19
"Apa maksud hyung? Bukan ke Haraa adik kandung hyung?"
Soal Jaemin dengan nada yang sedikit kuat.
Lambat-lambat, Jaehyun mengeluh.
"Semuanya rumit Jaemin. Rumit."
Flashback
"APA KAU BUAT NI HYUNJAE?!"
Jaehyun berlari ke arah Haraa yang sedang menangis teresak-esak di atas lantai. Haraa yang melihat kehadiran Jaehyun terus berlari dan memeluknya erat.
"Shh, jangan nangis sayang. Oppa ada kat sini."
Jaehyun cuba untuk menenangkan Haraa yang sedang menangis. Kelihatan darah yang mengalir keluar dari kepala adik tirinya itu. Hyunjae yang tersenyum sinis itu dipandang dengan penuh kebencian.
"Apa kau tak puas hati Hyunjae? Tak puas hati lagi ke bunuh mak aku? Lepas tu kau nak bunuh pulak adik kandung kau sendiri? Abang jenis ape kau ni?"
Lelaki yang berumur 15 tahun itu memeluk erat Haraa yang dianggap seperti adik kandungnya sendiri.
Jaehyun mempunyai dua orang adik beradik tiri iaitu Hyunjae dan Haraa. Ibunya, Puan Jung telah berkahwin dengan ayah Hyunjae. Hyunjae lahir pada tahun yang sama dengan dirinya, jadi dia tidak pernah sepakat dalam apa-apa perkara. Orang yang tidak mengenali mungkin menganggap mereka kembar kerana mereka mempunyai nama yang sama.
Baru beberapa tahun berkahwin, ibunya telah meninggal dunia kerana telah dibunuh oleh Hyunjae. Siapa sangka remaja lelaki yang berusia 15 tahun tegar membunuh ibu tirinya sendiri?
"Ceh, budak nilah yang buat mak aku mati. Kalau dia takde, mak aku masih hidup sampai ke hari ni."
Hyunjae memandang Haraa dengan penuh kebencian. Ibunya telah meninggal dunia ketika melahirkan adik kandungnya itu.
"Walau apa pun berlaku dia tetap adik kau. Dia tak bersalah." Jerkah Jaehyun
"Kalau kau sayang sangat dekat budak tu, kau jagalah dia. Aku dah malas nak tengok muka budak ni." Kata Hyunjae sambil dirinya ingin melangkah keluar.
"Kau jangan pernah nak jumpa Haraa lepas ni. Sebab Haraa dah jadi adik aku dan dia dah mati dalam hidup kau!" Jerit Jaehyun. Dia membuat keputusan untuk tinggalkan rumah itu dan membawa Haraa pergi bersama-samanya.
Sejak peristiwa itu berlalu, Jaehyun mula berkenalan dengan Taeyong yang banyak membantunya.
End flashback
"Maksudnya Lee Haraa? Bukan Jung Haraa?"
Soal Jaemin.
Jaehyun mengangguk.
"Habis tu kenapa dia nak Haraa semula? Bukan dia ke yang buang Haraa dulu?"
Jaemin mengenggam tangannya. Geram apabila mendengar cerita hyungnya itu.
Mingyu yang berdiam diri sejak tadi bersuara.
"Kau jangan risau Jaehyun, aku akan tolong kau. Seventeen dah bersedia nak bantu Nct dalam hal ni."
Jaehyun mengangguk lemah.
"Terima kasih Gyu. Aku yakin kau akan jaga Haraa macam aku jaga dia selama ni."
Jaehyun memandang Jaemin yang merenung Mingyu dengan muka tidak berpuas hati.
"Jaemin, kau pon akan tolong hyung kan? Demi Haraa?"
Jaemin mengeluh kuat.
"Demi Haraa dan hyung. Jaemin akan tolong."
Skip
Kelihatan Haraa sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia membuat keputusan untuk berhenti bekerja di Sweet Cafe walaupun hanya sempat sehari bekerja.
Demi keselamatannya, Haraa hanya menurut perintah Jaehyun itu.
Batu kecil di tepi jalan disepak perlahan. Haraa sampai ke rumah dan matanya melihat sejambak bunga yang terletak elok di hadapan pintu rumahnya.
Sekeping kad ucapan yang terselit elok di celahan bunga itu dibuka perlahan.
"I miss you, Haraa."
-Jaehyun-
Haraa's pov
Jambangan bunga yang digubah cantik itu dicium lembut. Hmm. Wangi.
Sweet pulak oppa aku hari ni. Tak pernah -pernah dia hantar bunga macam ni. Bukan senang tau nak dapat gubahan bunga macam ni? Bunga itu aku letak dalam pasu yang terletak elok di atas meja di dapur.
Tiba-tiba phoneku berbunyi menandakan ada mesej masuk.
"Hari ini oppa balik lambat sikit. Don't worry oppa dah hantar orang suruh berjaga depan rumah."
Aish. Balik lambat lagi. Takpelah. Aku membuat keputusan untuk bersihkan diri dan tidur.
End pov
Jaehyun pulang ke rumah beberapa minit sebelum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Sesampainya di rumah, ade sesuatu yang menarik perhatiannya iaitu sekeping kad ucapan yang terletak elok di hadapan muka pintu.
Kad ucapan berwarna pink itu dibuka. Matanya membuntang kerana terkejut. Tangannya terus mengoyak kad ucapan tersebut menjadi beberapa cebisan kecil.
Bilik adiknya menjadi tempat yang dituju. Dirinya menjadi tenang semula apabila melihat Haraa yang sedang nyenyak tidur tanpa gangguan.
Tanpa berlengah lama, Jaehyun terus duduk di pinggir katil sambil mengusap rambut adiknya dengan lembut.
"Percayalah sayang, oppa takkan benarkan dia ambil Haraa dari hidup oppa." Ucap Jaehyun perlahan. Matanya tidak lepas memandang Haraa yang nyenyak tidur.
"Aku takkan biarkan kau kembali dalam hidup dia Hyunjae! Itu janji aku!"
Boleh korang komen sikit berkenaan dengan penulisan Ira? Mungkin Ira dapat baikinya menjadi lebih baik. ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top