Prolog


Malaysia

Sebuah gudang lama yang agak terpencil,telah lama ditinggalkan namun di bahagian dalamannya...

Ada kerja-kerja haram sedang berjalan,melakukan pemprosesan bungkusan dadah dan juga beberapa orang kanak-kanak yang sedang dikurung.

Mereka menangis ketakutan,gerigi besi kurungan diketuk dengan kuat.

"Hoi DIAM!! Tak ada siapa yang dengar la! Pekak telinga aku!"

Kanak-kanak itu tersedu-sedu menahan tangisannya,bimbang akan dilukakan jika mereka terus menangis.

"Diorang budak-budak memang la takut.. kau tu buat apa? Goyang telur? Tolong aku sini!" Rakannya menegur.

"Boss suruh aku jaga budak-budak ni.." dalih si pemuda itu.

"Kurungan tu berkunci kan? Plus budak-budak tu tak ada tenaga nak pecahkan kunci.. jangan banyak songeh tolong aku sini!" bidas rakannya geram menyeringai sambil mengepalkan penumbuk.

"Yelah...yelah..." pemuda itu mengalah dan terus mendekati rakannya.

Tiga orang kanak-kanak itu hanya memerhatikan sahaja sekumpulan dewasa melakukan aktiviti mereka,tanpa tahu apa yang kumpulan dewasa itu sedang lakukan.

Pada masa itu juga,satu susuk figura secara senyap-senyap menyelinap masuk ke gudang tersebut.

"Alpha One.. Alpha Two.. aku dah masuk.. report.." Jamel menekan alat komunikasi yang dipasang pada telinga.

"Alpha Zero,kami di bahagian timur.." jelas satu suara,iaitu Aisy dan Aufa pula memerhatikan keadaan sekeliling.

"Roger.. target in my sight.. three of them.." kata Jamel.

"How's they condition?"

"So far still alive.. nampak keadaan mereka agak lemah.. seperti tidak diberi makanan.."

"Damn it... diorang ni bukan je kejam.. tapi tak berperikemanusiaan.. diorang budak-budak lagi.." Aufa mencelah.

"Orang jahat.. apa yang kau nak expect?" Aisy membalas selepas menghela nafas pendek.

"So.. what are we waiting for? Let's give them a lesson!" Aufa berkata sambil teruja dan tersengih menyeringai.

"No... remember,matlamat kita adalah selamatkan tebusan... bukan hancurkan tempat musuh.." ujar Jamel menggelengkan kepala.

"Tapi masa ketua kita ada.. dia buat semua tu.." Aufa mencebik dan Aisy menekup muka.

"Ketua kita bukan manusia kawanku.. dia lebih teruk dari penjahat.." kata Jamel tersenyum kelat.

"Tak syok lah..!" Rungut Aufa.

"Nak syok kau pergi buat sorang-sorang.. kalau kena cekup,aku tak nak selamatkan kau.." Aisy membalas.

"Sampai hati kau kata camtu? Aku abang kau okay?"

"Aku pedulik apa?"

Jamel menggelengkan kepala mendengar dua beradik itu,bertekak mulut kemudian Jamel bergerak perlahan-lahan mendekati kurungan sangkar besi itu.

Kanak-kanak itu menyedari kehadiran lelaki itu,Jamel segera meletakkan jari telunjuk pada bibirnya tanda menyuruh kanak-kanak itu semua tidak membuat sebarang bunyi.

Nasib baik mereka faham dan mengangguk laju,Jamel tersengih melihat kecerdikan ketiga-tiga kanak-kanak itu.

"Good kids..." ujar Jamel melihat tiga orang kanak-kanak itu,dua lelaki dan seorang perempuan.

Namun yang perempuan kelihatan sangat lemah,Jamel menjengah sedikit ke arah penyangak itu semua dan mereka masih fokus dengan kerja-kerja mereka.

"Kami dah makan?"

"Belum..." jawab salah seorang kanak-kanak,nadanya begitu rendah namun dapat didengari oleh Jamel.

"Berapa lama kamu tak makan?"

"Lima hari...kami hanya makan sisa-sisa orang jahat tu semua.."

Jamel mengerutkan dahi,lima hari mereka tidak diberikan makanan yang cukup. Malah hanya diberi sisa makanan mereka sahaja?

Tiga orang kanak-kanak itu hanyalah anak orang biasa,tetapi zaman ini zaman yang bahaya dan perdagangan organ secara haram berleluasa. Mereka mahu kanak-kanak ini mati secara perlahan-lahan,Jamel menghela nafas pendek dan menekan alat komunikasinya.

Aufa dan Aisy menyedari panggilan Jamel,mereka menekan serentak dan suara Jamel kedengaran.

"Alpha One.. Alpha Two.. kita ubah plan.. kita akan ranapkan tempat ni.."

Aufa tersengih teruja dan Aisy mengeluh lemah,kemudian menarik sepucuk pistol berwarna putih. Desert Eagle,laras ditarik dan Aufa mengeluarkan Colt Python iaitu pistol jenis revolver.

"Macam tu la aku nak!!" Aufa terus meluru keluar dari tempat persembunyian.

"Huh? Ada musuh!!" Pihak musuh yang sedang berkawal,terkejut dengan kemunculan Aufa yang secara tiba-tiba.

Salah seorang daripada mereka,berlubang kepalanya dek tembakan pantas Aufa. Aisy menyedari serbuan dari kirinya,dia terus menyepak belakang Aufa dan mengelak tembakan.

"Ayark!! Aisy kau gila ke apa?!"

BAM!! BAM!!

Dua orang musuh rebah,apabila tembakan pantas daripada Aufa walaupun terjatuh. Aisy mengacukan pistol,lalu menarik picu.

BANGG!!

Satu bunyi jatuh kedengaran dari dalam semak,Aisy bergolek dan menghembus nafas pendek.

"Kalau aku tak sepak kau,kepala kau dah berlubang.." jawab Aisy.

"Tch! Yelah-yelah.. terima kasih adikku.. sayang kau.."

"Geli bodoh.."

"Kau bodohkan aku?"

"Haah.. haih la nasib dapat abang bengap cam kau.."

"Oi tu dah lebih!"

"Pedulik apa aku?"

"Kau kena pedulik! Sebab aku abang kau!"

Sekali lagi Aufa dan Aisy bertekak,membuatkan pihak musuh merasa marah dan mula bertindak.

"Korang nak bertekak ke nak berlawan?!!" Soal salah seorang daripada pihak musuh.

BAM!! BAM!!

BANGG!!

"DIAMLAH!!" serentak dua orang beradik itu menjawab sambil melepaskan beberapa das tembakan.

Pada masa itu juga,bunyi tembakan yang kuat menarik perhatian pada pihak musuh yang berada di dalam gudang lama.

"Bunyi apa bising-bising kat luar tu?" soal salah seorang daripada mereka.

Salah seorang daripada mereka rebah,mereka terkejut dan Jamel sudah berada dekat dengan mereka. Jamel menyepak meja yang terletaknya serbuk heroin, membuatkan mereka tersedak dek habuk serbuk dadah itu. Meja yang masih berada di udara,Jamel terus menghenjut satu tendangan dan dua daripada pihak musuh melayang jauh bersama meja.

"Siapa kau ni ha? Urghh?!"

Tumbukan padu mengenai batang hidungnya,patah dan berdarah itu sudah pasti. Seorang lagi cuba untuk mengacukan pistol,namun Jamel menangkap lengan dan menumbuk sikunya.

"Arrgghhh...!!!!" Raung si penjahat kerana tangan patah pada bahagian siku.

Jamel tidak menunggu lama,dalam masa si penjahat meraung kesakitan. Jamel memusingkan badan dan seraya menghayunkan sepakan,maka terpelantinglah musuh merempuh rak-rak berdekatan.

Telinga Jamel menangkap satu bunyi,dia terus memandang ke arah belakang kemudian terus mengelak dua serangan hendap.

BLAMM!! BLAMM!!

Jamel berundur beberapa langkah ke belakang,dia melihat dua susuk figura berdiri merenung tajam ke arahnya. Seorang menggunakan senjata,kerambit dan seorang lagi menggunakan pisau rambo.

"Kau berani datang sini buat kacau hah? Nak jadi hero eh?" salah seorang menyoal.

"Kau tanya buat apa? Belasah je lah!!" Seorang lagi yang menggunakan pisau kerambit,terus meluru ke arah Jamel.

Hayunan kerambit amat pantas,Jamel mengelak dengan berhati-hati. Seorang lagi yang menggunakan pisau,juga menyusul dan kali ini Jamel agak terkial-kial untuk mengelak.

Mereka berdua bergerak pantas,sekelip mata potongan X terhasil pada dada Jamel. Darah merah merah,Jamel mengerutkan dahi kepedihan. Dua orang musuh itu tersenyum sinis,Jamel hanya diam seketika dan tangan menarik sesuatu.

Dua musuh itu kehairanan,Jamel menarik keluar sesuatu dan ianya adalah sejenis senjata.

Nunchaku

"Walaupun kau ada senjata,ianya tidak mengubah APA-APA!!" musuh yang menggunakan kerambit,terus meluru laju ke arah Jamel.

Jamel menghayunkan senjatanya dan tepat mengenai lengan musuh,menyebabkan tangan musuh tertolak ke belakang dan Jamel menghayunkan nunchaku tepat ke perutnya. Musuhnya mengerang kesakitan,seorang lagi rakannya terus menyusul untuk menyerang.

Namun kali ini tidak bernasib baik baginya,Jamel menepis tusukan serangan pisau rambo dan melakukan pukulan menggunakan nunchaku bertubi-tubi.

Ktusshh!! Ktusshh!!

Ktaaasshhh!!

"ARGHH!!!"

Serangan Jamel menyakitkan namun tidak cukup untuk menjatuhkan musuhnya,dua orang musuh itu berpandangan dan mengangguk. Mereka ingin menyerang Jamel dengan serentak,namun Jamel juga sudah merancang dan menarik satu lagi senjata yang sama.

"Kau ingat kami akan berikan kau masa!??"

Dua orang musuh itu meluru ke arah Jamel dengan amat laju,namun Jamel dengan tenang mengatur langkah. Nafas ditarik perlahan-lahan ke dalam,kemudian dia helakan juga secara perlahan-lahan.

"Achaa...!!!" Jamel menjerit seiring menghayunkan nunchaku bertubi-tubi dengan pantas.

Ktusshh!! Ktusshh!!

Ktaaasshhh!!

Ktusshh!! Ktusshh!!

Ktaaasshhh!!

"Arghhh....!! Urghh...!! Arrkk!!"

"Wachaa!! Achaa..!!" Jerit Jamel ala Bruce Lee,sambil menghayunkan nunchaku.

Ktusshh!! Ktusshh!!

Ktaaasshhh!!

Ktusshh!! Ktusshh!!

Ktaaasshhh!!

"Urrgghh!! Ayarrkk!! Sakit!!"

"Ureaahh!! Wacha!! Amik ni! Amik!!"

Ktusshh!! Ktusshh!!

Ktaaasshhh!!

Ktusshh!! Ktusshh!!

Ktaaasshhh!!

"Arggh....ha.. ha.." kedua-dua musuh kepalanya berdenyut-denyut sakit,pandangan mereka menjadi berganda.

Manakala Jamel terhenti seketika serangannya,kerana dia sedang mengecas tenaganya!!

"Uuu....uuu...." Jamel menggenggam erat nunchaku,sehingga timbul urat mengetat.

"WOREEAAAHHH!!!"

DUUUSSHHHH!!!

"ARGGHHH...!!!"

KRAAKKK...!!!

Dua orang musuh melambung tinggi sebelum jatuh menghempas meja yang berdekatan,kanak-kanak itu yang menyaksikan perlawanan tersebut bereaksi kagum.

Jamel menghela nafas pendek,matanya tenang dan suasana sunyi seketika. Tidak lama,Jamel berpusing dan melibaskan hayunan nunchaku dengan pantas.

PRAANNGG!!!

Jamel terkejut melihat senjata jenis kunai?

Dia memandang ke satu arah,seorang lelaki memakai sut hitam dengan kemas sambil memegang senjata yang dipanggil kunai.

"Kunai? Apa kau ni? Ninja pulak?"

Lelaki bersut hitam hanya tenang,tidak memberi penjelasan dan terus mengeluarkan beberapa bilah kunai lalu dibaling ke arah Jamel.

"Sudah tentu dia tidak akan JAWAB!!"

Pemuda berambut hitam panjang itu, bersiap-sedia untuk menangkis namun..

Bang!! Bang!! Bang!!

Trang!! Trang!!

Kunai itu terpelanting terpacak ke tempat lain,Jamel dan lelaki bersut hitam memandang ke arah lain. Aufa dan Aisy berdiri secara bersebelahan,sambil mengacukan pistol mereka ke arah lelaki bersut hitam.

"Mari aku isi perut kau dengan peluru!!" Aufa berkata tersengih.

"Oi! Jangan bunuh dia.." Aisy mencelah.

Jamel tidak menunggu lama,dia segera ingin meluru ke arah lelaki bersut hitam. Namun lelaki bersut hitam itu,sudah mengeluarkan sebiji bola dan dihempas ke lantai lalu asap tebal terhasil.

"Bom asap!! Lindungi mata korang!!"

"Ninja ke apa?" Aufa menyoal.

"Ninja moden barangkali.." jawab Aisy selamba.

BOFF!!

Asap tebal menutupi hampir separuh kawasan,Jamel menghentikan kemaraannya seketika dan terus meluru ke arah di mana lelaki bersut hitam itu berada tadi.

Kosong..

Tiada sesiapa di situ..

"Tch!" Jamel mendecih geram.

"He got away.."

"Chief.." Aufa memanggil Jamel dari belakang.

"Apa dia? Jangan panggil aku chief!"

"Budak-budak tu kitorang dah keluarkan.." kata Aufa dan Jamel meninjau.

Aisy sedang memujuk kanak-kanak itu yang ketakutan,Jamel menghela nafas pendek dan membuat panggilan telefon.

"Misi selesai.. hantarkan kenderaan besar,kita ada sekumpulan kanak-kanak perlu di bawa ke hospital.." ujar Jamel.

"Tetapi.. bagaimana dengan ninja moden tu?" soal Aufa.

"Jangan risau.. kawan kita dah standby tunggu.." jelas Jamel membuatkan kembar tidak seiras itu kehairanan kurang faham.

Pada masa yang sama di satu lorong,ninja moden itu sudah terbaring tidak bernyawa. Seorang pemuda berkaca mata,rambut sikat belakang dan alis matanya yang tajam mengesat tangannya yang basah dengan darah.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan,Jamel dan kembar pula sudah beredar.

"Lakukan misi tanpa ketua dan penolong ketua penat duh.." kata Aufa dan Aisy hanya menggelengkan kepala.

"Diorang pelajar lagi,bagi la diorang fokus pada belajar.." Jamel mencelah.

"Diorang? Belajar?" Aisy berkata sambil tersengih.

"Yeah.. ketua kita digelar genius.. walau tak belajar bersungguh-sungguh dia masih boleh score 80 and above.." kata Aufa.

"Penolong ketua pun sama..." sokong Aisy.

"Genetik..aku kadang cemburu.." omel Jamel dan kembar itu tersengih.

"Kau pun kuat berlawan gak chief.." kata dua kembar itu serentak.

"Kau nak sedapkan hati aku je.. jangan panggil aku chief!" Jamel membalas.

"Aha.. lagi satu chief,ini aku ada jumpa satu maklumat yang menarik minat kau chief.." Aisy berkata sambil tersenyum.

"Her.. jangan panggil aku chief.. maklumat apa?"

"Lagi bagus kau baca sendiri.." kata Aisy menyerahkan pendrive kepada Jamel.

Jamel mengambil pendrive tersebut,dia menghela nafas pendek. Smartphone miliknya berdering secara tiba-tiba,Jamel menyeluk saku.

"Hello?" Jawab Jamel.

"Abang Jamel.. kita dah nak gerak!" satu suara menegur di hujung talian.

"Okay.. have a nice flight.. please send my regards to that rascal.." ujar Jamel tersengih.

"Don't worry,I will.." kata suara itu di dalam talian.

"Siapa?" Aufa menyoal.

"Irish.. dia dah nak berlepas.." jelas Jamel.

"Aha.. yelah.. hari ni kan?" Aisy pula menyoal dan Jamel mengangguk sahaja.

Melihat dua beradik kembar itu berbual,Jamel menghela nafas pendek dan menolak masuk pendrive ke desktop. Menunggu dalam beberapa saat,satu fail muncul dan Jamel klik.

*******

Satu bilik yang lokasinya tidak dikenal pasti,ada beberapa orang sedang berkumpul dalam satu meja bulat.

"Kita tidak tahu bila Lady Rumi akan bangun.." ujar salah seorang yang berada di meja bulat besar itu.

"Jadi apa masalahnya?"

"Jika puak lain tahu,mereka akan mengambil kesempatan!"

"Ya..itu yang kita takut.."

Salah seorangnya,elder dari Puak Baiyura iaitu Sahak dengan air muka yang serius mencelah.

"Jadi apa kata kita pilih pengganti Lady Rumi?" Sahak berkata.

"Pilih pengganti?!"

"Bagaimana calon yang lain?"

"Ya betul,kita tidak boleh putuskan dengan suka hati kita!"

"Kenapa perlu susah sangat.. kita hanya perlu singkirkan yang lain.." jelas Sahak berkata sambil tersenyum licik.

"Sahak.. kita bercakap mengenai calon-calon yang terlibat.. salah seorang adalah anak Lady Rumi kita.."

"Kenapa nak takut? Kita cakap je la.. puak lain yang buat? Simple je kan?" Sahak berkata yakin.

"Sahak kau..."

"Kita dah bincang dengan pihak kerajaan.. jika calon kita tidak dipilih,sukar untuk kita teruskan plan kita.." seorang lagi Elder mencelah,Rahman.

Sahak hanya tersengih sahaja, Elder yang lain berbisik antara satu sama lain. Sahak hanya tersengih,dia dan Rahman berpandangan kemudian mengangguk.

******

Sementara itu kembali ke lokasi Jamel,air mukanya terkejut dan cuak. Dia mengetap giginya menyeringai,membaca fail yang dia dapat daripada Aisy.

"Ini senarai mangsa yang bakal dibunuh.."

Jamel membaca dan salah seorangnya,ada nama Ikhwan serta gambar. Jamel menghela nafas pendek,dia menekup muka.

"Sahak... Kau..." Jamel mengetap giginya.

Jamel mendail satu nombor,bukan nombor di Malaysia dan menunggu agak lama. Tidak lama lepas itu,panggilannya dijawab.

"Hello?"

"Hello Ikhwan? Kau okay?!" Jamel menyoal tanpa memberi salam.

"Abang Jamel? Ada yang tidak kena?"

"Sahak upah pembunuh upahan untuk tamatkan nyawa calon-calon bagi ketua Puak Baiyura seterusnya.. termasuk kau.." jelas Jamel.

"Huh? Ouh...patutlah.."

"Patutlah apa?"

Lokasi berubah di mana Ikhwan berada,dia sedang duduk di atas badan dua tiga orang yang sedang terbaring. Namun bukan hanya tiga orang,lebih dari sepuluh orang terbaring di atas pejalan kaki.

"Aku kena serang beramai-ramai di sini.."

"Ramai sangat ke?"

"Dalam sepuluh.. tak sekejap bagi aku kira semula..lima belas orang.." jelas Ikhwan dan Jamel tersengih.

"Diorang semua hidup lagi?" soal Jamel.

Ikhwan memandang ke arah figura yang terbaring,semuanya mengerang kesakitan dan ada yang tidak sedarkan diri namun masih lagi bernyawa.

"Argghh...."

"Hergghh..."

"Sakit.... Arrghh..."

"Hmm.. barely.. it's bit hard for me holding back.." jawab Ikhwan sempoi dan Jamel menghela nafas pendek.

"Just don't kill them..." Jamel berkata lemah.

"I'm trying.." mendengar jawapan Ikhwan,hanya keluhan kecil sekali dilepaskan.

"I'll Contact you again if situation here getting serious.." ujar Jamel.

"Alright chief.." balas Ikhwan mengangguk.

"Don't forget,Irish is will be there soon.." jelas Jamel lagi dan Ikhwan tersenyum simpul.

"Got it.."

"Call you later.."

Talian ditamatkan dan Ikhwan menoleh mendongak ke atas langit,nafas helaan dilepaskan dan kolar uniform dibetulkan.

"You guys making me late to school.." rungut Ikhwan dan terus beredar.

Salah seorang memerhatikan Ikhwan berlalu pergi,dia cuba bangun walau dalam keadaan menahan sakit.

"Siapa budak tu? Kita tidak dapat sentuh dia langsung tadi!.." soal dia.

"Seseorang yang korang tidak boleh main-main.." sapa satu suara.

Pemuda itu menoleh dan terkejut,satu figura berdiri di hadapan matanya. Tubuhnya menggigil melihat lelaki itu,dia menyeringai menunjukkan gigi siungnya.

"Aires Hernandez?!"

Aires tersengih dan Haze di belakangnya,serta sepuluh orang bawahannya menyusul muncul.

"You guys pick a wrong person to mess with..."

🔶🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔶

Hello guys

We're back in action

Hope not waiting for too long right?

Me and Lovelive122003 got a little busy

English!

Okay tukar Malay

Kami kembali,mungkin aku yang kembali.. si Lovelive masih tersepit dengan study

Hope dia survive la eh

Sebab kalau dia tak survive,season 2 akan terkubur

Hehe..

Komen dan vote okay

Ciao!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top