Bab 4

PUAN MARIAM yang baru siap solat zohor tadi melilau mencari cucunya apabila mendapati cucunya sudah tiada di ruangan kamarnya.

"Ke mana pulak budak ni menghilang aduhai!" Tergaru-garu kepala si tua itu dek kerana runsing memikirkan keberadaan cucunya.

"Sobar, Mak Yam. Diaorang dah poghi caghi dah tu. Kojap laie jumpo la tu. Doa-doakanlah supayo Ellyana tu selamat. Ado la tu dio poghi mano-mano caghi apo-apo tu." Puan Jamilah cuba menenangkan hati Puan Mariam yang tengah galau tika itu.

"Dia baru lagi dalam kampung ni, Milah oi. Dia bukannya tahu selok- belok kampung ni. Lagipun, selalu dia balik sini kejap-kejap aje dengan mama papa dia tu. Tak sempat nak pusing kampung ni. Dia tak biasa. Dan aku pun baru balik ke kampung suami aku ni termasuk tahun ni, baru mencecah 3 tahun. Dia jarang-jarang balik sini. Dia tak biasa. Aku risau dia tak boleh nak bawak diri dia tu je. Dan yang lagi parah, aku risau kalau ada orang yang cuba nak ambil kesempatan ke atas ketidaksempurnaan dia tu, Milah. Hati tua aku ni tak sedap hati tahu. Selalunya naluri tua aku ni tak pernah salah." Puan Mariam meluahkan rasa tidak sedap hatinya sejak menyedari cucunya sudah tiada.

Puan Jamilah melepaskan keluhan berat. Ya, dia turut merasa tidak sedap hati. Namun, apa yang dia mampu lakukan adalah berdoa agar anak istimewa itu dalam lindungan Allah.

Dia pun terdiam tidak terkata apa. Zikri, Encik Hassan dan rakan-rakan Zikri pergi mencari Ellyana.

Khairul pula mencari Ayie. Pelik dia jadinya dengan kepergian Ayie tanpa permisi bersama Nissan Almera milik Khairul itu.

***

"HIK hik hik... Mam... Ma... papa..." Tersedu-sedan suara tangisan seseorang telah mengganggu tidur Ayie.

Ayie membuka kelopak matanya. Matanya meliar ke sekeliling. Dia berada di tempat asing. Bukan di dalam kamarnya. Otaknya ligat memikirkan dimanakah dia berada?

"Mama... Papa... Nak balik... Hik hik hik..." Mendayu-dayu suara tangisan tadi yang masih kedengaran membuatkan Ayie berkerut keningnya.

"Suara siapa pulak ni? Aduhai... Kacau betullah!" rengus Ayie sendiri. Bengang apabila terasa tidurnya terganggu. Namun disebabkan kantuk nya dan kelesuannya lebih menguasai dirinya, dia kembali melelapkan matanya.

Beberapa minit kemudian, Ayie kembali terjaga. Matanya meliar ke sekeliling. Sunyi sepi. Tiada lagi kedengaran tangisan tadi. Dia bangkit dari pembaringannya. Lama termangu di situ.

Setelah matanya benar-benar menjadi segar kembali, dia tercari-cari kelibat gadis tadi. Tiada. Bertaut keningnya.

"Mana perempuan ni pergi?"

Pada waktu yang sama, telefon pintarnya berdering mendendangkan lagu One day nyanyian Helena featuring Arash telah menyentakkan lamunan Ayie.

Ayie meronyokkan rambut blondenya sendiri sebelum mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja sudut tepi katil.

Nama Wani Mak Lampir yang tertera di situ. Ayie mengeluh berat.

"Aduhai. Lepas satu satu bala datang. Ni mak lampir pulak call aku, nak apa lagi? Shit!" Ayie mencampak telefon pintarnya di sebelahnya. Panggilan itu dibiarkan sepi.

Dia berlalu turun dari katil mahu mencari kelibat gadis tadi.

"Perempuan! Oi perempuan!" panggil Ayie dalam nada sederhana kuat.

Sepi tiada sahutan. Ayie melangkah menuju ke kamar mandi. Pintu kamar itu dibuka. Kosong. Tiada orang. Ayie menggosok belakang lehernya.

"Ke mana perempuan tu pergi? Takkan dia blah macam tu je?" Ayie tertanya-tanya sendiri.

Namun, dengan tidak semena-mena dia mengukir senyuman sinis.

"Huh! Dasar perempuan. Dah dapat apa yang dia nak, dia blah la. Tapi, kejap. Jangan-jangan habis duit aku dia rembat? Aku kena check ni." Ayie bergegas pergi ke arah sisi katil. Seluar jeannya dikutip yang berada di atas lantai.

Di seluk poket kiri dan kanan. Dan dia mengeluarkan dompet jenama polo. Diperiksa isi kandungannya. Semua lengkap. Terduduk Ayie kehairanan.

"Peliklah aku dengan perempuan ni. Dia tak ambil pun duit aku." Ayie melamun jauh.

Ting!

Bunyi satu mesej masuk ke dalam telefon pintar milik Ayie telah memecahkan lamunannya. Telefon pintar yang dicampaknya tadi di ambil semula. Dilihat pada kaca skrin telefon pintar miliknya itu, terdapat 20 panggilan tak dijawab. 5 mesej baru masuk yang masih belum dibaca. Dan salah satunya adalah dari Khairul a.k.a Yo.

"Yo? Alamak!" Ayie mula gelisah. Tanpa berlengah lagi dia terus mandi-manda dan bersiap untuk mencari gadis tadi.

Habis satu pekan dia pusing mencari gadis itu, langsung tidak kelihatan.

"Mana budak ni hilang? Aduhai... Kalau dia pergi ke balai macam mana? Habis la aku! Tak boleh jadi ni. Tak boleh... Aku takkan biarkan itu terjadi. Rosak karier aku, imej aku. Kalau daddy tahu, lagi masak la aku kena goreng kaw-kaw. Herhhh!" bebel Ayie sendirian dan meneruskan pencariannya.

Manakala Ellyana pula berjalan di dalam kedai makan dalam keadaan berserabai. Perutnya yang kelaparan diusap.

"Lapar... Lapar..." Ellyana menggumam bibirnya dengan matanya tidak lepas menatap ayam dan lauk pauk lain yang terhidang di dalam trail buffet itu. Dia meneguk air liur beberapa kali.

"Lapar..." Kedengaran suara Ellyana yang sudah serak dek kerana terlalu banyak menangis dan menjerit akibat perbuatan Ayie itu, kerana kelaparan.

"Lapar..." Hanya itu yang meniti dari bibirnya yang pucat. Tiada seorang pun yang pedulikan dia yang kelaparan.

Mereka hanya mengendahkan Ellyana di situ yang sedang perhatikan mereka menjamu selera.

Dek kerana terlalu lapar, Ellyana mencapai seketul ayam dan dimakannya di situ. Ellyana berlalu keluar dengan membawa ayamnya. Namun, baru sahaja dia menapak dua tiga langkah, dengan tidak semena-mena dia di sergah oleh seseorang membuatkan langkah Ellyana termati seketika. Dia menoleh.

"Hoi! Nanti! Nanti!" Seorang lelaki yang mungkin juga tauke restoran itu datang pada Ellyana.

Ellyana yang tidak mengerti apa-apa hanya meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan lelaki itu yang berwajah bengis menghampirinya.

"Penyangak! Tunggu! Ekau nak poghi mano? Dah ambil ayam tak reti nak bayar? Ekau ingat makanan dalam restoren den ni free ko? Bayar dulu sebelum blah!" Lelaki itu menyekat laluan Ellyana dan meminta bayaran untuk seketul ayam yang diambil oleh Ellyana tadi.

Ellyana tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia meneruskan makannya di hadapan lelaki itu.

Lelaki itu bercekak pinggang terasa bengang apabila gadis itu langsung tidak menghiraukannya.

"Ekau ni pokak ko apo? Den suruh ekau bayar dulu baru ekau buleh makan. Bayar dulu! Kalau tidak, den panggil polis tangkap ekau sebab dah mencuri makanan dari dalam restoran den. Harap muko yo cantik, tapi penyangak!" dakwa lelaki itu dalam nada keras. Kemudian, ayam ditangan gadis itu dirampasnya membuatkan Ellyana mengamuk.

"Ayam! Nak ayam... Lapar... Lapar... Lapar... Ayam Yana. Ayana punya..." Ellyana cuba mengambil kembali ayamnya dari tangan lelaki itu.

Malangnya lelaki itu menepis tangan Ellyana.

"Kalau nak, ekau bayar dulu. Aduhai, omak abah ekau mano? Diorang tak ajar ekau ko buek kebaikan bukan kejahatan!" marah lelaki itu siap pakej mengaitkan kedua ibu bapa gadis itu lagi.

"Lapar... Nak makan... Ayana nak makan... Lapar. Lapar! Lapar! Nak makan!" Terjerit-jerit gadis itu meminta hendak makan.

Tangannya mengais ayam dari tangan lelaki itu, malangnya, lelaki itu menolak Ellyana hingga jatuh terduduk.

"Ekau poghi sekarang! Jangan datang lagi dokat sini kalau tak ado duit, faham!" usir lelaki itu tanpa belas ihsan bersama ayamnya.

Ellyana yang melihat lelaki itu sudah melangkah masuk ke dalam restorannya itu, datang menerkam lelaki itu dari belakang. Ditumbuk-tumbuk belakang lelaki itu bertubi-tubi tanpa henti.

"Nak ayam! Nak ayam! Ayam Ayana! Ayam! Ayam! Ayam!" amuk gadis itu.

Lelaki itu berusaha untuk menepisnya.

"Hei perempuan gila! Lepaslah! Sakitlah!" tengking lelaki itu.

Ellyana langsung tidak gentar dengan tengkingan itu dek kerana terlalu lapar. Yang penting ayamnya.

"Nak ayam! Nak ayam!" Ayat yang sama diulang-ulang. Tubuh lelaki itu masih ditumbuk-tumbuknya.

Lelaki itu yang terasa senak pada belakangnya itu terus bertindak dengan drastik, tanpa diduga dia menampar muka gadis itu hingga jatuh ke atas jalan.

Terkedu Ellyana di situ.

Ada darah mengalir dari hujung bibir Ellyana. Lelaki itu melepaskan rengusan kuat.

"Ekau nak ayam kan? Ni ekau kongsi dengan kucing tu ha. Ambik. Dasar tak malu. Dahlah menyompek, eden dipukul eh. Lahabau!" Setelah menghina gadis itu, dicampaknya ayam itu ke arah kucing yang sedang kelaparan di tepi restorannya itu.

Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam restoran meninggalkan Ellyana sendiri di situ ditemani air mata sayu.
Pelanggan restorannya yang tidak beberapa ramai itu menyaksikan adegan itu dengan pelbagai reaksi. Bukannya mahu menolong Ellyana, tetapi adegan itu hanya menjadi bahan tontonan sahaja pada mereka. Sungguh tidak patut. Itupun entah ada yang merakam, siapa tahu.

"Ayam Yana. Ayam... Nak ayam!" Ellyana yang melihat ayam di gigit kucing itu di ambilnya.

"Ayam Yana. Abang jahat! Abang tu jahat! Sakit... Abang buat Yana. Sakit..." rengek Ellyana sayu sambil menyentuh bibirnya yang Luka. Terasa perit. Bergenang air matanya.

"Mama... Papa... Sakit... Abang jahat. Yana lapar. Abang buat Yana. Sakit..." Tersedu-sedan dia menangis.

Ayam yang dipenuhi pasir jalan dalam pegangannya itu diketuk-ketuk. Kemudian, digigitnya kerana terlalu lapar. Dia menjamah dalam tangisan dengan kondisi duduk di atas jalan akibat terjatuh tadi.

"Lapar... Lapar..." Dia mengulang ayat itu berkali-kali.

Tengah menjamah makannya, tiba-tiba dia disergah oleh seseorang.

"Ellyana!" sergahan itu membuatkan Ellyana berpaling.

Ellyana terkejut dan cuba melarikan diri menggigil ketakutan. Siapakah yang datang menyergah dirinya?

***
IKA termenung sendirian di ruangan kerjanya sebagai guru jasmani di sekolah menengah.

"Ayie... Ika tak sangka cinta yang kita semai selama ni, berakhir begini. Ika rela begini dari hati terus tersakiti."


"Cikgu!" Ika dikejutkan dengan seruan salah seorang dari pelajarnya.

Ika menoleh ke belakang mencari suara yang menyerunya tadi.

"Cikgu, bila kita nak mulakan ni? Lama kami tunggu..."

"Ha ye saya datang. Panaskan badan dulu sebelum mulakan aktiviti sukan," arah Ika terhadap pelajar-pelajarnya hari itu.

"Baik, Cikgu!" jawab mereka serentak menurut arahan.

Ika akhirnya bingkas bangun dari duduknya dan mendekati pelajar-pelajar untuk memulakan sesi pemanasan badan petang itu.

Pelajar-pelajarnya ada pertandingan bola jaring. Jadi, petang itu mereka mengadakan latihan sesi petang. Dan Ika adalah jurulatih mereka.

***

"BIADAP betullah jantan ni! Berani dia tak jawab panggilan aku? Dia tak tahu siapa aku lagi. Kau memang saja nak cari nahas dengan aku, Ayie? Kau tunggu nasib kau nanti. Kau pergi jauh-jauh pun tak gunalah. Aku boleh detect keberadaan kau melalui phone kau je. Anytime aku boleh jejak kau kalau aku mahu. Aku akan buat kau kahwin dengan aku, tak kira apa yang terjadi. Aku dah korbankan maruah aku dengan busukkan nama aku sendiri untuk dapatkan kau, kau ingat senang-senang aje aku nak lepaskan kau? Ini Hawani la. Apa aku nak, aku mesti dapat. Oh ya, kau terlupa sesuatu Ayie. Kau terlupa bahawa aku adalah pemegang saham terbesar dalam EAGLE'S HOLDING. Anytime aku boleh tendang kau dengan bapak kau yang angkuh tu dengan jari aku ni je. But for now, aku just follow rentak you, Ayie. Ayie... Ayie... Entah aura apa yang ada pada kau hingga aku tak mampu untuk melepaskan kau. Kau bukan lelaki yang matang. Kau seorang yang panas baran. Eh kejap, kau nampak baran di luaran, tetapi hati kau... Lembut bagaikan sutera. How cute dekat situ. That's why I'm in love with you... Ayie... fikiran kau cetek. Sebab tu, dengan mudah aje kau termasuk ke dalam perangkap aku malam annual dinner haritu. Whateverlah. Tak matang ke... Baran ke... Yang penting, you're mine. Haha..." Wani tertawa sinis sendirian di ruangan pejabatnya. Kemudian, fail di atas meja itu dibelek dan dia memulakan tugasnya untuk memeriksa laporan kerja untuk hari itu.

Ketika Wani tengah sibuk menjalankan tugasnya, Tan Sri Shaharin masuk menjengah anak gadisnya.

"Busy betul anak papa," sapa Tan sri Shaharin membuatkan Wani tersentak lalu memanggung kepalanya.

"Eh papa... Jemput duduk." Wani mempamerkan riak cerianya di hadapan papanya.

Tan Sri Shaharin duduk berhadapan dengan meja kerja anaknya.

"So how?" Soalan Tan sri Shaharin itu menimbulkan tanda tanya di hati Wani. Sungguh dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan papanya.

"Maksud papa?" Soalan dibalas soalan oleh Wani.

"Muhammad Asri. How about him?"

"Oh Ayie? Umm... Macam tu la dia. Masih tak jawab panggilan Wani."

"Betul ke? Budak tu memang dah melampau. Dia cuba untuk lari dari tanggungjawab. Tak apa. Papa akan arah orang untuk cari dia. Dan papa tahu macam mana nak ajar budak tu nanti. Berani buat beranilah tanggung. Bukan lari dari tanggungjawab!" dengus Tan Sri Shaharin cuba mengawal kemarahannya terhadap Ayie bila terkenangkan sikap tidak mahu bertanggungjawab lelaki itu terhadap anaknya.

"Sabar, papa. Tak perlu buat macam tu. Wani tahu macam mana nak handle dia nanti. Lagipun, Wani yakin... Dia takkan berani melarikan diri dari tanggungjawab ni." Kata-kata Wani itu membuatkan Tan Sri Shaharin teruja untuk tahu apa yang dimaksudkan anaknya tadi.

"Apa yang buat anak papa ni terlalu yakin yang budak Ayie tu takkan berani untuk lari dari tanggungjawab tu?" Persoalan Tan Sri Shaharin itu mencetuskan tawa kecil Wani.

"Papa lupa ke yang Wani salah seorang pemegang saham terbesar EAGLE'S HOLDING?"

"Yeah, so?" Tan Sri Shaharin mula mendekatkan kepalanya pada Wani. Matanya dikecilkan, cuba mencari makna kata-kata anaknya itu.

Wani hanya mengangkat jari dan mengetuk pada pelipis tepi dahinya beberapa kali membuatkan papanya tersenyum dengan perlahan-lahan seakan mengerti maksud anaknya itu.

"Papa tak sangka anak papa begitu bijak dalam mengatur strategi," puji lelaki itu berbangga dengan kebijakkan anaknya.

"Well, anak papa kan... Bak kata pepatah, like father like daughter," balas Wani bersama sengihan bangga. Dan disambut sengihan bangga papanya.

Apalah yang dirancangkan oleh kedua beranak ini agaknya? Berjayakah nanti? Licik juga Hawani a.k.a Wani ni ya.

Itulah jadinya, bila kita menganiaya orang lain, kita juga akan dianiaya tanpa kita sedar. Kita buat orang, orang buat kita. Perancangan manusia mudah dijangka, tetapi perancangan Allah tak siapa mampu menduga. Sesungguhnya sebaik-baik perancang adalah perancangan dari DIA yang maha mencipta seluruh alam semesta.

Terima kasih baca vote Dan support story Ayana. Kalau Korang rasa nak komen cara jalan cerita seterusnya bolehlah komen. Kalau bersesuaian dengan jalan ceritanya serta menarik, sy akan ambik untuk jadikan jalan cerita yang seterusnya. Hehe♥️thank utk sayang_manja78sbb hadiahkan cover Ayana utk story sy. Tu sy letak kat atas tu cover akk. Ha cntik cover tu kan♥️😍😍😍jadi sesape berminat blh dm sayang_manja78.

bukanorghave2
sayang_manja78
Zac220778
nrwhda167
annecayunk
Fahizah_Reena

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top