🌸13

His Roommate • kth

A/N:

Okay, satu lagi bab sebelum saya cuti untuk beberapa hari. Harap korang sukakannya.

----------

Rumah Agam Jung Jae Kyung🌚

Jeon Jungkook menghulurkan tangan kepada Min Jae Yoon. Matanya memberi isyarat agar wanita itu segera memaut lengannya.

Bunyi kamera ditekan berulang kali menyebabkan Jae Yoon menjadi gugup. Sejak dari dalam kereta lagi, wanita itu sudah berasa gementar.

Rumah yang dikunjunginya ini adalah rumah tunang Kim Taehyung. Paling mencabar, dia datang bersama satu misi khas.

Taehyung inginkan Jae Yoon menjadi perosak hubungannya dengan Jung Jae Kyung.


Jungkook sabar menanti di luar pintu kereta. Mulutnya dihiasi sebaris senyuman yang menawan hati para hadirin di majlis hari lahir Jung Jae Kyung.

"Kau istimewa Cik Min. Senyum dan paut lengan aku. You will be safe with me, your Jeon."bisik Jungkook ke telinga Jae Yoon.

Jae Yoon menarik nafas lalu dia hembuskan perlahan. Kaki yang tersarung kasut tumit tinggi berwarna krim dikeluarkan dari perut kereta.

Lengannya memaut lembut lengan kekar milik Jeon Jungkook.

Gaun labuh yang dipakai oleh Min Jae Yoon mencuri perhatian ramai. Ditambah pula dengan pasangan kacak yang bergandingan dengannya.
Suara-suara halus bisikan orang ramai menyebabkan Jae Yoon segera menundukkan wajah ke bawah.

"S-saya nak baliklah. Semua orang asyik pandang kita. Saya takut, Encik Jeon."

Jungkook tergelak kecil. Telapak tangannya menggenggam telapak tangan Jae Yoon.

Lelaki itu berdehem halus. Bibirnya mengucap perkataan 'fighting' berulang kali kepada Jae Yoon agar semangat wanita itu tidak luntur.

"Jangan risau. Aku akan sentiasa menjadi peneman kau, Jae Yoon. Trust me."

---
Aku berdiri kekok di sebelah Jungkook. Wajah tampan milik Kim Taehyung membuatkan nafas aku seperti diseksa dalam diam.

Bagaikan seorang bidadara, Taehyung mencuri seluruh perhatianku agar aku tetap memandang wajahnya.

( A/N: Sedondon tak baju Tae dan Jae Yoon? Ehehehehhehe)

Lelaki itu berdiri di satu sudut ruang tamu yang meriah dengan kenalan rapat Jung Jae Kyung.

Anak matanya merenung tajam genggaman tangan aku dan Jeon Jungkook. Taehyung tersenyum sumbing. Perlahan-lahan, dia bawa jari telunjuk miliknya ke bibir.

"Cantik." Mulutnya bergerak sambil matanya kekal fokus kepadaku. Baru sahaja lelaki itu ingin melangkah ke arah kami berdua, seorang wanita cantik memaut bahu aku dan Jungkook.

Harum semerbak minyak wangi yang diguna olehnya. Jika tekaanku benar, dia mesti tunang Taehyung, si Jung Jae Kyung.


"Amboi. Sepadan betul korang ni. I dan Taehyung pun tak sweet macam you dan pasangan. Siapa eh perempuan cantik sebelah you ni, Jungkook?"soal Jae Kyung. Lengannya menyiku lembut perut Jungkook.

Sewaktu Jungkook baru ingin membuka mulut untuk menjawab pertanyaan Jae Kyung, Taehyung hadir munculkan diri.

Lelaki itu memeluk pinggang tunangnya dari arah belakang. Kemudian, kepalanya diletakkan pula di atas bahu wanita itu.

Aku melarikan pandangan ke arah lain. Hati berasa panas dengan gelagat romantis palsu yang dilakonkan oleh Kim Taehyung.

"Betul ke diorang sweet dari kita, Jae Kyung? Setahu aku anak Jeon ni membujang agak lama."

Aku merenung Jungkook apabila genggaman tangan Jungkook menjadi semakin kuat. Matanya seolah-olah menghantar renungan penuh amarah kepada Taehyung.

"Jungkook, sabar. K-kenapa ni?"aku berbisik halus.

Jungkook menarik daguku agar wajah kami terhapus jarak. Bibirnya mengucup mesra permukaan dahiku.

"Kalau aku claim Jae Yoon hak milik aku sekarang, tak ada orang yang mengamuk kan? Kalau gitu, yeah. I like her a lot."tutur Jungkook sambil menekan nada suaranya.

Taehyung mengetap bibir. Dia segera melepaskan pelukan di pinggang Jae Kyung sebelum tubuhnya menghilang dari tempat kami berdiri.

Tiada angin, tiada ribut. Kenapa kau mahu marah Kim Taehyung?

Pandangan mata aku dan Jeon Jungkook saling bertemu. Bibir Jungkook kembali terukir senyuman yang manis.

"Segalanya untuk Min Jae Yoon. I will do anything to make you smile."

-tbc-

A/N:

Dah macam sinetron pula. Takpe lah, janji korang suka.

Heehhehehe. Terlebih lagi taip panjang. Erm..😂

Terima kasih sudi komen dan hadiahkan votes.

;)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top