Act 70: Sudden Attack

Hari yang tidak seberapa panas. Matahari terlindung oleh awan tebal. Kedengaran bunyi tembakan serta letupan.

Ya, askar Megalopolis sedang menghapuskan Undead yang tersisa. Walaupun Undead tidaklah kuat, tetapi jumlah yang banyak amat menyukarkan keadaan.

"FIRE! FIRE! DON'T LET THEM BITE YOU!!"

Sora pula tidak berada di barisan hadapan. Dia berada di atas salah sebuah bangunan bersama AWP miliknya. Dia membantu dari belakang.

"Jeneral, bilangan Undead sudah berkurangan." Kata Sora melapor dari alat telekomunikasi.

"Good. Tamatkan cepat. Kita harus mengelak dari dijumpai oleh musuh." Balas Jeneral Micheal.

"Oraah!!! Kill them boy!! Show them who is the best!!" Kelihatan suara Dante memberi arahan anak-anak buahnya menembak setiap Undead yang berada dalam jarak penglihatan mereka.

"Dante, suruh anak-anak buah kau berundur. Dalam 6 minit sebuah misil akan meletupkan semua Undead." Arah Sora.

Dante hanya mengarahkan anak-anak buahnya berundur tanpa membalas arahan dari Sora.

Tentera Megalopolis juga turut berundur. Kawasan sekeliling mula dipasang barrier-type, menghalang daripada Undead mengejar.

Sora pula yang sudah berkemas, hanya duduk sambil memerhati Undead yang cuba keluar. Tidak lama kemudian, dia terdengar satu bunyi. Dia menghela nafas.

"Dalam 800 meter lagi Misil Type-078 Splitter tiba." Kata lelaki itu sendirian.

Kawasan pertempuran sudah pun kosong. Yang tinggal hanyalah Undead.

ZRRUUUU...!!!

Sebuah misil berwarna putih meluncur laju di sebalik awan. Tidak lama kemudian, misil menjunam ke bawah lalu berpecah kepada misil kecil.

BBBBRROOOOUUUMMMMM!!!!

Satu letupan amat kuat berlaku di hadapan mata. Angin kencang mula terhasil akibat letupan itu. Sora membawa peralatannya lalu turun ke bawah.

Askar Megalopolis mula berundur. Sora pula yang baru sahaja tiba di pesawat, menjungkit sebelah kening apabila tidak melihat kelibat Dean.

"Mana Dean?" Soal Sora.

"Cari hadiah." Balas Rogue.

"Hadiah?" Soal Sora lagi.

"Haah. Sempena ulang tahun hubungan Dean dan Aria."

Sora tidak menjawab apa-apa lalu terus. Beredar dari situ. Mereka yang berada dalam pesawat berasa pelik dengan kelakuan Sora.

Sementara, lelaki itu berjalan bersendirian di atas jalan yang rosak. Tumbuh-tumbuhan mula menyelaputi kereta dan bangunan yang terbiar. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambut lelaki itu beralun.

Sora mengikat rambutnya ke belakang. Sebatang rokok dinyalakan. Dia hanya memerhati kawasan sekeliling.

Sunyi. Hanya bunyi burung-burung berkicauan. Udara yang tidak seberapa tercemar.

Sora meneruskan perjalanan. Tetiba, dia berhenti di hadapan sebuah kedai menjual cincin.

Tanpa banyak bicara, dia memasuki kedai itu. Bau busuk terhidu sebaik sahaja lelaki itu menjejakkan kakinya ke dalam.

Reeeaaaahhhh!!!

Seekor Undead menyerangnya dari belakang. Dengan reflex badan yang cepat, sekejap sahaja Undead itu terbelah.

Dia mula mencari cincin. Banyak model cincin yang masih berada di dalam tempatnya, namun tidak mengena di hati lelaki itu.

Beberapa minit kemudian, lelaki itu menghela nafas. Semua cincin sudah dilihat. Namun, masih juga tiada yang mengena di hati.

Satu cahaya malap mula menarik perhatian Sora. Cahaya itu berada di sebalik tengkorak manusia.

Dia segera menuju ke arah cahaya itu. Tengkorak itu dialihkan. Sora terdiam apabila cahaya itu ialah cincin. Biasan cahaya dari celah bangunan yang rosak membuatkan permata yang berada di cincin itu bercahaya

Sora mengambil cincin itu lalu memasukkan ke dalam poket. Dia tersenyum tidak lama kemudian.

"Dia mesti suka.." Kata lelaki itu sendirian.

Sora mula keluar dari bangunan itu. Dia menuju ke arah di mana mereka semua berada.

"Mana kapten pergi?" Soal Anna apabila melihat kelibat Sora.

"Kan aku cakap. Jangan panggil aku dengan nama tu lagi. Aku bukan lagi kapten." Balas Sora.

Tetiba alat komunikasi mereka berbunyi. Sora segera menekan alat komunikasi.

"Leftenan, kami perlukan pertolongan! Kami tengah diserang!" Kelihatan Max dalam bentuk hologram meminta pertolongan.

"Baiklah. Hantar lokasi kamu."

Max mematikan perhubungan. Lalu satu mesej dihantar ke tempat Sora.

"Baiklah. Kita kena selamatkan Skuad Epsilon." Arah Sora.

"Eh? Macam mana mereka boleh diserang?" Soal Dean.

"Jangan banyak tanya! Hidupkan enjin pesawat!"

Manakala, di tempat Skuad Epsilon, mereka dan askar lain sedang berbalas tembakan dengan askar musuh.

"Shit! Tak sangka mereka dapat tembak jatuh pesawat kita!" Kata Rose  sambil menembak.

"Berundur! Formasi Double-C!" Arah Sylvia. Dia terpaksa menggunakan rifle.

"Tapi, jumlah mereka terlalu banyak!" Balas askar yang lain.

"Pergi, Sylvia. Bawa ahli skuad yang lain! Aku dan beberapa orang akan memperlahankan musuh!" Arah Rose.

"Tapi kau dah tercedera! Kau digigit Undead tadi!" Balas Sylvia.

"PERGI! TUNGGU BANTUAN SAMPAI!!"

Sylvia mengetap giginya menahan marah. Dengan berat hati dia meninggalkan Rose.

Rose tersengih melihat Sylvia meninggalkan dia.

"Go, Sylvia. Alive..." Kata Rose sendirian.

"KITA PERLAHANKAN MUSUH!!" Arah Rose.

"Baiklah!!" Balas askar yang lain.

Tembakan semakin sengit! Jumlah mereka berkurangan. Rose terkena tembakan di peha. Dia mengetap gigi lalu menembak lagi.

Kelibat Sylvia dan yang lain sudah tidak kelihatan lagi. Dia tersengih sekali lagi.

"RPG!!!" Salah seorang askar berteriak.

"Berpecah!!" Arah Rose.

Askar Megalopolis mula berpecah! Beberapa letupan berlaku! Semasa Rose berlari, salah seorang askar terjatuh. Dia berpatah balik lalu mengangkat askar itu. Pada masa yang sama, sebuah rpg meluru ke arahnya. Rose mengetap gigi memasang pelindung sebelum..

BBOOOMMMM!!!!

Silent Dragon dan askar Megalopolis yang lain pada masa itu baru tiba, segera membalas tembakan musuh.

Sora keluar dari Silent Dragon. Kebetulan pula, tempat Silent Dragon mendarat berdekatan dengan tempat Rose terkena letupan.

Skuad Alfa segera berbalas tembakan bersama askar yang lain. Manakala Sora pula, dia tergamam melihat Rose yang tersandar. Kaki kanannya terputus. Badannya juga sudah berlubang akibat serpihan letupan.

"Rose. Talk to me, Rose.." Kata Sora. Rose membuka mata perlahan-lahan.

"Ah..Sora.."

"Hey! Pandang aku Rose."

"Kabur...Kau...Kabur.." Kata Rose.

"Cis! Aku akan bawa kau pulang!" Kata Sora yang cuba mengangkat Rose tetapi ditahan oleh perempuan itu.

"Biarkan aku, Sora..." Kata Rose.

"Tapi!"

"Masa aku dah tak lama. Undead dah gigit aku.."

"Fuck this! Aria can heal you! Come with me!"

"No. Leave me here..I..Can't feel my leg anymore. Ah...I feel cold..My vision..Become dark..Please, Sora...Kill me..I rather die in your hand than turn into some freaking creature.."

"But..! What I'm gonna say to Sylvia!?"

"Just tell her that I'm die because of explosion..Hurry, Sora...I can't...hold anymore..! Please..! Kill me..!"

Sora mendiamkan diri. Tidak lama kemudian dia berdiri. Izanami ditarik keluar dari sarung lalu dia duduk melutut semula di hadapan Rose.

Bilah Izanami menyentuh leher Rose. Perempuan itu tersenyum. Sora memeluk Rose dengan sebelah tangan.

"You are the true warrior."

SHRAK!

Sora mengelar leher Rose. Beberapa minit kemudian, suhu badan Rose bertukar sejuk. Sora melepaskan pelukan. Kelihatan wajah Rose sedang tersenyum.

"What are you doing, Sora? Why you kill her?" Soal seseorang. Sora segera memandang ke arah si penyoal. Dia membulatkan mata apabila Sylvia berdiri tidak jauh dari dirinya.

"Sylvia..I'm.."

"WHY YOU KILL ROSE!!??"

********************************
Yo! Sekian lama aku tak update..so, amacam dengan bab baru ni? Jangan risau, aku akan sambung secepat mungkin. Tunggu jelah eh? Ciow!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top