya lah!"


*****

   DAGU digosok perlahan sambil mata tak lepas memerhati tindak-tanduk pasangan raja sehari itu. Keluhan berat terlepas di bibir lelaki itu. Sisi kepala dipicit supaya dapat menghilangkan sakit kepala. Pergaduhan kecil antara pengantin perempuan dan pengantin lelaki sungguh buat dia menyesal kerana menjadi sukarelawan untuk tugasan kali ini.

  "Peluk aku lah! Apa susah sangat nak peluk ni?" Berkerut dahi Eafy apabila Hanis semakin menjauh. Eh orang nak buat sesi penggambaran, dia boleh pula buat perangai budak-budak tu. Pening kepala dibuatnya.

  "Tak nak! Nanti kau gatal. Kau kan pervert!"

  "Aku pervert dengan kau je! Eh sinilah!" Tangan Hanis ditarik supaya mendekati. Geram pula apabila mereka menjadi penonton sesetengah tetamu. Ada yang tergelak dan ada yang mencebik. Tahu sangatlah yang tak suka itu pasti tiada pasangan. Forever alone.

  Lelaki yang memegang camera sudah berpeluk tubuh. Dari tadi dia hanya memerhati sahaja perbalahan itu.

  "Kau lebih-lebih, aku jerit." Hanis memberi amaran. Eafy cuma angkat bahu dan bersahaja. Dia tak janji dia akan duduk diam kalau rapat dengan Hanis. Jadi, untuk tidak mengeruhkan keadaan, cuma dikunci mulut.

  Dengan terpaksa Hanis memeluk leher suaminya. Tajam matanya memanah Eafy yang sedang tersenyum. Perlahan tangan Eafy melingkar di pinggang Hanis. Dia menggosok kejap pinggang Hanis. Melihat wanita itu yang seakan mengetap bibir, lantas sengihan dihadiahkan buat Hanis. Sentuh sikit je.

"One two smile!"

Eafy merapatkan lagi kedudukan. Dahi mereka bersentuhan. Dua-dua mengoyak senyuman manis. Mata mereka dipejam rapat. Hanis tahan rasa. Bapak dekat punya kedudukan mereka tika ini sehingga hembusan nafas Eafy terkena pada kulit wajahnya.

Click!

"Style two!"

Hanis dan Eafy mengangguk. Mereka sudah berbincang dengan cameraman tersebut gaya-gaya yang akan mereka buat. Masing-masing setuju.

Namun, sampai sahaja di gaya yang kelima, Hanis terdiam sekejap. Eafy pula sudah senyum nakal. Dia memang bangkang gaya kelima itu, tapi Eafy dan cameraman bersepakat dan akhirnya dia yang kalah. Terpaksa diturutkan sahaja. Katanya sekali seumur hidup. Ah dusta itu semua.

"I hate you." Gumamnya. Lantas tangan memeluk leher Eafy. Sebelah tangan memegang tengkuk lelaki itu. Perlahan kepala ditelengkan menghadap cameraman. Senyuman diukir manis. Hanis menelan liur kesat apabila Eafy sempat mengambil kesempatan.

"I love you too." Terus sahaja leher jinjang Hanis dicium sekejap.

Click!

Hanis berdongkol geram. Cameraman ni memang sebulu dengan Eafy ke apa? Boleh pula tangkap gambar waktu Eafy sedang mengambil kesempatan. Malulah! Sudahlah tetamu di bawah menjadi penonton.

"Done."

Pap!

"Jahat!"

Terus Hanis meninggalkan Eafy bersendirian di atas pelamin. Hah pergilah kahwin dengan cameraman! Pantas leher dipanjangkan mencari susuk tubuh Lyna. Walaupun dia sudah makan, dia tetap nak makan lagi. Suka hati akulah nak buat apa pun.

Dari jauh Eafy cuma senyum bahagia. Akhirnya, impian untuk memiliki gadis itu sudah tercapai. Sekarang, waktu untuk dia tebus semua kesalahan yang lepas. Dengan cara menjaga Hanis sehingga ke akhir nafasnya. Itu janji Eafy kepada diri sendiri.

Aku akan jaga kau, Hanis.


*****

T B C

Selamat bersemut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top