SPECIAL CHAPTER [ ii ]
"Bye! Malam ni balik awal tau! Saya masak special malam ni" Pipi Jungkook Haegyul cium sekilas. Jungkook hanya mengangguk dan menuju ke keretanya.
Haegyul pula pelik dengan tindakan drastik Jungkook. Biasanya ada ciuman dahi atau morning kiss. Tapi kalini tiada. Bila dia sedar,Jungkook hanya menjamah sedikit sahaja roti bakarnya.
Dapur dia tuju. Tujuan hendak mencuci pinggan mangkuk. Tapi langkahnya terhenti tatkala matanya terpaku pada sampul coklat yang berada diatas meja.
"Mesti Jungkook punya" telefonnya dicapai lalu mendail nombor Jungkook. Mesti dia tak jauh lagi. Baru je keluarkan. Mesti tak sampai separuh jalan punya. Sempatlah dia patah balik.
Tutt tutt tutt tutt.
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila...........
Sekali lagi nombor Jungkook didail.
Nombor yang anda dail tidak dapat dihub.......
"Omma!" Jeritan Hanwoo dari tingkat atas membatalkan niat Haegyul.
"Jap omma datang"
Sampul coklat itu diletakkan kembali diatas meja.
_______________________________
Setelah menghantar Hanwoo ketadika, aku terus ke syarikat Jungkook.
Kaunter pertanyaan menjadi tujuan pertama.
"Err maaf. Boleh saya tahu,bilik Jeon Jung Kook dimana?"
Soal ku pada seorang pekerja perempuan disitu.
"Boleh saya tahu cik ni siapa? Cik ada buat temu janji dengan Tuan Jeon ke?" Soalnya ramah.
"Saya wife dia. Saya cuma nak hantar barang dia yang tertinggal. Sekali nak bagi bekal lunch jugak"
"Oh,isteri rupanya. Puan sila ikut saya" Langkahnya aku ikuti sehinggalah tiba di hadapan bilik. Mungkin ni lah bilik Jungkook.
Pintu bilik itu diketuk perlahan.
"Tuan,ada isteri tuan nak jumpa"
"Oh,come in"
"Hai,Jungkook" Sapaku ramah. Siap pakej senyuman lagi.
"Kenapa?" Soalnya dingin. Serious ke ni Jungkook?
"Err saya nak hantar barang awak yang tertinggal. Sekali hantar bekal makanan untuk lunch awak" Sampul coklat aku hulur. Tapi dia tidak menyambut malah memandangku bersilih ganti. Mood Jungkook nampak tak baik.
"Kau simpan jelah bekal tu kat meja tu. Nanti aku makan. Yang sampul tu,memang untuk kau"
Dia menyambung menghadap komputer. Jarinya lincah menaip di papan kekunci.
"Saya punya?" Ok,aku rasa blur sekarang. Dah kenapa sampul ni aku punya? Ada apa?
"Surat apa ni Jungkook?" Aku mengerutkan dahi. Baik aku tanya Jungkook dulu sebelum aku buka.
"Kau jangan buka sekarang. Kau buka nanti kat rumah. Kalau kau buka sekarang aku jangka pejabat aku kena gempa bumi."
Mendengar ayat merepek Jungkook,aku semakin ingin tahu apa isi surat ni. Sampai macam tu sekali?
"Apa yang teruk sangat,sampai boleh jadi macam tu?" Aku tak puas ni. Nak jugak tahu apa isinya.
"Kau balik,kau buka dan kau akan tahu kenapa. Jadi,balik lah dulu. Aku sibuk" Jungkook,serious lah ni kau? Apasal kasar sangat?
_________________________________
Sampul surat yang berada dipegangan ku aku pandang. Nak buka ke tidak?
Kalau buka nanti,takut nanti rumah pulak yang kena gempa bumi. HAISH,negatif!
Perasaan ingin tahu semakin menebal. Eihh,buka jelah.
Baru sahaja aku keluarkan 1 / 5,aku terhenti. Diatasnya tertulis 'SURAT PENCERAIAN'. Jadilah inilah yang dimaksudkan Jungkook? Jadi sebab inilah dia dingin dengan aku? Tapi kenapa? Aku dah buat salah apa? Aku tak cukup baik ke?
Mata aku pejam seketika. Cuba untuk menarik nafas.
Surat itu aku masukkan semula kedalam sampul. Aku tak sanggup baca semua. Sakit!
"Sampai hati awak,Jungkook" Aku memeluk tubuh. Aku cuba tahan esakan agar tidak didengari Han Woo. Tapi,sayang. Terlepas jugak.
"Omma?" Statik aku memandang kearah Hanwoo. Air mata aku lap lalu menuju kearahnya.
"Kenapa belum tidur lagi?" Kepalanya aku usap perlahan.
"Belum ngantuk. Appa belum balik. Hanwoo nak tunggu appa balik" Lantas aku menarik tangan Hanwoo dan menuju kesofa.
"Jom,kita tunggu appa balik"
Tidak lama selepas itu,kedengaran bunyu enjin kereta. Hanwoo bangkit dari sofa dan membuka pintu. Senyumannya tidak lekang dari bibir. Namun,apabila dia membuka pintu,senyumannya hilang. Kaku dia memandang Jungkook dengan perempuan??
"Selamat malam awak" kedengaran suara perempuan itu. Kedengaran gedik dan euww.
"Nae,selamat malam. Hati-hati"
Jungkook membalas. Kelebaran senyumannya bagaikan lautan hindi.
"Omma,siapa perempuan dengan appa tu?" Hanwoo memandangku dan Jungkook bersilih ganti.
"Entah. Omma pun tak kenal"
Aku menarik tangan Hanwoo masuk. Jungkook aku biarkan diluar. Kaki adakan? Pandai-pandai lah masuk.
"Hanwoo! Appa dah balik"
Hanwoo tidak memandang Jungkook. Panggilan Jungkook diendahkan.
"Hanwoo? Kenapa ni?" Apabila sedar akan riak masam Hanwoo,Jungkook menapak kearah Hanwoo.
"Appa jangan dekat dengan omma atau Hanwoo! Appa jahat! Appa ada perempuan lain!" Hanwoo berlari ketingkat atas.
"
Kenapa dengan Hanwoo?" Jungkook menyoalku.
Macam manalah dia boleh buat macma tiada apa-apa lepas bagi aku surat cerai tu.
"Kalau nak tahu sangat pergi lah tanya dia sendiri"
Lantas aku bangkit dari sofa dan ketingkat atas. Malas nak tenung muka innocent dia lama-lama. Punyalah selamba gaya dia minta cerai. Nak tunjuk lelaki sejati ke apa??!?!!?
&#&#&#**#&&!!Heish Jeon Jung Kook💔
_________________________________
Nanti aku update lagi💕💕😌
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top