39 | Your Man
MATANYA masih tertunak pada lelaki yang selamba berlabuh duduk di sofa dalam bilik wadnya. Muka jelek ditayang terang-terangan. Siapa pula dia ni? Masuk tak bagi salam, menonong saja tengok telefon pintar di tangan kekar itu.
"Kau siapa?" Akhirnya terkeluar juga soalan yang ingin dia tanya. Kening automatik ternaik tinggi.
Eafy angkat muka. Cuba tahan rasa. Sesaat kemudian, senyuman senget terukir di bibir nipis itu. Dia bangun daripada duduk lantas berpeluk tubuh. Renungan lembut dihadiahkan buat gadis kesayangannya ini.
"Kau rasa?" Eafy cuba bermain tarik tali. Lucu pula bila Hanis membuat muka menyampah pakej dengan jelingan tajam yang acah manja tu. Kalau tak kerana gadis itu amnesia, tak fikir panjang terus dia akan bawa gadis ini akad nikah sekarang juga.
Tapi Eafy sedar. Dia cuma lelaki asing yang berada di hadapan Hanis.
"Manusia yang tak tahu malu sesat masuk wad orang, mungkin?" Hanis hadiahkan senyum sinis. Belakang badan disandarkan pada kepala katil sambil kedua belah tangan juga memeluk tubuh.
Eafy angguk dalam senyum.
"Salah. Tak nak teka lagi?"
Hanis mencebik. Entah siapa-siapa entah mamat yang berada dalam bilik wadnya ini. Tak cukup itu, disuruh pula meneka siapa lelaki itu. Ingat aku ni hadap sangat ke nak tahu dia siapa?
"Malas lah aku. Tak ada masa nak main teka-teki dengan stranger macam kau. Buang masa aku aje nak perah otak ingat kau siapa." Hanis capai air mineral yang terletak di meja kecil bersebelahan dengan katil. Diteguk rakus untuk menghilangkan dahaga yang bertandang.
"Aku..."
Hanis mendengus apabila Eafy sengaja jeda dan sekaligus menimbulkan persoalan di benak fikiran. Namun, mukanya hanya menunjukkan reaksi tidak kisah. Pandangannya kekal kosong seperti tadi.
"Your man," ujarnya sarkastik. Sebelah mata dikenyitkan pada Hanis. Gaya hendak menggoda zahir dan batin seorang Hanis sahaja.
Dup!
Jantungnya mengepam darah laju selaras dengan badannya yang bergetar kecil cuba mentafsir satu perasaan aneh yang mula singgah. Pandangan masih tertancap kekal pada mata hitam milik lelaki itu.
Kepala yang berbalut dengan objek berwarna putih dipegang sejenak. Kepalanya makin berpinar-pinar sehingga keningnya berkerut.
"Honey?"
Hanis berkerut. Honey?
"Kau okay tak?" Lembut kedua belah bahunya seakan disentuh dengan tangan kekar seseorang. Pantas Hanis gagahkan diri untuk menepis tangan itu dengan kasar. Sebelah tangan masih di kepala, memicit perlahan bahagian kepala yang berdenyut-denyut.
Anggukan dibalas sebagai jawapan. Okaylah sangat kalau keadaan dia dah jadi macam ni. Seakan otaknya didesak untuk mengingati memori di masa lampau. Tapi satu habuk pun dia tak jumpa.
"Nak aku panggil doktor?" Eafy mula cemas. Dia sudah duduk di sisi katil Hanis dengan tangan kanan yang memegang lembut bahu kanan Hanis. Walaupun berkali sudah ditepis, dia tetap masih berdegil.
"No need," nafas dihela kasar. "Aku okay lagi. Kau pergi balik jelah. Pandai-pandailah aku handle rasa pening ni." Sebelah tangan sudah menolak Eafy supaya menjauh. Lelaki itu hanya turuti, namun masih teguh berdiri di dalam bilik wadnya.
Dia tak rasa nak balik.
Dia tak puas tatap wajah ini.
Hanis hela nafas. Pening kepala sudah beransur hilang apabila keadaan sunyi sepi. Eafy cuma pandang Hanis bersama-sama jari yang diramas sesama sendiri. Susah hati dibuatnya lihat Hanis yang seolah sedang lawan kesakitan.
"Huh," terdengar keluhan kecil itu, Eafy kembali mendekat. Dia duduk di kerusi yang berada di sisi katil. Matanya tepat merenung muka pucat lesi itu yang tidak bermaya.
Saat mata mereka bersatu, Eafy sempat hadiahkan senyuman manis bak madu sebelum cepat-cepat Hanis melarikan pandangan ke tempat lain. Eafy tawa kecil. Malu lah tu.
"Pergi baliklah!"
"Kalau aku tak nak?"
Hanis memuncung. Sakit hati betul kalau berdebat dengan lelaki sakit otak ini. Macam nak tembus akal dia nak balas semua ayat-ayat Eafy.
"Lantak kaulah." Hanis berbaring semula melihat siling kosong. Lantas mata dipejam dan selimut ditarik menutupi semua tubuhnya. Malas nak hadap manusia yang tak kenal langsung erti berputus asa.
"Kau nak tidur dah ke?"
Mata Eafy jatuh sekaligus dengan bahunya. Diperhati sahaja gadis yang sedang berbungkus dengan selimut ini bersama perasaan yang sedang bercampur-aduk. Tanpa sedar, keluhan dilepaskan perlahan.
"Tak nak buat sesi ice breaking ke?" Keningnya ternaik automatik saat melunturkan soalan yang berbaur ajakan.
"Tak nak,"
Eafy senyum nipis. Ditarik hidung perlahan cuba menghilangkan rasa seronok yang mengalir. Sekurang-kurangnya Hanis tak sekejam itu untuk mengabaikan semua soalan dia. Walaupun jawapan yang diterima itu agak kejam dan menyakitkan hati.
"Nak tanya boleh?"
Hanis senyap. Dalam hati sudah menyumpah seranah lelaki ini. Dia tak ada rumah ke sampai duduk terperap dekat wad ni macam mereka pasangan suami isteri? Tak malu?
"Kau ingat aku lagi tak?"
Selimut ditarik makin atas. Dengusan kecil mula kedengaran. Kalau boleh lari dari manusia ni, sudah lama dia lakukan dari awal. Walaupun terpaksa redah celah lorong gelap pun dia akan paksa diri asalkan lelaki ni tak boleh jumpa dia. Buat serabut aje.
Awal-awal dia sudah tanya lelaki itu siapa. Inikan pula hendak ingat wajah itu. Memang jawapannya tidaklah. Lagi mahu tanya. Sakit hati dibuatnya. Soalan tak ada lagi bijak ke encik yang tidak dikenali?
"Soalan tak ada lagi bijak ke?"
"Eh? Nak bijak lagi ke?"
Hanis cuma diam sambil julingkan matanya ke atas tanda meluat. Pegangan selimut dikemaskan kembali. Makin lama makin menyampah hadap lelaki ini.
Eafy senyum senget.
"Okay. Jom buat sesi ice breaking." Ajak Eafy dan membetulkan duduk. Selimut yang membaluti tubuh kecil itu ditarik sehingga menampakkan wajah masam mencuka milik Hanis. Senyuman cuba disembunyikan.
"Kau ni! Pergi berambuslah! Kacau betul, aku baru nak lelap tadi." Dia mendengus. Mahu tak mahu dia bangkit juga daripada baring. Kemudian, belakang tubuh kembali disandarkan pada kepala katil. Jelas dada Hanis turun naik mengawal perasaan sakit hati.
"Kau tahu kan kau amnesia?"
Lambat-lambat Hanis angguk. Dia tahu, doktor sudah memaklumkan perkara ini selepas dia sedar dari koma yang berpanjangan. Mula-mula memang susah nak telan semua ni, tapi dia tak punya pilihan selain berserah kepada takdir.
"Doktor ada cakap pasal aku?"
Hanis diam sejenak. Dipandang wajah itu sekilas. "Ada, dia cakap nama kau Eafy. Salah seorang daripada kenalan rapat aku." Terasa lidahnya kejung apabila hendak menuturkan sebaris ayat terakhir itu. Macam mana dia boleh rapat dengan lelaki sewel macam ni?
Eafy angguk. Puas hati.
"So... Mula dengan kau," ujar Eafy.
"Apahal pula aku dulu?" Hanis tampak seperti tidak berpuas hati. Eafy yang mahu mulakan ice breaking, jadi dialah yang perlu mulakan sesi kenal-kenal dahulu.
"Entah." Bahu dijungkit dengan riak muka tak bersalah. Selamba sambil sesekali dicapai air tin perisa susu coklat laly diteguk rakus.
"Okay macam ni. Aku tanya, kau jawab. Turn aku pula, kau tanya dan aku jawab. Deal?" Kening ternaik tinggi. Diperhati wajah yang jelas menunjukkan riak kurang senang. Sungguh muka inilah yang selalu dia mimpikan tiap malam.
Hanis pejam mata. Sesaat kemudian, kepalanya jatuh. Mengangguk bersama mulut yang terkunci. Malas mahu layan lelaki ini sebenarnya.
"Nama penuh kau?"
"Hanis binti Hisyam."
"Umur?"
"Doktor cakap, aku dah 22 tahun."
Eafy angguk. Betullah. Gadis di hadapannya masih muda menawan. Dia pula tua dua tahun daripada Hanis. Atau lebih tepat, umurnya sudah jejak ke angka 24 tahun.
"Apa benda last yang kau ingat?"
Hanis pandang muka Eafy dengan pandangan kosong. Wajah ditundukkan kembali sebelum jari-jemari itu dimainkan.
"Aku lost. Semua jadi samar-samar." Jujurnya dan pandangan terpaut ke atas, merenung siling kosong yang hampir sama dengan dirinya. Kosong. Tak tahu arah tuju mana yang dia patut pergi lepas ini.
"Kau ingat siapa je?"
"Uncle Zamrul, Syaf."
Eafy telan liur. Adumak. Dia pergi ingat polis tu pulak. Masalah betul!
"Aku?"
Geleng.
"Langsung tak ingat?"
Masih geleng.
"Kau penting ke dalam hidup aku?" Senyuman sinis terlukis di bibir Hanis. Tangannya masih berpeluk tubuh yang tersarung dengan baju hospital. Puas betul dia dapat sentapkan manusia tak sedar diri ni. Habis ternganga kecil mulut itu saat dia menuturkan sebaris soalan yang cukup buatkan orang depan terdiam.
Eafy senyum. Pahit.
"Tak penting?" Suaranya bergetar. Menahan gelodak jiwa yang merembeskan perasaan terkilan. Kepalanya tertunduk ke bawah.
Hanis diam tak membalas.
Eafy bangkit. Diam tanda ya.
"Okay then," kaki sudah terpacak tegak di sisi katil Hanis. Dia tundukkan pandangan melihat Hanis dengan jarak begini. Senyuman hamar terukir kemas di bibir. Tangan diangkat. Tak semena-mena rambut lurus itu diusap lembut.
Aku rindu kau.
"Aku balik dulu. Ada masa, kita jumpa." Nafas ditarik perlahan. Kalau boleh, dia nak berlama di sini. Kalaau boleh juga, dia hendak bermalam di sini. Namun, semuanya hanya terkubur dalam dasar hati. Perasaan terkilan masih menguasai diri.
Eafy mula berpaling ke belakang. Hendak meninggalkan kawasan yang mula hening.
"I wish I could turn back time. Selamatkan kau dari semua bala. Ajak kahwin lebih awal, to protect you and Hannah always. Kalau aku jumpa orang yang buat kau macam ni, mampus dia aku kerjakan."
Setelah meninggalkan tanda tanya pada benak fikiran Hanis, terus dia melangkah keluar daripada bilik wad itu dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.
"Hannah?"
Kening digaru. Setiap patah perkataan yang lancar keluar daripada mulut Eafy dihadam kembali.
"Siapa Hannah?"
Dan...
"Punca aku amnesia sebab manusia yang tak bertanggungjawab buat aku macam ni? Tapi...siapa?"
Keningnya bertaut. Serius.
*****
STERENG kereta dihentak kuat. Sempat dikerling langit malam, takut-takut dia tersalah waktu. Dia betul. Sekarang sudah malam. Atau lebih tepat, jam sudah menginjak ke angka dua pagi. Pandangan kembali terhala tepat ke arah pasangan yang sedang berpeluk sakan di kawasan lorong gelap. Dengusan kasar terlepas.
What the heck? Pandangan apa pula yang dia terima kali ini?
"Perempuan tak guna!" Omelnya geram sekali stereng yang kembali dihentak sehingga menghasilkan bunyi dentuman. Urat mula timbul di kekura tangannya.
Xander keluar daripada perut kereta.
Kali ini, dia tak dapat kawal emosi. Setahun dia cuba lupakan gadis ini, setahun juga dia tutup hati ini untuk mana-mana gadis, tapi ini yang dia dapat? Gadis itu berfoya-foya, bercumbuan sana-sini bersama seorang lelaki yang dia tidak kenali.
Itu semua sudah melampaui had. Gadis itu tak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke dalam kelab malam. Tambahan pula, dahulu pakaiannya sungguh sopan walaupun rambut masih terdedah. Namun apa yang dia lihat kini sungguh berbeza penampilannya dengan dahulu.
Rambut diwarnakan warna ungu hitam. Dress singkat ketat yang membaluti tubuh ramping itu langsung tidak menarik keselesaan gadis itu. Selamba sahaja berjalan sana ke mari dengan baju itu.
Langkah diatur merapat. Sehingga kakinya sudah menjejak ke jalan tar yang tidak jauh daripada pasangan terhormat itu. Xander senyum sinis.
"Patutlah kau tinggalkan aku."
Tersentak. Terkedu.
"Dah pasang spare rupanya." Hidung yang berasa gatal ditonyoh. Mata yang hendak basah dikerdipkan berkali-kali. Bodoh sangat nak nangis depan perempuan ni kenapa Xander? Kau kuat kan?
"Xander..."
"Aku tak percaya kau macam ni, Syaf." Gelengan kecil mula terhasil. Muka diriak seakan tidak percaya.
Joe yang melihat hanya diam. Jadi, inilah Xander yang diceritakan oleh Syaf tempoh hari? Joe senyum senget. Penampilan Xander dipandang atas bawah. Bibir yang basah segera dilap. Tak adalah smart mana pun.
"So. Kau lah Xander?"
Perbualan antara Xander dan Syaf yang dikira terluah dari hati ke hati itu pantas diganggu oleh suara yang ketiga. Mereka berdua berpaling ke arah Joe yang tertunduk.
"Right?"
"Hmm,"
Joe senyum sinis. Dia melangkah ke arah Xander sambil tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Meninggalkan Syaf yang terkulat-kulat di belakang.
Sampai sahaja di hadapan Xander, mulut didekatkan ke cuping telinga lelaki itu.
"Syaf dulu cuma memori lama dalam hidup kau. Now, Syaf yang kau nampak dah jadi milik aku. Sorry to say bro. She's already mine."
Bahu Xander ditepuk tiga kali.
"Kau dah boleh blah. Kacau daun je."
Xander ketap bibir.
*****
T B C
Joe ke Xander ?
Aku sorang je ke yang rasa Syaf ni macam watak utama?
And
Hanis dah sedar. Yeah!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top