33 | First Date

    RAMBUT diikat satu menjadi ekor kuda. Hoodie dibetulkan dan diperkemaskan. Hanis melihat pantulan dirinya melalui cermin sebelum keluhan kecil terlepas. Kemudian, kepalanya tertoleh ke belakang melihat tubuh kecil itu. Hanis menarik senyuman segaris.

   "Cantiknya anak mama ni! Nak pergi ke mana?" Hidung sengaja digeselkan ke pipi gebu Hannah. Kedua jari telunjuk Hanis sudah selamat berada di genggaman anaknya. Hannah ketawa saat wajah ibunya menjadi pemandangan mata. Sesungguhnya, wajah ibulah yang paling indah.

   "Hannah nak pergi keluar dengan papa lah." Suara familiar itu membalas soalan Hanis. Anak mata Hanis mula tertunak pada Syaf yang baru sahaja memasuki kamarnya. Senyuman nipis dihadiahkan.

   Syaf membalas dengan anggukan. "Kau sure ke nak pergi ni? Tak nak aku teman? Apa-apa yang jadi nanti aku boleh call aje polis." ujar gadis itu bersama-sama terselit nada kerisauan. Dia enggan untuk memberikan Hanis keluar rumah. Tambahan pula apabila Hanis membawa Hannah sekali, lagilah bertambah risau jadinya.

   "Tak apa. Jangan risaulah, aku turn on location nanti." Hanis menepuk bahu Syaf perlahan. Cuba menenangkan hati sepupunya yang sedang lara. Syaf senyum nipis.

   Kemudian, tubuh si kecil didukung perlahan-lahan. Isyarat mata diberikan pada Syaf untuk mengambil stroller milik Hannah. Gadis itu tanpa membantah, hanya menurut sahaja.

   Mereka sama-sama melangkah meninggalkan kamar. Sehingga mereka dikejutkan dengan bunyi hon oleh kereta seseorang. Pantas, Syaf berlari sebelum mengintai di celahan tingkap.

   "Eafy dah sampai," Hanis angguk.

   "Jaga diri. Kalau dia buat benda tak elok, ataupun ulang perangai dia yang dulu, call terus aku. Senang sikit nak tangkap dia." kata Syaf berbaur nasihat. Jelas mukanya dipenuhi riak tidak senang.

   Hanis senyum. Hannah di dalam dukungan dibetulkan supaya selesa. Kemudian, mereka sama-sama mengatur langkah ke luar rumah. Kelihatan Eafy sudah bersandar pada keretanya sambil menunduk merenung telefon. Masih tidak perasan akan kedatangan mereka.

   "Ehem!" Syaf berdehem sedikit kuat, cuba mengalihkan perhatian jejaka itu.

   Eafy angkat wajah. Telefon disimpan semula ke dalam poket sebelum matanya terliar memandang Hanis. Senyuman dihadiahkan buat gadis itu. Sebenarnya, temujanji hari ini disebabkan oleh paksaan daripada Eafy. Dia mendesak Hanis supaya bersetuju sekaligus membawa Hannah.

   "Nah stroller Hannah," Syaf hulurkan kepada Eafy. Stroller bertukar tangan sebelum Eafy berjalan menuju ke bonet kereta.

   Apabila Hanis dan Hannah sudah memasuki perut kereta, Eafy berura-ura untuk meloloskan diri. Namun, suara Syaf membantutkan pergerakannya. Pantas kepala ditoleh ke belakang. Memerhati seraut wajah kemerahan akibat menanggung perasaan geram. Eafy mengeluh.

   "Kau masih tak percaya aku?"

   "Bodohlah kalau ada yang percaya kau lepas apa yang kau dah buat." bidas Syaf sinis sebelum kakinya mula merapati Eafy. Mata mereka bertentang seketika. Tajam Syaf menikam anak mata hitam Eafy.

   "Kau! Kalau apa-apa jadi dekat Hanis, aku tak teragak-agak call ayah aku. You know me well, Eafy." Syaf senyum sinis lalu menepuk bahu Eafy sekali. Terus dia melangkah memasuki rumah meninggalkan Eafy yang terpinga-pinga.

   Eafy senyum. Alah tak terkesan langsung pun. Sebab niatnya cuma membawa Hanis dan Hannah bersiar. Bukan untuk mengapa-apakan mereka.

*****

  "KITA nak pergi mana?" soal Hanis cuba memecahkan kesunyian. Sudahlah lelaki ini tidak membuka radio. Nanti jika dia buka tanpa izin, dianggap kurang ajar pula. Tapi kalau nak minta izin, berat pula hendak membuka mulut. Jadi, jalan penyelesaiannya ialah menyoal Eafy.

   "Hati kau."

   Hanis gelak lucu sebelum muka dibekukan kembali. Dia merenung wajah sisi Eafy bosan. "Tak lawak."

   "Kan aku kata. Pergi jalan-jalan," tuturnya lembut dan mengerling Hanis sekejap. Mata mereka bertemu, pantas senyuman nipis Eafy hadiahkan buat Hanis. Tak lupa juga, Hannah yang turut merenungnya. Budak kecil ni kan! Adil tak kalau dia gomol Hannah sampai pipi budak ni gelebeh? Ala kejamnya papa dia ni.

   "Jalan-jalan tu ke mana?" Hanis masih kemukakan soalan. Tak berpuas hati dengan jawapan daripada mulut lelaki itu.

   "Rahsia,"

   Hanis diam. Dalam fikirannya sudah bersepah andaian buruk. Entah-entah lelaki ini ingin menculiknya? Ataupun nanti Eafy bawa dia ke masjid untuk akad nikah? Eh! Tak mahulah dia kahwin dengan pembunuh upahan! Seram pula dia.

   Tapi kalau jodoh tak ke mana. Ye dak? Eh! Tetap tak nak! Erm, tapi mungkin akan dipertimbangkan. Mungkin okey mungkin!

   "Lea dah berapa bulan?" soal Eafy. Sekilas anak kecil itu dipandang.

   "Nak masuk empat bulan." jawabnya mendatar. Hanya Eafy seorang sahaja yang memanggil Hannah dengan nama belakang si kecil iaitu Lea. Kata lelaki itu, nama Lea hampir sama dengan nama Leo. Hanis hanya mengiyakan sahaja. Memang betulpun apa yang dikata Eafy.

   "Makin tembam anak papa ni ya? Makan apa ni? Eh lupa, awak minum susu je kan, ayang?"

   Perhatian Eafy beralih pula pada Hanis. Senyuman misteri diukir.

   "Berkhasiat betul susu kau sampai tembam anak aku hahaha!" Eafy hamburkan tawanya. Ingin sahaja dia cubit pipi Hanis yang mula berona merah. Mama dan anak sama saja! Buatkan papa dia tak tentu arah!

   "Mulut kau! Eee! Pervert!" Hanis mencebik. Dirapatkan belakang tubuh Hannah ke dada. Mulut tak usah dicakap, muncung habis macam itik.

   Eafy sekadar tayang sengih. Suka betul dia usik Hanis. Sudah lama momento begini tidak menyapa. Hubungan mereka retak waktu Eafy mula menculik Hanis. Dan disitulah, kedinginan yang mengambil alih.

   "I love you."

   Muncung Hanis kendur. Ditoleh sekejap ke kanan, mencari seraut wajah tampan itu. Cuba menemui keihklasan lelaki itu.

   Hanis senyum nipis. "I hate you."

   "No, I mean, I love Hannah Lea. Kau kenapa tolong jawabkan? Ha...ingat aku cakap dengan kau lah tu! Elele malu-malu pula dia. Cubit kang!" Eafy masih menyakat. Stereng digenggam kuat apabila dia mula geram dengan Hanis. Ada juga karang memori dahulu berulang. Eh?

   Lengan Eafy dicubit. Biadap! Dia mainkan jiwa seorang Hanis. Ish bencilah macam ni!

   "Hannah hate you!"

   "Eh mana kau tahu?"

   "Aku tahulah, aku mama dia."

   "Aku papa dia. Ha... Apa nak jawab?"

   Hanis diam. Tajam matanya menjeling Eafy yang sudah tersengih-sengih. Biasa eh dia ni!

   Suasana kembali sunyi. Eafy dari awal hanya menarik senyuman. Rasa bahagia pula hari ini. Rasa macam hari-harinya dilengkapi dengan kehadiran dua permata ini. Setelah setahun berpisah, mereka kembali rapat seperti sedia kala. Namun, Eafy masih usahakan untuk memiliki Hanis. Dia tak boleh mengalah untuk merebut cinta Hanis kembali!

   Eafy harus berjuang!

   "Kau gila ke? Dari tadi senyum. Serius creepy. Hannah tengok pun takut." Hanis bersuara perlahan. Dia memandang Eafy hairan. Memang lelaki ini hobinya asyik senyum aje eh? Dulu muka macam cempedak basi. Sekarang berubah pula.

   "Aku senyum sebab dekat sebelah aku ni ada permata. Kalau jual, dapat untung!"

   Mendengarkan ayat sarkastik lelaki itu, terus mata Hanis membulat. Gigi diketap kuat sebelum cubitan ketamnya singgah di lengan Eafy untuk kali kedua. Rasakan!

   "Eh eh! Oi sakit, aduh aduh sayang. Aip biasa ni! Aku tengah drive ni..." Eafy mengaduh kesakitan. Sebelah tangan memegang stereng manakala sebelah tangan lagi menggosok tempat cubitan. Fuh berbisa kau!

   "Akibat derhaka dengan aku."

   Eafy tahan tawa. Waklu derhaka! Kepala Eafy tergeleng-geleng. Kalau dia ubah fikiran boleh tak? Check in hotel lepas itu call jais. Eh? Apa karut sangat otak kau ni, Eafy?

   Tanam niat yang betul. Sampai masa nanti, propose lah Hanis jadi isteri. Untuk selama-lamanya. Dan kisah mereka akan berakhir dengan bahagia.

   Ops! Siapa kata?

   "Mall aje? Ish tak gentle lah kau ni. Aku fikir kau nak bawa kita orang pergi candle light dinner." Hanis merungut tanda kesal.

   "Kau mimpi apa dinner waktu-waktu macam ni?" Eafy membuat muka bosan. Oh ya, kadang-kadang Hanis ni annoying juga. Rasa macam nak bagi penampar pun ada.

   Hanis tidak membalas. Betul juga kata-kata Eafy. Apa kejadahnya nak cadle light dinner waktu begini? Patutnya dia tukar candle light dinner kepala candle light lunch. Wah, nampak menarik sungguh.

   Mereka mula menapak keluar daripada perut kereta apabila Eafy selesai memarkir kereta mewahnya. Kemudian, langkah diatur memasuki mall tersebut. Eafy berhenti sekejap. Hanis pun turut berhenti.

   "Meh sini aku tolak stroller Hannah." Eafy hadiahkan Hanis senyuman. Tanpa bantahan, terus Hanis membiarkan Eafy menolak. Tiba-tiba sejuk pula hatinya melihat Eafy.

   Lelaki itu sudah berubah. Dan dia nampak perubahan ketara itu.

   "Nak pergi mana dulu?"

   "Berapa kali aku nak cakap?"

   "Eh aku ada tanya ke tadi?"

   "Ada."

   "Pergi mana?"

   "Hati kaulah."

   Hanis merengus geram. Ada juga yang mati kena lanyak ni karang. Orang tanya tu jawablah betul-betul. Ingat dia cair ke? Heh, adalah sikit.

   "Kau pernah rasa kena pancung?"

   "Jangan pancung kepala aku. Pancunglah hati aku dan bawa ke hati kau. Then, satukanlah ia." balas Eafy dengan sengihan manis. Dua jari dikeluarkan yakni jari telunjuk dan ibu jari. Terus disilangkan kedua jari itu sehingga membentuk mini love.

   Wajah Hanis membahang.

   "Ingat sweet?"

   "Aku memang sweet. Terima kasih."

   Hanis mencebik. "Hannah! Tengok papa awak ni! Tak habis-habis usik mama. Eee gigit kang!" Hanis terus meluru ke arah stroller Hannah. Anak kecil itu terus tergelak apabila melihat wajah masam mamanya.

   "Dia gelakkan kau, haha!"

   "Diam kau!"

   Tiba-tiba satu suara asing menjengah gegendang telinga mereka. Hanis kepal penumbuk.

   "Kau tengok dua ekor tu, Piah. Nampak gaya macam suami isteri. Tapi beraku-kau dengan suami. Sudahlah depan anak. Ish, apa nak jadi dengan budak zaman sekarang?"

   Hanis kemam bibir. Amboi. Ingatkan dekat kampung aje ada makcik-makcik busybody ni. Rupanya dalam mall di bandar pun sesat juga!

   Hey! Dasar makcik bawang!

   "Aku rasa makcik tu suruh kau panggil aku abang. Ha cepat panggil."

   Hanis menjeling Eafy tajam.

*****

T B C

Media : Eafy & Hannah

Comelkan?! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA SIAPA TAK CAIR DIA GILA!

Unlock next chapter : 40 votes

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top