Nineteen - park ji min [ii]
Warning! Banyak kata carutan yang boleh mempengaruh anda semua.
acece
______________
No one p.o.v
Kesilauan cahaya memancar dari tingkap kaca yang baru sahaja dibuka. Kesilauannya yang menembusi kornea mata membuatkan Haegyul terbangun dari tidur. Mata tidak dibuka seluasnya. Hanya dapat menangkap figura yang membelakanginya dalam keadaan yang samar-samar.
Siapa je yang ada dalam bilik mereka selain Haegyul dan Jungkook?
"Eo,Jungkook? Janganlah buka langsir tu luas sangat. Silau" Haegyul merengek kecil. Selimut ditarik sehingga menutupi seluruh badan kenitnya.
Figura itu bertindak untuk menutup langsir itu sedikit untuk menghalang cahaya matahari. Ruang katil yang kosong menjadi sasarannya.
Selimut yang menutupi Haegyul dibuka sedikit sehingga paras leher. Kepala Haegyul diusap perlahan.
"Awak tak kerja ke hari ni,Jungkook?" Soal Haegyul dengan mata yang masih tertutup.
"Jungkook,saya tanya ni" berkerut dahi Haegyul apabila tiada sahutan langsung.
Matanya dibuka perlahan sebelum membuntang sebesar mungkin. Terkejut!
"Goodmorning,sweetheart."
"J-jimin? K-kau buat apa ni? S-sejak b-bila kau kat sini? "
Tangan Jimin Haegyul tepis kasar. Riak wajah Jimin yang terkejut dengan tindakan Haegyul dikawal.
"Aku teman sayang aku bangun tidurlah. Aku baru je sampai lepas Jungkook pergi kerja tadi" Tangan Jimin mula mendekati pipi Haegyul. Tapi ditepis kasar sekali lagi.
"JANGAN SENTUH AKU!"
"Aww i like it! Garang" Jimin mula bangkit dari katil.
"Aku buatkan kau sarapan eh? Tunggu tau? Kesian sayang aku lapar nanti" ujar Jimin sebelum melangkah ke tingkat bawah.
Hilang sahaja Jimin dari pandangan Haegyul bergegas lari ke arah meja solek. Telefon bimbit dicapai.
Tapi malang. Jimin ambil bateri telefon. Shit!
"Fuck off Park Ji Min. Erghh!!! " rambut dikuak kasar. Laci meja solek dibuka dan mencapai sebatang pen. Benda yang mungkin membantu.
Kedengaran pintu bilik dibuka. Pen ditangan disorok di poket belakang seluar tidur milik Haegyul.
"Sayang buat apa tu? Nak bersolek ke? Tak payah lah solek muka tu. Muka dah sedia cantik dah" dulang yang berisikan roti dan susu diletakkan di meja kecil disebelah katil. Jimin mendekati Haegyul lalu mencapai tangan Haegyul. Haegyul hanya membiarkan sahaja perbuatan itu.
"Jimin." Panggil Haegyul lembut. Mungkin dengan cara ni dia boleh larikan diri.
"Ya sayang? Nak apa-apa ke? Jimin ambil kan." Soal Jimin.
"Aku nak pergi bilik air jap. Aku baru bangun ni. Belum gosok gigi. Tak sedap lah makan sarapan tu kalau tak gosok gigi."
Ya,tahu alasan tu bodoh semacam. Tapi terpaksa!
"Ok. Jangan lama tau. Jimin tunggu. Mesti sayang rindu nak makan roti buatan Jimin kan?"
Haegyul hanya tersenyum kecil dan melangkah kebilik air.
Pintu bilik air ditutup. Satu satunya jalan keluar adalah tingkap kecil yang berada tinggi didinding itu. Baldi bersaiz sederhana di ambil lalu terbalikkan. Haegyul naik keatas baldi itu. Patah ke tak patah belakang cerita. Yang penting dapat larikan diri dari lelaki mental itu.
Tangan diangkat tinggi sehingga mencapai kunci jendela bilik air. Kunci dibuka dan jendela dibuka seluas mungkin.
Tapi malangㅡbaldi yang tidak kukuh menampung berat Haegyul patah dan mengakibatkan Haegyul jatuh tergelincir. Bunyi kuat yang tidak dijangka mungkin akan menarik perhatian Jimin.
"Haegyul! Haegyul!" Haegyul lantas bangun. Sakit dikaki ditahan semata-mata untuk menutup perbuatannya depan lelaki yang layak digelar psiko itu. Baldi yang patah diletak disatu sudut yang agak tersembunyi.
Berus gigi diletakkan dimulut. Sengaja supaya lelaki itu tidak bersangka pelik.
"Y-ya?" Tanya Haegyul sebaik sahaja pintu dibuka.
Jimin menjenguk kepala kedalam bilik air. Matanya tertangkap pada satu benda sebelum memandang Haegyul semula.
"Nothing. Jangan cuba nak lari ya?" Senyuman diukir buat Haegyul. Ya dia tahu,Haegyul sedang cuba untuk lari. Terbukti melalui jendela bilik air yang terbuka. Sedangkan sewaktu dia masuk tadi jendela tertutup rapat.
"T-tak. S-saya t-tak lari pun lahh" ujar Haegyul menggeletar. Sempat juga dia tersengih.
"Okay" pintu bilik air ditutup semula.
"Huhh" nafas lega dilepaskan. FUH! NASIB BAIK!
Sekali lagi dia bertindak mengikut rancangan. Kalini bidet pula tempat menampung dirinya. Tapi belum sempat dia melepaskan diri,pintu bilik air dikuak dari luar.
"Aku dah agak dah. Kau fikir kau dapat terlepas ke? Tch!" Jimin mencempung Haegyul dibahu sebelah kanannya. Haegyul yang tidak seberapa berat itu langsung tidak menjadi masalah bagi Jimin.
"LEPASKAN AKU BINATANG! KAU SETAN! YAH!!!! LELAKI PSIKO! KAU GILA KAU TAU TAK!"
"Kalau bukan sebab kau,aku tak gila! So,diam-diam ye sayang." Badan Haegyul dihumban keatas katil dengan kasar. Kalini,tiada belas kasihan.
"Jimin,please! Aku dah kahwin. Aku dah ada Jungkook. Jebal lepaskan aku." Rayu Haegyul teresak-esak.
"Jungkook Jungkook Jungkook! Asal dia jugak yang kau nak! Tak cukup ke aku?! Aku ada dengan kau lama. Aku ada masa kau susah,senang. Tapi ini yang aku dapat?" Jimin menayang muka tidak puas hati. Amat dia marah tika ini. Dirinya seolah langsung tidak dihargai.
"Aku tak pergi dekat dia kalau kau tak gila! Kau sedar tak kau dah melampau?! Kau dibutakan oleh cinta Jimin! Buta!!"
"DIAMLAH! AKU TAK GILA! AKU WARAS! ASAL SEMUA ORANG KATA AKU GILA? PSIKO?" Barang dimeja solek disepahkan. Cermin ditumbuk.
"SEBAB KAU MEMANG PSIKO! KAU SETAN! BINATANG!" Gelas yang dipenuhi susu suam disimbah tepat pada muka Jimin.
Segera dia berlari ketingkat bawah.
Telefon rumah dicapai lalu mendail nombor Jungkook.
Tutt tutt.....tutt tutt
"Hello sayanㅡ"
"Jungkook! Tolong saya! Jimin dia ada kaㅡarrrhhhhhhhhh"
Tutt tutt tutt..
__________
TBC❤
Maybe,ada 4-5 chapter habislah ff ini....❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top