Twenty One - i'm late
Jungkook P.O.V
Tanpa melengahkan masa,kunci kereta aku capai dan berlari.
"Jungkook Sajangnim,hari ni tuan ada meeting denganㅡ"
"Cancel meeting. Saya ada hal" dengan tergesa-gesa aku berlari keluar dari syarikat.
Punat kunci aku tekan.
Pintu kereta aku buka dan masuk kedalam dengan tergesa-gesa. Laju sahaja kereta meluncur.
.
.
.
"JUNGKOOK!!!"
Jeritan Haegyul mula kedengaran. Tanpa mematikan enjin kereta aku menapak keluar dan terus membuka pintu rumah.
Tapi.....
"Gosh, terkunci. Haegyul! Haegyul! Woi Jimin kau buka pintu sekarang! Aku tau kau ada kat dalam. Bukalah woi" pintu rumah aku ketuk kuat.
Pintu aku tendang kuat,hempas guna badan. Tapi masih tiada hasil.
"Woi Jiㅡhaishh kunci pendua kan ada. Asal tak guna....." dengan keadaan sebal aku kembali semula ke kereta. Kunci pendua yang berada dilaci aku capai.
Tombol pintu aku pulas. Dan kelihatan Jimin sedang berbaring diatas Haegyul. Darah semakin banyak keluar membasahi lantai.
"H-haegyul" air mata bertakung.
"O-oppa. Kenapa lambat hikssss. Haegyul dah jadi pembunuh" Jimin yang berada diatas Haegyul aku cuba papah dan meletakkan ketepi.
Tangan Haegyul yang dipenuhi darah bergegar hebat. Takut. Air mata tidak henti mengalir. Badannya aku tarik kedakapan cuba untuk menenangkannya.
Pen yang tertusuk di dada Jimin aku pandang sekilas sebelum memandang Haegyul semula.
-flashback-
Haegyul p.o.v
"JUNGKOOK!"
Aku menjerit kuat sambil menghayunkan pen itu kedepan. Tapi siapa sangka? Aku tertikam Jimin. Pisau ditangannya terlepas. Pen yang tertusuk dia pandang sebelum rebah diatas ku. Badannya kaku.
Pada masa yang sama Jungkook masuk dengan wajah terkejut. Segera tubuh Jimin dipapah ketepi dan mendakap tubuhku.
-end flashback-
"Maaf. Oppa lambat. Oppa tak lindungi Haegyul." Haegyul yang sedang menangis aku biarkan. Belakang badannya aku usap.
"H-haegyul takut. Haegyul taknak masuk penjara. H-haegyul dah bunuh Jimin. Eottokkae?" Mata sembabnya aku pandang sayu.
"Sokay oppa ada."
.
.
.
No one P.O.V
Mayat Jimin yang dibungkus plastik hitam diangkat kedalam ambulans. Orang ramai datang berkerumun dirumah mewah itu. Badan Haegyul dari tadi dipeluk. Trauma dia dengan apa yang berlaku. Dia dah bunuh orang. Tangisan yang tidak berhenti dari tadi menjadikan seluruh wajahnya bengkak.
Pihak polis yang bertugas mula mengambil gambar tempat dimana mayat Jimin berada.
Seorang pegawai polis mendekati mereka.
"Puan Haegyul,sila ikut kami kebalai. Puan boleh beri keterangan semasa disoal siasat."
Wajah Jungkook di pandang.
"Hmm Encik. Biar saya yang bawa dia kesana. Dia masih trauma dan mungkin masih perlukan saya untuk tenangkan dia." Ujar Jungkook. Pegawai polis itu hanya mengangguk dan berlalu pergi.
"Macam mana ni Jungkook?"
Air mata mengalir kembali.
"Dah-dah jangan nangis. Sayang bagitau je perkara yang berlaku. Sayang takkan apa-apa. Oppa ada,jangan risau." Kepala Haegyul Jungkook usap. Sekali sekala lengan Haegyul ditepuk perlahan.
___________________________________________
TBC💜💙
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top