Why you hate me
aku hanya masakkan yoongi sunbae ramen , sebab itu sahaja yang ada dalam kabinet dapur. Aku ingatkan nak masakkan yoongi sup daging memandangkan dia tengah sakit, Tapi takde bahan bahan terpaksa lah masakkan ramen sahaja.
Makanannya aku letak di atas meja makan. Aku ke ruang tamu untuk memanggilnya. Aku lihat yoongi tertiarap di atas sofa. Aku dekatinya . Aku cuba kejutkan dia perlahan lahan . Dia hanya menggumam .
" makanan sunbae dah siap " yoongi bangun lalu dia memandang aku .
" mana ? " tanyanya
" dekat meja dapur. Sunbae pergi lah makan " jawabku lembut
" aku taknak makan dekat sana la. Kau bawa sini " ucapnya dengan nada tegas
" baiklah saya ambil. Sunbae tunggu sekejap nae" aku berjalan kedapur. Mangkuk berisi ramen itu aku letak dalam dulang dengan secawan air putih lalu aku bawa ke ruang tamu. Berkerut dahi yoongi memandang ramen itu
" ini je ke ? " tanyanya
" ye ini je yang ada dekat--"
" suap aku " yoongi memotong percakapanku. Dia memeluk kusyen kecil badannya disandarkan ke sofa. Aku masi berdiri di depannya.
Lantas yoongi menarikku duduk disebelahnya. dulang itu dia ambil lalu di letakkan d atas pahaku. Aku setakat menggeleng. manja juga mamat ni nak kena suap bagai , aku gaul gaul ramen itu dan mula menyuap ke mulut yoongi
" aaa buka mulut " Dia hanya akur.
Yoongi memandang aku sambil mengunyah . hati aku berdegup dengan kencang . Aku malu di tatap yoongi seperti itu. Malahan pandangannya itu berbeza dari sebelum ini.
Aku hanya berdiam diri sesekali aku menyuap yoongi dan dia langsung tidak memalingkan wajahnya dari menatap aku. perut aku berbunyi dan aku mula malu bila yoongi ketawa terbahak bahak.
" mari sini ramen tu " dia merampas pinggan mangkuk berisi ramen itu lalu dulang tadi aku letak di atas meja.
" ahh buka mulut kau " ucapnya aku menggeleng
" takpela sunbae makan je la nanti saya makan "
" kau nak aku cium kau ke ? Supaya kau buka mulut " aku lantas menganga kan mulutku.
" tahu takut " yoongi mula menyuap ramen kedalam mulutku.
____________
Selesai membasuh bekas pinggan mangkuk yang aku gunakan tadi, aku mengelap tanganku menggunakan tuala bersih disitu lalu berjalan masuk keruang tamu. Yoongi sibuk menonton tv aku melabuhkan duduk disebelahnya.
Ada sesuatu yang aku ingin tanya yoongi namun mulut aku berat sangat nak terbuka. Sesekali aku mengerling nya dan memandang semula ke arah tv.
" kalau kau nak cakap something cakap lah " ucapnya membuatkan aku tersentak. Macam mana dia tahu aku ada benda nak cakap eah
" erm kenapa sunbae bencikan haemin? " tanyaku , yoongi agak terkejut dengan soalan ku
Soalan aku bagaikan angin sahaja buat yoongi , dia langsung tidak menjawab soalan aku malahan dia menyambung menonton tv.
Aku memuncungkan bibirku, susah sangat ke nak jawab soalan tu , bukannya aku tanya soalan yang susah.
" kenapa kau tak benci aku walaupun aku sudah berusaha buat kau benci kan aku " soalan yoongi membuatkan aku kelu
" perempuan lain aku tengking, aku marah terus tak nak dah layan aku, kenapa kau masih juga nak rapat dengan aku " mulut aku bagaikan terkunci , aku tidak tahu bagai mana mahu menjawab soalannya itu
" see kau sendiri tak mampu jawab soalan aku "
" lebih baik kau balik sekarang , kejap lagi diorang sampai tu " sambung yoongi lalu berjalan masuk ke biliknya. Pintu bilik di hempas dengan kuat membuatkan bahu aku terhinjut
Air mata aku mengalir deras di pipi. Salah ke aku nak rapat dengan dia . Aku tak minta lebih aku cuma nak berkawan.
_____________
Hujan lebat membasahi tubuh badanku, aku langsung tiada semangat nak lari dan berlindung dimana mana tempat. aku berjalan dengan lemahnya menuju ke hentian bas. Baju aku dah basah lecun akibat air hujan.
Selepas yoongi menghalau aku tadi , aku terus sahaja keluar dari rumah . Lagipun aku takut terserempak dengan bts sunbae .
Aku melabuhkan duduk di kerusi panjang yang tersedia di hentian bas itu, badan aku menggigil kesejukan bila terkena angin. Fikiran aku melayang ke yoongi kata kata nya tu masih terngiang ngiang di telinga aku.
Laju saja air mata ku mengalir namun segera aku kesat. aku berdiri dan membuka langkah untuk melintas keseberang jalan . Baru tiga tapak aku melangkah tubuh ku terdorong kebelakang semula akibat ditarik oleh seseorang.
Aku mendongak memandangnya , hati aku terasa sakit sangat nak berhadapan dengan orang ini tapi dalam masa yang sama aku seakan cair bila berdepan dengan dia
" lampu hijau tu takkan kau nak melintas , kau nak mati ke ? " ucapnya perlahan tapi cukup membuatkan aku sakit hati
" kalau mati pun, maybe dah tiba ajal saya " sengaja aku sakitkan hati dia balik.
" kau jangan nak merepek jom balik kerumah aku " ujarnya. Aku menggeleng. Selepas dia halau aku tadi. Sekarang nak ajak aku balik sana pulak.
" bukan awak dah halau saya ke ? " dia terdiam
" oppa kau risau nanti kalau dia nampak kau basah lecun macam ni dah jom kau jangan nak degil " yoongi menarik lengan ku namun segera aku tepis
" takpe saya nak balik rumah saya " aku kemudian berjalan meninggalkan yoongi disitu.
Aku tak pasti dengan perasaan aku sekarang , sebenarnya aku teringin sangat kalau yoongi kejar aku dan minta maaf dekat aku tapi semua tu mustahil.
Dia ego ! Dia takkan buat macam tu
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top