Part 1
" Berikan saya kimbap 20 biji dan jjajangmyeon 3 mangkuk " Katanya lalu menghulurkan beberapa not duit kepada makcik kantin di situ.
" Shin Mina.. Kamu sorang je ke nak makan semua ni? " Tanya makcik tersebut dengan wajah yang bingung. Setiap hari gadis itu pasti akan membeli makanan yang banyak bila tiba waktu rehat. Tapi, tiada pula mana-mana kawannya yang duduk sekali makan bersamanya.. Hanya dia seorang.
" Y-ye. S-saya lapar sangat" Katanya dengan gagap. Perut dipegang. Memang dia sentiasa kelaparan walaupun sudah makan berpinggan² .
" Mina... Bila kamu nak kurus? Dah gemuk sangat ni. Nanti dapat penyakit macam mana? Jaga lah kesihatan kamu dari sekarang ni Mina..kamu tu masih muda lagi " Pesan makcik kantin tersebut lalu memberikan makanan yang telah dipesan oleh gadis itu.
" Tak pelah makcik. Saya bahagia je macam ni " Katanya dengan senyuman manis. Walaupun kata-kata makcik tadi mengguriskan hatinya tapi dia tetap cuba endahkan. Dulang yang berisi makanan yang dipesannya tadi dibawa menuju ke satu meja kosong.
"Tengok tu dia makan sekelip mata je." Bisik pelajar yang berhampiran dengannya. Walaupun mereka berbisik tapi dia tetap dapat mendengar.
" Macam vakum kan? " Kata pelajar yang berambut pendek.
Mina masih meneruskan aktivitinya. Kata-kata mereka tadi dibiarkan lalu seperti angin. Lagi satu mangkuk dia harus habiskan sebelum masuk ke kelas.
Dia Shin Mina. Gadis berbadan gempal sejak dari tadika lagi. Keluarganya bukan lah dari golongan yang bertubuh besar tapi hanya dia sahaja yang berbadan gempal dalam keluarganya akibat dirinya yang kuat makan.
Memang itu hobinya sejak kecil. Makan! Bila bosan, dia akan mengisi kebosanan itu dengan makanan. Bila sedih, dia akan makan makanan yang ada di dalam peti sejuk. Begitu juga jika dia marah atau happy. Memang akan sentiasa mengisikan perutnya hingga penuh. Air manis jugak sudah jadi kegemarannya. Setiap masa pasti air manis menjadi pilihan di hati.
Kawan? Akibat badannya yang gempal, Tiada siapa mahu berkawan dengannya. Dia lebih selesa keseorangan.
Mina terus bangun dari tempat duduknya setelah selesai makan. Kakinya mula melangkah menuju ke arah kelasnya dengan tergesa-gesa. Jam ditangan dia pandang sekilas. Serta merta matanya membulat besar. Dia sudah lambat!
BUKKKKKK
Badannya terus terjatuh ke lantai akibat terlanggar bahu dengan seorang namja. Dengan pantas dia bangun semula dan menepuk-nepuk skirtnya untuk menghilangkan debu.
" Hey Bulat! Kau mintak maaf sekarang! Sebab kau lah bahu aku hampir patah tahu tak?! " Marah namja tersebut. Matanya tajam menikam gadis itu.
"M-maafkan saya " Katanya lalu menundukkan sedikit badannya pada namja tersebut .
" Lain kali jalan tu elok sikit. Kalau patah bahu aku ni siap kau bulat! " Kata Namja tersebut. Dia masih memegang bahunya yang sakit akibat dilanggar oleh Mina tadi.
Mina hanya menggangukkan kepalanya. Matanya memandang tepat pada nametag namja tersebut. 'Kim Taehyung'. Perlahan-lahan matanya meneliti pada wajah jejaka tersebut. Kacak!
" Dah...kau blah! Aku tak nak terserempak dengan kau lagi! " Kata Taehyung lalu berjalan meninggalkan Mina yang masih kaku disitu.
"K-Kacaknya dia... " Katanya perlahan. Dia memegang dadanya. Dapat dirasai degupan jantung yang laju seolah-olah dia baru lepas berlari. Tak.. Dia tak boleh jatuh cinta pada jejaka itu! Mustahil jejaka itu akan menerimanya!
Jam ditangan dilihat dengan cemas. Huh dia sudah terlambat sekarang! Habislah kena denda nanti!
-Bersambung-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top