Act 32: Finding Sources
Sora dan Sylvia keluar dari bunker Sinner Mafia. Mereka berdua segera memasuki kereta milik Sora.
"Dante McHorald? Nama McHorald tu sama macam nama keluarga Jeneral Micheal." Kata Sylvia. Sora memandu, menuju ke destinasi yang diingini.
"First Liutenant Dante McHorald. Son of Micheal McHorald. Brother to Michella McHorald. Fourth member in first generation of Alpha Squad." Terang Sora.
"Apa?! Kau biar betul?!"
"Yup. Dia tu bekas askar. Malahan askar elit. Tapi oleh kerana satu kejadian ni, dia menghilangkan diri. Sekarang dia jadi ketua mafia." Balas Sora.
"Wheew..! Kenapa dia tak pulang?" Soal Sylvia.
"Hal keluarga. Aku tak nak masuk campur. Cukup aku tahu dia masih hidup." Balas Sora.
"Oh. Okay. Tapi, kita pergi mana?" Soal Sylvia.
Satu peta hologram muncul. Sora meletakkan jarinya pada satu tempat di peta itu.
"Kedai menjual senjata?" Soal Sylvia.
"Yup. Aku nak ambil senjata dan peluru yang boleh digunakan. Aku tak tahu sampai bila keadaan begini berlanjutan." Kata Sora.
"Habis, sniper di belakang tu, kau nak buat apa?" Soal Sylvia lagi.
"Nak buat berburu. Aku nak Kar-98 sebenarnya. Tapi benda tu dah terlalu tua. Aku rasa AWP lagi bagus."
"AWP ni senjata tahun berapa juga? Kar-98??"
"AWP pertama dicipta semasa perang dunia kedua. Tetapi AWP yang aku amik ni dicipta pada tahun 2017. Kar-98 atau nama penuh ialah Karbine 98 sebuah sniper yang digunakan semasa perang dunia pertama dan kedua. Kalau tak silap aku."
"Kau memang suka benda antik eh?" Soal Sylvia.
"Sekadar hobi. Kumpul barang antik. Kau fikir kenapa aku masih berperang menggunakan katana?"
"Sebab kau suka barang antik?"
"Salah. Sebab aku lagi suka berperang dengan katana. Dari kecik aku membunuh dengan katana. Kalau aku guna senjata, rasa tak seberapa selesa." Balas Sora.
"Ceh..!"
"Apa?"
"Tiada apa-apa.." Balas Sylvia sambil memandang ke luar.
"Pelik kau ni.." Kata Sora lalu memandu ke destinasi.
Tetiba, radar pada kereta itu menunjukkan sesuatu menuju ke arah mereka dengan laju!
"AI, apa benda yang kejar kita?" Soal Sora seraya menaikkan kelajuan kereta. Undead berterbangan dilanggar oleh kereta Ford Shelby.
'Misil, tuan. Saya cadangkan tuan am-'
"Tak perlu. Keluarkan pelancar misil kita. Detect di mana musuh." Arah Sora.
Pada peta hologram itu, muncul satu bulatan merah pada jalan raya. Sora menjeling sedikit ke arah peta itu.
"Pegang kuat-kuat." Arah Sora.
"Huh? Kenapa pul- AHHH!!!"
Sylvia tidak sempat menghabiskan soalannya kerana Sora menaikkan kelajuan kereta dengan mendadak.
Muncul satu alat kawalan pada dashboard di depan Sylvia. Tidak lama kemudian, muncul satu bulatan target pada cermin depan kereta.
"Aku akan serang musuh. Kau pegang alat kawalan tu." Arah Sora.
"Baiklah!"
Sora memandu ke arah jalan raya yang berada dalam peta. Beberapa kereta kebal milik musuh berada di depan mereka. Tidak kurang juga ratusan askar sedang menembak ke arah mereka.
"Tembak, Sylvia."
Dua buah gatling kereta mula memuntahkan peluru! Tidak kurang juga beberapa buah roket menuju ke arah musuh!
BROOOMM!!
BRAAMM!!
BOOOMMM!!!
Letupan kuat tercetus apabila roket yang dilancarkan mengenai musuh!
Sora menekan pedal minyak seraya menarik brek tangan. Ford Shelby berputar 360º. Dua buah gatling memuntahkan peluru, menghentam musuh di sekeliling.
Seketika kemudian, Ford Shelby berhenti berputar. Sora keluar dari kereta dengan AWP di tangannya.
Api marak menjulang dari kenderaan yang musnah. Ratusan musuh bergelimpangan dengan darah yang keluar.
"Ergh.."
Sora memandang ke satu arah. Kelihatan seorang musuh yang masih selamat. Dia menyandar pada badan kenderaan.
"Kau masih selamat? Aku kagum. Nasib kau bagus hari ni." Kata Sora sambil menuju ke arah musuh itu.
"Apa yang kau nak? Kenapa kau serang kami?" Soal musuh itu dengan lemah. Sylvia keluar dengan Antares.
"Serang kamu? Kamu yang serang kami. Dan, Undead di sekeliling tidak sedar akan kehadiran kamu?" Sampuk Sylvia.
"Heh, fool." Ejek musuh tersebut.
Sylvia tersengih mendengar dia diejek. Dia segera mengeluarkan pisau belati yang tersisip pada betis sut tempur miliknya.
"Alright, dude. We gonna play some game. I'm gonna ask you and you will answer." Kata Sylvia lalu duduk mencangkung di hadapan musuh itu.
"Ask me anything. I'm not gonna tell you!"
"Hek eleh. Berlagak kental pula mamat seorang ni. Sora, tak apa jika aku seksa dia sedikit, kan?" Soal Sylvia.
"Kau nak seksa dia? Buat apa? Kenapa tak bunuh terus?" Soal Sora.
"Untuk dapat maklumat. Tak seronok jika terus bunuh." Balas Sylvia.
"Okay. Pastikan jangan dia jadi gila." Balas Sora selamba lalu merokok.
"Thanks. Jadi, soalan pertama. Kenapa Undead tidak serang kamu?" Soal Sylvia. Mata pisau belati diletakkan di peha musuh itu.
"Kenapa aku nak jawab?"
SHRAKK!!
"ARGH!!" Jerit musuh itu apabila pisau belati terbenam di pehanya.
"Jangan nak berlagak kental. Beritahu je." Kata Sylvia. Dia ternampak satu benda berkelip-kelip pada badan musuh itu. Dia segera mengambil benda itu lalu memberikan kepada Sora.
"Kau tolong simpan. Aku nak suruh Aria periksa apa benda tu. Aku syak, benda tu yang membuatkan Undead tidak menyerang mereka." Kata Sylvia.
"Okay. Teruskan sesi menyeksa." Balas Sora.
"FUCK YOU TWO! JUST DIE!! DIE!! I'M NOT GONNA TELL ANYTHING!!"
BANG!!
"Ops. Sorry. Tangan aku bergerak sendiri." Ucap Sora apabila dia menembak musuh itu dengan AWP. Badan musuh itu bergetar apabila peluru terbenam pada bahunya.
"So, question two. Di mana pusat kawalan utama kamu?" Soal Sylvia.
Musuh itu meludah darah ke muka Sylvia. Sora menjungkit sebelah kening.
"Congratulation, my enemy. You're one brave man ever." Ucap Sora dalam nada perlian.
SHRAKKK!!
"AARRGGGHHH!!"
Sylvia membuang sesuatu di atas jalan raya. Musuh itu menekup mulutnya yang mengalirkan darah.
"Jom, Sora. Aku rasa tak guna nak soal dia ni. Kita baca maklumat dalam pendrive tu." Kata Sylvia lalu mengelap darah di tangan dan di muka.
"Habis, mamat ni?" Soal Sora.
"Kejap." Sylvia melempar sesuatu ke arah musuh itu.
"Jom." Kata Sylvia lalu masuk kembali ke dalam kereta diikuti oleh Sora.
BOOOMMMM!!
Satu letupan berlaku. Sora hanya melihat dengan selamba apabila musuh itu hancur berkecai akibat letupan itu.
"Kau buang bom, Sylvia?" Soal Sora.
"Yeah. Dia ludah muka aku. What a brave little rascal. I'm ended his life with explosion." Balas Sylvia.
"Kau boleh jadi calon isteri yang baik, Sylvia. Kita kahwin?" Ajak Sora.
"Cut the crap, Sora. Just go to our destination." Balas Sylvia sambil memandang ke luar.
"As you wish, ma'am."
*******************************
So, amacam dengan bab ni? Bagus or meh..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top