Twelve - babysitters
Dah 3 minggu semenjak Jungkook kemalangan. Hubungan kami berdua makin membaik. Selalu jugak bergurau,manja-manja tapi tidak melebih. Setakat sakat-menyakat.
Belum lagi tahap suami isteri. Tidur pun masih asing-asing.
" Haegyul!" Panggil Jungkook dari ruang tamu.
"Ya jap!!" Segera aku ketempat Jungkook yang berada disofa.
"Tadi omma saya ada call,katanya dia nak minta tolong kita jagakan anak kawan dia. Omma busy,so dia tak dapat nak jaga. Nak tak?" Jungkook memandangku. Dia tersenyum teruja. Beriya sangat nak jaga budak.
"Errr----boleh jugak"
"Okay,petang ni kita pergi rumah omma" Dia melompat dari sofa dan meluru kebilik. Teruja!
__________
Tangan kanan budak itu memegang jari telunjukku erat.
Manakala tangan kirinya memegang jari telunjuk Jungkook. Kecil je tangan. Comel.
"Aunty Hae! Min Sae nak gula-gula tu,boleh?" Min Sae yang berumur 4 tahun itu petah bercakap.
Ei--comel je tengok. Ditambah lagi pipinya yang tembam,rasa nak cubit-cubit!
"Boleh!! Cakap je Min Sae nak apa lagi. Aunty belikan."
Kelihatan Min Sae tersenyum teruja.
"Emm....Jungkook. Boleh tak jaga Min Sae jap. Saya nak pergi tandas" Pamit ku sebelum menyerahkan Min Sae kepada Jungkook.
"Okay. Hati-hati" Jungkook senyum kecil.
Auchㅡ
Jungkook P.O.V
Kelibat Haegyul mula hilang dari pandangan. Min Sae yang berada dalam genggaman aku pandang sekilas.
Mataku tertumpu pada tempat dimana terletaknya kuda mainan (?).
Melihat gelak tawa kanak-kanak yang bermain disitu,hati turut tertarik ingin membawa Min Sae
main bersama.
"Min Sae,kita naik kuda tu nak?" Aku melutut untuk menyamakan ketinggian ku dengan Min Sae.
"Nak!" Min Sae menarik tangan ku.
Eh? Eh? Aku yang ajak dia yang beria-ria.
No One P.O.V
Keluar sahaja dari tandas wanita, Haegyul pergi semula ketempat dimana dia meninggalkan Min Sae bersama Jungkook. Tertoleh-toleh dia mencari kelibat mereka.
Dan matanya menangkap kelibat mereka yang sedang bermain di kawasan 'Kuda Mainan' (?).
Melihat gelak tawa mereka sahaja cukup membuatkan bibir menguntum senyum secara automatik.
Bagai bapa dan anak. Comel je mata memandang. Terserlah sifat kebapaan dalam diri Jungkook.
"Cik?" Seorang yang tidak aku kenali tiba-tiba menegurku. Bila diteliti,dia adalah seorang wanita tua yang hanya berpakaian biasa tapi sedikit lusuh. Mungkin gelandangan?
"Ya? Ada apa?" Balas ku dengan senyuman. Saja,untuk hormat wanita. Nanti kalau kurang ajar,kena cop biadab pula.
"Ada seseorang suruh saya bagi ni kat cik." Katanya sambil menghulur sekuntum bunga mawar merah. Didalamnya terselit sehelai kertas yang dilipat dua. Kecil sahaja.
"Seseorang? Siapa?" Keningku berkerut kehairanan. Mataku mula tercari-cari. Siapa pulak bagi? Takkan ada secret admire kot?
"Entahlah. Saya cuma disuruh beri ni dekat cik." Katanya lagi sebelum melangkah pergi.
"Eh kejap-kejap. Makcik ingat tak ciri-ciri orang tu----macam mana?" Tangan wanita itu aku tahan.
"Dia lelaki. Kalau tak silap makcik dia ada tatoo kecil serupa macam sayap dekat leher. Hah,betullah dekat leher." Terangnya lagi.
"Oh,gomawo makcik" senyuman kecil diukir kepada ku.
Lelaki?
Tatoo sayap kecil dekat leher?
oh my god no no no!
Jangan cakap yang dia tu-----------
Serta merta mulut aku tekup.
Bagai tidak percaya yang dia kembali!
_________________________________________
Tbc💜
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top