Tease
Perut aku dari tadi berbunyi menunggu makanan yang aku oder sampai, apa kejadah chef ni memasak lama sangat. mesti chef bukan memasak ni, mesti dia tengah bakar dapur dia tu.
Haih, makanan yang unnie unnie aku oder pun semua dah sampai, diorang pun dah melantak makan tanpa menunggu aku.
Sebenarnya kami sekarang berada di restoran yang sangat terkenal yang ada dalam bangunan shopping mall ni.
Jennie unnie ajak hang out sama sama, walaupun dah malam kaki kami ni masih gatal nak keluar jalan jalan. Tapi kalau duduk terperuk dalam bilik pun tiada guna jugak lagi bagus aku join diorang jalan jalan hehe.
Lagipun eomma tak kisah aku keluar malam asalkan dengan black-idle unnie. Eomma memang percaya dengan mereka.
Aku menongkat dagu memerhatikan mereka makan, rose unnie memandang aku
" haemin nak share dengan unnie tak ? " soalnya aku menggeleng. Gila ke aku nak share makanan dengan rose unnie.
Dah la rose unnie ni kuat makan, kalau aku share dengan dia lagi confirm masih kebulur dia.
" yuqi kau dah tanya ke pukul berapa dorang sampai " soal lisa unnie kepada yuqi
" jungkook cakap diorang dalam perjalanan nak kesini " balas yuqi
" buat apa diorang nak datang sini " tanyaku ingin tahu
" kau dah lupa ke haemin ? " soal yuqi dengan mata membulat
" lupa apa ? " soal ku pulak kebingungan
" yoongi sunbae nak datang sini perkenalkan teman wanita dia dengan kita semua " ujar yuqi serius, jantung aku seakan berhenti
" ohh yeke hehe tak tahu pula " kata ku dengan senyuman paksa
" Tu diorang " yuqi menunjuk ke belakang ku
" wah cantik gile girlfriend yoongi sunbae " sambungnya lagi
Aku menahan diri untuk tidak menoleh kebelakang, perasaan aku bercampur baur sukar untuk diluah.
" mian kami lambat, jalan sesak tadi " suara taehyung menyapa gegendang telinga ku
" takpe korang oder la makanan apa korang nak " kata jennie unnie
" kau belanja ke? " soal jimin pulak
" ye oder je apa korang nak okey " ucap jennie unnie tersenyum
Aku tundukkan kepala saat bahuku disentuh seseorang
" baby ? " sapa hoseok oppa
" nae " balasku tanpa memandangnya
" hey kenapa ni " soal hoseok oppa, aku menggeleng laju
" dia takut tu nak pandang muka girl--" kata kata yuqi terhenti saat aku mengangkat wajah memandangnya
Secara tiba tiba dia ketawa terbahak bahak sehingga semua yang berada disitu memandang dia pelik
" tadi aku gurau dengan haemin aku cakap yang yoongi sunbae nak perkenalkan girlfriend dia dekat kita semua lepastu masa korang sampai tiba tiba je dia x nak pandang korang dah hahaha"
" dia takut kot nak kenal dengan girlfriend yoongi tu " ucapnya lagi
" aku gurau je laa haemin hahaha " aku memandang yuqi tajam
Dia menjelirkan lidah memandang aku " siapa suruh kenakan aku masa kat sekolah tadi " katanya
Tunggulaa kau yuqi, kau nak balas dendam rupanyaa. Tunggu kau ! Eee geram pulak aku dengan dia ni. Nasib baik yoongi ada dekat sini kalau tak aku dah carik carik muka kau tu.
Bts dan black- idle turut ketawa terbahak bahak suka la tu kenakan aku.
Kerusi disebelahku di tarik, satu susuk tubuh melabuhkan duduk disitu, aku hanya mengintip menggunakan ekor mataku
" korang jangan nak gelakkan haemin laa, baik korang diam sebelum aku jahit mulut korang satu satu " ugut yoongi, lantas suara gelak tawa mereka berhenti
_________
Selesai makan jennie unnie ke kaunter untuk membayar bil makanan kami.
Kami menunggu di luar restoran, aku pandang miyeon unnie yang tengah berkepit tangan dengan jimin sunbae itu. Sejak bila pulak diorang ni bercinta ?
Asal semua berlagak macam dah biasa tengok ni, diorang dah tahu ke yang miyeon unnie dengan jimin sunbae tu bercinta? ke aku seorang je yang masih tak tahu ni
Aku dekati yuqi dan cubit lengannya
" auch sakitlaa ! " adu yuqi, aku muncungkan bibir ke arah dua pasangan romantik itu
" kau tak tahu ke ? " soal yuqi aku gelengkan kepala tanda tidak tahu
" diorang baru je bercinta, itupun kami dapat tahu sendiri, diorang kantoi dating kat perpustakaan tadi "
" serius wehh " tanya aku terkejut
" yup , masa kau pergi jumpa seungcheol sunbae tu kan, aku pergi perpustakaan, tiba tiba aku nampak diorang tengah bermesra sambil baca buku, siap kongsi baca satu buku lagi " ujar yuqi lalu tayangkan muka meluat
" lepastu aku pergi laa panggil jiso unnie dan yang lain, kau nak tahu apa jadi " aku mengangguk
" kami serbu diorang laa hahaha, awalnya miyeon unnie acah macam takde pape berlaku lepas aku cakap yang aku dah nampak semua, dia ngaku jugak "
" rupanya dah seminggu lebih diorang bercinta, since dekat camping tu lagi. miyeon unnie cakap sendiri "
" hebatkan diorang " aku tersenyum
Baguslaa miyeon unnie dah dapat crush dia , tinggal lisa unnie dengan jiso unnie and rose unnie je lagi.
" dah dah laa tu bergosip, jom gerak " ucap jennie unnie aku dengan yuqi terkejut dengan sergahan jennie unnie itu
Kami mula berjalan sama sama menuju ke parkiran kereta
" oh ya aku lupa nak tanya kau, apa yang kau buat dengan seungcheol sunbae kat rooftop tadi " soal yuqi dengan suara kuat sehingga mereka semua memandang ke arah aku
Aku menggaru kepala, mana mungkin aku bagitau yang seungcheol sunbaenim meluahkan perasaann dia dekat aku tadi.
Hell no
" seungcheol sunbae just bincang pasal--"
" unnie tau ! " sampuk jiso unnie
" dia nak ajak haemin jadi penyorak nanti untuk pertandingan basketball tu kan " sambung jiso unnie
" ye ke haemin ? " soal yuqi pulak, aku mengangguk tanpa sedar
" aku pun nak ikut laa " kata lisa unnie
" aku pun nakkk " jerit yuqi
" aku dah tulis nama korang semua lah " kata jennie unnie lalu memeluk lengan namjoon sunbae
" wuu ada semangat aku nak main basketball nanti sebab penyorak penyorak nya cantik cantik " ujar taehyung aku memandangnya
" sunbae pun ikut ke ? " soal ku
" yaa kami berenam kecuali jimin hyung sebab jari dia x sesuai pegang bola yang agak besar tu, dia tak dibenarkan join pertandingan tu "
" tak guna kau taehyung ! " jerit jimin sunbae lalu mengejar taehyung yang suda pun lari lintang pukang
" ada ada je laa taehyung ni, aish " namjoon sunbae mengeluh
Sampai diparkiran aku berhenti dan menoleh memandang hoseok oppa, sebab tadi aku terdengar suaranya memanggil aku.
" kenapa oppa ? " soal ku, oppa dekati aku
" biar oppa hantar k " kata hoseok oppa
" habis tu siapa yang hantar diorang bts sunbae "
" saya ada bawa kereta haemin , lagipun kami ada tempat nak singgah lagi ni " ujar seokjin sunbae,
" baiklah kalau macam tu, sekejap ya " aku berjalan ke arah kereta jennie unnie
" haemin balik dulu jumpa kat sekolah esok ya " aku memeluk mereka satu persatu
" takecare my dear " kata jennie unnie,
" arasseo unnie do " aku melambai mereka dan berjalan ke kereta hoseok oppa
Aku masuk kedalam seat sebelah pemandu, aku menoleh kebelakang sekejap selepas mendengar bunyi pintu kereta dibuka.
" apa awak buat kat sini, awak tak ikut diorang ke ? " soal ku kepada yoongi selepas melihat dia juga masuk kedalam kereta
" aku ada cakap nak join diorang sekali ke ? Takde kan " dia menjeling aku tajam
" yelah, tak payah la nak marah sangat saya tanya je kan " ujar ku lalu menghadap kedepan semula
Kereta jennie unnie dan kereta seokjin sunbae sudah pun berjalan meninggalkan kami
Hoseok oppa pun masuk kedalam kereta dan mula memanaskan enjin.
Beberapa saat kemudian kereta hoseok oppa pun berjalan keluar dari tempat parkiran.
Aku menoleh kebelakang yoongi sudah pun tertidur, mukanya ditutup menggunakan topinya, tak ke sesak nafas kalau tidur macam tu.
Aih yoongi ni ada ada je, semua yang dia buat mesti sentiasa comel dimata aku, hahaha
Selamat malam yoongi ❤
Aku sandarkan kepala pada cermin kereta perlahan lahan mata aku kuyu sehinggala aku tertidur tanpa aku sedari.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top