35 | Lamaran

PANTULAN cermin dipandang gugup. Mata dipejam sesaat sebelum dibuka kembali dengan satu azam baru. Tuxedo diperkemaskan dan rambut dilurutkan cantik.

"Hanis, jom kahwin?" gumam Eafy sambil menghadap cermin. Dia berkerut seketika sebelum menepuk dahi. Macam kelakar aje kalau cakap macam itu. Tak manis langsung.

Eafy berdehem. "Hanis, kau cantik hari ni. Macam bidadari dunia yang dah mengaburi mata aku hahaha jap. Apasal macam terlebih gula ni?" tukasnya lagi. Dahi digaru perlahan. Dia tiada ayat yang sesuai untuk melamar gadis itu. Inilah padahnya membuat kerja last minute.

Jam dikerling sejenak. Ada lagi 30 minit sebelum dia keluar bersama Hanis dan Hannah. Sengaja dia bersiap awal supaya boleh mengolah ayat yang sesuai. Macam sekarang, belum berhadapan dengan Hanis lagi sudah terasa gugup yang menyelinap ke seluruh tubuhnya. Memang hebat betul panahan cinta Hanis ni.

"Hanis. Aku tahu aku salah sebab tak nampak cinta kau dulu, aku permainkan cinta kau, aku buat dekat kau macam-macam, dan paling teruk, aku hancurkan hidup kau dengan cara rampas mahkota milik kau. Aku khilaf, Hanis. Sumpah masa tu aku tak fikir apa dah. Yang aku tahu, aku tak nak kau pergi dari hidup aku. Hahaha kau ni nak buat karangan ke apa, Eafy? Aku penatlah dengan diri sendiri!" Mulutnya memuncung ke depan. Dia betul-betul kekeringan idea. Tak gunalah! Masa ni jugalah sel-sel otak tak berhubung. Cuba membantu tuan badan sendiri apa salahnya.

Kotak baldu dikeluarkan. Dengan muka masam, dia melihat wajahnya sendiri pada pantulan cermin itu.

"Senang cerita macam ni ajelah,"

Dia berdehem.

"Bersaksikan bulan dan bintang, pantai yang terbentang, dan juga anak kita, Hannah Lea..."

Kotak baldu dibuka.

"Sudikah kau jadi permaisuri hidup aku? Jadi ibu kepada anak-anak kita? Dan jadi isteri yang boleh menghilangkan lelah aku? Will you marry me, Hanis?"

Senyuman manis terukir.

"Ah, kira bolehlah tu. Cun juga ayat aku tadi. Tak manis, tak masin." Eafy senyum bangga seraya mendabik dada. Dia mengerling jam sebelum wajahnya ditilik kali terakhir di hadapan cermin. "Thanks cermin sebab teman aku. Walaupun kau memang tak membantu langsung." omelnya perlahan. Kasut disarung ke kaki dan dihentak beberapa kali menghilangkan debu.

Nafas ditarik dalam. Dada ditepuk.

"Good luck, dearself."

*****

HANIS cuma mengikuti langkah perlahan Eafy. Dia sendiri tidak tahu hala tuju mereka pada masa ini, yang Hanis tahu adalah dia kelaparan. Hannah senanglah, dia menyusu badan sahaja. Seketika, dia menjulingkan matanya menyampah. Bila ditanya, jawapan lelaki itu tetap sama. Iaitu, rahsia, rahsia dan tetap rahsia. Terus berputus asa mahu ditanya lagi soalan sama.

Sambil mendukung si kecil, mata diliar ke sekeliling. Dahinya berlapis. Apa yang mereka buat di tepi pantai pada waktu malam begini? Sudah gilakah seorang Eafy Leo? Hanis cemberut. Nanti kalau ada hantu air culik dia macam mana? Siapa nak bantu? Eafy dah tentu-tentu lari menyelamatkan diri sendiri.

Terfikirkan tentang hantu air, terus dikejar laju langkah Eafy yang berada di depan supaya tidak ketinggalan.

Eafy pandang pelik ke arah Hanis yang sudah berpeluh. Tidaklah bermandi peluh, tapi nampak jelas setitik peluh menuruni ke tepi dahinya. Tambahan pula, muka Hanis yang seakan sedang cuak. Bahu gadis itu disentuh. "Kau kenapa?"

Hanis angkat muka. Mula berkerut geram. "Kau tu yang kenapa? Buang tebiat ke apa pergi pantai malam-malam macam ni? Kau tahu tak Hannah still kecil lagi?" balasnya bersama-sama lemparan soalan. "Kalau hantu air tangkap Hannah macam mana? Siapa nak selamatkan dia? Kau ni!" sambung Hanis lagi. Sebelah tangan sudah mendarat ke lengan Eafy lalu dipukul bertalu-talu.

Eafy terlepas gelak besar. Terhibur mendengar hujah panjang itu daripada mulut kecil Hanis. Panjang betul dia melalut ya. Hantu air lah, culik lah, ini lah. Aduhai nasib sayang.

"Kau ni banyak tonton cerita hantu sangat. Honey, trust me. No hantu and no culik selagi kau ada dengan aku. Don't worry, dear." ucapnya lembut sebelum Eafy mengenyitkan sebelah matanya. Terus dilajukan langkah meninggalkan Hanis yang masih terpinga-pinga.

Eafy berhenti. Terus dipusingkan badan 90 darjah menghadap Hanis yang jelas kecil darinya. Tanpa aba-aba, terus Hannah di dalam dukungan Hanis diambil. Kemudian, dengan selamba Eafy meneruskan langkah di gigi pantai.

Hanis ketap bibir. Suka hati dia aje rampas Hannah macam tu daripada dia. Ingat dia siapa? Okaylah, dia papa Hannah, tapi mama lagi berhak tau! Ei Eafy ni! Gigit kang!

Mulut ditepuk. Gigit? Ei tak nak!


Hanis berada di belakang, hanya memandang tubuh Eafy yang sedang mendukung Hannah. Sambil-sambil jejaka itu mengusik si kecil. Hati Hanis terasa aman, terasa terpaut dengan sikap baru Eafy. Sedikit demi sedikit hatinya mula terbuka menerima kedatangan semula Eafy secara tiba-tiba. Walaupun luka lama masih tersisa, namun dia cuba untuk kekal tabah. Hanis senyum dalam diam. Dia lakukan semua ini demi Hannah.

Rambut yang berterbangan ditiup angin, diselitkan ke belakang telinga. Kepalanya mula menunduk. Memandang pasir pantai yang terbentuk indah bekas tapak kakinya dan tapak kaki Eafy. Hanis terhenti sekejap. Pasir yang terbenam sedikit membentuk tapak kaki Eafy diukur menggunakan tapak kakinya. Hanis tergelak kecil. Besar betul tapak kaki lelaki ini. Beza betul kalau dibandingkan dengannya.

Hanis mula jatuhkan pandangan pada dress yang tersarung di tubuhnya. Entah mimpi apalah Eafy ni suruh dia pakai baju macam ni. Hilang akal agaknya. Manakala lelaki itu pula memakai tuxedo berwarna hitam dan dia memakai dress berwarna putih. Memang tema black and white ke macam mana?

Segera kepala diangkat. Tidak sampai beberapa saat, badannya kaku tidak beranjak. Lidahnya kelu untuk membuka bicara mahupun persoalan yang mula bertandang. Eafy yang sudah berdiri sambil berhadapan dengannya dipandang tidak percaya. Walaupun Hanis dan Eafy, berjarak jauh beberapa meter, namun jelas bibir Eafy mengherot senyuman manis dan lembut.

Hanis rasa terharu. Dia tak terfikir langsung Eafy akan buat kejutan sebegini.

"Mall aje? Ish tak gentle lah kau ni. Aku fikir kau nak bawa kita orang pergi candle light dinner."


Masih segar di ingatan dimana dia menuturkan ayat itu. Rasa macam tak tahu malu pula cakap sebegitu. Selamba sahaja meminta. Tiba-tiba harini Hanis dapat betul-betul apa yang dia impikan selama ini. Memang tidak disangka.

"Tercegat apa lagi tu? Sinilah!" Jerit Eafy dari jauh. Hanis sengih. Segera langkah diatur mendekati Eafy yang masih mendukung Hannah.

Sesudah sampai di hadapan Eafy, Hanis mula diserang perasaan malu. Pipinya mula memerah. Dia sendiri hilang punca mengapa dia begini. Eafy senyum melihat reaksi Hanis. Sebelah tangan yang masih bebas, mula diangkat dan menyentuh rambut beralun milik Hanis.

"Seriously, you're so gorgeous."

Hanis makin hilang arah. Berbakul sumpahan dia lemparkan pada Eafy kerana berubah romantik. Bukan dia tidak suka, dia suka malah dia gembira Eafy manis macam ini. Cuma dia tidak suka diri dia apabila Eafy bertukar sikap romantik. Dirinya akan hilang arah dan jantung memainkan rentak lagu yang rancak.

"Kau diam ah. Nak puji lepas makan nanti. Aku lapar," Hanis cuba berdalih topik. Tapi nyatanya, dia memang terliur memandang hidangan di atas meja makan. Namun kebanyakannya ialah makanan barat. Tapi tak apa, disebabkan dia lapar, dia akan sumbat semua masuk dalam perut.

Eafy mencebik. Nak romantik sikit pun tak boleh. Dengki betul. "Yelah. Dah kau duduk ah sana. Ni tempat aku, tu kau and stroller tu untuk Hannah kesayangan aku." ujar Eafy selamba sebelum dia meletakkan Hannah perlahan-lahan ke dalam stroller. Tak dihiraukan Hanis yang sudah ternganga kecil.

Pipi bahagian dalam digigit. Benci betullah dengan perangai mamat ni! Tadi dah romantik siap puji-puji. Cubalah jadi lelaki sejati sikit. Tolong tarikkan kerusi ke, barulah hati makin terpaut. Ni tak, disuruhnya kita duduk sendiri tanpa bantuan sesiapa. Jahanam betul.

"Tu muka, kenapa? Masam macam minta tapak kaki aku je. Nak ke?" tanya Eafy sarkastik. Lagi cemberut wajah Hanis dibuatnya. Orang tengah geram dia mahu cari gaduh pula.

"Kau diam ah! Aku balik kang." Hanis tongkat kepala menggunakan kedua belah tangannya. Mata tertunduk memandang chicken chop. Perut sudah minta diisi, segera dia mencapai garfu dan pisau kecil itu. Dengan bacaan basmalah, disuap makanan itu perlahan. Tak dihiraukan keadaan Eafy di hadapan.

Eafy diam. Mula menarik senyuman. Lucu melihat kelakuan Hanis. Sebab inilah, hati dia masih terpaut pada Hanis. Dia masih Hanis yang dulu, perangai tidak berubah langsung.

Dia turut menjamah. Dua suapan, matanya ternaik ke atas. Memandang dada langit yang dipenuhi kerdipan bintang dan sinaran cahaya bulan. Senyuman diukir lebar.

"Bulan tu cantik,"

Hanis pandang Eafy yang masih terdongak ke atas. Dia pun turut melakukan hal yang sama. Reaksi seperti Eafy juga, Hanis rasa terbuai. Mula mengiyakan kenyataan yang zahir daripada bibir nipis itu.

"Macam kau."

Hanis kelu untuk berkata mahupun memberi segaris senyuman. Dia seakan dipukau apabila Eafy menentang mata dengannya. Senyuman itu, sungguh membuatnya leka dan terbuai.

"Bintang tu bersinar, jadi hiasan langit malam gelita," Eafy teruskan berkata.

Hanis angguk dalam senyum. Dia akui, jejaka ini pandai bermain dengan kata.

"Sama macam kau. Bersinar, dan terus menjadi hiasan indah dalam kamus hidup aku." tutur Eafy, masih bernada lembut seperti awalnya.

Terus terhenti suapan terakhir Hanis. Dia menunduk segan. Matanya menjeling makanan Eafy. Masih banyak baki yang tidak dimakan. Manakala dia hanya tunggu untuk menghabiskan satu lagi suapan. Hanis mengatur nafas. Dengan berani, dia berlawan mata bersama Eafy. Dirasakan masa seakan terhenti. Untuk mereka menyalurkan perasaan yang sudah tersimpan lama.

Hanis sebek. Dia rasa mahu menangis. Entah kenapa, dia rindukan Eafy. Walaupun Eafy berada di hadapannya, dia masih rindukan lelaki itu. Kenangan mereka menerpa ke fikiran, daripada awal perkenalan sehingga sampai ke tahap ini. Hanis tergelak dalam dia tidak sedar, kisah cinta mereka sangat rumit.

Eafy pelik. Tisu dicapai dan dilap cecair jernih yang menitik di pipi Hanis. "Oh shit. Why, honey? Kenapa kau menangis ni?" Eafy cuba memujuk. Dia sudah gabra melihat Hanis yang makin terhinjut. Apa kes ni? Dia cuma tutur ayat manis sahaja tadi. Mengapa pula sampai menangis? Adakah sebab terharu?

Hanis tepis lembut. "Tak. Aku emosi je lebih. Aku cuma rindu kau, dan kita. The old us." Senyuman hambar terukir di bibir merekah itu. Mendengar ayat itu, Eafy tertunduk. Mula mengingati perkara dimana dia menghancurkan hidup Hanis. Memang bodoh dia masa itu.

"I'm sorry..."

"No, It's okay."

Eafy jangka hilaian ketawa dan senyuman manis yang akan menghiasi candle light dinner ini. Namun, lain pula yang terjadi. Masing-masing mula terkenang kenangan pahit dan manis dahulu. Eafy masih sama, menggunung dengan perasaan bersalah sehingga memakan diri sendiri.

Suasana mula sunyi. Eafy sudah menyambung makanan manakala Hanis enak makan dessert. Harap sahaja kuat makan, tapi badan langsing. Tak gemuk tak kurus.

Usai habis jamu selera, keduanya kaku tidak bersuara. Seakan suasana tika itu sangat asing. Hanya suara rengekan dan ketawa Hannah sahaja yang menjadi penghias keadaan.

"Kalau aku nak jadikan kau yang halal, kau terima tak, honey?" soal Eafy sambil berpeluk tubuh. Muka ditayang selamba macam minta penampar. Kening sebelah dijungkit.

Hanis seakan kejung. Diam. Kaku. Tidak bersuara dan hanya menentang mata hitam pekat milik Eafy. Hanis berdehem menghilangkan janggal. Dia bangkit dan mendukung Hannah. "Dah lewat, Fy. Jomlah balik ke hotel."

Terdiam sekejap. Keluhan dilepaskan sebelum lambat-lambat dia mengangguk setuju. Mereka sama-sama berjalan di gigi pantai. Beberapa kali sudah Eafy menjeling Hanis di sebelah. Dia makin diserang dengan perasaan gugup. Macam mana dia nak melamar kalau keadaan tegang sebegini? Ah! Hancur!

Eafy pejam mata sesaat. Dia tak kisah dah dengan suasana sekarang. Yang penting, malam ini juga dia akan melamar seorang Hanis. Menjadi permaisuri hidupnya sampai ke akhir hayatnya. Semoga mereka berjodoh dan dapat mengharungi segala rintangan dalam alam perkahwinan.

Langkah Eafy terhenti. Apabila kelibat Eafy tiada di sebelah, Hanis turut terhenti dan menoleh ke belakang. Menilik Eafy yang seakan panasaran. Macam ada sesuatu yang mengganggu lelaki itu.

"Hoi! Kau kenapa tiba-tiba berhenti?" Hanis menyoal. Dia garu kepala yang tidak gatal. Memang hari ini banyak menggunakan perkataan 'kenapa' je eh? Bosan betul.

"Aku tak pernah buat benda ni tau, honey." ucap Eafy. Mereka berdiri tetapi jauh beberapa meter. Telinga Eafy mula kelihatan merah. Hanis makin bertambah hairan. Apa yang lelaki ini cuba sampaikan?

"What..." Hanis tergamam apabila Eafy mendekatinya dan terus melutut. "Are you trying to do?" sambung Hanis dengan suara tersekat. Jantungnya mengepam laju apabila Hanis menunduk dan tatkala itu, matanya bertentang dengan Eafy. Mata hitam yang dipenuhi sinaran rayuan seolah meminta sesuatu.

"Aku tak percaya aku akan buat semua ni." Eafy gelak dan geleng kepala kecil. Jelas menunjukkan lesung pipit dalamnya. "Tapi aku kena buat, untuk takluki kau sepenuhnya. To make you mine." tuturnya berharap Hanis dapat memahami.

Hanis diam. Dia mahu menyuruh Eafy bangun tapi tubuhnya mengkhianati tuan sendiri. Seolah kaku tidak mampu membuat apa-apa selain mendukung Hannah. Dan masih menunduk, memandang Eafy yang terdongak ke atas.

"Bersaksikan bulan yang bersinar, bintang yang berkelipan, ombak pantai yang menolak lembut, dan juga anak kita, Hannah Lea yang masih di dalam dukungan kau..." Eafy tarik nafas dalam. Mata dipejam seketika. Dia makin hilang arah.

Kotak baldu dikeluarkan dan dibuka.

"Will you marry me? Jadi isteri yang dapat meminjam bahu untuk aku hilangkan lelah? Jadi ibu kepada anak-anak kita? Jadi permaisuri yang bertakhta di hati aku selamanya?"

Eafy tarik nafas dan hembus. Perlahan-lahan rasa gugupnya ditarik pergi, menggantikan dengan perasaan lega dan puas. Kemudian, mata Hanis kembali ditatap dalam.

"Hanis Binti Hisyam.Will you marry me?"

Dan Hanis kaku, masih terkedu dengan kejutan secara tiba-tiba. Dia sendiri tiada jawapan pada waktu ini.

Melihatkan Hanis diam membisu, Eafy senyum hambar. Kotak baldu ditutup dan disambar tangan kiri Hanis. Masih posisi sama, melutut, Eafy terdongak. Melihat wajah Hanis yang dihiasi simbahan cahayan bulan. Sangat indah.

"It's okay. Take your time. Kalau kau terima, bagi jawapan dan simpan cincin ni. Tapi kalau sebaliknya, kau cuma perlu pulangkan cincin ni, tak perlu bagi jawapan melalui kata. Aku akan respect pilihan kau." kata Eafy terselit nada getaran. Terus kotak baldu itu bertukar tangan.

Eafy kembali ke posisi asal. Berdiri dan mula mengibas seluar di bahagian lutut. Senyuman dihadiahkan buat Hanis sebelum laju dia meninggalkan kawasan pantai itu. Atau paling tepat, meninggalkan Hanis dan Hannah di belakang.

Eafy tunduk.

"Aku harap masih ada sinar harapan untuk aku, Hanis. Aku harap sangat."

*****

- T B C -

Walawei ni chapter paling panjang aku pernah buat. Serius do Hahahaha

Aku minta maaf sbb lama tak update. Well, aku stress sebab tak dapat hilangkan sunburn. Ni netball punya pasal ah adumak.

So dalam chapter ni...

AKU NAK 50 VOTES! TAK CAPAI TARGET, AKU TAK UPDATE. SERIUS!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top