24 | Lapar
Saya nak 30 votes untuk chapter ni, please? Kalau tak cukup, takde update! Merajuk sebulan!
----
MASIH sama seperti hari-hari yang lalu, Hanis dan Lyna hanya bertegur sapa di sebalik pintu yang terkunci sahaja. Hanis melekapkan telinga kanannya pada daun pintu sambil tangan memegang perut.
"Lyna...mana Eafy?" Tuturnya dengan intonasi yang dikawal. Dia tak mahu Lyna merisaukan tentang keadaan dia yang tak seberapa baik.
Lyna tak menjawab. Dia diam tidak membalas soalan itu. Dibiarkan soalan Hanis berlalu pergi. Beberapa saat kemudian, dia pula yang ajukan soalan pada gadis di dalam. Kalau dia ada kunci, sudah lama dia peluk tubuh Hanis erat. Rindunya terhadap gadis itu memang tidak terkata. Dia bukan suka pada sesama jantina, tapi inilah yang dipanggil semangat setia kawan. Hanis seorang sahaja yang ikhlas kawan dengan dia sejak di bangku sekolah rendah lagi.
"Hanis, kau okey?"
Terdiam Hanis sebelum dia menekup mulut menahan esakan. Sebelah tangan lagi mengusap perut yang masih kempis. Sudah seharian Eafy tidak masuk ke bilik ini.
"Lyna...aku lapar," esakan Hanis terus bergema. Dia tak tahan. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi dengan sesuatu makanan. Dapat sekeping roti pun jadilah untuk mengalas perut. Tapi, makanan tak ada, air pun tak ada. Tak akanlah dia mahu minum air paip pula? Tidak sihat untuk kandungannya.
Gadis itu hampir lupa bahawa Hanis belum menjamah makanan. Lyna sudah gabra dan seperti cacing kepanasan apabila mendengar esakan Hanis. Abangnya dikurung lebih kurang pada pukul sembilan. Dan sekarang, jarum jam sudah menginjak ke angka lapan malam! Bermakna, Lyna belum makan seharian ini. Kenapa benda macam ni dia boleh lupa pula? Kau cuai, Lyna. Kau cuai!
Dalam kepalanya, dia mahukan kunci! Kunci bilik Hanis! Segera dia meminta diri sebelum bilik Eafy diterjah masuk dengan selamba. Dia menyelongkar segala almari dan meja abangnya dengan cemas. Matanya meliar mencari segugus kunci bilik Hanis. Namun, hampa. Dia tak jumpa langsung! Yang ada hanyalah kunci kereta dan superbike abangnya saja. Dimana Eafy sorokkan kunci?!
Di saat gentir ini, dia terpaksa lepaskan Eafy untuk memberi Hanis makan. Tetapi apabila dia sampai ke ruang bawah tanah, bilik seksaan pula tidak boleh dibuka. Lyna semakin cemas dan teringat kejadian petang tadi. Mamanya iaitu Raysara sudah mengunci bilik seksaan sebelum mereka pulang. Saat itu, Lyna hanya tersenyum sinis saja kerana abangnya dikurung.
Tetapi sekarang, dia baru tahu erti sebenar penyesalan. Dia menyesal kerana mementingkan diri sendiri! Sungguh cuai kau, Lyna!
Lyna mundar-mandir di hadapan bilik Hanis. Kuku digigit kuat. Inilah tabiatnya apabila dia rasa cemas dan rasa bersalah. Otaknya ligat berfikir dan mengerah idea untuk memberi Hanis makan. Esakan Hanis masih kedengaran perlahan. Dia pejamkan mata. Kasihan Hanis.
Seketika, dia teringatkan sesuatu. Pantas Lyna berlari masuk ke dalam bilik abangnya dan menuju ke arah balkoni. Dipandang balkoni di sebelahnya sebelum Lyna tersenyum lebar. Balkoni bilik Hanis dan bilik abangnya agak jauh tetapi bolehlah dia melemparkan sebungkus roti ataupun sebotol air pada gadis itu untuk menjamah.
Dia memang ada kemahiran melompat yang handal. Tetapi kes sebegini, Eafy awal-awal sudah meletakkan dawai berduri atas palang besi itu. Silap langkah, memang bawa maut terus. Terpijak tak apa, boleh dirawat. Tapi kalau dah terpijak, ditambah pula jatuh dari tingkat dua ini. Tak ke mampus terus?
Lyna keluar dari bilik Eafy. Pintu bilik Hanis diketuk perlahan.
"Hanis. Tahan sekejap ya? Aku belikan kau makanan."
"Macam mana kau nak bagi?" Soalnya dengan suara yang bergetar. Wajahnya sudah pucat lesi. Sudahlah dia sedang membawa satu nyawa dalam perut ini. Kalau terjadi apa-apa, dia yang susah nanti.
"Kau tunggu dekat balkoni bila aku panggil nanti ya?" kata Lyna. Apabila sudah mendapat balasan daripada Hanis, terus dilajukan langkah ke arah parkir lot sebelum dia menghidupkan kereta mewah miliknya. Terus dipandu kereta itu membelah jalan raya untuk singgah ke supermarket.
Sementara menunggu Lyna, Hanis membawa diri ke arah birai katil. Dilabuhkan punggung dengan berhati-hati sebelum dia hela nafas pendek. Hatinya tercari-cari dimana keberadaan Eafy hari ini? Mana lelaki itu pergi? Mengapa Lyna langsung tidak menjawab pertanyaannya tadi? Apa yang sudah berlaku?
Soalan itu bermain di kepala. Malang sekali, dia tidak mempunyai jawapan dari semua soalan itu.
Perut diusap perlahan. Hatinya kembali meruntun sebak. Dadanya dicengkam perlahan dan akibat itu, tangisannya meletus jua. Sungguh dia lapar sekarang ini. Dia mengandung, dia juga mengidamkan sesuatu seperti ibu mengandung di luar sana. Namun, dia terpaksa tahan keinginannya. Dia paksa diri untuk sedar bahawa anak ini bukanlah anak halal. Tak perlu dimanjakan.
"Sayang..." Perutnya diusap perlahan sambil bibir melakar senyuman hambar.
"Are you okay? Anak mama sihat kan?" Soalnya sebak. Ditahan air mata supaya tidak jatuh. Seketika, perutnya kembali berkeroncong hebat. Saat itu, perutnya diserang rasa sakit yang teramat. Hanis gagahkan jua untuk bangun berdiri dan berjalan merapati balkoni. Pintu gelangsar ditolak ke tepi dan lantas dia labuhkan duduk pada kerusi yang berada di situ.
Hanis mengerang sakit. Tangannya sudah mencengkam perut. Berkerut-kerut dia cuba untuk kawal pernafasan. Kini, dia sukar untuk menarik dan menghembus nafas. Terasa udara tidak masuk ke dalam saluran pernafasan.
Hanis turun dari kerusi dan melutut, cuba mencari nafas. Tambahan lagi dengan perut yang masih sakit dan mencucuk-cucuk sungguh buatkan Hanis rasa sesak. Dia tahan rasa. Harapan dia ialah Lyna akan sampai pada waktu yang tepat. Sudah 15 minit berkeadaan begitu, Hanis terasa seluruh badannya lemah. Perlahan-lahan tubuhnya terbaring pada lantai sejuk itu. Pandangan Hanis berbalam-balam sebelum semuanya gelap.
Maafkan mama sebab tak jaga kamu betul-betul, sayang.
*****
LAJU kakinya berlari ke arah bilik abangnya. Dia semakin cemas tika ini apabila sudah mengambil masa selama satu jam di jalanraya dan 10 minit di kedai serbaneka. Semua makanan dan keropok dia belikan untuk kawannya itu. Bermakna sekarang, dia sudah bazirkan masa selama 1 jam sepuluh minit untuk ke kedai serbaneka itu. Dia tak tahu pula jalan akan jammed waktu begini. Semuanya kerana ada kemalangan yang berlaku! Sudahlah markas ini jauh dari pelusuk orang ramai.
Dia berlari masuk ke dalam bilik Eafy yang gelap sambil disimbahi cahaya bulan. Suiz ditekan dan terus terang benderang segenap bilik itu menerima cahaya lampu pendafluor.
Lyna berlari anak sambil tangannya menjinjit beg plastik yang dipenuhi makanan dan minuman.
"Hanis! I'm coming!"
Tatkala kakinya sudah jejak pada lantai di balkoni, plastik dipegangannya terlepas jatuh. Mulutnya dikatup rapat dan perlahan-lahan Lyna melurut jatuh. Dia terduduk sambil memandang tubuh lemah Hanis. Tak semena-mena, esakannya terhasil. Tangan dibawa ke mulut untuk menahan esakan.
"Hanis... Kau okey kan? Kau cuma ti-tidur sekejap je kan?" Ujarnya tergagap sambil tahan sendu. Dia sebak, sebak sangat melihat keadaan gadis itu. Semua salah dia! Kalau dia tak terlambat, semua ini takkan terjadi! Sekali lagi Lyna, semua salah kau!
Lyna sedut hingusnya. Terus dia melangkah keluar dari bilik dan menuju ke ruang bawah tanah. Dia mendekati bilik seksaan dan daun pintu diketuk kasar. Berkali-kali dia ketuk sambil tahan esakan. Dia ingin balasan daripada Eafy, tolonglah jangan buat hal Eafy!
"Woi! Kau jangan pengsan pula! Eafy Leo! Wake up. Bangun Fy..." perlahan-lahan suara Lyna berubah kendur. Dia tahan dadanya yang sudah sesak. Tolonglah...
"Hanis, Eafy... Hanis..." Air mata Lyna sudah mengalir deras. Ni kalau Eafy pengsan, Hanis pengsan susahlah nak selesaikan! Tolonglah jangan buat hal Eafy.
"Bodoh! Kau pengsan? Dasar lelaki lemah! Kuatkan diri kau untuk Hanis lah, Eafy! Tolonglah bangun..."
Lyna jatuh terduduk. Dia menghentak kuat daun pintu bilik seksaan sebelum esakannya bergema. Dengan langkah lemah-longlai, dibawa dirinya kembali ke balkoni bilik Eafy. Perlahan-lahan Lyna baringkan diri di lantai sebelum wajah pucat Hanis dipandang lama.
Senyuman hambar diukir. Bermacam cara sudah difikirkan tetapi otaknya tak akan berfungsi di saat cemas ini. Hanis tidak sedarkan diri, begitu juga dengan Eafy.
"Hanis. Esok pagi kau bangun eh? Nanti aku panggil Doktor Hael untuk rawat kau. Kau kuat kan? Aku harap kau kuat. Demi anak kau, Hanis. Demi anak kau." Tutur Lyna perlahan dan merembas air matanya turun laju. Ya, dia tahu tentang pembawakan budak dalam perut Hanis. Semua sudah diceritakan padanya.
"Be strong, Hanis. Good night."
*****
T B C
Triple update for today. Aku pun tak tahu kenapa otak aku berjalan dengan lancar sangat hari ni HAHAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top