31 | Kertas

1 tahun kemudian...

   BIBIR mengukir senyuman bahagia tatkala anak mata memandang wajah suci bayi yang kini sudah mencecah tiga bulan. Syaf yang masih ralit bermain dengan bayi itu direnung seketika sebelum menjatuhkan kembali pandangan terhadap bayi perempuan itu.

   "Hannah sayang..."

   "Ops! Your mama panggil lah! Cakap dekat mama, Hannah tak puas lagi luang masa dengan aunty Syaf." Syaf menghulurkan kedua jari telunjuknya di depan Hannah. Bayi itu tergelak lucu sebelum disambar jari telunjuk Syaf dan menggenggamnya erat.

    Spontan bibir Hanis mencebik sebelum kembali tersenyum apabila terpandang senyuman anak kecil itu. Tambahan pula, lesum pipit yang terletak di lekuk pipi kanannya menghiasi wajah bersih itu. Hatinya diraup rasa kegembiraan. Hilang segala penat lelahnya apabila melihat Hannah.

   Syaf menepuk punggung Hannah yang terhalang dengan pampers. Perlahan-lahan Hannah terbuai sebelum mata anak kecil comel itu mula tertutup sedikit demi sedikit. Hari ini, Hannah tidak banyak meragam. Mungkin dia tahu mamanya yang kepenatan setelah mengemas rumah. Cuti hujung minggu, kenalah kemas rumah. Tak akanlah nak harapkan Kak Ema je?

   "Kak Ema mana?" Syaf mendukung Hannah dan diletakkan atas tilam bayi itu dengan berhati-hati. Selepas itu, dilabuhkan duduk berhadapan dengan kerusi yang diduduki Hanis. Keningnya terangkat tinggi.

   "Beli barang dapur." jawab Hanis dan mensandarkan belakang tubuh di sofa.

    Syaf angguk, mengerti. Wajah kelesuan Hanis ditenung sejenak. Bibir bawah digigit perlahan.

   "Hanis,"

   "Hmm?"

   "Kau tak rindu...er...Eafy?"

   Hanis kelihatan tenang seperti sedia kala. Sudah penat mahu menjawab soalan dari sepupunya itu. Saban hari ditanya soalan sama sedangkan gadis itu tahu isi hatinya. Memang sengaja mahu menguji ke apa?

   "Tipu kalau aku kata aku tak rindu." Hanis senyum kelat. Fikirannya terlayar kembali setiap detik dia bersama lelaki itu. Pahit mahupun manis, momento tersebut masih terpahat di ingatannya.

   "Dia lelaki pertama, Syaf. Pertama yang berjaya rebut hati aku." sambungnya lagi. Wajah Syaf dipandang sekejap sebelum matanya terpusat pada Hannah yang sedang lena. Senyuman senang terukir.

   "Mungkin aku hilang Eafy. Tapi aku masih ada Hannah. My happines."

   Syaf tersenyum kelat. Dia sebenarnya kagum dengan Hanis. Wanita di hadapannya ini tabah menghadapi setiap liku kehidupan. Memang dia tabik spring dekat Hanis.

    "Baguslah kalau macam tu. Tak adalah kau rasa down bila teringatkan dekat dia. Entah hidup lagi ke tidak." ujar Syaf sarkastik. Dia menilik jam jam tangannya sesaat sebelum kembali memandang Hanis.

   "Kenapa?" soal Hanis hairan apabila Syaf melihat dia dengan mata yang sengaja dikecilkan. Senyuman senget menghiasi bibir itu.

   "Lepas Kak Ema balik nanti, teman aku shopping jom?" Kening diangkat tinggi. Menunggu respon daripada sahabatnya. Sudah lama mereka tidak membeli-belah begini. Dahulu, Hanis masih mengandung. Takut juga hendak benarkan gadis itu keluar.

   Hanis senyum segaris. "Okay."

   Syaf menepuk tangan teruja.

*****

   "SUDAHLAH Syaf. Tangan aku dah penuh dengan beg plastik. Tangan kau pun sama tau. Kau memang nak kosongkan duit kau dalam bank tu ke apa? Simpanlah sikit." bebel Hanis apabila Syaf menarik tangannya memasuki kedai pakaian bayi. Nak sahaja dicubit sepupunya itu, tapi dikuburkan saja niat apabila tangannya sudah penuh dengan beg plastik barangan.

   Syaf sengih mendengar bebelan panjang itu. Amboi! Selepas dapat title 'ibu' ni, ada sahaja yang tak kena. Beli barang banyak itu normal lah! Dah nama pun perempuan.

   "Okay ni last. Kita beli barang untuk Hannah. Pasal duit, kau jangan risau. Dalam bank aku tu banyak lagi. Apa salahnya aku belanja kau. Bukannya susahkan aku pun." balas Syaf dan mengenyitkan sebelah matanya. Terus ditarik tangan Hanis memasuki kedai barangan bayi itu. Tidak lupa juga, Hanis sempat menarik stroller Hannah. Mujur sempat.

    Hanis hanya menurut. Malas mahu berdebat tentang benda remeh. Sebenarnya, dia mahu balik awal bersebab. Hatinya tidak tenang. Dari awal dia memasuki mall, sehingga kini dia rasa seperti diperhatikan oleh seseorang. Sempat juga dia bertentang mata sesaat dengan lelaki misteri itu. Bertopi hitam, kaca mata reyben hitam dan jaket hitam. Itulah pakaian lelaki misteri itu.

   "Cantik tak? Ni kalau Hannah pakai, mesti sejuk perut kau, Nis." Syaf tergelak sendiri sebelum mengangkat baju kecil itu dihadapan Hanis. Kening sebelah diangkat berkali-kali.

   "Tak perlu membazirlah. Hannah ni makin lama makin membesar. Kang membazir sebab tak muat pula." bangkang Hanis seraya menggelengkan kepala. Dilihat seketika wajah Hannah yang seakan berubah. Seolah dapat menghidu setiap bait kata ibunya. Mencebik tanda kecewa. Eleh gedik betul anak dia ni! Ikut siapa ni sayang?

   "Ayok Hanis! Hannah dah nak start!" Syaf buat muka terkejut. Jari telunjuk dikeluarkan lalu digerakkan ke depan dan ke belakang. Matanya memandang Hanis dan Hannah silir-berganti.

   "Ala anak mama ni. Okaylah kita beli ya? Aunty Syaf bayar." Hanis menepuk peha si kecil itu perlahan. Cuba meredakan emosi anak kecil itu. Manakala Syaf cuma sembunyi senyum. Tahu pun takut! Orang nak belanja, ditolak pula.

   "Duit kau habis. Aku tak nak tanggung."

   "Jangan risaulah. Ini Syaf okay." Syaf mendabik dada. Senyuman bangga terhias di bibir. Segala baju yang cantik dimatanya, dicapai laju. Ini semua untuk Hannah. Dan dia suka manjakan anak kecil itu.

   Hanis mencebik.

   "Kakak,"

   Suara asing itu menjengah gegendang telinga saat Hanis menunggu di luar kedai bersama Hannah. Syaf pula masih di dalam untuk membuat sesi bayaran.

   "Ya dik?" sahut Hanis. Menjatuhkan pandangan ke bawah. Budak kecil dalam lingkungan umur enam tahun yang menegurnya tadi. Budak lelaki itu tersenyum manis sehingga menampakkan giginya yang tersusun. Dia menyuakan Hanis sehelai kertas yang sudah dilipat. Hanis terpinga.

    "Apa ni, sayang? Siapa bagi?" tanya Hanis tetapi tangannya tetap menarik kertas itu. Wajah budak lelaki di hadapannya ditenung dalam. Tiba-tiba hatinya berasa tidak sedap. Stroller Hannah dipegang kemas.

   "Ayil tak kenal. Tapi abang tu suruh Ayil bagi dekat kakak. Lepas tu dia bagi Ayil gula-gula." Celotehnya sambil menunjukkan lolipop. Hanis tersenyum kecil. Kemudian, matanya meliar sekeliling. Cuba mencari kelibat 'lelaki misteri' itu. Hatinya kerap menyokong bahawa kertas ini ada kaitan dengan lelaki itu.

   Namun, tiada.

   "Terima kasih ya, Ayil. Mana ibu dan ayah Ayil?" Hanis menyoal hairan.

   "Ayil datang sini dengan acu." Budak kecil itu menunjukkan seorang wanita di hujung sudut. Tanpa amaran, terus budak kecil itu berlari terkedek-kedek ke arah maksunya. Hanis hanya perhati sahaja. Tak lama selepas itu, pandangan kembali terhala pada kertas yang elok terlipar. Hatinya dicengkam dengan rasa ingin tahu.

   Dengan rasa yang berdebar, Hanis membuka lipatan kertas itu. Tatkala ayat yang dibaca itu sampai ke jiwa wanitanya, serta-merta wajah Hanis berubah pucat. Dada diurut lembut. Cuba menyedapkan hati.

Jangan suka sangat, sayang. Aku akan kembali tuntut hak aku. Yes, It's you honey. Still remember me?

*****

   SEPASANG mata helang itu merenung abangnya yang baru sahaja keluar daripada lif. Wajah selamba itu ditatap penuh benci. Dia baru dapat pesanan ringkas daripada Hanis. Gadis itu mengatakan seseorang sedang perhatikannya sejak dari awal masuk ke mall itu sehingga pulang.

   "Kau pergi mana?"

   "Macam biasa."

   "Kau dah tak ada kerja? Cukuplah buat dia sengsara. Kau nak tambah beban apa lagi dekat dia? Setahun berlalu, tak reti nak move on ke?" seloroh Lyna kegeraman. Wajah abangnya yang masih selamba itu ditenung tajam. Gigi diketap rapat.

   "Ada kacau hidup kau ke? Jaga tepi kain sendiri jelah Lyna. Sibuk dengan hal aku kenapa? Pergi matilah aku nak buat apa pun. Kau takkan faham!" balasnya dan suara sudah berubah seoktaf. Bergema markas ini dengan suara garau Eafy. Apa yang dia rasa, Lyna tak akan faham. Adiknya tak akan faham apa yang dia rasa. Eafy seolah sudah kehilangan adiknya. Sudah kehilangan kasih sayang itu. Keakhraban antara mereka dahulu sudah lesap.

   Tipu jika dia kata dia tak rindu.

   "Masalahnya kau kacau kawan aku!" bentak Lyna tak mahu mengalah. Turut melawan kata abangnya. Dia paling benci kalau ada yang menggangu ketenteraman Hanis. Cukuplah gadis itu terseksa selama berada dalam genggaman Eafy.

   "Kau ada nampak muka aku kisah? Aku nak dia, dan aku nak anak aku. Sebab kau, aku hilang kedua-duanya! Ah memang malang dapat adik macam kau!" Eafy meraup rambut ke belakang. Tidak boleh lupa memori dimana Lyna sendiri membuat pengakuan tentang kehilangan Hanis. Ikutkan hati, memang sudah lunyai Lyna dibuatnya. Tapi dia masih waras. Kalau mama tahu, dia juga yang terima habuan.

   "Kau ingat aku tak malang ke sebab dapat abang macam kau?" ucap Lyna mendatar seraya tersenyum sinis.

   Eafy cuma diam. Malas mahu bergaduh dengan Lyna kerana dia tahu, walau apapun gadis itu akan menang dalam perdebatan. Mana pernah kenal erti mengalah. Asyik hendak disanjung diri sendiri.

   Kaki mula meninggalkan Lyna keseorangan di ruang tamu. Hatinya menyumpah seranah si adik. Dia tak kenal dah Lyna yang dulu. Lyna yang kini terlalu sinis dan kejam dengannya! Tak pernah berlembut apabila bertutur.

   Lyna memandang belakang tubuh Eafy yang meninggalkannya. Perlahan-lahan mulutnya mencebik.

   "Dasar pengecut!"

*****

T B C

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top