[ 2020 ]

"Roselle!" Roselle berkalih bila namanya dilaung seseorang dari jauh. Bibir terus naik mengukir senyuman bila nampak Youjin yang sedang berlari ke arahnya dengan laju.

"Happy Birthday my dearest babe! I love you!" Roselle tersengih dan membalas pelukan erat Youjin. Terasa pipinya dicium Youjin membuatkan dia menyeringai geli. Bahu Youjin dipeluk dan mereka berjalan masuk ke pagar sekolah.

Hari pertama sekolah, tahun 2020.

Kini, dia dan Youjin berada di gred 12 akhir memandangkan umur dah mencecah 19 tahun. Dengan riang mereka berdua berjalan menuju ke dewan utama sekolah untuk berkumpul.

"Kau rasa, presiden sekolah bertukar ke?" Soalan Youjin dibalas dengan gelengan. Sambil menyumbat gula-gula ke dalam mulut, Roselle menggeleng.

"Aku bet, takde siapa yang berani ganti boy kau, Kim Taehyung a.k.a presiden Seoul Athletics High School semenjak dia masuk gred 10." Roselle dan Youjin mengambil tempat dan duduk.

Dewan mula dipenuhi dengan pelajar-pelajar. Roselle dan Youjin mula menumpukan perhatian bila pengetua sekolah memulakan ucapan.

"Baiklah, seperti yang kamu semua sedia maklum, harini saya akan umumkan presiden Seoul Athletics High School yang kamu semua dah undi sebelum tamat sekolah tahun sebelum ni."

Semua pelajar diam dan menumpukan sepenuh perhatian.

"Dipersilakan, Kim Taehyung." Tepukan yang gemuruh mula memenuhi ruang dewan. Kim Taehyung, merupakan pelajar yang dah pecahkan rekod sekolah sebab mampu jadi presiden tiga gred berturut-turut. Malah, dia juga pengurusi kelab memanah.

"Terima kasih sebab izinkan saya untuk jadi presiden sekali lagi. Memandangkan tahun ni tahun akhir, saya akan buat yang terbaik. Terima kasih." Taehyung berdiri di sebelah pengetua saat diminta untuk menemaninya.

"Baiklah, sekarang saya akan umumkan atlet yang guru-guru sukan dah analis prestasi mereka sepanjang tahun lepas. Mereka ini yang bakal naikkan nama sekolah kita pada tahun ini."

Pengetua tersenyum.

"Nama yang saya panggil, naik ke pentas. Kim Taehyung, Jeon Jungkook, Park Jimin, Roselle Kim, Jeon Youjin.."

Roselle dan Youjin bangkit saat nama mereka disebut. Roselle berdiri di sebelah Jimin sambil tersenyum. Setelah kesemua 20 nama atlet gred 12 disebut pengetua meminta pelajar untuk memberikan tepukan terlebih dahulu.

"Prestasi diorang semua sangat bagus tahun lepas. Jadi untuk pelajar gred lain, saya nasihatkan agar kamu tingkatkan prestasi kamu. Mari, kita bergambar dulu."

Jung Hoseok, photographer tetap sekolah bergerak ke hadapan untuk menangkap gambar.

Walaupun photographer bukan kerja tetap sebenarnya , dia sendiri tawar diri nak jadi sebab dia dah naik pangkat iaitu CEO kepada SOPE, syarikat fesyen ternama di Korea. Jadi kerja dia kurang.

Dan Hoseok bekerjasama dengan Min Yoongi, tapi Yoongi lebih gemar dalam kerjaya restorannya bersama Kim Seokjin yang dah ada setiap cawangan dalam negeri dekat Korea.

Namjoon pula sibuk dengan sumbangan dana dia kepada setiap sekolah memandangkan hotel miliknya mendapat sambutan hangat dan dalam diam, dia bekerjasama dengan Jimin walaupun Jimin belum habis sekolah.

Jungkook dengan Taehyung? Jangan cakaplah, nama mereka berdua hangat di sosial media sebab buka youtube channel tahun lepas. Baru setahun tapi subscribers dah hampir 3M. Dah ada single pula tu.

Dan mereka semua merupakan pelajar Seoul Athletics High School. Walaupun masuk sekolah sukan, tapi kerjaya di luar tak semestinya sama macam yang kita belajar di sekolah kan?

"Dan sempena pembaharuan tahun 2020, saya dah lantik pengurusi dan naib pengerusi untuk atlet sukan gred 12 tahun 2020. Iaitu Jeon Jungkook dan Roselle Kim.

Terkebil-kebil mata Roselle bila namanya disebut oleh pengetua. Terus dia menunduk hormat saat terlihat Jungkook menunduk hormat.

"Dan sukan awal tahun, saya jemput 20 atlet sekolah sukan dari Goyang dan Incheon untuk bertanding. Semua 20 atlet sekolah kita akan terlibat. Dan kalini ianya berlangsung di sekolah kita!"

Pelajar mula bising tak tentu arah. Selamani, setiap sukan yang melibatkan pertandingan antara sekolah lain mesti dilangsungkan di tempat lain. Jadi pelajar SAHS tak dapat nak tengok atlet sekolah sendiri bertanding walaupun sentiasa menang.

Jadi tahun ni mereka berpeluang nak tengok kemenangan depan mata sebab selama hampir 1 tahun setengah, sekolah mereka membangunkan stadium sukan khas untuk pelajar SAHS. Besar dan luas.

"Saya serahkan kepada Taehyung untuk sesi kedudukan kelas kamu semua bagi tahun 2020."

Roselle menarik tangan Youjin dan kembali ke tempat mereka duduk awal tadi.

"Hebat la Roselle! Kau jadi naib pengerusi kut! Mesti pengetua suka kau." Roselle ketawa. Mungkin. Tapi siapa tadi pengurusi? Jungkook kan? Roselle mencari Jungkook.

Dan mata mereka bertentangan.

Roselle menundukkan kepala sedikit begitu juga dengan Jungkook.

Walaupun sama gred, mereka berlainan kelas jadi tak pernah bersua muka. Waktu sukan pun semua buat hal masing-masing. Kalini dapat la dia bekerjasama dengan Jungkook.

"Youjin, Taehyung panggil." Roselle menepuk peha Youjin saat menerima isyarat dari Taehyung di atas pentas. Youjin memandang dan menjeling bila Taehyung bagi mini heart ditepi peha, nak cover.

"Kau sombong eh dengan boyfriend sendiri?"

"Dia yang suruh aku sombong bila dekat sekolah. Aku sombonglah." Roselle menggeleng perlahan. Apa masalah pun tak tahulah. Dan saat nama pelajar gred 12 mula disebut, Roselle dan Youjin menggenggam tangan mereka.

Harap sama kelas!

"12-A, Jeon Jungkook, Park Jimin, Kim Taehyung, Roselle Kim, Hanah Lee, Kim Soora, Do Juhwan, Park Jaemin, Kim Mingyu, Jung Jinwoo, So Mirah.."

Roselle memandang Youjin.

"Asal nama kau tak sebut lagi ni?"

"Takkan Taehyung main-main?"

"Dan last, Jeon Youjin."

"ARRGGHH!!!"

Roselle menarik Youjin duduk semula sebab dia dah menjerit sekuat hati. Peha Youjin ditampar dan mereka ketawa sampai nak pecah perut. Jeritan Youjin tadi sumpah lawak! Tak malu ke woi?!

"Bodohlah kau!" Roselle ketawa terbahak-bahak sambil menunduk. Perutnya ditekan. Youjin cuba untuk bertenang namun selepas beberapa saat, mereka ketawa lagi.

"shhh." Roselle menolak Youjin. Sumpah sakit perut!

"Okay, semua boleh bersurai masuk kelas yang saya dah beritahu tadi. Selamat belajar." Taehyung turun dari dewan dan mendekat ke arah Roselle dan Youjin.

"Awak sengaja kan Taehyung? Suka ke saya jerit macam orang gila tadi? Satu dewan gelak tau tak!" Roselle cuba untuk menahan gelak. Sumpah tak boleh move on.

"Takut ke kalau tak sama kelas dengan Rose?" Roselle memandang Taehyung. Dekat sekolah ni, Taehyung je yang degil sebab panggil dia Rose. Orang lain semua sebut penuh. Apalah.

"By the way, happy birthday Rose."

"Kau ni Taehyung, semua orang panggil aku Roselle asal kau je taknak eh? Tak sesuai la panggil aku Rose." Rungut Roselle.

"Aku suka je. Sedap apa. Dah la jom masuk kelas." Roselle dan Youjin bangkit dari duduk dan berjalan ke kelas. Tak sangka kalini dapat satu kelas dengan trio.

By the way,
Happy Birthday, Roselle Kim.

[ to be continue]

Thanks for the support, i purple you guys💜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top