EPILOG
Beberapa tahun kemudian..
TOK! TOK! TOK!
Ketukan kedengaran di salah satu pintu sebuah perumahan flat, pintu dibuka oleh seseorang bermata biru.
"Ya?" soal sosok yang kelihatan dalam pertengahan 30-an, dia memandang ke arah dua pegawai polis yang berdiri di hadapan pintu rumahnya.
"Apa khabar, kami daripada Ibu Pejabat Kepolisan Pulau Rintis. Adakah encik adalah Encik Boboiboy Taufan bin Amato?" soal salah satu daripada pegawai polis itu.
"Oh. Ya, saya. Ada apa-apa masalah ke?" soal Taufan, senyuman ramah menghiasi bibirnya.
"Kami ingin mengumpul keterangan daripada encik. Mengikuti data kami, encik mempunyai sejarah gelap dengan Encik Megat Aryan bin Megat Hanafi?" soal pegawai polis itu lagi.
"Ya tapi itu cuma sejarah silam sahaja. Kenapa? Ada apa-apa yang terjadi dengan dia ke, encik?" soal Taufan pula.
"Kami menerima laporan bahawa Encik Megat Aryan sudah menghilang seminggu yang lepas dan kami diarahkan untuk menyiasat sesiapa yang pernah berkawan atau berdendam dengan Encik Megat Aryan dan encik salah satu daripada mereka," balas pegawai polis.
"Oh. Seingat saya, saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia. Lagipun seperti yang encik katakan, saya ada sejarah gelap dengan dia. Jadi, saya memilih untuk tidak mendekati Aryan atau berjumpa dengan Aryan lagi." Taufan memberikan keterangan.
"Baiklah. Jadi apa yang encik lakukan ketika Encik Megat Aryan menghilang?" soal pegawai polis itu lagi sambil menekan pen yang dipegangnya, ingin mengambil keterangan daripada Taufan.
"Oh, waktu tu saya sedang bekerja." Taufan membalas.
"Encik kerja di mana?" soal pegawai polis itu lagi.
"Di 7-Eleven hujung jalan sana," balas Taufan lagi.
"Encik kerja daripada pukul berapa ke pukul berapa?"
"8 malam hingga 5 pagi."
"Hmm. Baiklah. Terima kasih untuk kerjasamanya, encik. Itu sahaja yang kami perlukan," kata pegawai polis sambil menyimpan pen dan buku nota ke dalam poketnya.
"Sama-sama. Saya berasa senang hati untuk membantu encik sebanyak yang mungkin," ucap Taufan pula.
"Kami beredar dahulu, ya?" kata pegawai polis itu sambil berjabat tangan dengan Taufan sebelum beredar dengan rakan sepegawainya.
"Selamat tinggal!" ucap Taufan, matanya menatap kedua-dua pegawai yang perlahan-lahan beredar daripada kawasan perumahan flatnya itu.
Taufan terus menutup pintu rumahnya setelah kedua-dua pegawai menghilang daripada pandangannya, Taufan terus melabuhkan punggungnya di atas sofa dan menghembuskan helaan nafas yang halus.
BRR!! BRR!!
Tiba-tiba telefon bimbit milik Taufan berdering, lelaki itu mengambil telefonnya dan serta-merta menjawab panggilan tersebut.
"Helo, Solar?" Taufan membuka bicaranya.
"Ufan, kau dengar berita baru tentang dia tu?" Kedengaran suara Solar di hujung talian.
"Ada. Tadi baru je dua orang polis datang rumah aku," kata Taufan.
"Diorang ada perasan apa-apa ke?" soal Solar lagi.
"Sepertinya tidak," kata Taufan sambil dia mengambil sebatang gula-gula lolipop yang berasa di ataa meja kopi.
Taufan memaksa buka pembalut gula-gula tersebut menggunakan giginya.
"Heh, diorang pasti akan mengambil masa untuk cari badan dia. Aku harap yang kes dia bakal ditutup begitu sahaja," sambung Taufan lagi selepas mengulum gula-gula tersebut, sebuah senyuman sinis terhasil di bibirnya.
[SWITCH]
Seminggu yang lalu, 7-Eleven Kota Hilir, 8:15 malam..
"Weh, kau dengar tak yang pekerja baru kita ni bekas banduan?" Kedengaran seorang pekerja 7-E sedang mengumpat di dalam ruang rehat pekerja.
"Huh?! Kau biar betul ni?!" kata rakan sekerjanya.
"Betullah, aku dengar daripada bos bila dia berbincangan dengan pihak atasan kelmarin tapi pihak atasan tetap ambil dia untuk teruskan bekerja!" kata pekerja itu lagi dengan penuh yakin.
"Apa yang kamu berdua mengumpat sekarang ini? Shift kamu berdua dah habiskan? Tak reti nak balik?" soal seseorang membuatkan kedua-dua pekerja itu terkejut.
"O.. Oh! Maafkan kami, Encik Fang. Kami nak pergi baliklah ni, hehe."
Kedua-dua pekerja itu cepat-cepat bangun dan keluar daripada ruang rehat dalam keadaan terburu-buru manakala Fang hanya mampu menggelengkan kepalanya sebelum dirinya turut keluar daripada ruang rehat itu.
TING!
Tiba-tiba pintu utama 7-Eleven terbuka dan terlihat sosok Taufan berjalan masuk ke dalam kedai tersebut.
"Kenapa lambat?" soal Fang, suaranya kedengaran tegas.
"Haha, maaf. Saya terlajak tidur tadi," ucap Taufan, dia ketawa malu.
"Hm, yalah. Pergi tukar baju kau tu, hari ni kau jaga kaunter." Fang memberi arahan.
"Okey, bos!" Taufan cepat-cepat masuk ke dalam ruang rehat untuk tukar bajunya, Taufan menyimpan segala harta bendanya ke dalam loker yang disediakan.
Setelah selesai menukar baju ke seragam kerjanya, Taufan menghantar mesej kepada seseorang sebelum menyimpan telefon bimbitnya di dalam loker dan menuju ke kaunter untuk melakukan kerjanya.
Sementara itu di dalam kegelapan malam, kelihatan seseorang memakai segala hitam daripada hujung kepala ke hujung kaki sedang berdiri di dalam sebuah lorong gelap.
TING!
Telefon bimbitnya berbunyi menandakan seseorang menghantar mesej kepadanya, dia menghidupkan skrin telefonnya dan membaca mesej tersebut. Cahaya telefonnya memancarkan wajahnya tetapi wajahnya kelihatan separuh kerana ditutup topeng hitam di bahagian bawah matanya, menunjukkan matanya yang berwarna biru.
"Hahaha!" Tiba-tiba beberapa suara gelak tawa menarik perhatian sosok itu, sosok itu melirik ke satu arah.
Kelihatan Aryan keluar daripada sebuah kereta bersama dua orang wanita sebelum menjejak masuk ke dalam sebuah kelab malam.
Sosok itu menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket jaketnya sebelum mengikuti kenderaan tersebut ke sebuah parkir yang tidak jauh daripada kelab itu.
"Ugh. Penatnya, kenapalah orang tua tu suka sangat pergi ke kelab malam? Tak reti nak duduk diam ke?" rungut pemandu Aryan sambil keluar daripada kereta yang dipandunya.
"Kalau macam tu biar aku buat kerja kau."
"Huh?! Sia-ugh?!" Belum sempat pemandu itu menoleh, kepalanya terus dipukul oleh seseorang daripada belakang.
Pemandu tersebut serta-merta terbaring di atas tanah dan sosok misteri itu menarik pemandu itu masuk ke dalam bonet belakang kereta sebelum masuk ke dalam tempat duduk pemandu.
"Sekarang mari kita tunggu," gumam sosok itu sebelum dia menunggu dengan penuh selesa.
Beberapa jam berlalu dan jam sudah menunjukkan satu pagi.
BRR! BRR!
Deringan daripada telefon di atas kerusi penumpang di sebelahnya, menarik perhatian sosok itu. Sosok itu melirik ke arah nama pemanggil itu. Aryan.
Sosok itu terus menghidupkan kereta tersebut dan memandu ke arah kelab malam tersebut sebelum menghentikannya di hadapan kelab malam itu.
Kelihatan kelibat Aryan yang keluar terhuyung-hayang daripada kelab malam, dipimpin oleh dua orang wanita. Kedua-dua wanita itu membantu Aryan masuk ke tempat duduk penumpang di bahagian belakang.
"Bye, semuanya. Esok kita jumpa lagi, okey?" kata Aryan dalam keadaan mabuk.
Kedua-dua wanita itu mengucapkan selamat tinggal kepada Aryan sebelum menutup pintu kereta.
"Hoi, kau ada bawa air tak?! Air!" kata Aryan kepada sosok misteri itu.
Sosok itu menghulurkan sebotol air mineral kepada Aryan dan Aryan terus merentap botol air mineral tersebut sebelum meminumnya dengan rakus. Sosok itu melirik ke arah Aryan buat seketika dan terus memandu kereta itu.
"Agh! Kejutkan aku bila dah sampai rumah!" kata Aryan sambil melemparkan botol air itu kepada sosok itu.
Sosok itu hanya mendiamkan dirinya dan dia memandu kereta tersebut ke arah yang lain, menuju ke sebuah pergunungan jauh daripada kawasan bandar.
[SWITCH]
Bunyi seseorang menggali tanah perlahan-lahan mengejutkan Aryan daripada tidurnya, kepalanya terasa berdenyut-denyut dan pandangannya menjadi samar-samar.
"A.. Aku kat mana ni?" kata Aryan dengan nada lemah.
Aryan cuba untuk memperbetulkan pandangannya sehinggalah dia terkejut apabila beberapa butir tanah jatuh di atas badannya.
"Huh?! Tanah?! Ke.. Kenapa aku kat dalam lubang ni?!" Aryan terkejut apabila dirinya terperangkap dan terikat di dalam lubang yang sungguh dalam.
"To.. Tolong! Tolong! Sesiapa!" jerit Aryan.
"Ah, nampaknya kau dah bangun."
Tiba-tiba satu suara mengejutkan Aryan dan dia terus menatap ke atas, terlihat seseorang menjenguk dia daripada atas.
"Ka.. Kau! Kau siapa huh?! Kau nak apa daripada aku?! Duit?! Aku boleh bagi duit kat kau!" kata Aryan.
"Duit? Oh, tidak. Aku tak mahu duit kau, aku nak nyawa kau." Sosok itu membalas.
"A.. Apa maksud kau?!" kata Aryan.
Sosok itu menurunkan topeng yang dipakainya, menunjukkan wajahnya.
"Ta.. Taufan?! Macam mana kau boleh terlepas?!" Aryan terkejut.
"Oh, bukan susah nak jadi budak baik. Bukan?" kata Taufan dengan sinis.
"Kau tak guna! Macam mana kau boleh ambil kereta aku?!" marah Aryan.
"Ah, tentang itu. Pemandu kau bukannya pemandu kau yang sebenar," kata Taufan lalu pemandu milik Aryan berdiri di sebelah.
"Huh?! Kau! Kau pembelot, kau bersubahat dengan dia ke?!" marah Aryan lagi.
"Oh, mudahnya kau tertipu dengan kami. Aryan." Pemandu itu mengelap alat solek daripada wajahnya dan juga kanta mata, menunjukkan wajah sebenarnya.
"Huh?! So.. Solar?! Tak guna! Tak guna! Lepaskan aku! Tolonglah! Tolonglah! Jangan bunuh aku! Kasihankan aku!" rayu Aryan.
"Kasihankan kau? Adakah kau rasa kasihan kat aku selepas kau bunuh Ais, huh?!" tengking Taufan membuatkan Aryan sepenuhnya terdiam.
"Heh, manusia sampah macam kau patut jadi baja sahaja. Baru berguna," kata Taufan lalu dia terus menggali tanah masuk ke dalam lubang itu dan dibantu oleh Solar.
"Tidak! Tidak! Tolonglah! Tolonglah lepaskan aku! Maafkan aku! Maafkan aku!" rayu Aryan, Aryan menangis semahunya apabila dirinya perlahan-lahan terkambus di dalam tanah sehingga suaranya tidak kedengaran lagi.
Setelah selesai, Taufan dan Solar meletakkan bangkai haiwan di atas tanah tempat Aryan terkambus sebelum turut mengambusnya lagi dengan tanah sehingga penuh.
[SWITCH]
"Heh. Kalau bukan sebab Duri nak ambil alih tempat aku di 7-E hari tu, tak mungkin rancangan ini akan berjaya," kata Taufan lalu mencampaknya batang gula-gula lolipop di atas meja kopi.
"Aku pun tak sangka Duri pun nak tolong kita waktu itu," kata Solar pula.
"Jadi, macam mana kau dan Duri di Amerika?" soal Taufan.
"Baik-baik sahaja. Sepertinya Duri sudah biasakan dirinya di sini," balas Solar.
"Baguslah. Oh ya, kirim terima kasih aku kepada Duri," ucap Taufan.
"Baiklah, nanti aku kirimkan." Solar mengikuti kehendak Taufan.
"Aku harap pokok yang diberikan oleh Duri itu dapat tumbuh segar di atas kubur dia bersama kesalahan masa silamnya buat selamanya."
TAMAT.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top