SPECIAL CHAPTER [ i ]
Abaikan kekelinganㅡ
No One p.o.v
"Eyy siapa nak kawan dengan kau? Dahlah anak banduan!" Budak perempuan itu menjelir lidah. Bibir Hanwoo bergetar menahan tangis. Kawan-kawan yang lain turut mentertawakannya.
"Omma aku bukan banduanlah!. Omma orang yang baik!" Hanwoo bertindak menolak tubuh kecil budak perempuan itu. Menangis budak perempuan itu dibuatnya.
"Sekali lagi aku dengar kau cakap omma aku banduan,jaga kau!" Han Woo menuding jarinya kearah budak perempuan yang sedang menangis itu.
Han Woo berlari untuk beredar dari situ. Air matanya dikesat kasar.
________________________________
"Err En-encik Jeon. Han Woo tiada kat sekolah." Ujar seseorang dalam talian. Nadanya cemas.
"APA?! Kemana pulak dia?" Spontan Jungkook bangun dari duduk. Terkejut.
"Saya pun tak tahu. Tapi ada budak perempuan kata,dia nampak Hanwoo lari keluar dari sekolah sambil menangis."
Jungkook meraup rambutnya kebelakang. Risau,cemas dan gelisah. Bagaimana pula hilang? Mesti ada sesuatu ni.
"Takpe cikgu. Kejap lagi saya datang." Talian dimatikan. Nombor isterinya dicari lalu didail.
"Hello?" Sapa Haegyul.
"Haegyul,Han Woo hilang. Tadi cikgu tadika dia telefon,dia kata Han Woo tiada kat sekolah."
"Oh my! Han Woo! Macam mana pulak boleh hilang!" Luluh hati Haegyul apabila mendengar berita itu. Air matanya bertakung.
"Haegyul tunggu je kat rumah ya? Manatau Han Woo balik. Oppa pergi cari dia. Take Care" Talian dimatikan. Kot yang tergantung kemas dia ambil lalu disarungkan dibadan. Kelam kabut dia tika ini. Hairan pekerja disitu apabila melihat Jungkook yang berlari tergesa-gesa.
Matanya meliar kekiri kekanan. Manalah tau terus terjumpa kelibat Han Woo. Mengikut apa yang budak perempuan tu cakap tadi,dia kata dia nampak Han Woo pergi kearah kanan. Arah untuk ke taman.
Pemanduannya semakin perlahan tatkala ternampak seorang budak lelaki sedang duduk dia buaian. Tidak nampak muka. Hanya nampak belakangnya sahaja. Tapi Jungkook yakin,itu anaknya.
Segera dia menghentikan kereta dan berlari anak kearah budak lelaki itu.
"Han Woo!" Tubuh Han Woo dipeluk erat.
"Appa!" Pecah tangisan Han Woo. Jungkook meleraikan pelukan lalu memandang tepat mata sembab milik Han Woo.
"Kenapa ni? Kenapa Han Woo lari dari sekolah hah? Kenapa menangis? Cuba cerita kat appa. Apa jadi hmm?" Tutur Jungkook lembut.
"Kawan-kawan Han Woo semua ejek omma Han Woo banduan."
"Omma bukan orang jahat kan appa? Omma bukan banduan kan? Omma orang baik kan?" Bertubi soalan diajukan oleh Han Woo. Bergenang air mata Jungkook dibuatnya. Sampai macam tu sekali?
"Ani. Omma bukan orang jahat. Omma bukan banduan. Dan omma baik. Orang yang paling baik appa pernah jumpa" Belakang Han Woo diusap.
"Tapi semua kawan Han Woo kata omma jahat! Han Woo tak suka!" Sekali lagi tangisan Han Woo pecah.
"Jangan percaya apa kawan Han Woo cakap. Dorang tu penipu. Omma bukan orang macam tu"
Air mata Han Woo Jungkook lap.
"Dah jom! Ikut appa balik. Omma dah macam orang gila kat rumah tu. Lain kali jangan buat lagi tau? Kalau buat lagi,appa bagi denda. ARASSEO?" Tangan kecil Hanwoo Jungkook pimpin.
"AIP AIP KAPTEN"
"Hanwoo. Jangan bagitau omma pasal ni tau? Nanti omma sedih. Okay?"
"NAE!!"
"Good. That ma boy!!" Kepala Han Woo Jungkook usap. Sesekali pipi
Han Woo dicubit.
_________________________________
"Omma!!!" Han Woo berlari mendapatkan Haegyul yang sibuk mundar-mandir.
"HANWOO! Aigoo. Kamu pergi mana hah? Omma risau kamu tau tak!" Tubuh Hanwoo,Haegyul peluk erat.
Sebaik sahaja kelibat Jungkook kelihatan,Haegyul menerpa kearah Jungkook.
"Awak jumpa dia kat mana?" Mata sembabnya memandang Jungkook.
"Kat taman. Dia tengah main buaian." Jungkook membesarkan matanya kearah Hanwoo apabila Haegyul tidak memandangnya.
Hanwoo mengangguk faham akan isyarat itu.
"Jangan bagitau omma!"
Jungkook menggerakkan mulutnya. Sesekali tangannya diletakkan dileher seolah mengelar leher.
'kalau omma tahu habis kita!'.
Spontan Jungkook menghentikan kelakuannya apabila Haegyul memandangnya. Jungkook berdehem. Hanwoo hanya ketawa.
"Awak ni kenapa?" Berkerut dahi Haegyul apabila menyedari riak wajah suaminya itu. Seperti sedang menyembunyikan sesuatu.
"Saya? Apa yang kenapa?"
"Takdelah. Cuma awak nampak macam........"
"Macam?"
"Nothinglah" Haegyul beredar kedapur. Menyambung kembali tugasannya.
Jungkook melepaskan nafas lega. NASIB BAIK!
Hanwoo menunjukkan Thumbs Up.
"Hanwoo. Tak lama lagi Birthday Omma. Kita buat suprise nak?"
Saat itu hanya dua beranak itu sahaja. Haegyul pula menjalankan tugas sebagai suri rumah. Dua beranak ni mana reti nak tolong.
"Suprise? Apa tu?
"Suprise ni kejutan"
"Ooo. Okay faham-faham"
Hanwoo mengangguk.
Perbincangan mereka bermula sehinggalah Haegyul memanggil makan malam,barulah mereka berhenti.
"Ingat! Jangan bagitau omma tau?"
"Okayyy!" Jawab Hanwoo teruja. Mereka masuk dengan senyum yang lekang dibibir. Hairan Haegyul dibuatnya. Ada je yang dua beranak ni buat.
Dari tadi lagi. Macam sembunyikan sesuatu.
"Kamu dua ni kenapa sengih-sengih ni? Taknak kongsi?"
Mereka berdua hanya diam. Tapi senyuman tidak berhenti terukir.
"Ada-ada jelah"
_______________________
[TBC❣]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top