BAB 11
TOK! TOK! TOK!
Ketukan pintu mengejutkan Ais lalu matanya memandang ke arah Abang Jo yang sudah berdiri di pintu.
"Oh, Abang Jo."
"Ais demam ke? Abang dengar daripada Duri yang Ais tak sihat," kata Abang Jo sambil mendekati Ais bersama dengan talam makanan.
"Cuma rasa tak sedap badan je," balas Ais.
"Betul ke?" kata Abang Jo lalu dia ingin meletakkan tangannya di dahi Ais tetapi Ais terus menepis tangannya.
"Ma.. Maaf," ucap Ais.
"... Ais ada cederakan diri Ais?"
Ais tersentak daripada soalan Abang Jo itu, dia menatap ke arah Abang Jo dengan wajah tidak percaya.
"Ma.. Macam mana."
"Masa abang angkat kamu ke sini, abang perasan kesan parut pada lengan kamu. Ais ada apa-apa masalah ke masa kat Kota Hilir sebelum ini? Ibu dan ayah Ais tahu ke pasal ni?" Abang Jo membalas.
Ais terdiam seribu bahasa, dia tidak dapat terangkan kepada Abang Jo tentang trauma yang dia alami sekarang ini.
"... Tak apa jika Ais tidak mahu beritahu perkara sebenar tapi jangan sakitkan diri Ais, okey?" Abang Jo mengusap rambut Ais dan senyuman lembut menghiasi bibirnya.
"O.. Okey."
"Bagus. Nah, makan. Jangan laparkan diri kamu tu, nanti kamu makin sakit. Kasihan kalau Duri dan Tok Aba risau pula." Abang Jo meletakkan talam makanan di atas riba Ais.
"Baik, bang."
"Kalau Ais nak apa-apa, panggil je abang. Okey? Jangan takut-takut," kata Abang Jo lalu menerima anggukkan daripada Ais. Abang Jo berjalan keluar daripada bilik Ais dan Duri.
Ais menatap ke arah Abang Jo buat seketika lalu dia menatap ke arah makanan yang diberikan oleh Abang Jo. Entah mengapa dia berasa serba salah dengan Abang Jo.
Sementara itu di Akademi Pulau Rintis, terlihat Duri duduk seorang diri di dalam kelas.
"Duri! Datang seorang je ke, mana kembar kau?" Aryan merangkul bahu Duri menyebabkan Duri terkejut, Aryan dan kumpulannya mengerumuni meja Duri.
"O.. Oh, Aryan. Ais tak datang hari ini, dia tak sihat."
"Tak sihat? Sebab semalam ke?" soal Aryan lagi.
"Ta.. Tak." Duri menggelengkan kepalanya.
"Jangan nak menipu aku, aku minta maaf okey? Aku tak sengaja sebab aku tak ada mood semalam, esok aku minta maaf dengan Ais. Okey?" Aryan memujuk Duri.
"Huh? Betul ke ni?" soal Duri pula.
"Ya. Nanti beritahu Ais yang aku harap dia cepat sembuh, okey?" kata Aryan.
"Okey!"
"Oh, ya. Aku nak tahu sesuatu," kata Aryan lagi.
"Huh? Nak tahu apa?" Duri mengerutkan keningnya.
"Kau anak siapa eh? Kami tak tahu nama ayah kau," kata Aryan.
"Oh, nama dia Amato."
"Huh?! Nanti, Amato?! Pemilik syarikat teknologi yang terkenal dari Kota Hilir tu ke?!" Faeq mencelah.
"Ya? Kenapa?" soal Duri.
"Oh, jadi kau ni budak kayalah? Mesti ayah kau banyak duit ni," kata Faeq.
"E..Eh, mana ada." Duri cuba untuk membantah.
"Yalah tu, tak payah nak buat-buat kau ni tak macam orang kaya. Mesti dia bagi macam-macam kat kau dan Ais. Kan? Untunglah," kata Faeq lagi.
"Eh, itu." Duri tidak mampu melawan.
Ya, ayah mereka memang kaya tapi ayah mereka tidak selalu beri macam-macam kepada dia atau kembar-kembarnya yang lain. Jika mereka mahukan sesuatu, mereka perlu kumpul duit poket yang diberikan oleh ayah mereka sedikit demi sedikit.
"Dasar orang tua kedekut!"
Rungutan Blaze masih terngiang-ngiang di telinga Duri apabila ayah mereka tidak mahu belikan kasut bola sepak untuk Blaze.
Ketika yang lain sibuk menemubual Duri, terlihat daripada salah satu ahi kumpulan Aryan memandang ke arah Aryan dengan perasaan tidak puas hati setelah dia mendengar nama ayah Duri. Penumbuk dikepalkan, kemarahan menyebelungi dirinya lalu kakinya terus menyepak kerusi yang diduduki oleh Duri menyebabkan Duri terjatuh di atas lantai.
"Huh?! Nadzir, apa lu buat ni?! Bos tengah cakap dengan Duri!" marah Caleb.
"Kau! Kau dan keluarga kau memang patut mampus jelah!" Nadzir menunding jarinya ke arah Duri.
"Huh?" Duri hanya mampu terkebil-kebil.
Nadzir terus menarik kolar baju Duri lalu dia terus menumbuk wajah Duri.
"Yo, bro! Chill! Kenapa tiba-tiba marah ni?!" Yaqin menarik Nadzir menjauh daripada Duri.
"Kau, kau memang patut mati! Mati!" tengking Nadzir sambil berjalan keluar kelas.
Beberapa orang pelajar yang terdengar pergaduhan tersebut, mengerumuni pintu kelas 2 Bakti manakala Duri masih terduduk kaku di atas lantai sambil memegang pipinya yang kemerahan.
"Heh." Aryan yang sedar dengan perkara sebenar terus berjalan keluar dan mengikuti Nadzir.
"Sorry, bro. Mungkin Nadzir badmood hari ini," kata Yaqin tapi suaranya kedengaran mengejek Duri kerana senyuman sinis menghiasi bibirnya.
Kesemua ahli kumpulan Aryan berjalan keluar daripada kelas lalu Liyana yang baru sahaja masuk ke dalam kelas, mengerutkan dahinya apabila Yaqin, Caleb dan Faeq mengernyitkan mata mereka kepada Liyana.
"Sakit mata ke apa dorang ni?" gumam Liyana dengan reaksi jijik di wajahnya.
"Hm? Eh, Duri! Awak okey ke ni?!" Liyana berlari ke arah Duri yang terduduk di atas lantai.
"Y.. Ya, saya okey." Duri membalas dengan senyuman menghiasi bibirnya.
"Siapa yang buat ni?! Aryan ke?!" soal Liyana dengan perasaan risau.
"Tak." Duri menggelengkan kepalanya.
"Na.. Nadia! Boleh tak awak belikan ais batu untuk saya?" kata Liyana sambil menghulurkan duit kepada rakan semejanya, Nadia.
"Okey, tunggu sekejap!" Nadia terus berlari keluar daripada kelas.
"Awak jangan bergerak," kata Liyana sambil mengeluarkan sapu tangan daripada poket seluarnya, Liyana mengelap darah yang berada di hujung bibir Duri.
"E..Egh?!" Duri mengerang kesakitan.
"Ma.. Maaf. Bertahan ya? Biar saya bersihkan lagi," ucap Liyana sambil membersihkan darah itu lagi.
"Nah, Yana!" Nadia kembali dan menghulurkan sepaket kecil ais batu.
"Terima kasih, Nadia." Liyana menutup paket ais batu dengan sapu tangannya sebelum meletakkannya di pipi Duri.
"Awak pegang ais batu ni sampai luka awak tu rasa lega, okey?" kata Liyana.
"Okey, terima kasih."
"Kita kawankan, saya sentiasa akan tolong awak." Liyana membalas sebelum dia duduk di tempat duduknya.
"Yana, bukan ke kau tak patut cakap dengan dia?" Nadia berbisik.
"Ada saya kisah? Kalau Aryan cuba sakitkan Duri, saya lagi benci Si Aryan tu. Apa yang bagus sangat buli orang ni," balas Liyana sambil memeluk tubuhnya.
Duri memperbetulkan kerusinya dan kembali duduk di atas kerusi, sekali-sekala dia menekap paket ais batu itu di kawasan yang dia masih rasa sakit. Duri masih berfikir mengapa Nadzir sungguh marah terhadap dia, fikirannya buntu untuk mencari penyebabnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top