4 Bentuk Cinta
Ini bukan kisah aku, kau dan dia. Ini kisah cinta luar biasa yang melibatkan empat bentuk cinta. Eyreen Nasuha, seorang pelajar aliran sains tulen yang terpaksa melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang sains kemanusiaan. Sifatnya yang lemah lembut dan lurus ibarat senjata makan tuan apabila takdir menemukan dia dengan Muhammad Wafiq Adhwa."Jom main satu game." "Game apa?""Game sembunyi dan cari. Setiap kali kita berjumpa, aku buli kau jadi kau kena sembunyi dari aku." Eyreen Nasuha mula rasa tidak sedap hati. "Eh, takpelah. Aku sibuk orangnya." "Aku yang cipta game ni jadi aku dah tentukan yang kau pemainnya. Oh ye, kau boleh lari daripada aku tapi takkan mampu sembunyi."Ivy Liliana, gadis biasa yang mempunyai satu matlamat. Hidup untuk makan bukan makan untuk hidup. Namun, hatinya yang terpaut kepada Riyadh Naim telah mengubah segalanya. Hidupnya kini dikitari hanya pelajar yang tidak berperasaan dan hidup di dunia sendiri itu."Kau macam lobster. Sedap tapi boleh tengok je sebab mahal." "Jadi kau nak makan aku?" "Eh, aku... Erm, kau... bukan tidur ke?" Fariysa Alia, hidupnya ibarat puteri kayangan.Sikapnya yang terlalu yakin dengan diri sendiri dan sedikit angkuh membuatkan dia menyendiri. "Saya... Saya... suka awak." "Tapi aku tak suka kau! Kau tak berguna pun." "Saya sanggup buat apa sahaja untuk awak." "Jadi orang gaji aku... Sanggup?" "Sanggup!" Gila! Dia hanya main-main sahaja. Tidak sangka pelajar lelaki nerd yang bernama Amirul Muayyad itu serius. Ilman Thaqif dan Ainur Suhadah. Mereka seperti Tom dan Jerry. Abang Long dan Kak Yong. Ada sahaja benda yang nak digaduhkan."Aku Shah Rukh Khan." "Aku Salman Khan."Aku Cristiano Ronaldo." "Aku Messi." "Aku Lancelot." "Aku Odette.Eh? Ilman Thaqif terkedu. Ainur Suhadah tergamam. Bukan ke Lancelot dan Odette itu pasangan kekasih?Ini kisah di mana hubungan persahabatan, kekeluargaan dan cinta bakal teruji. Ikuti kisah mereka berlapan dalam 4 Bentuk Cinta.…