GENRE BY LEADER SALEHAH
Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera. Bagi yang belum kenal saya, boleh panggil saya Salehah dan umur saya 16 tahun. Siapa yang belum follow saya tu, cepat pergi follow nanti saya follow balik. Hehehehe.
Hari ni detik bersejarah bagi seorang insan yang pemalu ni, nak berkongsi info mengenai jenis-jenis genre. Masa pilih tajuk ini saya ingatkan senang rupanya bila search pakcik Google, penuh bahasa Indon.
***
APA ITU GENRE ?
Genre ialah satu set kriteria yang longgar dalam bidang penulisan dan digunakan untuk menentukan bentuk seni atau ujaran.
Dalam semua jenis seni, genre adalah suatu bentuk kategori yang agak kabur kerana tiada batasan yang jelas. Genre terbentuk melalui konvensi dan ada banyak karya yang menggabungkan beberapa konvensi tersebut.
1) ACTION :
Genre ini memaparkan aksi-aksi hero menghadapi tentangan atau berlawan. Melalui genre ini, pembaca akan merasai ketegangan ketika membaca aksi kejar-mengejar, menembak dan memukul terutamanya yang menggunakan kekerasan. Selalunya berkaitan tentang kehidupan mafia, perompak atau gangster.
Kaum lelaki biasanya akan tertarik dengan genre action tapi sekarang, lebih ramai penulis wanita yang mengungguli genre ini. Contoh yang paling dekat, mami @tunindah kita dengan karyanya, NIKITA MISSION ACCOMPLISHED.
2) FANTASY :
Penulis yang memilih genre ini semestinya memiliki daya imaginasi yang tinggi kerana genre ini bercanggah dengan konsep alam. Biasanya, cerita jenis ini berkisarkan tentang dunia magis yang mempunyai kuasa ajaib, pari-pari, goblin atau lagenda pada zaman dahulu.
Siapa yang berminat nak baca cerita genre ini bolehlah jenguk profile KaySky_Kira, tajuknya My Little Twin.
3) MYSTERY/THRILLER :
Siapa yang bunuh dia? Apa hubungan dia dengan orang tu? Kenapa dia mati dalam keadaan macam ni?
Cerita jenis ini akan membuatkan para pembaca tertanya-tanya dan setiap misteri akan terbongkar satu persatu. Genre ini pastinya mempunyai plot twist dan teka-teki yang anda harus selesaikan. Watak dalam genre ini akan cuba untuk mengeluarkan dirinya daripada ancaman.
Boleh baca cerita Married With A Murderer by Dhiacandy
4) CHICKLIT :
Genre ini ditulis khusus mengenai wanita. Cerita genre ini mengisahkan kehidupan seorang wanita yang menghadapi bermacam jenis masalah dalam hidupnya. Masalah tersebut mungkin dari segi konflik keluarga, membina kerjaya ataupun mengenai cinta sejati.
Haaa... kalau masih blur lagi bolehlah baca cerita Helina Afrina yang ditulis oleh @suryashqin.
5) HORROR
Siapa yang minat genre ni, angkat tangan? Hati kena kental dan berani kerana cerita dari genre ini penuh dengan hal-hal yang mengerikan. Ianya pasti membuatkan para pembaca berasa takut dan seram. Genre ini selalu dihubungkan dengan hantu, roh ataupun sesuatu yang berpuaka.
Denny_endy ada tulis cerita genre ini yang bertajuk Arahan Dari Ouija 4.
6) ROMANCE :
Genre ni kalau ada yang tak tahu, memang nak kena cekik! Hahaha. Genre ini merupakan genre yang paling popular. Ceritanya sudah pasti berkisahkan tentang percintaan dan kasih sayang serta mempunyai unsur-unsur romantik. Ada konflik yang akan menghiasi perjalanan cinta antara hero dan heroin.
Jom baca cerita The Baby by ElhanAlli ataupun My Little Princess by Exolexi.
7) SCIENCE FICTION :
Genre ini berlandaskan konsep teknologi dan Sains ilmiah yang belum tentu ada di dunia nyata seperti mesin kembali ke zaman lampau. Kebanyakannya berlatarkan tempat di galaksi dan kapal angkasa.
HAMBALLAH07 ada buat cerita dari genre ini iaitu Harapan Terakhir Kita, mari kita serbu!
8) POETRY
Sebut sahaja Poetry, mesti minda kita memikirkan tentang puisi. Puisi ialah karangan berangkap yang ditulis dengan cara susunan kata yang mementingkan irama, bunyi dan kiasan. Menurut Hashim Awang, bentuk puisi yang terkenal ialah pantun, syair, seloka, gurindam dan sajak.
Akal saya cuma fikir pasal makhluk Allah sorang ni je kalau sentuh pasal puisi iaitu Ezzuwan_, contohnya, Puing Puing.
9) RANDOM :
Genre ni paling senang! Apa-apa yang berbentuk bebas seperti luahan hati ataupun aktiviti-aktiviti mengikut apa yang penulis suka. Contohnya yang popular, review cerita orang lain, cover shop, info tentang penulisan dan lain-lain.
Contoh yang paling mudah, buku G2C ni. Sesiapa yang malas nak buat cover cerita bolehlah jenguk kat Request Cover Book by aliazahrin.
10) GENERAL FICTION :
Penulis mengarang cerita yang tidak nyata iaitu tidak pernah terjadi dalam kehidupan. Ianya hanyalah rekaan penulis semata-mata. Cerita yang diletakkan di bawah genre ini tidak diklasifikasi dan bukanlah spesifik kepada mana-mana genre.
Untuk Dia by syafasuha contoh cerita genre ini.
11) NON-FICTION :
Fakta atau sesuatu yang telah terjadi seperti catatan sejarah, memoir iaitu catatan kehidupan, buku motivasi, panduan ataupun travelog.
Misalnya, REALITI DUNIA OREN yang ditulis oleh HAMBALLAH07.
12 ) TEEN FICTION :
Genre ini dikhususkan untuk para remaja. Di dunia wattpad sendiri, pengguna wattpad ramai yang terdiri dari kalangan remaja. Cerita yang dikategorikan di bawah genre ini lebih banyak berkisar tentang kehidupan seorang remaja dan hari-hari yang dia jalani di sekolah. Selalunya, para remaja akan terlibat dengan masalah cinta.
Haa... genre ni tak payah pergi jauh-jauh, boleh baca cerita sis ayusalehah, tajuknya, Aku Tetap Nak Kau! Hehehehe.
13) SHORT STORY :
Short story atau bahasa lebih mesranya, cerita pendek atau cerpen ialah suatu bentuk prosa naratif dan bersifat cereka. Cerita ini mempunyai bilangan bab dan watak yang lebih sedikit dari novel. Penulis akan mengarang cerita ini berdasarkan plot yang ringkas dan ditamatkan dalam jangka masa yang pendek.
syafasuha juga ada mengarang cerita yang dikategorikan di bawah genre ini iaitu Takdir Dia.
14) FANFICTION :
Cerita fiksi yang ditulis oleh penggemar filem, komik, selebriti, drama, novel dan lain-lain. Penulis akan menggunakan watak, latar tempat atau beberapa konsep sebenar daripada karakter yang dipilih. Genre ini merupakan bayangan dan imaginasi seseorang penulis jadi kemungkinan untuk mendapat kritikan dari orang yang juga meminati watak yang sama itu ada.
Terlalu banyak cerita mengenai fanfiction. Salah satu contoh yang ketara ialah cerita mengenai idol Korea atau kartun Boboiboy.
15) HUMOR :
Tengok je, mesti dah ada idea genre ni pasal apa. Genre ini lebih menekankan pada unsur komedi dan parodi. Penulis meletakkan banyak unsur jenaka bertujuan untuk membuat pembaca tertawa dan terhibur. Cerita dari genre ini menggunakan bahasa pertuturan seharian dan sudah pastinya lebih santai.
16) ADVENTURE :
Genre ini bertemakan pengembaraan. Cerita ini tidak semestinya perlu mengembara ke tempat yang jauh tetapi harus mempunyai peristiwa yang mampu mengubah sesuatu baik kepada diri sendiri ataupun orang lain.
***
Nota dari ayusalehah
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top