Thirteen - park ji min



"Sayang..kenapa menggigil ni? Takut ke? Hmm?" Pisau dimain-main kan di rambut.

Badan sudah basah bermandikan peluh. Satu badan menggigil ketakutan.


Ya aku ingat dia lagi!

Lelaki yang buat aku hidup jadi sebatang kara. Dia punca omma appa mati kemalangan! Dia putuskan wayar brek kereta. Dia punca aku hilang keluarga. Dia juga punca aku hilang kebahagiaan. Dia punca segalanya.

Sampailah,aku disatukan dengan Jungkook.


PARK JIMIN

Lelaki Psiko. Lelaki yang sudah lama kejar aku. Lelaki yang sanggup buat apa sahaja demi dapatkan aku.

Dia sanggup membunuh semata-mata untuk dapatkan aku. Dan itulah sebabnya aku pilih untuk berkahwin dengan Jungkook. Supaya aku dapat elakkan diri dari dia.

Tapi,dia kembali.

Setelah dihukum penjara,akhirnya dia kembali. Tapi,mustahil! Sebab dia dihukum penjara seumur hidup?
Adakah dia lari? Lari dari penjara disebabkan aku? Dia cari aku?

Oh tidak! Katakan ini mimpi! Aku sudah mula rasa sedikit kebahagiaan. Aku dan Jungkook sudah mulakan hidup baru.

Aku cintakan Jeon Jung Kook dan bukannya Park Jimin!

Helaian kecil kertas yang diselit itu aku buka. Helaian kertas yang makcik tu bagi.

Hai Haegyul sayang :)
Miss me? I miss you so much!
And,love you❤ Kenapalah Jimin lepaskan sayang dulukan? See you later.






Gosh--betullah itu dia.
Dada yang tiba-tiba sesak aku pegang.

Sakit! Sesak nafas.




DIA IKUT AKU! DIA DATANG BALIK!!

"Eo? Haegyul kenapa ni? Awak sakitke? Jom saya bawa awak pergi klinik. Pucat semacam je muka awak ni. Kita pergi klinik eh?" Jungkook tiba-tiba meluru kearah ku. Tangan aku alihkan dari dada. Cuba untuk buat seperti tidak ada apa-apa yang terjadi.

"Eh takpelah Jungkook. Saya okay. Tiba-tiba je sakit dada tadi. Lepastu hilang dah sakit. Hah,tengok! Saya okay je kan?" Aku cuba kawal riak muka.

"Tapi kalau sakit lagi bagitau tau? Saya bawak pergi klinik." Aku tersenyum lalu mengangguk.

Perlukah aku bagitau Jungkook semua ni?

Atau biarkan sehingga Jungkook tahu sendiri yang dia dah datang?





Erghhㅡ!!!!








_________________________________________


Tbc💜


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top